Monday, March 19, 2012

Bebelan Hari Isnin



Hi uols. Sihat? Saya sihat je alhamdulillah =)



Mula2 saya nak share gambar masa gi makan kat Aimar Corner kat TTDI Jaya. 1st time pegi ni. Punyalah dekat je dengan ofis tapi tak pernah tau. Last2 jumpa dalam blog iza. Haha teruk sungguh perangai.






Kami makan set Danok. Amboi feeling makan kat Danok ke uols? Haha. Member la nak try, saya ikut je. Harga ok la tak mahal sangat. Tapi portion dia kecik. Dan tak la sesedap kat Upin Ipin. (Padahal suka pergi Upin ipin sebab pekeje dia comel.. awww :P) Matiklah asyik cakap nak diet tapi hari2 dinner nasi sepinggan. Habis pulak tu. Ish ish ish.



Tapi start Ahad saya dah diet secara serius sebab dah mula minum 1 susu ni. Nanti kalau menjadi baru saya boleh bagitau susu apa ye. Saya tak boleh makan nasi or mee yang ada unsur2 tepung ni. Kena makan protein n sayur2 je. Takde masalah sangat pun. Tapi tengah neves ni menjadi ke tak. Kawan saya makan seminggu 5 kg turun. Pergh! Ni yang buat bertambah semangat nak diet ni. Hehe. Bayangkan saya dah la tak boleh minum susu segar atau susu tepung dari kecik. Nak muntah. Even bau pun dah tak boleh tahan. Dan saya gagahkan jugak minum susu diet ni sebab nak kurus punya pasal. Semangat kan? Haaa... tiap kali telan tu mesti kat depan sink, tutup hidung dan standby air kat tepi. So far tak keluar balik la. Semua selamat masuk dalam perut. Alhamdulillah!



Pagi tadi saya konon nak makan half-boiled eggs la. Malas nak buat punya pasal, saya beli kat sebelah ofis ni je. Siap bawak mangkuk sebab nak makan kat ofis. Haha over tau si debab ni! Tapi akak tu memang kuang asam tau. Selambe je dia cakap,


"Adik nak diet ye? Patut kene makan telur ayam kampung la, bukan telur ni. Telur ni takda khasiat pun."


Boleh? Selambe je kan? Dalam hati saya cakap, "Apa2 la kak. janji saya breakfast makan telur." Hahahaha.



Lunch tadi makan ikan keli. So malam karang ingat nak makan sate la. Harap2 turun la berat ni hendaknya. Makin lama badan makin mengembang. Tak sanggup tengok diri sendiri dalam cermin okeh! T____T


2 comments:

Izzatul Azma said...

nak join diet jugak !!! Ada geng baru semangat nak diet :)

-eLyNhere- said...

hehe jom2! tengah semangat nih ;)