Friday, December 30, 2011

Yay Cuti Panjang Lagi!




Salam Jumaat kawan kawan =)



Esok start cuti panjang lagi sekali. Baru je 3 hari keje dah cuti lagi. Suke! Hiks. Takda plan apa2 kot. Mama tak cakap pape pun. Mungkin jalan jalan gi shopping or makan makan je kot nanti. Tengok la macam mana.



Sehari je lagi sebelum nak masuk tahun baru. Hurm seronok jugak la. Tapi yang tak seronoknya, makin tua la jadinya nanti. Takut la. Pulak tu tak kawin2 lagi. Bertambah la takut. Kesian kat mama and abah nak mengadap orang ramai nanti. (bajet artis keh? :P)



Untuk pertama kalinya dalam hidup ni, tahun 2012 ni saya ada azam. Azam yang yakin dan nekad untuk capai. No no bukan azam nak kawin, tu keje Tuhan, saya takde kuasa nak merealisasikannya. Hehe. Nanti saya bagitau ye apa azam saya tu. Sekarang nak sambung buat keje. Sementara tu, sila tengok gambar di bawah.






Putu Bambu ye kawan kawan. Ni kegemaran dari kecik ni. Nyums~




Wednesday, December 28, 2011

Nan Cheese Maveles




Saya baru start keje hari ni. 3 hari je keje. Best btol! Hehe.


Cuti panjang hari tu saya pegi PD ada, family gathering kat sana. Erm, gambar takde la nak tunjuk. Sebab orang lain yang ambik gambar semua. Takpe, nanti dah ada gambar, saya tepek kat sini okeh.


Kat ofis arini semua merungut sebab gaji blom dapat lagi. Dorang salahkan saya sebab cuti semalam. Haha. Jangan la begitu kawan2, saya juga tengah sengkek ni. Nanti kita gi kutip pasir ngan batu belakang ofis sama2 ye.. :P


Sementara tunggu lunch tu, sudila kiranya korang tengok nan cheese kat bawah ni. Memang terpaling sedap yang pernah saya makan la. Kedai lain tak jumpa macam ni. Kat Shah Alam je ada okeh.




Cheese yang melimpah ruah, roti yang teramat lembut dan gebu. Makan sorang kompem takkan habis. Memang kene syer 2 orang. Cayola cakap den.


Ok mari sambung wat keje. Naik juling dah mata ni tengok nombor. @_@


Thursday, December 22, 2011

Jodoh atau Kebetulan?



Tajuk gempak kan? Poyo semacam jek. Haha.



Semalam saya pegi jumpa kawan kat Damansara . Aritu pegi kan saya sesat mesat dan di bantu oleh incik Hafiz look-a-like atau memang Hafiz sendiri ke pun tak berapa nak pasti. Yang penting, rupa bentuk fizikal dan suara dan rambut dan topi dalam kete beliau adalah sama.




Adakah anda yang tolong saya aritu? Ahaks.



Abis keje je terus saya gerak. Kul 7 sampai sana. Memang jem teruk la tambah2 ujan lebat. Buruk betul perangai sampai rumah orang time azan maghrib. Tapi nak buat macam mana, kitorang pun singgah la masjid dekat dengan IKEA tu. Incik kawan masuk dalam, saya tumpang toilet restoran sebelah. Dah terkepit2 jalan. Lalu tepi kedai tu nampak macam kelibat laki yang sangat familiar. Sekali toleh, Awi Rafael daaa. Nak tau rahsia? Saya minat kot dia ni. Sebab lagu Pulanglah tu ada kenangan ngan incik kawan saya tu. Eh berbelit la pulak. Tapi pendek kata memang saya minat Awi sebabkan muka dia lebih kurang kawan saya sorang tu. Hiks. Lagipun lagu dia best je. Suara pun sedap. Saya pun follow Awi on twitter. Nampak cam dia appreciate fans dia. Molek la tu.



Incik Awi Rafael



Oh sebenarnye, saya tergedik menggelitis dalam toilet fikir nak senyum kat dia ke tak, nak pandang ke tak, nak lambai ke tak, nak amik gambar ke tak. Haha! Ai pemalu ok. Last2 kuar toilet, lalu sebelah, tak pandang pun. Cis. Sebab kawan dia dah pandang saya dulu. Malu weh. Terus jalan menonong masuk kete. Dalam kete terus call kawan excited giler sampai terjerit2. Sebab apa excited saya pun tak pasti la. Pelik kot. Jakunkah kau Elyn? Kesian btol.



Bila incik kawan tadi abis solat, saya cerita la kat dia. Bagitau muka dia sama macam awi. Kene marah balik ade la. Haha. Dia kata tak sama langsung. Pastu tak layan pun saya tergedik gedik kat sebelah ni. Pastu lalu depan kedai tu, saya senyum dan lambai awi. Ahaks. Ahaks. Ahaks. Puas hati kat situ. Aritu jumpe Hafiz, ni jumpe Awi Rafael lak. Damansara memang best.



Kitorang ingat nak gi OU, sebab incik kawan tu nak makan Carls Jr. Tapi memandangkan jalan sangat jem sampai tak bergerak, kitorag terus pegi Midvalley je. Tengah jalan2 menuju ke Carls Jr, saya terselisih dengan lelaki ini.





Ye, Rizal Jaafar. Harusla excited jugak. Sebab sabtu lepas baru tengok drama dia. Adoi pelik la, apasal excited sangat jumpe retis ni??? Ape ke jakun bebenor? Dah tersampuk jin mana la agaknya. Haih. Dulu takde la camni. Jumpa Anuar Zain pun boleh rileks je. Takde pun tergedik gedik menggeletis cam ni. Ke sebab hormon gedik terlebih sebab jumpa incik kawan yang bertambah ensem tu? Ahaks. Ye, dia bertambah ensem kot. Rambut dah panjang. Help Help!



Dah setel makan borak2 mengadu nasib segala, kami pun balik la. Saya sampai umah kul 11.30 malam. Mama redha je. Sebab kuar ngan incik kawan tu. Dah dapat restu kot. Walaupun blom jumpa. "Nampak macam budak baik dia ni. " kate mama. Ahaks. Kira restu la tu kan? Ok awak, boleh la masuk meminang saya. Hiks. Berangan!



Sekian cerita gedik untuk arini :P





Thursday, December 15, 2011

Addicted



Dulu tak faham dengan bebudak yang obses dengan patung2 dari Korea ni. Tapi ape kes sekarang tengah ketagih layan lagu ni?





Duk ulang2 lagu ni dari semalam sampai ke arini. Abis la..



Khamis Punya Cerita




Pagi ni bangun2 celik mata je terus sakit perut. Ahh sudah. Dah la banyak benda nak kena setelkan kat ofis ni. Nak MC memang tak dapat la. Kang bebudak tu tak dapat pulak gaji, kesian pulak dorang. Maka terpaksa la saya pegi ofis jugak dalam keadaan sakit perut teramat tu. Sesekali dia tarik tu, terjerit dalam kete macam orang kene r****l. Nasib baik takda orang. Haha.




Dalam pada sakit perut tak sedar diri tu, breakfast bukan main hebat lagi. Saya makan ini.




Ye, Laksam. Abis kalau abah dah belikan letak atas meja siap2, pastu masa salam siap pesan, "Ada laksam tu atas meja", sampai hati ke nak kata "Elyn tak boleh makan la abah, sakit perut." Sampai hati ke?? Mesti la tak kan... Jadi, kerana sayangkan abah, ku telan jugak laksam ni. Pedih2 perut saya menjerit. Bagi rasuah dengan air teh o panas, lega sikit. Sekarang pun ada saki baki je lagi.



Eh lupe pulak. Dalam pada sakit perut muka berkerut kerut tu, lunch tadi saya bedal Prosperity Burger ye kawan kawan. Teruk kan perangai? Abis, kawan dah ajak. Tak sampai hati pulak nak cakap, "Aku sakit perut la ko pegi la sorang". Tak sampai hati... mana boleh... (Padahal bole je order benda lain, kan? ). Kalau semua tak sampai hati, sampai bebila pun ko tak kurus la Elyn. Hiks.



Dan kejap lagi kawan ajak try kedai baru bukak. NASI LEMAK CINTA SAYANG. Main course mestila nasi lemak dengan SAMBAL kan. Awak sakit perut kan? Jadi? Mesti tak sampai hati nak tolak ajakan kawan tu kan? Kan? Mesti pegi je tu karang. Kan? Dah tau dah.



Malam karang tak boleh tido sakit perut jangan nak bagitau semua orang pulak. Diri sendiri yang tak sayang perut tu, masuk benda2 tak patut2 jek. Isk!



Oh lupa pulak. Tadi saya pegi bank 2 kali okeh. Sekali tu kene buat bankers chq. Akak yang kat kauter tu kerek giler kot. Eh bukan akak la, makcik kot. Kita ni bukan keje bank, mana la tau semua procedure kan? Dia boleh bantai marah, "Ni dah lebih 6 bulan dah tak boleh cash out ni, kene masuk account ni. Mana no accountnya? Ni Casa Impian ada banyak account ni mana satu nak masuk ni? Pegi call ofis dulu ke apa tanya nombor account confirmkan bebetul. Hey bagai2 la perangai."



Boleh?? Eh eh makcik ni. Nak menopos ke? Mana la orang tau kalau dah 6 bulan tak boleh cash out. Kene masuk account, fine la masuk je la. Mana la orang ingat nak bawak no account sama, sebab ingat boleh cash out. Lagi 1, chill la, boleh usaha dapat no account tu, 2 menet je rilex tak boleh? Dah la muka tak penahnye senyum. Masam dari 3 tahun lepas. Camane la boleh duduk kat kaunter gaknye. Orang lain boleh je senyum, cakap elok2. Hey makcik ni! Tapi nasib baik la saya cool je rilex je tak melawan la tadi. Siap cakap terima kasih kuat2 bila dah bagi no account tu. Tunggu ye makcik, esok kita jumpa lagi. Muahahahaha!


Fuh panjang nye bebel. Dah kul 5 ni. Nak siapkan keje sket lagi. Tata! =)



Tuesday, December 13, 2011

Melawat Ikea



Jumaat aritu saya pegi Ikea. Nak cari almari dan barang2 lain jugak. Kata dapat rezeki lebih bulan ni kan, haruslah make over sket bilik yang dah tak serupa bilik tu. Hiks.



Dah penat berjalan, mestilah lapar. Ape lagi aim meatballs la. Makanan wajib bila ke Ikea. Tapi masa tengah beratur tu ternampak plak promotion meals. RM 26 dapat Meatballs 25 ketul, Fries semangkuk, Pasta sepinggan, Chicken wings 5 ketul dan air untuk 2 orang. Murah kot....kan?





Meriah sungguh. Makan 2 orang je. Dah la dua2 tengah lapar tahap kronik tu. Tapi tak habis jugak tau. Ada yang terpaksa ditinggalkan. Takkan nak tapau dalam tisu plak? Member segan sebab meje depan penuh semeja budak lelaki. Haha. Sekarang ni bila tengok gambar rasa nak gi Ikea pulak. Haih nafsu serakah sangat tak bole blah!




Sunday, December 11, 2011

Pencapaian Terbaik Setakat Ini!


Ehem. Hiks.


Semalam kan.. saye beli bedsheet baru taw. Sebab yang ade ni dah pakai setahun ke dua tahun lebih dah. Sampai naik berbulu. Hep, bukan tak basuh2 tau. Maksudnya basuh pakai basuh pakai balik gitu..


Jadik sempena dapat gaji lebih sket bulan ni *ehem*, saya decide nak beli bedsheet baru la.. Dan hasilnya adalah..





Tada! Kelakar kan? ok, sebelum korang kutuk lebih2, baik saya bagitau dulu kenapa pilih yang ni. First, sebab taknak kaler PINK dan Striking. Second, sebab nak yang murah je (jimat selagi boleh,kan?). Third, dah malas nak pergi tempat lain, so amik je la. Hehe.



Sapa2 yang belom tahu, saya ni sebenarnya terlampau melampau-lampau terkenan kat kaler PINK. Padahal diri sendiri tak larat tengok bilik yang serba pink. Tapi asal masuk kedai pilih barang je, mesti bawak balik barang yang berwarna PINK. Dah tak boleh buat apa.



So masa pegi Jusco aritu, memang dah niat nak bawak balik bedsheet yang bukan PINK. So, carik kat tempat paling murah dan carik kaler2 yang menarik. Yang ada semua PINK, ORANGE, MERAH, BIRU yang teramat la terang. Jadi dengan selamba saya amik design yang ni. Hehe. Boleh la. Takde la buruk sangat pun. Murah je. Nanti2 boleh beli lain pulak. Kan? Orang kata dah niat tu, kene beli jugak. Ahaks. Lagipun design dia tu ada kaitan dengan lagu favorite sekarang - It Will Rain by Bruno Mars. Kira aci je la kan? Hiks.



Jadi, sebagai penutup 2011, saya sangat bangga dengan diri sendiri kerana berjaya beli bedsheet colour Grey + Hijau + Biru! Yay! =)


Wednesday, December 7, 2011

Migrain + Demam



Hi korang =)



Arini saya halfday la. Tak larat dah duk lama2 kat ofis. Ni pun datang ofis sebab ada benda nak kena setelkan.


Dari Isnin aritu saya migrain sakit kepala. Pastu malamnya demam. Semalam la paling teruk, badan sangat panas. Panasssssss sangat. Sampaikan tido dalam aircond tak berselimut. Ish ish ish. Bangun pagi tadi macam dah kebah sikit. Tapi still sakit kepala.


Kenapa eh tiba2 je? Pastu jenis demam yang tak berpeluh tu. Uish pelik btol. Saya syak sebab terlampau banyak nangis kot? Nangis tak henti2 bole buat kita demam ke? Pelik lah.


Ari ahad tu ada la kecik hati ngan someone. Then malam tu gaduh. Dari saya yang merajuk, terus dia pulak sentap lebih. Pastu berlarutan sampai Isnin. Tapi bila ada orang lain campurtangan, sampai arini dia senyap je. Msg tak jawap, call pun tak berjawap. Kenapa keras sangat hati? Tula susahnya kalau deal dengan lelaki tak cukup umur ni. Mengaku diri matang tapi tengokla apa dia buat sekarang? Macam budak2. Hish.


Saya baru pas makan nasik panas2 dengan telur dadar dan kicap. Best woo. Lama giler tak makan nasik rasanya. Hehe.


Oh, adik beli satay station semalam. Tau tak secucuk adalah RM1? Size pun kecik je. Eee mahal la! Satay tempat lain 70 sen pun lebih kurang je size and rasa lagi sedap kot. Takyah laa beli lagi. Beli kat jalan Peel tu lagi puas hati.


Alahai pening la pulak. Okla ye kawan2, saya nak sambung baring. Keje elok2 tau! :P


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 5, 2011

Weekend Yang Sangat Lama



Hi korang =)

Saye rase weekend aritu sangat la lame dan lambat nak habis. Rase cam dah tido banyak kali still blom malam lagi. Dah rase buat keje macam2 tapi setengah jam je berlalu. Nape ek? Sampai petang tu saye tak sabar tunggu Isnin untuk pegi keje! Ish ish ish. Tebiat ape Elyn oi?


Sabtu tu anak buah datang seawal 8 pagi sebab abang n kak Ita nak pegi interview kat Wangsa Maju. Pas dorang balik, saye kuar jap jumpe hanak hikan. Haha. Kul 5 dah ade kat umah. Sangat suci perangai sebelum maghrib dah ada kat umah. Ahaks. *padahal hanak hikan keje kul 6, lalalala~*


Pastu kan asik ujan je kan. Takde la aktiviti luar rumah. Sumenye duk dalam rumah je. Bergumpal dengan anak buah. Ish saye nak masukkan gambar dorang la, tapi tak bole upload gambar! Nape ek? Dah gune mozila, tak boleh. Gune Chrome tak boleh. What's ur problem man?? Haha.


