Friday, March 31, 2017

First Post in 2017! Yay,Finally!!


Lama betul tak update kat sini. Bertambah malas rasanya. Bila dah tua2 ni, facebook pun jarang bukak sangat dah. Alhamdulillah, akhirnya matang jugak si Elyn ni. Hahaha.


Banyak sangat benda jadi. 
Dipendekkan cerita, saya dah berhenti kerja kat Ampang tahun lepas. 
Bulan 11 dah start tempat kerja baru, somewhere sejuk dan berkabus. 



Ni tempat kerja saya. Kawasan ni adalah Sky Garden nama diberi. Sebahagian dari pemandangan di tempat kerja saya. Saya kerja dalam bidang yang sama jugak, perhotelan. 



Ni la si Elyn yang terbaru. Berat dia naik 2kg sejak duduk sini. Haha. Kat sini kene pakai tudung hitam je untuk yang berhijab.

Yang bestnya, hostel staff sama dengan bilik guest duduk. Cuma kene share la. Ok la tu kan, mewah kot hostel kat sini. Hotel 5 Bintang tau? Saya beranikan diri cuba tempat baru, environment baru, semua baru. Jauh dengan family. Saje cari pengalaman. Alhamdulillah family izinkan. Hehe.




Bunga2 macam ni memang banyak tepi jalan. Tempat sejuk kan, tepi jalan semua bunga cantik2. Tak macam kat KL. Yang dalam vase kecik ni buah hati bagi sebab saya request nak bunga orkid tepi jalan. So cantik.



Lepas housemate saya tengok bunga tu, dia pun nak jugak berbunga. Maka dia pun kutip la bunga tepi jalan dan hias dalam vase besar. Hehe. so cantik dia punya kaler.


Takda apa sangat nak cerita. Ni kire macam warm up la kot before continue dengan cerita2 lain.
Kat sini saya dah jumpa buah hati pengarang jantung. Buat peneman untuk kongsi suka duka hidup di perantauan kan? Haa kelas statement. Haha!


Sebagai penutup, mari saya tepek gambar saya dengan buah hati saya.



Sorry memang sengaja kasi blur. Saya kan memang bajet artis sejak dulu lagi. Hikhik. Nanti dah kompem kawin baru kasi terang gambar dia ok? 


Saya nak balik dah. Korang jaga diri ok? 

Happy weekend guys!