Friday, March 16, 2012

I Tak Layan SMS Yang Memboringkan Okeh~



Tajuk bajet artis Diva Popular kan? Haha. Seriously, saya bosan la baca sms dari orang yang membosankan ni. Taktahu la kalau dia sebenarnya membosankan, tapi ayat2 dalam sms tu memang sangatttttt lah bosan.


Alkisahnya, saya ada la sorang kawan ni. Kawan sekolah. Tapi takda la rapat pun. Just kenal as kawan sekolah je. That's it. Baru2 ni jumpa kat FB. Pastu dia selalu tegur2. Saya ok je la kan. Dah kenapa nak sombong2 kan. Lama2 dia ajak jumpa. So bagi la no fon bagai. Memang jumpa la. Oh dia ni lelaki ye. Masa jumpa ni dia talkative la jugak. Tapi tak dinafikan dia macam lurus orangnya. Fine la lantak la kat dia kan. Masalahnya everytime dia online, akan tegur saya. Pastu selalu sms. Tapi ayat yang dia guna macam kita dapat sms dari Maxis gitu. Macam robot hantar. Even berkali2 dia msg saya tak reply, dia akan hantar ayat yang sama berulang kali. =_____=


Saya bagi contoh ye.


SMS 1 : "Assalamualaikum awak. Pe kabar arini? Awk buat apa tu? Kat mana sekarang?"
*Saya tak balas.


SMS 2 : "Assalamualaikum awak. Pe kabar arini? Awk buat apa tu? Kat mana sekarang? Lama tak dengar cerita"
*Tak balas jugak.


Esoknya...


SMS 3: "Assalamualaikum awak. Pe kabar arini? Awk buat apa tu? Kat mana sekarang? Lama tak dengar cerita"
*Tak kuasa nak balas


SMS 4 : "Assalamualaikum awak. Pe kabar arini? Awk buat apa tu? Kat mana sekarang? Lama tak dengar cerita."
*Whatever~


SMS 5 : "Napa awak tak balas ni? Awk marahkan saya ke?"
*Impressed sebab at last lain dari yang lain. Tapi still takda nafsu nak balas.


Tak bosan ke? Actually dulu awal2 saya memang reply msg dia. Ayat macam kat atas tu. Saya reply. Lepas tu dia diam. Esoknya sms lagi ayat yang sama, then saya masih tabah reply, then dia diam. Tak rasa macam pelik ke? Lepas tu memang saya tak hingin dahla nak reply. Tapi dia still msg saya berbulan2 lama dah saya tak reply. Tegur kat FB pun ayat yang sama, sms pun sama. Perlu ke?? Ade jugak orang macam ni kan? Saya 1st time la jumpa. Saya tak faham apa motif dia sebenarnya. Adakah dia memang nak berkawan dengan saya atau dia sms 10 orang sekali serentak. Just nak dapat reply dari perempuan2, so terasa hot. Ke imaginasi saya sangat tinggi? Saya takda masalah pun nak kawan dengan nerd ke apa ke tapi kalau dah macam ni.. perlu ke saya layan?


Oh by the way, kucing yang sesat masuk enjin saya aritu dah hilang. Sejak saya siram dia dengan air sebab nak paksa dia keluar, dia lari jauh2 saya taktahu dia pegi mana. Kesian sangat. Tapi terpaksa la. I'm so sorry meow, i have to do that. If u read this please come back to mama okay? Mama love u~ Erk?! Hahahahaha maafkanlah budak debab ni. Lepas pukul 5 memang otak dah tak berapa nak berfungsi :P


Hmph oklah nak gi hantar kereta ke carwash. Dah dekat sebulan tak cuci tu. Teruk sangat dah rupa si putih comel saya. Ahaks. Tata uols! =)

4 comments:

PiJa KaNiShi said...

hahhahahah x leh bla saperkah gerangan nyer?nnie same spesis apek nie setiap kali msg call sume cakap bnda yg same aduhai bosan la idop ngn org cm nie...

-eLyNhere- said...

haha ade la mamat sorg tu.. meks tak penah cerita kah? nnt kite gusip2 ye :P

sweethOneY said...

hahaha dia minat elyn ke apa. tapi kalau kita pun tak kuasa nak layannn. booooooooooring

-eLyNhere- said...

taktau la minat ke apa ke. tapi dia kata ada ramai pilihan, taktau nak pilih sapa.. watever~ haha :P