Lepas tu Ahad pun takde aktiviti ape. Sangat lemau kat umah. Mood lak tak menentu. Petang tu je dihiburkan dengan angin yang sangat kuat sampai pokok belakang umah tumbang. Pastu takde ape dah. Malam tu tengok Masterchef dan terus siap nak tido. Sebab tak sabar nak tunggu Monday. Mau pegi keje! Huhu pelikkkkkk sunggguh.


Dan arini.... saye sangat lemau kat ofis. Mood takdak. Tengok semua orang rase mau marah. Tambah2 bila ada orang tengking2 kita for no reason. Eh? Cakap elok2 tak bole ye? Mau kene tampar laju2 kah? Haha. Tu je. Nanti dah boleh upload gambar saye bebel lagi ye? Babai! =)


Tuesday, November 29, 2011

Cerita Weekend




Ade sape-sape dah try pizza yang banyakkkkkk cheese tu? Saye dah try dah ahad lepas. Erm, tak sedap mane la kot. Sos dia masam pastu cheese tu sendiri dah masam kan? So tak bernafsu sangat la tekak ni telan. Saye makan satu slice je. Ye di ulang, SATU slice aje. Which is sangat pelik . So not me. Ahaks.





Ni la rupe bentuk beliau. Sorry la ye kualiti gambar hampeh. HP murah jek. Huhu.




Pastu malam tu adik teringin durian la pulak. Beli durian kat pasar malam, pastu lebihannye mama wat kuah durian. Putih suci lemak merdu. Sangat sedap! Saye tak suke yang letak gula melaka kaler perang2 tu. Dok behi. Hiks.







Mama ade masak asam pedas tengah hari tu sebenarnye. Pengaruh dari Masterchef la. Setap giler okeh! Tapi saye tak suke sangat ikan laut ni. Ikan darat saye gemar la. So, hirup2 kuah makan bendi je la.. Layanzzzz..



Ok dah, nak balik. Babai! =)



Friday, November 25, 2011

Jom Makan Pizza Jom?



Korang tengok la ni! Promotion 2 ari je, arini last. Ape lagi? Mari?? Print kupon ni dan reedem kat mane2 pizza! Sedapnye cheese~







Tapi blom gaji, how? Isk!


Tuesday, November 22, 2011

1st Time Excited Tengok Bola!




Saya ni bukanla peminat bola sepak. Lagi2 bola sepak luar negara. Langsung tak minat. Tapi kannnn... sejak kebelakangan ni saya berminat nak tengok team Malaysia punye game. Sampaikan dalam family, saya sorang la yang terhegeh2 tak sabar tunggu bola, padahal adik lelaki rileks je. Haha.


Dan semalam dengan lagak seorang lelaki bujang saye ajak dak ofis tengok bola sesame kat mapley. Dorang plak melayan jek. Kul 8 dah sampai, amik table depan TV. Excited giler tunggu bola start. Saye yang lagi banyak tau info dari kawan laki ni. Ish. Ade ke dia pegi tanye saye, "Owh coach dorang ni cina ke?". Ehhhhhhh... awak tu lelaki kot. Patut lagi tau dari pempuan. Marah btol! Hinsss!


Bila bola start, saya adalah sorang je pempuan, pakai tudung lak tu, duduk depan tv dikerumuni lelaki. Awwww malu kitewww tawww~ Haha. Pastu menjerit same naik nih dengan lelaki. Tapi nasib baik la time tu sume jerit, so suara saye tenggelam la kot.. kan. Tapi saya syak pakcik yang kat depan tv tu dengar suara saya la sebab dia toleh belakang pas saya jerit. Gaknye tertanya suara pempuan mane lak ni over act sungguh. Haha.


Ape2 pun semalam memang kenangan yang sangat best tak boleh saya lupe la! Dah rase cam tengok kat stadium. Dorang sume sangat happening. Masing2 bersorak menyanyi macamkan kawan dah lame kenal. Nak nak pulak menang plak tu! Muke saya senyummmmmm je macam happy baru dapat bunge sejambak. Kul 12 baru gerak balik umah. Mama dah sound dah suh balik cepat. Pelik gaknye tengok anak dara dia yang feeling anak jantan gi tengok bola kat luar sampai tengah malam. Ahaks. Nasib baik menang kan? Berbaloi la kirenye duduk melekat kat kusi tu selama 4 jam! =)



Tahniah Harimau Muda! Aummmmmmmm!


Sunday, November 20, 2011

Kembar Tak Seiras Tako Tao



Happy Sunday Guys! :)



Nak share la, aritu saye jenjalan kat Jusco carik makanan pas balik keje. Dah aim nak carik sushi je. Pastu lalu kat depan sushi tu nampak pulak bende alah kat bawah ni.





Word Cabbage and squid dengan rupanya tu dah macam Tako Tao octopus jek. Harga pun murah, saye pun beli je laa.. Hehe.



Memang ada rasa Tako Tao. cuma cabbage dia tu kasar la, terase bila gigit. Me dun like. Pastu dia dah sejuk. Kalau kite beli Tako Tao tu kan panas2. Tapi boleh laaaaa.. Padan la dengan harganya pun. Bole la buat2 lepas gian time2 nak jimat duit ke kan.. Hehe.


Tu saje. Tata~


Friday, November 18, 2011

My Sweet & Sour Journey to Damansara



Macam jauh sangat je la Damansara tu kan? Haha. Saye nak buat pengakuan la. Paling gangster pun saye familiar dengan OU dan IKEA je. Lenlain, mintak mahap laaa..



Citenye camni. Kelmarin saye nak jumpe someone kat Flora Damansara. Sesudah dihitung kire dan menggugel map segala, saye pun nekad untuk try redah je. Why not kite belajar bende baru kan? Takkan asik nak Shah Alam - Ampang je kan? kan? Hiks.



Berbekalkan map di tangan, saye redah NKVE masuk LDP. Bila tengok LDP jem teruk, saye konon nak masuk kat IKEA tu la. Belok kiri dan nampak divider antara kiri and kanan. Terus panik. Dahla tak pakai spek time tu. Otak dah set kene amik kiri jangan turun bawah pulak. Dan terussssssss saye ke kiri lagi dan sampai kawasan perumahan dan tak boleh turn balik. One way. Nice kan?



Dah salah jalan tu, benti kete kat tepi carik spek dalam henbeg. Barula timbul kesedaran untuk jelaskan pemandangan mata. Haih. Dan bermula la journey sesat barat saye di situ. Pusing punye pusing campur benti isi minyak campur benti carik toilet dekat sejam, saye kuar kat Uptown. Sebabkan mase dah suntuk, saye nekad untuk tanye orang. Nampak kedai makan tepi jalan, saye benti. Terpandang sorang brader yang paling dekat, dia blom makan lagi. Dok main hp. Membelakangkan saya. Ah gamble je la tanye, malu letak tepi. Huhu.

Dengan sekali lafaz saye bertanye,

"Tumpang tanye encik, Flora Damansara kat mane ye?"


Sekali dia tolehhhhhh... * Alamak! Hafiz AF kah??? Ah sudah.. aku gi tanye retis ke ni?? Mane la nak tau, tak nampak muke kot tadi, main serang dari belakang je ni.*
Huhu, hakak nebes okeh. Kot kene maki ke ape kan kacau retis tetengah kedai makan tu. Isk!



Nasib baik dia jawap sambil senyum je,

"Oh Flora Damansara, u pegi sini blablabla, sane, simpang 3, traffic light, blablabla, dekat je, tapi u-turn blablabla.. er.. faham tak?"


"Hehe. Tak familiar area sini. memang tak faham kot... Takpela kalau susah sangat saye balik je la kot. Camne nak kuar dari sini? Highway terdekat nak gi Ampang camne?"


"Dah dekat dah, kenape nak balik? Takpela, U ikut I je la, I hantar u sampai sane. Tapi kene tunggu kejap sebab I tengah order makanan. I tapau je. Boleh?"


Gile tak boleh?? Orang nak hantar mestila bolehhhhhhhhhhhhhhh. Kan?? Huhu.



Sementara tunggu makanan tu kami borak la serba sedikit. Saye tak tanye langsung nama dia sape retis ke ape ke. Dia just tanye dari mane nak gi mane camne leh sampai sini, gitu je. Tapi sumpah sebijik cam Hafiz AF. Rambutnye tak nampak sebab dia pakai err.. ape tu yang macam snow cap ke? Err... ala yang Hafiz pakai tu la. Haha.



Jadi saye pun ikut la diaa... follow belakang kete dia. Punye jem la pulak jalan time tu. Jauhhhhh jugak la nak menyampai. Kesian dia kene hantar si budak sesat ni jauh2, padahal dia bukan nak pegi sane. Huhu. Bila dah sampai tu, dia siap pesan,
"U suruh kawan U turun, jangan naik atas, tempat ni sunyi."
Alalalala baik sungguh laaa. Silap btol saye lupe nak tanye name dia sape untuk kepastian la kan. Dan lepas cakap time kasih sambil nangis2 tu terus dia balik. Saye pun terus call kawan suh turun sekarang! Hehe.




Cite kat kawan tu, dia sangat heran macam mane saye bole sampai ke uptown damansara. Lepas tu asik perli perli je, "suke laa hafiz tunjukkan jalan..." Eh? Takdela suke mane pun.. Suke lagi jumpe dengan awak... awwwww~ Ahaks!



Kami pun pegi makan dalam kul 9 lebih tu. Dan borak2 update ape yang patut. Gelak2, dan terus balik dalam kul 11. Saye sampai umah dekat kul 12 malam. Nasib baik tak sesat lagi. Sebab kawan tu dah tunjuk jalan pulang sebelum lepaskan saye pulang. Haaa berbelit ayat kan? :P



Tu la pengalaman sweet & sour saye. Sweet sebab ade orang ensem yang sangat baik hati nak tolong walaupun saye bukan la pompuan cun yang seksi. Terharuuuuuuuu sangat! Semoga Allah balas jasa awak ye Hafiz @ Kembar Hafiz! ;) * Saye pun taktau la tu Hafiz AF or just pelanduk dua serupa. Kene tanye Hafiz la kot dia kat mane kelmarin kul 9 malam. Huhu.



Dan juge sweet sebab dapat jumpe kawan tu. Lame kot tak jumpe dia. Sebulan? Sebulan lebey? Windu la jugak sikit2.. Pendek kate suke la tengok muke dia sebab saye akan nak senyummmmmm je kalau jumpe dia. Ewahhh! Haha.



Sour pulak sebab saye sesat dekat sejam dam migrain teruk menyebabkan takleh fokus sangat berborak dengan kawan tu. Sampai umah terus pitam. Tak tahan sangat dah! Berdenyut tak henti2. Huhu.



Sekian adenye bebelan saye untuk hari ini. Jom Makan!

=)




Tuesday, November 15, 2011

Triffle Bebeh!



Raya Haji aritu mama bawak balik resipi triffle. Teringin nak cube katenye. Terus saye panik sebab sebelum ni memang ade keinginan nak buat tapi nampak cam susah je.. Haha. Tapi bile tengok resipi... senang je??? Nape la tak buat sebelum ni?? Huh!




Pastu Monday public holiday tu try la. Sampai merajuk2 mama saye kejekan. Haha! Noty btol budak Elyn ni! :P Tapi saye tak amik gambar la. Sebab macam excited dah sejuk tu terus serang dan habis licin. Erk. So jolap..



Weekend lepas saye try buat lagi. Kali ni dengan different flavor segala. Buah pun kasi tukar jadi nata de coco. Hasilnye seperti di bawah.






Tapi tak cantik sangat la. Dan tak sesedap 1st time buat aritu. Pasni nak cube lain flavor pulak. Tapi kali ni nak letak whipping cream. Tengok resipi orang lain bukan main lagik letak mende alah tu nampak cam maveles je. Mane bole tahan. Ahaks.



Okla itu saje. Mau pulang suda. Tata guys! =)


Monday, November 14, 2011

Birthday Mama!




Happy Monday all! :)



Semalam, 13 November adalah Birthday me momma yang ke-52! Family abang pun balik untuk celebrate same.


Takde ape yang special pun. Kami decide nak picnic sambil barbeque kat Sungai Congkak. Abah perap daging, buat mashed potato and coleslaw, goreng nasi dan jajan. Hehe.


Tapi kan, adik saye buat lawak la semalam. Dia pakai spek. Dia masuk dalam air dengan spek2 skali. Mama dah tegur dah, "Adik, bukak la spek tu.. Hilang karang."
Dia bole senyum jek sambil sambung mandi. Tak sampai 2 menit lepas tu, dengar adik jerit, "Abang! Spek adik ilang dalam air!"
Ishhhhhhhhh bikin amarah tau budak ni! Berlari abang terjun dalam air. Saye yang plan takmo mandi pun terjun same carik spek dia. Yang abah dah bising2 dah. Oh adik saye tu umur 21 tawun ye. Bukanla budak tecik. Ahaks.


Kami 3 beradik dalam air dah rupe cam orang mendulang emas dah. Haha. Sorang selam, raba raba pasir. Sorang tunduk, raba raba celahan batu. Sorang lagi tak keruan duduk, berdiri, menyelam (sebab mata tak nampak!). Lame jugak la mencarik. Abang dah sampai ke bawah2. Saye cari kat gigi air dulu takut dia pergi tepi. Pastu cari celah2 batu tempat adik mandi tadi. Abang macam dah give up sebab tak jumpe2. Saye pulak sambil2 meraba raba batu tu pasang niat dalam hati semoga Allah permudahkan kalau ade rezeki nak jumpe balik. Tak sampai 2 menit, tangan saye teraba somting macam gelas. Dan ye, spek adik! Alhamdulillah jumpe jugak! Bikin saspen sungguh!


Petang tu macam dah nak ujan, kami pun balik. Best btol main air. Macam rendam dalam ais sejuknye!


Dinner pulak, saye tanye mama nak cake tak? Pastu katenye nak Pizza. Okla, kami order Dominos makan sampai lebam. Tu saje celebration kami :)


Cake yang special nanti elyn order ye mama? Kite makan cake simple2 dulu. Hiks!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 8, 2011

Oops I did it again!



Hi korang :)



Oh, tak terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban! :)


Saye dah berkorban banyak bende kot bulan ni. Haha. Rasenye tahun 2011 adelah tahun yang sangat menguji tahap kerasionalan saye. Sangattttt.


I've been dealing with a lot of problems lately. But somehow I manage to find the solutions. Rase macam pecah kepala berfikir secara matang beberapa hari yang lepas ni. Tapi ujian tu datang untuk menyedarkan kita yang mungkin terlalai sebelum ni kan? Untuk jadikan kita lebih kuat. Lebih berhati hati di masa akan datang.


Manusia memang takkan lepas dari buat salah. Takkan ada yang perfect. Begitu jugak saya. All this while parents and family sangat mempengaruhi ape yang saye buat. Dari belajar sampai dah TUA ni. Dan akhirnya saya realised yang saya dah tak boleh nak ikut semua kehendak mereka. Saye kene fikirkan diri sendiri jugak. What makes me happy,itu yang penting. Dan akhirnya, hari ni saya buat keputusan yang sangat besar impaknya. It's all about me, myself and my life. Syukur, mama faham situasi saye, dan mama restu. :)


Tak peduli dah orang nak kate ape. In the end, kite yang deal dengan life kite, bukan orang lain. Kite yang nak makan, bayar duit kete, duit rumah. Bukan mintak kat sape2. So.. Biarlah ape orang nak cakap. Rezeki masing2 dah ditentukan. Mungkin hari ni saye di uji. Mane tau esok esok orang lain pulak di uji. Kite taktau bahagian masing2 kan?


So, have respect on others life. Life sendiri pun belom terjamin lagi bahagia sampai hujung nyawa,kan? So simpanla mulut tempayan tu, tak payah nak bukak bersepah2 sangat. *Eh? Tetibe! Haha :P


Tu je kot nak luah. Nak tido dah, esok keje! Nite uols! :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Friday, November 4, 2011

Lapar!



