Wednesday, December 7, 2011

Migrain + Demam



Hi korang =)



Arini saya halfday la. Tak larat dah duk lama2 kat ofis. Ni pun datang ofis sebab ada benda nak kena setelkan.


Dari Isnin aritu saya migrain sakit kepala. Pastu malamnya demam. Semalam la paling teruk, badan sangat panas. Panasssssss sangat. Sampaikan tido dalam aircond tak berselimut. Ish ish ish. Bangun pagi tadi macam dah kebah sikit. Tapi still sakit kepala.


Kenapa eh tiba2 je? Pastu jenis demam yang tak berpeluh tu. Uish pelik btol. Saya syak sebab terlampau banyak nangis kot? Nangis tak henti2 bole buat kita demam ke? Pelik lah.


Ari ahad tu ada la kecik hati ngan someone. Then malam tu gaduh. Dari saya yang merajuk, terus dia pulak sentap lebih. Pastu berlarutan sampai Isnin. Tapi bila ada orang lain campurtangan, sampai arini dia senyap je. Msg tak jawap, call pun tak berjawap. Kenapa keras sangat hati? Tula susahnya kalau deal dengan lelaki tak cukup umur ni. Mengaku diri matang tapi tengokla apa dia buat sekarang? Macam budak2. Hish.


Saya baru pas makan nasik panas2 dengan telur dadar dan kicap. Best woo. Lama giler tak makan nasik rasanya. Hehe.


Oh, adik beli satay station semalam. Tau tak secucuk adalah RM1? Size pun kecik je. Eee mahal la! Satay tempat lain 70 sen pun lebih kurang je size and rasa lagi sedap kot. Takyah laa beli lagi. Beli kat jalan Peel tu lagi puas hati.


Alahai pening la pulak. Okla ye kawan2, saya nak sambung baring. Keje elok2 tau! :P


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

sweethOneY said...

EH Elyn kalau menangis byk mmg boleh demam tau. Itu kitalah. Kalau gaduh ngan husband (tp time tak kawen dulu la. hehe) mesti nangis sampai tertidur, bgn pagi badan panas :D

-eLyNhere- said...

laaa yeke nangis lama2 bole demam? hehe. tak perasan la pulak sebab dah lame rasenye tak nangis sebab lelaki ni. ahaks.

patutla bila dah cool, demam pun sembuh... hiksss... :P