Thursday, March 15, 2012

Jatuh Cinta Dengan Adam!



Yay dah Khamis! Esok Jumaat yay! Wah seronok sangat budak debab ni dah kenapa? Haha.


Korang, nak tau tak? Budak debab ni kan, lately dah gila bayang kat Adam AF. Huhu. Sebab apa tau? Sebab dapat tau dia dah jadi pengamal perubatan Islam kat klinik Ashraf Muslim. Alalala so comel tau Adam ni. Terus rasa macam nak pergi sana sebab nak berubat dengan dia je. Boleh?? Ahaks.


Tengok la beliau ni, comel tak?




Comel kan?? Cair la saya tengok Adam ni! Rasa cam nak pengsan pastu bangun pastu pengsan lagi. Isk. Saya ni pantang sket tengok laki dahi licin (erk??!) dress up alim camnih. Sure akan terangau 18 hari atau lebih! Lepas tu mula la berangan pergi klinik sana dan berubat dengan Adam lalu dia bagi no fon lalu berkenalan. Eiii teruknya perangai. Lepas dah sedar diri terus rasa nak tumbuk diri sendiri sanggup berangan sekeji tu. Hish.


Hari tu tengok Adam dalam Mentor lagilah rasa nak pitam. Makin debab lak dia. Ish. Saya kan suka tengok lelaki debab ni. Comel comel comel!


Oklah nak sambung tengok VC Adam - Tak Tahu. Ahaks. Tata uols~

No comments: