Tuesday, March 13, 2012

Anak Kucing Dalam Enjin!



Hi uols! =)


Semalam masa tengah tengok Merlin, saya terdengar suara anak kucing sangat kuat. Macam ada depan mata je. Padahal saya duduk kat tingkat atas. Takkan la anak kucing tu naik atas pulak? Tapi saya yakin dia sangat dekat la. Lagipun area rumah saya tu jarang nak jumpa kucing. Pastu lama2 saya buat taktahu je lah. Mak pun tutup pintu dah sebab dah dekat kul 12. Saya pun dah tak teringat pasal kucing tu.


Pagi tadi takda apa yang lain, saya pergi keje macam biasa. Start enjin, on radio dan redah jam. Dah masuk ke Jalan Loke Yew, saya terdengar bunyi kucing yang sama macam semalam! Terus rasa panik + terkejut! Off radio terus nak dengar tu bunyi kucing ke bunyi apa. Tak lama tu dia bunyi lagi. Ok sah kucing semalam! Mula2 saya ingat 'hantu kucing' kacau saya dari semalam sampai hari ni. Hahahahahahaha. Lepas dah fikir secara logik, mesti la tu kucing betul. Kenapa nak hantu hantu pulak. *banyak tengok cerita mengarut*


Terus saya rasa seram sejuk je nak drive. Yelah, takut kucing tu cedera ke apa. Yang pergi duduk dalam enjin tu kenapa. Saya nak keluarkan dia memang tak la. Saya segan dengan kucing. Ahakssss. Dia masih duk 'Meow, meow' sepanjang perjalanan sampai ke Shah Alam. Saya sedap hati la sebab itu tandanya dia masih hidup!


Sampai je ofis, saya bukak bonet enjin nak cari kucing tu. Memang ada pun! Sedang menggigil. Kesian dia..




Ni gambar saya google je. Tu bukan enjin kereta saya tau! Haha. Tapi kucing tu adalah sebijik. Kaler oren belang2 cam Garfield. Mata biru! Alaaaa comelnyaaa... Saya suruh abang sorang ni keluarkan dia. Lepas dah keluar tu, dia cakar tangan abag tu dan lari balik masuk dalam enjin! Hurm mesti dia takut kan? Dia ingat kita nak cederakan dia. Kesian dia. Sekarang ni duk kat dalam enjin lagi la. Saya taktahu nak buat apa. Mungkin kejap lagi nak pergi tengok dia. Bagi air or makanan ke apa.


Bila difikirkan balik kan, saya rasa doa saya dimakbulkan. Setiap kali tengok ACE kucing Izza, saya teringin nak macam tu jugak. Comel dan mata biru! Sekali turun seekor kucing comel mata biru dari enjin. Hehe. Tapi saya ada jugak doa lain2, bila nak makbul ye? Ahaks. Ok gurau je yang tu :P


Ok lah, nak gi tengok dia ada lagi tak dalam enjin tu. Kesian betul la si kecik tu.



2 comments:

sweethOneY said...

Hahaha kita baru nak cakap siap dapat mata biru tuuuu. Apa lagi tu rejeki lettew nak bela kucing. Heheee

tapi seram sejuk kot driving dengan ada anak kucing dalam enjin. Tu kalau terjadi apa-apa kat dia, mau trauma seumur hidup T_T

-eLyNhere- said...

tula pasal. tadi terpaksa jirus dengan air nak suruh dia keluar. sebab nak guna kereta.

tamau la bwk kereta kalau tau dia ada dalam enjin! scary!