Saya adalah sangat lapar~




Spaghetti Carbonara




Cendawan Goreng Tepung



Ni makanan yang di masak weekend lepas. Sebelum masuk weekend baru, kasi tunjuk dulu. Aci tak? Haha.



Oh, nak bagitau la. Kat ofis sini ni saye adelah tak makan dari pagi sampai tengah pagi. Rekod paling lame, sampai kul 2 pagi baru makan. Giler tak?? Puasa pun dah boleh berbuka kul 7 okeh. Sebab ape tak makan? Sebabnye sedaya upaya nak belajar and cepat2 pandai dengan keje baru! T_______T



Baru keje 3 hari dah macam2 di lalui. Meeting sampai kul 1 pagi. Pergh! Takpela, semoga cepat2 pandai pastu bole keje dengan hati senang. Kan? Isk ni pun tak lunch tadi. Laparrrr, tapi nak cepat2 balik nak makan kat umah.



Eh dah 5.30 dah ni, boleh dah nak siap2 balik. Tata! =)




Thursday, October 27, 2011

Keyword Pelik



Nak mengadu la sikit. Saye kan berase pelik dan kurang senang dan tertanye tanye la dengan 1 bende ni. Dah lame dah perati. Makin lame makin teruk la pulak. Makin banyakkkkk.
Ape bende? Ha ni ha.




Keyword 'perlukan lelaki' tu. Banyakkkkkk kali kot sampai ke blog ni. Bole kate hari hari. Sentap ok tiap kali tengok. Macamkan kite ni desperate sesangat sampai perlu la hari2 ade keyword begitu sampai ke blog kite. Chait! Ni sape punye keje ni? Baik ngaku sekarang jugak! Ish.


Ke ade sindiket untuk perangkap pempuan yang perlukan lelaki? Ish ish ish. Not good ok. Not good. Name belog saye adelah elynwan.blogspot.com ye. Pasni tak payah la carik gune keyword tu. Ok?


Oh, dan saye jugak bukanlah desperate memerlukan lelaki ye. Time kasih. T______T


Ayam Golek Maveles!



Hee.. sebenarnye tu bukan nama dia tau.









Saye makan ayam ni kat Pantai Dalam. Member bawak. Dia kate femes. Tapi taktau la nama dia ape, sebab sampai2 je terus meluru masuk ke kedai. Lapoooo weh! Haha. Mama kate ayam golek nara. Er... abang nara yang femes tu ke? Hehe taktau la saye main taram jek ni.


Taktau la sekor brape sebab aritu amik set untuk 2 orang. Total dalam RM40 camtu. Mak kate sekor doploh hengget. Ish semuanya taktau ape nak jadi ni? Motip buat entry???


Motipnye nak bagitau yang saye dah rase ayam sedap ni.


Korang dah rase ke? :P


Sunday, October 23, 2011

Terapi Pabila Down



Eceh tajuk... Ahaks.



Last week adalah minggu yang sangat tegang untuk saye. Dari Isnin sampai ke Sabtu pun terase lagi kekusutan tu. Macam2 bende yang berlaku. Nanti pelan2 saye syer ngan korang ok? :')


Kebetulan mase tengah kusut tu, gfs ajak pegi hiburkan hati. Memule plan nak gi Tutti Fruiti je. Tetibe plan berubah, kitorang decide nak gi Sushi King dulu. Memang tengah lapar time tu. Jadi, ke Subang Parade la kami.





Rezeki kitorang kot haritu memang taktau ape2, sesampai je kat sane tengok penuh semacam pastu ade orang beratur kat depan kedai. Rupenye arini ade Card Bonanza yang RM 2 sepinggan saje! Woohoo~



Memang balas dendam abis la, lame kot saye tak datang sini. Setahun? 2 tahun? Ntah la. Tak ingat dah.Total pinggan kitorang aritu adalah, 27! Tapi total bil RM 60 saje. Murah kan? Berbaloi baloi ok. Puas hati.


Selesai makan, kami ke Shah Alam balik. Pekene dessert pulaks. Sebab aritu memang ade diskaun untuk gegirl. 10% ke 15% tah. Hiks.






Mane 1 saye punye? Hehe. Saye suke sangat2 Banana Stawberry & Cookies n cream tu. Pastu suke letak buah buahan dan nata de coco. Nyums~


Memang terapi yang bagus la untuk kitorang. Balik dengan dada yang lapang dan tido pun lena jek malam tu. Sayang my gfs sgt2! Kalau dorang takde, gaknye camne la keadaan saye ni kan? Hambarrrrr tension je kot? Huhu takmo bayang la..



Aish bile tengok balik gambar, terus rase lapar. How? T______T




Monday, October 17, 2011

Beautiful Monday!



Morning guys! =)



Sangat lame la tinggalkan blog ni. Last week saye adelah sangat kusut. Bz dengan keje dan masalah2 peribadi. Haha.


Oh, saye adelah cuti arini. Pegi mane? Nanti ai story ok? Erm, tapi kan.. Sekarang ni saye rase insecure la nak cerita sebarang2. Sebab ape, banyak sangat keyword yang sampai ke blog ni mencurigakan. Sangaaaaaat mencurigakan. Sape ye agak2? Ni adelah personal blog. Bukan la official untuk mane2 organisasi. Kadang2 takut jugak la manusia pelik2 ni jadikan blog ni sebagai info untuk tujuan yang tak baik. Ke perasaan saye je? Hurm ntah la..



Eh tajuk bukan main ceria, tetibe nak sedey2 plak menaip. Haha. Happy la sebab esok tak keje. Tak payah redah jem yang menggila tu. Tak payah hadap semua bende yang dihadap pada hari Isnin yang biase.. Gitu. Dan happy nak cube bende yang baru! :)



Dah lewat sangat ni saye still tak tenang nak tido. Nervous la tunggu esok! Semoga Allah permudahkan segalanya,amin! ;)



Jom tido? Nite korang! ;)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Monday, October 10, 2011

Aktiviti Weekend



Hi! =)


Weekend lepas korang wat ape? Sabtu, saye pegi facial dengan mama. Pastu tengok movie dengan gfs. Cite What's Your Number. Best jugak, kelakar. Dan yang pentinggggg.. actor dia sangat yummy! Haha.



Hari ahad kami datang umah abang. Masak2 lepak kat sane sampai malam. Memang tak dapat tido petang la kalau gi umah orang tu kan. Haha. Main2 ngan Damia dan adik. Menu semalam adelah, Ayam Goreng ala KFC, Coleslaw, Mashed Potato dan bihun goreng. Hee. Setap tau! Rase berat badan tambah 8 kg pas balik umah. T___T



Saye tak pasti la dah tunjuk kat kawan2 blog anak buah saye yang ke-dua ni. Maklumla, update pun tak selalu kan. Lagipun saye ni banyak makan semut. Ahaks. Nah, perkenalkan adik si Damia, Wan Iman Zahra. Atau name gediknye setakat ini, adik.





Ni tengah duduk dengan Paklangnye. Garang kan muke beliau? Baru bangun tido begini la. Kejap2 lagi dia senyum sengeh la. Si adik ni memang melekat ngan lelaki je. Kat perempuan dia tak berapa nak sangat. Tsk. Sentap makngah ok. Kalau nak dukung dia, kene umpan ape2 la. Meow ke, bird ke, tunjuk kete ke, tu pun kejap je, bila dah tau tu taktik lapok, terus menggeliat nak turun. Ergh adik ni..! Dah besar karang mesti carik makngah, kecik2 ni memang eksen la kan.. takpe, takpe. Haha.





Tu je la. Sampai umah, mandi dan terus siap2 ape yang patut untuk keje esoknye. Rase cam tetibe je dah Isnin. Haih.




Friday, October 7, 2011

Apple Asamboi!



