Friday, March 20, 2015

Ding Dong!



Assalamualaikum!

Lamanya tak mebebel kat sini. Hati dan perasaan dah takde nak buat entry. Huhu.

Tapi hari ni saya nak luahkan something boleh? 

Blog saya ni kan, memang blog merepek je. Takda follower pun yang tertunggu-tunggu bila nak update new entry. Sebab memang blog sesaje isi masa lapang kononnya. 

Kadang-kadang saya share resepi, kadang-kadang saya share apa jadi dengan hidup saya. Tapi sebabkan saya tak suka nak jaja cerita peribadi sangat, end up banyak post kat sini pasal resepi je la. Sebab selain makan, saya mempunyai hobi memasak. Jadi bosan-bosan tepek je la kat sini. Dan harus di ingat bahawa saya bukan la editor ke writer ke yang pro2 menulis tu. Obviously blog ni pun bukan formal. Dah sah-sah blog merepek hehe.

JAAAAADIIIIIIII...

Suka la saya nak tekankan di sini yang blog saya ni banyak merepek dari ilmu. Kalau korang nak tengok resepi saya, boleh terus skip je la ye ayat merepek saya tu terus fokuskan mata pergi ke BAHAN-BAHAN. Sebab saya pun buat macam tu bila tengok resepi orang. Ahaks. 
Saya scroll sampai jumpa bahan-bahan dan cara je. Yang lain tu saya skip skip skip. Perlu ke nak baca jugak kalau kau nak cepat?
Contoh minyak tengah panas ni, kau gugel resepi bubur nasik, tetibe kau pegi baca dia merepek dulu pastu kau marah dapur kau dah meletup, kau marah dia sebab membebel pasal cerita "grandmother story" katanyaaaaa... BOLEH??

Tak perlu kan? Haa... Tu contohhhh. Jangan terasa ye. Kalau makan cili nasib la tanggung sendiri pedas dia.

Jadi sila jadi pembaca yang bijak ok? Takmo jadi keyboard warrior je nak condemn orang. Sebab apa keyboard warrior? Sebab selalunya dia tak pakai identity dia sendiri, so dia berani la cakap pungpang pungpang. Tak salah menegur, tapi biarla beradap. Jangan jadi biadap. Hikhik.

K la tata~ 

Nak sambung masak~