Monday, March 26, 2012

Weekend yang basah.



Morning semua. Selamat hari Isnin! Ada sapa2 lambat masuk ofis tak tadi? (Sebenarnya nak cari geng, sebab si debab ni hari2 lambat masuk ofis! :P )



Macam mana weekend uols? Best tak? Weekend saya banyak main dengan hati dan perasaan la kali ni. :'(



Sabtu hari tu, saya bercerita dengan mak ayah saya pasal 1 article yang terbaca dekat blog Kak Ungku Betty bertajuk ' Mengapa Lambat Bertemu Jodoh '. Saya tertarik dengan 1 point yang berbunyi :


Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar. Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik."



Niatnya untuk saya tanya kat mak ayah, diorang betul2 dah bersedia ke nak lepaskan saya kat orang lain? Sebab memang mak manja dengan saya. Ayah pun sama. Dari kecik memang saya tak boleh berpisah dengan mak ayah. Lagipun saya memang paling kecoh kat rumah tu. Orang kata penyeri la.. Hiks. Kuat buat bising, kuat bebel, kuat nangis, pendek kata paling rapat la dengan mak ayah. Mungkin sebab saya sorang je perempuan dalam adik beradik kot? So gedik terlebih. Mula2 tu steady je emosi ni. Tiba tang soalan, " So mama dengan abah betul2 dah sedia nak lepaskan elyn ke belum? Elyn kene tanya ni mana tahu mulut kata dah ready tapi jauh dalam hati ada perasaan risau ke apa ke? " Lepas je tanya tu saya jadi sebak, mata berair dan terus nangis. Alahai dah kenapa pulak? Sensitif sangat ke soalan tu? Lepas tu abah jawap cool je, dah lama ready. Tapi mama diam lama. Mungkin tahan sebak jugak kot. Pas 10 minit baru mama cakap, " Mama dah sedia nak lepaskan elyn kawin. Mama harap elyn jumpa jodoh yang baik tak lama lagi, insyaAllah.." Aiyoyo lepas dengar je mama cakap camtu, terus saya nangis! Ape kes ni hati tisu sesangat?? Isk. (Sebenarnya type ni pun mata bergenang je.. huhu )



1 kes lagi, semalam. Lepas sentap dengan abah pasal kes ubi tu, saya nangis2 dalam bilik. Nangis beriye okeh. Bukan nangis gedik2 ni. Sampai tersedu2. Macam sedih sangat la rasa. Mula la satu persatu nasib diri melintas dalam fikiran. Makin lama makin kuat nangis. Kesian betul kat diri sendiri time tu. Haha. Lepas dah kene pujuk, ok dah. Takde apa pun la sebenarnya. Mungkin sebab 'time tu' kot? Maka jiwa menjadi sangat sensitif. Tah pape je.



Tu je cerita weekend saya yang basah. Basah dengan air mata. Hehe. Oklah uols, nak sambung wat gaji pulak. Harap2 lusa masuk la gaji ni, Amin! Tata uols! :)

2 comments:

sweethOneY said...

hehee kita baca pun rasa sebak la Elynn..

takmoh sedih2 dah ok pasniii asyik nangis je ni :P

-eLyNhere- said...

kan.. baca byk kali pun rasa sebak still ada. hehe over sgt. org kata, lepas nangis bergelak ketawa pulak. baru balance. harapnye begitu la :)