Sunday, December 11, 2011

Pencapaian Terbaik Setakat Ini!


Ehem. Hiks.


Semalam kan.. saye beli bedsheet baru taw. Sebab yang ade ni dah pakai setahun ke dua tahun lebih dah. Sampai naik berbulu. Hep, bukan tak basuh2 tau. Maksudnya basuh pakai basuh pakai balik gitu..


Jadik sempena dapat gaji lebih sket bulan ni *ehem*, saya decide nak beli bedsheet baru la.. Dan hasilnya adalah..





Tada! Kelakar kan? ok, sebelum korang kutuk lebih2, baik saya bagitau dulu kenapa pilih yang ni. First, sebab taknak kaler PINK dan Striking. Second, sebab nak yang murah je (jimat selagi boleh,kan?). Third, dah malas nak pergi tempat lain, so amik je la. Hehe.



Sapa2 yang belom tahu, saya ni sebenarnya terlampau melampau-lampau terkenan kat kaler PINK. Padahal diri sendiri tak larat tengok bilik yang serba pink. Tapi asal masuk kedai pilih barang je, mesti bawak balik barang yang berwarna PINK. Dah tak boleh buat apa.



So masa pegi Jusco aritu, memang dah niat nak bawak balik bedsheet yang bukan PINK. So, carik kat tempat paling murah dan carik kaler2 yang menarik. Yang ada semua PINK, ORANGE, MERAH, BIRU yang teramat la terang. Jadi dengan selamba saya amik design yang ni. Hehe. Boleh la. Takde la buruk sangat pun. Murah je. Nanti2 boleh beli lain pulak. Kan? Orang kata dah niat tu, kene beli jugak. Ahaks. Lagipun design dia tu ada kaitan dengan lagu favorite sekarang - It Will Rain by Bruno Mars. Kira aci je la kan? Hiks.



Jadi, sebagai penutup 2011, saya sangat bangga dengan diri sendiri kerana berjaya beli bedsheet colour Grey + Hijau + Biru! Yay! =)


No comments: