Thursday, December 22, 2011

Jodoh atau Kebetulan?



Tajuk gempak kan? Poyo semacam jek. Haha.



Semalam saya pegi jumpa kawan kat Damansara . Aritu pegi kan saya sesat mesat dan di bantu oleh incik Hafiz look-a-like atau memang Hafiz sendiri ke pun tak berapa nak pasti. Yang penting, rupa bentuk fizikal dan suara dan rambut dan topi dalam kete beliau adalah sama.




Adakah anda yang tolong saya aritu? Ahaks.



Abis keje je terus saya gerak. Kul 7 sampai sana. Memang jem teruk la tambah2 ujan lebat. Buruk betul perangai sampai rumah orang time azan maghrib. Tapi nak buat macam mana, kitorang pun singgah la masjid dekat dengan IKEA tu. Incik kawan masuk dalam, saya tumpang toilet restoran sebelah. Dah terkepit2 jalan. Lalu tepi kedai tu nampak macam kelibat laki yang sangat familiar. Sekali toleh, Awi Rafael daaa. Nak tau rahsia? Saya minat kot dia ni. Sebab lagu Pulanglah tu ada kenangan ngan incik kawan saya tu. Eh berbelit la pulak. Tapi pendek kata memang saya minat Awi sebabkan muka dia lebih kurang kawan saya sorang tu. Hiks. Lagipun lagu dia best je. Suara pun sedap. Saya pun follow Awi on twitter. Nampak cam dia appreciate fans dia. Molek la tu.



Incik Awi Rafael



Oh sebenarnye, saya tergedik menggelitis dalam toilet fikir nak senyum kat dia ke tak, nak pandang ke tak, nak lambai ke tak, nak amik gambar ke tak. Haha! Ai pemalu ok. Last2 kuar toilet, lalu sebelah, tak pandang pun. Cis. Sebab kawan dia dah pandang saya dulu. Malu weh. Terus jalan menonong masuk kete. Dalam kete terus call kawan excited giler sampai terjerit2. Sebab apa excited saya pun tak pasti la. Pelik kot. Jakunkah kau Elyn? Kesian btol.



Bila incik kawan tadi abis solat, saya cerita la kat dia. Bagitau muka dia sama macam awi. Kene marah balik ade la. Haha. Dia kata tak sama langsung. Pastu tak layan pun saya tergedik gedik kat sebelah ni. Pastu lalu depan kedai tu, saya senyum dan lambai awi. Ahaks. Ahaks. Ahaks. Puas hati kat situ. Aritu jumpe Hafiz, ni jumpe Awi Rafael lak. Damansara memang best.



Kitorang ingat nak gi OU, sebab incik kawan tu nak makan Carls Jr. Tapi memandangkan jalan sangat jem sampai tak bergerak, kitorag terus pegi Midvalley je. Tengah jalan2 menuju ke Carls Jr, saya terselisih dengan lelaki ini.





Ye, Rizal Jaafar. Harusla excited jugak. Sebab sabtu lepas baru tengok drama dia. Adoi pelik la, apasal excited sangat jumpe retis ni??? Ape ke jakun bebenor? Dah tersampuk jin mana la agaknya. Haih. Dulu takde la camni. Jumpa Anuar Zain pun boleh rileks je. Takde pun tergedik gedik menggeletis cam ni. Ke sebab hormon gedik terlebih sebab jumpa incik kawan yang bertambah ensem tu? Ahaks. Ye, dia bertambah ensem kot. Rambut dah panjang. Help Help!



Dah setel makan borak2 mengadu nasib segala, kami pun balik la. Saya sampai umah kul 11.30 malam. Mama redha je. Sebab kuar ngan incik kawan tu. Dah dapat restu kot. Walaupun blom jumpa. "Nampak macam budak baik dia ni. " kate mama. Ahaks. Kira restu la tu kan? Ok awak, boleh la masuk meminang saya. Hiks. Berangan!



Sekian cerita gedik untuk arini :P





3 comments:

sweethOneY said...

Waahhh rejeki elyn jumpa artis sesajo ni. Hehee

ira_bluebee said...

perghhhh suspen jea..igtkan jmpa si 'hafez' lagi hiii

-eLyNhere- said...

iza,
tu kire rejeki kah? haha. malu la sebab jakon sgt nampaknye. ape kene tah laa.. isk..

ira_bluebee,
haha. malu la kalau jumpe lagi.. :P