Cak! Hiks =)



Saye kan, berase pelik dengan diri sendiri. Lately ni (2-3 bulan) selere makan adelah tak menentu. Tetiap pagi mesti breakfast, tapi bila lunch je messsssti taknak makan. Sebab rase kenyang yang teramat dan takde selere. Tapi bile kul 3 or 4 or 5 tu mule la menggigil. Padahal sebelum tu takde langsung rase lapar. Dan dah gigil tu pun selere adelah takde. Makan sebab terpakse. Hish. Pelik nih. Kalau dulu, even dah breakfast nasi lemak pun, lunch still rase lapar tahap tak makan 3 hari! Haaaa..



Pastu 2-3 ari ni bila lunch je saye teringin nak minum masam2. Macam air kat bawah ni la. Apple Asamboi! Pastu menjawap la perut kuarkan bunyi yang pelik2 macam ade resakse mangamuk kat dalam tu. Haha. Tapi sedaaaaaaaaaaaaap =)






Nak kate diet, tak jugak. Badan tetapla bulat dan padat dan kental. Nak kate runsing, tak jugak la. Nak kate tension pun tak jugak. Dah sebati kot dari dulu memang camni. Nak kate bahagia lalu takde selere makan? Erm, not really. Hish taktau la ape masalahnye. Eh, ke sebab hormon? Dah makin TUA memang begitu?? Oh tidaksss! Tak relaaaaaa yu~

Monday, October 3, 2011

Cantek ke? Awww terharu taw~



Cak!



Saye nak share satu story la kejap sebelum tido nih. Hiks.


Tadi saye order bihun goreng for lunch kat ofis. Order kat kedai sebelah je. Malas nak tunggu, balik ofis dulu, kejap lagi dia hantar kat ofis.


Sambung wat keje sikit. Pastu tak perasan makanan dah siap, and dah hantar pun. Ade kawan tolong amikkan kat pintu depan.


" Nah, untuk adik cantik katenye "

" Hah??"

" Makcik tu kate untuk adik yang cantik. Akak pun tanye la sape, sebab dalam ofis ni ramai yang cantik kan.. Haha. Pastu dia kate
adik cantik yang comel tu. Elyn la sape lagi. "


.......


Bole??


Adik cantek yang comel??? Oh tidak! Makcik tu pandai amik hati pelanggan kan?? Haha!


Memang dalam ofis tu cantik2 dan KURUS selim melim ok. Walaupun anak dah dua orang. Bile orang kate cantik, taktau nak maksudkan mane satu. Tapi kalau orang kate Comel (atau bahase kasarnye, gedang) senang je nak tau sape. Mesti la si Elyn budak debab tu. Tsk!


Ok dah dah. Mari kite tido. Esok nak bangun pagi. Semoga esok sampai ofis awal, amin! ;)

Nite korang!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Selena Gomez Punye Hal



Morning!




Saye adelah teraddicted dengan lagu ni ye kawan2...








Padahal tak faham sangat maksud tersirat lagu ni. Love u like a love song? Maksudnye?? Haha. Tapi music dia cam best je.. pastu ade part yang re peat peat peat peat peat. Comel kot! :P



Friday, September 30, 2011

Nak Baby Pelis!



Nak share satu gambar time open house aritu. Menarik sikit yang ni sebab saye ade gaye seorang ibu comel tengah dukung anak! :')





Sweet dok? Tu yang kanan tu. Ala budak tembam baju pink tu. Time ni tengah kidnap anak opismet lalu sembang2 buat macam anak sendiri. Pastu fotografer lalu dan suh pose dan click click! Huhu.



Motif gambar : Teringin nak ada anak sendiri yang montok dan gebus macam diri sendiri! How?? Help! :'(

Sunday, September 25, 2011

Open House Raya



Hi korang!



Saye adelah tak berape sehat this few days. Sakit perut tak abis2. Ni pun baru je nak ok. Bila raye dah nak abis baru boleh pegi open house. Tu pon baru 2 buah umah je sempat pegi.. Sedihnye..


Semalam, bos kami buat Open house. Maka, harusla semua staff datang makan2 dan bergelak ketawa kan.. Hehe.






Sebahagian dari staff with our Boss.

Haa cam tak mane satu saye? Kalau tak cam, memang kecik hati ok! Sentap sangat! :P



Tuesday, September 20, 2011

Bende Sedap



Arini saye tak keje tau. Perut wat hal. Ape yang tak kene dengan bende yang saye makan tah semalam. Ish. Nasib baik tak melarat sampai malam. Petang tadi dah ok dah. Ni tinggal saki baki je lagi.


Eh nak tanye la, coklat sedap ni ade jual kat mane ye? Siyes sedap oh! Ingatkan coklat biase je, rupenye dia macam gula2 udang dulu2 time sekolah selalu beli. Isk. Teringin okeh!

T_____T



Sunday, September 18, 2011

Sweet Serendipity :)



Salam korang :)


Saye ni baru je balik dari Kelantan. Baru siap setup untuk outlet baru kat Airport Kelantan. So sekarang Casa Impian dah ade di Kota Bharu ye kawan kawan. Sile la jengah bebile ;)



Semalam gerak balik dalam kul 1 tengah hari. Lalu Terengganu sebab nak singgah Paka jumpa kawan. Pastu singgah Kuantan drop orang. Pastu sampai Shah Alam dalam kul 12 pagi. Kami semua tinggal kete kat ofis, pegi naik kete company.



Saye pun drive sengsorang la dari Shah Alam ke Ampang. Takde la takut sangat sebab dah biase kot? Biase balik keje pepagi camtu dah. Tawakal je. Elok je jalan smooth je takde roadblock ke accident ke. Mujur..



Tapi.. Dah dekat nak sampai umah, area Tesco Cheras tu. Tengah syok2 nyanyi lagu Faizal Tahir - Bencinta, tetibe lagu tu stop. Eh pelik nih! Tengok lampu pun padam. Kete gelappppp je. Tapi kete still bergerak ni.. Enjin memang dah mati la. Dah la baru je lepas simpang. Banyak kete lak tu. Slow2 ke kiri, nak bagi signal takleh. Nak wat emergency signal pun takleh. Nasib baik sempat benti tepi jalan. Tapi kat simpang busy la pulak! Isk! Kete langsung takleh start, lampu takleh pasang, dan kete adelah locked! Oh God! Ni mesti bateri ni! Lalu cecepat call abah suh datang resque. Nasib la dah dekat jugak ngan umah.



Tak lame tu ayah datang. Konon nak wat jumper dari kete ayah ke kete saye. Tetibe tengok, nut bateri tu dah hancur. Means cable n bateri tak connect! Patutla bleh mati tengah jalan.. Kalau bateri abis, takkan mati tengah gerak. Haih,takleh nak wat jumper maknanya kene beli bateri baru. Kul 1 pagi! Isk.



Adik lak terus call kawan dia mintak tolong. Taktau nape dia panggil kawan dia. Mungkin sebab nak teman kot? Or kete same? Ntah. Saye n ayah gi cari bateri kat stesen minyak. Adik tunggu kete n kawan dia.



Bila kawan dia sampai, kawan dia nak tolong cari bateri same la kononnye. Tetibe kete kawan dia lak takleh start. Erk. Ingatkan minyak abis. Pas setel kete saye, g carik minyak pulak. Dahla kete same. Warna same. Parking depan belakang. Same2 lak takleh start. So comel.



Kul 3 pagi tu saye dah balik umah. Tinggal adik n kawan dia setelkan kete. Sebab ingat minyak abis je. Rupenye pas letak minyak still takleh start. Terpakse tinggal kete kat situ sampai pagi. Alahai kesiannn... Kete dia pulak kene tinggal tak pasal2. Padahal datang nak resque saye. :'(



Esoknye hantar kedai. Rupenye.........................
Bateri jugak problem. Haha! Bateri kete dia abis! Comel kan? Nak resque orang, parking rapat2, tetibe berjangkit plak. Sehati sejiwe ke??? Tetttttt.. Haha.



