Saturday, August 22, 2015

Roti Lasagna Simple


Masa bulan puasa aritu ramai la yang share macam macam resepi kan. Termasuklah Roti Lasagna ni.
Maka haruslah si debab ni terliur lantas nekad meng-try.

Bahan-bahan :

1 paket daging cincang
1 labu bawang besar
2 biji tomato
Sos tomato
Sos cili
Garam dan Gula

Susu segar
Telur
Roti
Cheese

Sebenarnya saya tak cukup bahan tapi teringin sangat nak buat. Korang boleh tambah bahan ikut selera masing2 ok?


 Mula-mula tumiskan bawang sampai wangi dan masukkan daging. Lepas seketika masukkan tomato yang dipotong dadu. Lepas daging dah berair dan agak masak, masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula. Boleh tambah daun saderi, carrot atau mixed veggie kalau ada.


 Pukul dua biji telur dengan 1 cawan susu segar. Ni untuk celupkan roti. Kalau tak cukup boleh tambah kemudian.

 Butterkan loyang dulu. Lepas tu celup roti dalam telur tadi (dua-dua belah) dan susun dalam loyang.
Kemudian letakkan separuh dari daging tadi. Kemudian letakkan cheese di atasnya. Cheese ni boleh guna cheddar slice macam saya sebab terdesak. Nak lagi sedap letak mozarella + cheddar parut ok?


Dah jadi macam ni, buat sekali lagi. Kiranya ada dua lapis la lasagna ni. Lepas dah siap, boleh bakar dalam oven dengan suhu 170 C selama 20 minit. Bergantung pada oven dan loyang tau? Jangan lama sangat nanti overcooked dia jadi keras, tak sedap. Kalau tak masak boleh tambah masa 5 - 10 minit lagi.

Ni hasilnya lepas dah dipotong. nampak kurang menyelerekan sebab tak cukup bahan. Kalau guna mozarella cheese parut mesti meleleh2. 

Ni versi saya yang tak cukup bahan + emergency + tak tahan nak buat jugak. 
Korang buat lagi sedap dari ni tau? ;)

Wednesday, July 29, 2015

Tips Terbaik Menggayakan Topi



Siapa ada boyfriend / tunang / suami yang suka pakai topi, angkat tangan!

Dalam dunia fesyen, aksesori adalah fashion item yang sangat penting. Ia mampu menyerlahkan penampilan seseorang untuk kelihatan lebih menarik. Topi adalah antara aksesori yang sering menjadi pilihan lelaki untuk bergaya.










  
Kenapa saya cakap macam tu? Kerana, berbanding aksesori lain, topi amat mudah untuk digayakan dan dipadankan dengan bermacam persalinan / outfit.
Meh saya kongsikan beberapa tips mudah menggayakan koleksi topi lelaki.







 1.   When it comes to choosing the beanie, try to consider getting a neutral colour. Bright colours and vivid prints may look somehow 'childish' and make your style look less stylish. Black, white, grey and brown work best and are more versatile.


2.   A simple knit beanie always looks more classic and stylish. Men have to know to stay away from styles with zippers, pompoms, bead work, decorations and embellishments.


3.   Opt towards loose-fit style beanies because beanies with elastic in them usually tend to tighten around your forehead. I found it uncomfortable and it would leave a red line across the skin and not to mention that a tight-fitting beanie looks less fashionable sometimes.


4.   For a fun little twist on your everyday look, try to add a little twist in the back. Wear it over your forehead and give it a slight fold in the back. Some called it the Peter Pan style but it works well and look stylish too.


Menarik kan? Jom tengok koleksi topi lelaki yang sangat affordable dan mengancam! 
Confirm boyfriend / tunang / suami korang akan jadi bertambah handsome.

Tuesday, July 7, 2015

Salad Wrap For Diet


Ewah ada hati nak post resepi for diet kengkonon. Hikhik.

Alkisahnya kan kita nak cuba takmo makan nasik je keje. Cuba cut carbo. Bukanlah sepenuhnya tapi at least dapat kurangkan pengambilan carbo dan gula, secara tak langsung badan kita akan bakar lemak yang ada untuk menghasilkan tenaga. Kalau kita load carbo dan gula, badan akan bakar carbo dan gula tu untuk tenaga. Maka takda can la lemak yang terkumpul ni nak digunapakai. 
Haaaaa. Nampak?? Macam terror sangat. Tapi ni la yang orang bagitau saya. Kalau dia tipu, saya tak tahu la eh :P

Ok, ni antara alternatif saya dari mengambil roti atau nasi. 



Saya buat salad wrap. Sebab kena makan protein dan sayur. Hijau2 ni perlu.
Perap ayam mengikut citarasa sendiri, dan bakar.
Basuh kelopak salad pilihan anda.
Hiris atau koyakkan daging ayam yang telah masak.
Gaulkan dengan mayonis untuk rasa lebih enak. (Atau apa2 sos pilihan anda)
Letak atas daun salad tadi. (Lihat gambarajah)
Ok siap!
Masa nak makan, just wrap je isi ayam dalam daun salad tu dan NGAP.


Rasa dia? Serious sedap dan mengenyangkan. Saya buat seketul ayam je dah ok. Kalau rasa tak cukup, buat la 2 ketul ayam ok? Makan protein banyak2 takpe kan. Cuma boleh kurangkan mayonis (sos) untuk lebih sihat.


Selamat mencuba!

Tuesday, June 30, 2015

Telur Gulung For Sahur


Saya dah stop makan nasi time sahur dari minggu lepas hari apa tah tak ingat. Al kisahnya saya try pakai baju kurung lama, ada baju yang dah ketat, ada yang ok. So masa pakai baju yang ketat tu timbul la kesedaran dan keinsafan bahawasanya memang badan saya adalah makin besar. Bukan je badan, muka pun dah membulat. Bila selfie semua nampak huduh!

Jaaaaadi, kita kunun2 diet atkin la. Tapi tak berapa nak atkin sangat sebab makan jugak karbo sikittttt dan air manis sikittt. Tak kisahla kot kan. Slow2 la.

Ni antara menu saya time sahur atau berbuka. Antara menu ye, bermaksud bukan la makan ni je. kalau sahur, saya tetap makan kurma dan minum air oat. Di samping itu meratah lauk lauk yang mak masak. Sama juga berbuka, tetap makan kurma dan lauk2 yang ada. Bukan je lauk, kengkadang kuih muih yang ada pun aku telan! :P




Saya namakan dia telur gulung sebab rupabentuk dia. 


Senang je nak buat beliau ni. 
Goreng telur macam biase, buat nipis jangan tebal sangat (pusingkan pan bagi dia rata secara nipis). Tak payah balikkan, Agak2 dah masak tu angkat je letak atas pinggan. 
Lepas tu letak salad apa2. Letak kat tepi je tau? Sebab kita nak gulung dari tepi.
Lepastu bole la letak isi daging ayam atau sosej. Nak sedap lagi tumis la dengan bawang dulu ayam tu, perasakan mengikut selera masing2. 
Pastu letak mayonis /gaulkan dengan isi ayam atau sosej tu. 
Masa panas2 tu sila lah gulung. Hati2 jangan kuat sangat sampai terkoyak. Isi jangan letak banyak sangat lah, dah pro nanti baru sumbat banyak2. Hehe. 

Tu saje! Mudah bukan?? Rasanya pun sedap dan mengenyangkan. Guna sebiji telur pun dah cukup. Tapi kalau nafsu adalah luar biasa, buat dua gulungan, means dua biji telur. 

Ni je saya nak share, nanti rajin saya share lagi resepi lain. Boleh la jadikan idea kalau malas nak makan nasik kan. 

Tata! =)