Friday, March 23, 2012

Minyak Free, Yay!



Korang ada Bonuslink? Saya ada. Dah lama dah. Tiap kali isi minyak mesti swap, tapi tak pernah redeem point pun. Expired macam tu je. Tapi hari tu saya terima email dari Bonuslink. Macam best je. Boleh redeem point kepada minyak! Saya pun godek2, baca2 T&C dia, nekad pergi cuba nasib.





Ini la iklan yang dia bagi. 3000 point boleh dapat RM30 minyak. Dari point tu habis macam tu je, baik la redeem kan? Btol tak? Sebab tak minat la nak redeem bag ke payung ke apa ke. So hari Selasa haritu saya cuba kat Shell Sek 13 ni. Dia kata station tu tak participate. Dia suh cuba kat Shell atas. Saya pergi la try kat atas tu. Makcik indon yang bersuara nyaring jerit2 kat saya,



" KAKAK nak tebus minyak ye? Tak boleh ye! Ni kene pegi pejabat Bonuslink dapatkan voucher dulu baru tebus kat sini! Sini pam minyak je! Bukan ofis! "


" Dia cakap ambil voucher dan tebus kat station yang sama la.. Mana ada cakap kene pegi pejabat Bonuslink? "


" Sini tak boleh! KAKAK kene pegi pejabat jugak ambik voucher! "


" Ok watever. Pam 4 Rm30 ringgit! "



Amboi kekwat tau indon tu. Seronok la dapat jerit2kan orang depan khalayak ramai? Dahla ramai lelaki time tu. Motif?? Nak tunjuk kuasa ke apa? Nasib baik la aritu takde mood nak maki orang, saya pun bayar je la guna cash untuk isi minyak sebab tank dah kosong. Tak puas hati, saya call ofis Bonuslink tanya procedure sebenar. Rupanya selected station je participate benda ni. Bukan semua. Dan saya syak station makcik indon tu tak participate. Sebab tu dia bagi jawapan orang bodoh sombong.



Dan semalam, saya pegi Shell Sek 9. Tunjuk bonuslink card, bagitau pekerja tu, "Saya nak redeem minyak". Terus bangla tu jawap, "Ok boleh. Check point dulu ye." Lepas tu terus ok, terus dapat isi minyak free. Haaa senang je. Bangla pulak tu. Takde pun nak kekwat tak tentu pasal. Balik rumah senang hati sebab dapat full tank minyak free. Siapa nak bagi? Ade jugak baiknye Bonuslink ni. Hehe. Buatla lagi promotion macam ni banyak2 ye? =)



Ok untuk sesiapa nak redeem, promotion ni habis 31st March 2012. Kena cepat2 tau. Mula2 pastikan point lebih dari 3000 untuk tebus. Pastu pastikan ada pin number. Pastikan kad tu bukan orang lain punya. On the spot boleh claim. Senang je kan?



Cepat cepat pegi serbu Shell untuk minyak free! Heee =)



2 comments:

sweethOneY said...

bestnyaaa nak check jugak la balance bonuslink :D

-eLyNhere- said...

sile sile.. best woo dapat minyak free! hehe