Kete same, kaler same.. Umur same sebenarnye. Walaupun kawan kepada adik saye. Hurm.. Bile fikir balik.. Kelakar jugak la.. Sweet pun ade, comel pun ade. Kite ade jodoh la kot? (Tetibe! Haha! :P) tak bole.. Adik kate dia orang surau. Tak padan dengan saye. Mungkin dia pun nak cari perempuan macam dia jugak kot kan? :)


Itu la alkisahnya..


Kebetulan yang sangat comel :)




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone



Tuesday, September 13, 2011

Cik Bunga Yang Ditunggu Tunggu!



Kat umah saye ade 1 kolam tau. Dulu mase kecik adelah menjadi kolam renang la kononnye. Buat kami adik badik berendam. Hiks. Tapi sekarang semua dah besar, abah bela ikan je la. Pastu letak pokok teratai skalik =)



Pokok dia memang hidup tiap masa ade je. Tapi bunga dia tu susah sangat nak muncul. Setahun sekali je kot? Kalau tak silap laaa... Tak pun dua tahun sekali. Penat woo tunggu dia.


Dan akhirnya, aritu tetibe nampak beliau mengembangggg baik punye. Teruje la sesangatnye okeh! Huhu.






Cantik tak? Cantik tak? (Eric style.. haha!)
Well, for me saye sangat sukeeeee ini bunge! Lep lep! <3!



Saturday, September 10, 2011

Virus Attack!




Salam korang... *snifff*
Seseme tak abis abis laa.. T____T


Baru je kebah dari demam seseme terok before raya aritu, ni dah kene seseme balik. Berjangkit kat member sebab syer dia punye sambal belacan mase makan! Hish.... Camne bole lupe??


Bila badan tak sihat, nak buat ape pun malas.. Arini plan macam2 tapi nak bersiap dan keluar cukuppp liat! Nasib baik dah service kete semalam. Isk.


Esok ade wedding member lak tu. Baju ape nak pakai blom pilih lagi. Dengan badan macam ni, takde mood rase nak gi. Tapi tak sedap pulak, orang dah berharap kite datang tuuu.. Lame tak jumpe dia.


Dahla semalam tak bole tido. Ni nak tido pun takmo lelap. :'(


K la nak makan ubat seseme dengan harapan berasa mengantok dan terus tido! Bye! :)




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Monday, September 5, 2011

Back To Office



Hi korang :)



Semua dah start keje ke ade lagi yang cuti lagi ni? Jelesnye.. Saye start keje balik arini. Liatnyeeeee rase nak bangun pagi rempuh jem segala.. Ni pun taktau nak pakai ape esk. Mungkin mase mandi nanti baru dapat idea. Atau capai aje baju yang tak payah gosok. As usual. Sigh.



Sabtu aritu buat makan2 sebab adik beradik mama nak datang. Alang2 dah masak tu, jemput skali orang surau untuk doa selamat dan kawan2 adik sekali. Alhamdulillah lauk semua sedang elok je. Masing2 makan bertambah. Seronok tengok. Oh, menu adalah Nasi Carrot, Ayam masak merah, kari ikan tenggiri, dalca dan acar nenas, kek batik, puding caramel (menu wajib), dan buah buahan. Simple aje. Sebab tak niat nak wat open house pun. Yang bestnya, lupe amik gambar. Haha. Bz uols, penat dari pagi memasak okeh. Mujur adik beradik lelaki rajin tolong same.



Esok start balik la rutin harian kat ofis. Breakfast nasi lemak, lunch kat mane2 dan petang lepak sementara tunggu jalan tak berape jem. Sebulan dah tak buat aktiviti tu. Huhu.



K la, jom tido? Dah lewat ni. Nanti mula la merungut tak cukup tido la ape.. Huhu. Nite korang! :)



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya!



Salam korang! :)



Saye adelah bersiaran live dari kampung di Johol, Nogori Semilan. Hiks.


Korang dah start masak untuk raye @ mantai ke? Kitorang baru nak mantai esok. Bestnye masak gune kuali besar2 kat luar umah. Tapi panas sikit la kene tahan la kan. Nak sejuk gi duk dalam aircond kat bilik sendiri la, tak payah campur orang. Hehe.


Sementara blom bizi lagi ni, saye nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua. Maafkan la kalau ade buat korang terase hati atau ape2 secara tak sengaja atau sengaja ye :)


Tata korang. Masak elok2 ye, drive pun elok2. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Amin!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, August 27, 2011

Persiapan Last Kopek



Salam semua! :)



Ramai dah balik kampung atau ramai kat kl lagi? Tadi pegi Carrefour Wangsa Maju manusia penuh selautan lagi. Padat betul sampai sesak nafas dibuatnye. Menandakan ramai tak balik kampung lagi kat Wangsa Maju tu. Phew~


Kononnye plan sebelum pose lagi nak cari baju siap2 sebab bulan pose malas nak keluar,kate mama. End up tetiap minggu pun keluar cari baju mama T___T.
Secara tak langsung baju saye jadi banyak sebab tiap kali keluar ade je yang bekenan. Haish bahaye btol. Tapi puas hati la akhirnya dapat jugak mama 3 pasang baju siap dengan tudung untuk raye nanti. Tapi tu blom masuk bab kasut lagi? Aiyo pitams.


Rumah dah 80% siap kemas tapi blom isi kuih lagi la. Tinggal porch depan je banyak nak kene buang tu. Hutang2 semua dah bayar sebelum cuti raye. Duit raye dah masuk sampul. Haaaaa baju raye blom basuh lagi. Pastu nak gosok baju melayu adik pulak. Pergh penat jadi kakak yang comel ni. Ahaks. Nasib baik adik adelah menyenangkan hati. Kalau perangai menyakitkan hati memang makan hati jawapnye.


Okla, mari bergerak! Banyak nak kene setelkan ni. Esok nak balik kampung dah. Tata! :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 25, 2011

RIP G-Brown!



Heee sesuke hati kasik name purse sendirik g-brown. Haha.



Saye telah berjaye membeli purse baru aka purse raya yang sangat funky berwarna merah. Haaaa taknak kalah kan beli warna merah? Ahaks!


Dan mase transfer2 barang tadi terjumpe la resit pembelian purse lame tu. 29/9/2008. OhEmGi! Patutla buwok lain macam, dah 3 tawun pakai rupenye. Naik malu nak kuarkan dari handbag. Kuar duit pun sorok2 je. Haha. Rase cam baru beli last year. Isk.


Mari amik gambar, dan sekarang bole buang dengan senang hati. Tq ms g-brown. Nice working with u. RIP.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Sunday, August 21, 2011

Baju Raya Lagi



Lupe lak letak gambar tadi. Hiks.





Walaupun badan panas dan selemo meleleh tak henti2, bila mak mintak teman gi carik baju dan tudung, harusla kite tak boleh tolak. Kesian kat mama. Dan pada teman2 tu terbeli la pulak baju selai dan tudung selai. Tudung beli kat kedai akak VP kek KCB mase gi beli lauk berbuke kat kedai Zainal. Huhu.


Dan harini badan makin panas. Camne ni? Help!! :'(



Thursday, August 18, 2011

Nak Anuar Zain!



Dalam ramai ramai artis yang saye nak jumpe, saye paling nak jumpe Anuar Zain! Bukannye tak pernah jumpe, ade 2 tawun lepas, berbuke dengan NSTP kat Marriot Hotel, amik gambar uolsss dengan Anuar Zain. Tapi tak best. Sebab ape? Sebab dah la kene tunggu turn, pastu mase turn ko, sumorang dok pandaaaaaang je. Selese tak?? Sudahnye, saye tak salam pun beliau. Sebab panik + nebes. Pastu balik umah menyesal kenape tak salammmm?? Nak pelok ciom tak bole, at least salam la sikit kan, acah2 sentuh tangan gitu.. Haha. Dose taw sentuh2 laki.. Takmo takmo.


Tahun ni saye berharap sangat dapat jumpe Anuar Zain life in person macam gi makan same ke? Minum same ke? Ewaah ko hengat ko artis?? Hehe. Takpe, janji impian tu ade. Dapat tak dapat belakang kire.


Abang Nuar takmo renovate rumah ke? Atau ubah interior design ke? Kalau ade, sile kontek saye ye, tengs! =)





Promo Hari Raya @ Midvalley



Salam :)



Esok saye keje kat Midvalley, jaga booth kat sana sebab gantikan orang. So tak payah pegi Pavilion la esok. Yeay! Hehe.


Booth Casa Impian ada kat concourse area kat tengah2 tu tau. Promotion Hari Raya. Sape yang ada berdekatan jom la tegur2 saye esok! ;)


Ha, Yana keje kat Midvalley kan? Jom datang booth elyn, bole kite jumpe. Laaaaame tak borak dengan awak kan? :)


Okla kene tido dah. Nanti nak bangun sahur lagi. Nite all!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Friday, August 12, 2011

Casa Impian is at Pavilion Center Court !



Casa Impian ade wat promotion raya kat Pavilion Center Court. Kat tengah2 stage tu. Start 10 August - 4 September. On weekdays, saye dengan kaklong jaga booth belah pagi. Petang and weekend, orang lain jaga. Jadi, kawan2 yang berdekatan, mari laaa singgah. Boleh jugak teman saye borak2 ke ape ke. Hehe.


Dan sekarang pinggangku sakit2 sudah. Duduk kat situ kene maintain comel je kan. Mane taknye. (Comel ke masalahnye??? :P)


Jemput datang tau! Tegur saye! Babai! =)


Sunday, August 7, 2011

Nasi Carrot on Weekend!




Hari ahad aritu saye mama masak Nasi Carrot. Amik resipi dari kawan mama. Pastu masak ayam masak merah. Huhu setaaaaaaaaaaaaaap~






Rasenye manis2 sikit sebab manis carrot. Bole la lain kali boleh masak lagi. Lain dari yang lain. Takde la asik nasi ayam sesaje. Bosan kot. Hehe.


Iftar With My babes @ Laman Grill!



Whoa lama sangat tak hapdet!



Dah dekat seminggu kita puasa. Kejap je rase. Semalam, saye berbuke dengan my girlfriends! Sebabkan masing2 duk jejauh, maka perjumpaan adelah kat tengah2. Iaitu Shah Alam. Mereke pun decide nak makan kat Laman Grill Seksyen 13 Shah Alam. Ye, depan ofis saye je. Huhu. Tapi selama ni tak pernah pun saye tau kat situ ade Laman Grill sebab dia duk kat bahagian belakang. Bukan facing mainroad macam kedai2 lain. Kesian. Kalau tak sebab masuk blog, Milkadeal dan sebagainye, memang tak ramai yang tau kot..



Ade buffet RM49.90 per head atau ala carte. Kami semua pilih ala carte, sebab takut membazir amik buffet. Masing2 menjaga badan katenyeh. Ahaks. Ramai jugak orang. Dan rasenye kami semeje je kot yang amik ala carte. Lain sume buffet. Untuk detail pasal buffet Laman Grill boleh click SINI.



Oh, sebelum ke sini, kami bersiar2 kat Bazaar Stadium tu dulu. Punye la sardin orang kat sane. Terpijak selipar terlanggar bahu segala. Weekdays takdela seteruk tu rasenye.



Antara makanan yang kami order..




Grilled Spring Chicken





The Laman New Version Marbled Chicken Chop



Saye makan The Laman New Version Marbled Chicken Chop. Komen? Speechles. Terharu rase nak nangis. Haha. Sedaaaaaaaaaaaaaaaaap sangat ok! Pie dia ade cheese dan kulitnye rangup. Ayam yang lembut, sos yang sedap. Aih tak reti la nak explain, yang penting sangat sedap! Korang kene try sendiri. ok? =)



Definitely will come back. Service pun tiptop. Staff yang peramah. Saye suke =)



Lepas masing2 dah bloated, mase untuk dessert pule. Kami ke Tutti Frutti depan Laman Grill tu je. Masing2 craving for frogurt katenye. Punye laaaaaa ramai orang. Rase cam ade kenduri kesyukuran lak. Mungkin jugak kesyukuran sebab dah berbuke? Hehe.


BTW, inilah hasilnye.





Syoknyeeeee makan ramai2 dengan gelagat masing2 yang terlebih gula tu. Havoc jadinye. Rasenye meje kitorang la yang gelak paling kuat. Huhu. Tak boleh tahan la, ade je aksi2 spontan yang dorang buat.



Selesai sume, polok2 kiss2, masing2 pun pulang ke rumah masing2. Saye sangat happy hang out dengan my babes! Bukan senang dapat kumpul makan same2 ni. Masing2 bz dengan agenda tersendiri.



Tapi saye sampai rumah kul 12 malam. Sebab jalan sangatttttt jem. Time tu la dia nak TAR jalan, time tu la nak korek sane sini. Jem macam balik keje kul 5.30 petang pulak rasenye. Eiii.
Sabarrr je la.





Wednesday, August 3, 2011

Puding Caramel Anyone?



Salam :)



Hari pertama puasa saye balik umah time sahur, kul 5 pagi. Baru siap unload barang2 dalam kontena sepanjang 40 kaki. Pergh mujur la badan kuat time tu. Dan esoknye masuk ofis pas waktu rehat.


Susah la nak tido pagi tu. Memang susah nak lelap. Tak biasa kan. Badan pun terkejut. mase tu la kawan buat lawak. Dia pm, cakap nak order puding caramel saye 3 bekas this weekend. Erk. Panik gak la bace msg tu. Dari lemau terus segar dibuatnye. Bace banyak2 kali la jugak. Huhu.


Memang la saye rajin buat puding caramel. Tapi tak penah la nak jual kat orang. Tapi member ni berkeras mau jugak beli. Isk. Sempena bulan baik ni, saye terima je la order dia tu. Taknak kecewakan orang.






sebelum puase aritu saye buat lagi. bawak ke ofis.




Jadi, jumaat ni nak kene buat la pas berbuka. Esoknye member nak ambik sebelum berbuka. Nak bagi orang katenye. Erk. Mudah mudahan menjadi la. Jangan panik sudah! @___@




Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa versi Casa Impian




Hi korang. Camne? Ok lagi takat ni? Heee tahan ye, sikittttt je lagi.



Saye adelah demam arini. Tapi still bole puase lagi. Harap2 cepatla kebah. Banyak bende kot nak kene setelkan..


Hari ni kami satu ofis berbuke kat ofis sebab lepas ni kene turunkan barang dari kontena. Kontena dari bali sampai uols. Jadi lepas berbuke, semua kene bekerje keras membanting tenaga.


Dan sekarang harus fikir mau makan mana berbuke nanti...


Hurm....


Mane eh?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 31, 2011

Memalukan!




Hi korang ;)



Banyak sangat bende nak cite tapi tak boleh. Nanti orang kate itu la ini la. Fine, saye simpan sorang2. Huh! :P


Tapi yang ni bole cite kot. Semalam adelah teringin makan sate hj samuri. Jadi pegi ke PKNS la jawapnye. Pegi dengan kawan.


Nak sedapkan cite, pas order kat kaunter, pegi la cari meje. Dalam keadaan mata pandang bawah mencarik bende dalam beg.


Cari cari... Sambil mata tak pandang depan. Sambil kaki bergerak menuju ke meje...


Tibe tibe..


*Buk!!*


"Ouch!!"


Ye, kepala saye terlanggar lampu minyak tanah yg tergantung kat dinding tu...! Ingatkan dia tak nampak la. Pure2 macam takde pape jadi, terus duduk. Tapi still tak puas hati, mengadu kat dia,


"Tadi saye tercedera.."

"Oooo saye tau! Lampu tu awak punye keje la eh?" Sambil tunjuk lampu tu.

"Erk! Nampak eh? Mencik! Sakit tauuuu!" Cisssss dia nampak plak! Haha.



Dia bantai gelak lite2 la. Takdela over sangat. Haha siot. Malu kot! Time lain takde lak nak langgar pape. Mase dengan dia la nak test kepala bagai!



Sebelum balik, dia cakap,

"Awak, lampu tu still gerak.." Dengan senyum simpulnye.



Aaaaaaaaaa mencik!!!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone