Monday, December 24, 2012

New Product For My Tembam Cheeks!



Selamat Hari Isnin semua! Takmo lemau-lemau ye. Sila cargas. Ke ramai cuti hari ni? Untunglaaa~


Saya nak share sikit produk baru yang saya guna baru-baru ni. Before ni saya ada cerita, saya guna moisturizer Garnier kan? Tapi bila lama-lama guna naik menyampah pulak sebab kulit ada juga yang menggelupas kat area sekitar mulut ni. Kebetulan Garnier tu dah habis, saya pun pergi la farmasi konon nak beli Garnier lagi la. Tetiba staff dia datang tanya cari apa. Dia pun suggest guna Safi Balqis. Dia sapukan krim tu sikit kat tangan saya. 




Ni krim nya. Mula-mula saya curiga jugaklah, ni promote barang sendiri ke apa. Tengok dia pakai baju Carrefour, bukanlah wakil dari Safi, so ok la. Dia kata krim ni bagus, kulit jadi lembut dan supple. Harga dalam RM18 kalau tak silap. Malas nak fikir panjang, saya ambik je. 



Dia tanya ada pakai krim malam tak? Saya memang tak pernah pakai krim malam, selain tabita dulu. Hehe. Akak tu terkejut dengar jawapan saya, terus dia pegang tangan, "Dik, kena pakai krim malam ni dik, awak muda lagi.. krim malam ni penting." Wah gitu. Sangat serius muka dia time tu. Dia pun suggest pakai krim malam Safi Balqis ni jugak. Puas hati dengan teksture krim tu, saya pun ambik je la. Memang betul pun, saya dah kena pakai krim malam la, umur dah makin tua. Nanti tak lama lagi berkedut sana sini boleh mendatangkan amarah.


Jadi, selama lebih kurang sebulan saya pakai, saya sangat berpuas hati dan jatuh cinta dengan kedua-dua produk ni! Krim pelembap siang tu lepas sapu kat seluruh muka, rasa macam sejuk dan fresh je. Baunya pun wangi. Bedak pun tahan lama, kulit jadi lembut dan supple. Memang best. Even lepas cuci muka untuk solat, saya boleh pakai bedak macam tu je. Kulit tak menggelupas pun. Kalau dulu, kena pakai jugak moisturizer before pakai bedak. Leceh betul. 


Krim pelembap malam tu pun wangi. Lepas sapu, rasa macam ada 1 lapisan mask kat muka untuk lindung kulit saya dari terus kering sebab saya kan tido dalam aircond. So not good for my skin. Huhu. Bangun pagi masa ambik wudhuk pun terasa kulit ni lembut je. Memang best la. Lepas ni saya nak beli pencuci muka dia pulak. Memang jatuh cinta tahap serius dengan dua krim pelembap yang saya beli ni.


Mungkin produk ni sesuai dengan kulit saya, sebab tu serasi je kan? Sebagai penutup, meh saya tepek sikit gambar budak tembam fefeeling muka suci.




Dark circle yang ketara sebab tak boleh tido malam tu. Jerawat sana sini yang naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Lantaklah situ. Haha. Ok tu je untuk hari ni. Tata! =)




Thursday, December 20, 2012

Spaghetti Bolognese



Kali ni nak share macam mana saya buat spaghetti bolognese saya. Dulu memang tak suka sungguh makan bolognese ni sebab pernah rasa kat kedai, macam rasa ubat antibiotik. Sejak tu pangkah terus, sampai la dah besar. Bila ada potluck kat ofis, sorang kakak tu masak kuah bolognese sendiri, saya try la sebab nampak menarik je kaler dia merah menawan. Ha time tu la terus jatuh cinta. Sedap rupanya bolognese ni, takde pun rasa antibiotik ke apa ke. Maka terus saya google resepi dan bikin sendiri kat rumah =)





Ni yang latest saya buat. Sebenarnya bahan tak cukup dan agak cair jugak hasilnya. Tapi saya nak tunjuk jugak sebab dia ada bawak kawan datang bersama, iaitu meatballs! Kami guna daging korban untuk buat meatballs dan kuah bolognese tu. * Haaaa nampak tak berapa lama punya gambar simpan ni? TIme raya haji aritu ye kawan-kawan.. hikhik*





Ni meatballs yang di bakar di dalam oven. Nampak lebih real dan menarik. Oh ye, saya letak cheese kat dalam meatballs tu. Nyums.





Yang ni pulak meatballs yang sama tapi di goreng deep fry. Dek kerana adik saya tak sabar nak tunggu yang dalam oven, dia nak cepat masak, dia goreng je. Sabar je la. Rupabentuk agak lari sikit la, macam anak angkat meatballs je rupa dia. Tapi rasa sedap je la kan. Ala apa lagi nak rasa, mestila rasa daging + cheese + masin sikit. 

Baiklah, mari kita mulakan dengan resepinya.



Spaghetti Bolognese (6 orang makan)

Bahan:

500 gram spaghetti (sepaket)
500 gram daging lembu cincang (sepaket)
200 ml susu
1 labu bawang besar Holland
1 ulas bawang putih
1 tin tomato puri (besar)
5 biji tomato segar
1 batang carrot
2 batang celery
1 tin cendawan butang (terpulang nak guna cendawan apa pun, ikut selera masing2)
1/2 sudu besar oregano kering
2 sudu besar butter
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa.


Cara:

- Rebus spaghetti macam biasa. Campurkan minyak dan garam untuk perasa. Toskan.
- Panaskan butter dalam periuk besar dan dalam, masukkan minyak dan tumis bawang sehingga layu.
- Masukkan daging dan hancurkan sampai sekata. Masak hingga keperangan.
- Masukkan susu dan biar sampai meresap dalam daging.
- Masukkan tomato puri dan tomato segar (potong dadu)
- Masukkan 2 tin air (guna tin tomato puri)
- Masukkan daun oregano dan perasakan.
- Masak dengan api perlahan sampai pekat. Lebih kurang dalam masa sejam. Ikut citarasa sendiri ye.



Selamat mencuba ye. Saya suka sebab rasa dia masam manis. Tengah type ni pun kecur air liur dibuatnya. Slurp~


Friday, December 14, 2012

Menjadi Babysitter



Asyik post entry makanan je, rasa bersalah pulak. Hari ni nak share benda lain selain makan makan makan. 


Semalam saya tercuti secara tidak sengaja. Sebab kena jaga anak buah si Damia ni. 




Ingat nak bawa gi ofis je sebab kat ofis pun takda orang kan, saya je sengsorang biasanya. Tetiba kontena dari Bali nak datang pulak dah.. Terpaksa la standby kat rumah je. Bos kata tak payah pegi ofis, nanti kalau kontena sampai baru saya datang. Jadinya duduk la kat rumah melayan beliau. Nasib baik tak buat perangai. Suruh mandi, mandi. Suap makan, nganga. Sebab dah disogok dengan tab, macam tu la baiknya. Budak2 sekarang ni.. baru 2-3 tahun dah pandai mintak tab/i pad.. Makngah dulu umur 2 tahun paling gangster pun mintak bear je tau?


Tapi hari ni saya tak dapat jaga dia. Sebab bos kata kontena nak datang lagi. Tak boleh bekerja kalau ada dak kecik kat sini. Terpaksa la tinggalkan dia kat rumah dengan paksunya dan atoknya. Boleh ke diorang jaga? Terpaksa la pesan macam2 tadi. Sebelum pergi kerja, saya dah suapkan makan, mandikan wangi2, pastu buat susu dan on tv channel CERIA. Elok la dia diam mengadap tv. Pastu makan tengah hari taktau la siapa suap agaknya. Kejap2 saya call adik tanya perkembangan. Dah makan ke belum, dah kencing ke belum (tak pakai pampers dah, takut dia tahan sampai terbocor). Dah rupa macam mak orang dah. Mujur takde keluar pergi mana-mana. Kalau tak, dah jatuh saham orang ingat call maid tanya khabar anak kat rumah T____T


Ni pun badan macam sakit2 pastu sakit kepala pun ada, mata pun berat je. Nak kata mengantuk, semalam dah cukup je tidurnya. Penat sangat ke jaga Damia semalam? Takde la kot. Cuma kengkadang turun tangga dia mintak dukung, rasa nak terkeluar jugak isi perut dukung dia turun tangga. Berat dah berapa tah budak tu gaknya, 20kg ada kot? Dah nak masuk 5 tahun dah.. Phew~


Ok tu aje nak membebel. Sebenarnya sangat mengantuk sebab tak pasang lagu. Lagu semua dalam tab, tab dah diloan oleh Damia kat rumah. Isk. Nak bukak youtube menyampah pulak dengan iklan. Dalam pc ni takda lagu, dah delete semua! Huwaaaa~ 


Oih dalam pada nak buat ayat penutup sempat terbebel lagi. Oklah nak bangun basuh muka lagi elok kot. Korang take care ok? Happy weekend uols! =)






Tuesday, December 11, 2012

Ginger Candy Yang Lazat


Siapa suka makan halia? Wooo mesti ramai tak suka kan? Hehe. Dalam family saya je ramai tak suka kalau tergigit halia. Kena potong besar-besar supaya diorang boleh asingkan before masuk mulut. Tapi sebenarnya halia bagus untuk buang angin kan? Sepupu saya cakap kalau nak kurus, rebus halia dalam 2 inci, lepas tu minum airnya tiap-tiap malam. Memang TAK la kan! Tak boleh la minum air halia macam tu je. Hehe. 


Tapi kalau makan asam halia, tekak saya boleh terima lagi. Hari tu tertengok kat tv omputih dia ajar buat ginger candy. Terliur la pulak. Senang pulak tu. Kan lately ni kan semangat nak kurus membuak2 kan.. Haruslah feeling makan halia, dapat buang lemak dalam badan. Ahaks. Maka saya pun try la kat rumah.





Ni hasilnya. Nampak selekeh sebab hiris guna pisau je. Sepatutnya guna alat tu lagi kemas potongannya. 
Senang je nak buat tau. 

Mula-mula, potong halia ikut kehendak sendiri la banyak mana. 
Pastu hiriskan halus-halus. 
Pastu rebus dalam air lebih kurang 5-10 minit. 
Lepas tu toskan airnya, simpan suku cawan air tu. 
Masukkan halia dalam periuk balik, campurkan air tadi dan masukkan gula sama banyak dengan kuantiti halia tadi. 
Masak sampai air gula kering. 
Kemudian keringkan dalam bekas / tray. 
Nanti dia akan jadi macam dalam gambarajah di atas =)


Kawan saya cakap macam halwa. Taktau la saya tak suka la halwa tu. Yang ni sedap lagi. Dan yang penting dia fresh, sebab kita sendiri yang buat, takde letak apa-apa bahan pengawet ke apa. 


Khasiatnya apa? Lepas makan dalam 4-5 slice, automatic perut memulas dan terus ke tandas! Hehe. Lepas tu badan rasa ringan. Ada orang sampai 2-3 kali ke tandas, ada orang sekali je. Dinasihatkan untuk permulaan, jangan makan banyak-banyak. Hikhik. 


Ok tu aje nak share hari ni. Blog ni dah jadi macam blog makanan la pulak. Tapi makanan je yang dapat menghiburkan hatiku, nak buek camno? Heee. Oklah korang, nak sambung tido. Hari ni kan Selangor cuti? Jangan jeles~ :P

Monday, December 10, 2012

Resepi Muffin Vanilla ala Kenny Rogers!



So, weekend hari tu as requested by my mom, saya telah mengadun 2 dozen muffin vanilla. Disebabkan tekak berasa nak makan cinnamon jugak, maka saya bahagikan muffin vanilla tu sebahagiannya ada letak cinnamon topping. Nyums~





Ni masa di dalam oven. See, saya pakai oven butterfly bulat yang tak boleh control suhu tu je. Sekali masak boleh letak 1 tray je. Tapi sangat puas hati dengan hasilnya. =)





Ni hasilnya lepas masak. Elok je naik membulat tau. Dalam gambar nampak kecik, tapi sebenarnya dia adalah besar jugak la. Puas la sekali hadap sebiji tu. Hikhik. 


So, saya share resepi la ye? Sebab senang sangat2 membuatnya. Harap korang dapat try buat juga nanti k?


Resepi Muffin Vanilla Ala Kenny Rogers (24 biji)

8 sudu besar butter (dicairkan)
2 biji telur
2 cawan gula (saya guna brown sugar untuk rasa yang lebih sedap)
2 cawan susu segar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar esen vanilla
4 sudu besar baking powder
4 cawan tepung (saya guna all purpose flour)

Caranya :-

Pukul telur dengan gula dulu. Masukkan bahan basah yang lain. Dan di ikuti dengan bahan kering. Gaul sehingga sebati. Masukkan dalam bekas muffin dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 celcius.


Cinnamon topping (optional)

1/3 cawan brown sugar
1/3 cawan rolled oats (taknak letak pun takpe, i love oats!)
1 1/2 sudu besar cinnamon powder (serbuk kulit kayu manis)
3 sudu besar butter
1/2 cawan tepung

Caranya:-

Gaulkan semua bahan sampai sebati, dan letakkan di atas acuan muffin sebelum bakar. Teksturenya akan jadi macam sticky2 sebab ada butter dan gula. So sedap! =)


Senang kan? Tak payah guna hand mixer ke apa ke. Kat rumah saya bukan ada benda tu semua. Rasanya sebijik macam muffin Kenny Rogers tau. Sedap sangat! Kalau taknak buat banyak sangat, kurangkan half resepi kat atas tu ye.  Jangan lupa cuba tau? =)



Friday, December 7, 2012

Kenduri Express!



Salam Jumaat kengkawan! OMG today is the day. The day yang mama suruh saya kurus. Habislah habislah saya tak kurus pun.. how?? Petang ni jumpa mama harap-harap tak kena jeling hendaknya. Ya Allah ya Tuhanku, semoga mamaku terima lemak-lemakku seadanya, amin! 


Baiklah. Mari kita teruskan. Semalam lepas habis kerja, saya dengan bangganya telah menghadirkan diri ke gym. Terima kasih atas sokongan kawan-kawan yang sudi menemani saya lantas membanteras lemak-lemak yang ada di badan kami semua. Hikhik. Masa sampai gym skodeng dulu kat glass window nak tengok ramai orang ke tak. Terus tak pasal-pasal terblush tak semena-mena sebab ada 2 orang arab mana tah sangat comel lotey itik gembo-gembo plus ada 2 orang 'anak ikan' yang comel jugak sedang bersenam. Alalala comel sangat tau lari kat treadmill bagai. Nak kene cubit ke? Haha ok sila behave elyn. Ehem.


Lepas kami masuk je pintu gym, mereka yang comel-comel berundur beri laluan pada kami. Adakah mereka gerun melihat lemak-lemak saya? Isk. Rupanya mereka masuk kat dalam bilik aerobik sebelah main bola dengan budak kecik, adik si arab tadi tu kot. Alalalala comelnya bergurau gelak tawa dalam bilik tu pulak.. Saya nyaris dah nak join tau.. nasib baik masih berfikiran waras. Haha. 


Sempat la saya hiking guna alat apa tah nama dia selama 15 minit. Terasa macam tengah hike bukit broga pulak rasanya. Peluh jangan cakap la, macam ada orang simbah air dari atas jatuh kebawah. Isk. Pastu lupa bawak towel. Ish ish ish.. Tapi tu je la yang sempat pun. Tetiba member dah buat suprise kata dah sampai depan rumah. Terpaksa la kami balik  ke rumah. Dan mereka juga kata lapar, nak makan. Dan request saya masak spaghetti. 





Maka inilah hasilnya masak-masak secara express semalam. Simple sesangat. Saya masak spaghetti olio dengan baby carrot dan brocolli rebus aje. Taktahu la sedap ke tak. Nervous okeh kalau masak untuk orang ni. Masak untuk family tak nervous sangat sebab tak kisah pun sedap ke tak sedap ke. Hehe. Alhamdulillah habis diorang makan. Maknanya sedap la tu kot? Ke habis sebab lapar sangat? Haha.


Ok tu aje untuk hari ni. Petang ni kami nak makan buffet beramai-ramai. Nanti saya update kat sini okeh? Bye korang, happy weekend! 








Tuesday, December 4, 2012

"Sila Kurus Hari Jumaat Ni !" - Mama



Begitu lah dialog yang saya terima sesampainya saya ke rumah family pada hari Jumaat lepas. Sedih wok! Mama kata badan saya naik bagai dipam pam. Pelik jugak saya takde pulak pegi pam angin dalam badan seingat saya.. Hmmm..


Alkisahnya Jumaat ni ada gathering budak ofis mama merangkap ex ofismet saya jugak la dulu sebenarnya. Pastu mama memang 'famous' kat sana, so nak la anak dia pun nampak senonoh di hari kejadian...gittew. Tapi kelakar jugak la permintaan mama tu. Selama hidup dah dua puluh ehem ehem tahun ni tak pernahnya kurus, tetiba mama suruh kurus dalam masa 5 hari je? Kelakar tau mama ni.. Mission impossible sangat tau. Masa kita nampak kurus / susut sikit takda pulak nak bagitahu atau puji kee... So kita ingat kita perasan je la kan.. Bila dah debab balik baru nak marah. Tak suka taw... Sentap gegirl!


Sebenarnya last week memang makan tak hingat donia jugak la. Kata tengah down dan sedih, haruslah melayan nafsu makan. (Happy pun makan, sedih pun makan, dahtu bila yang kau tak selera makan cik elyn oi?). Baiklah mari kita saksikan makanan apa yang dah masuk dalam perut saya lantas menjadi lelemak comel yang melekat di seluruh tubuh badan yang munggil ini. Wah munggil tawww... ahaks ahaks :P






Saya makan di Ahlaa Cafe Seksyen 7 Shah Alam. Macaroni bakar la ni sebenarnya tapi nama dalam menu adalah lain. Harga RM 8.90. Sedap melampau ok.





Ni close-up beliau. Kuahnya tu macam bolognese sos je rasanya. Tapi memang sedap la. Ni dah terkecur-kecur air liur dah ha.. isk.





Masih di tempat yang sama, saya makan bubur nasi. Tekak tetiba nak makan yang bersup gini.. Eh saya bukan order dua dish tau. Macaroni tu kawan saya punya, tapi dia tetiba diet lepas makan 3 sudu. Terpaksa la saya habiskan, kalau tak membazir nanti.. Pembaziran tu kan amalan syaitan kan? (kalau macam ni alasan sampai bebila kau tak kurus, elyn.) :P





Ni pulak saya makan kat secret resepi time lunch. Chicken Parmigiana namanya. Salad tu dia letak sos orange memang sedap okeh. Kentang tu pun sedap rangup lagi. Dan yang paling penting, ayam tu memang la sedap. Lembut dan penuh dengan cheese. Harga RM 13.90. 






Dan yang ni kawan saya makan Japanese Soba. Eh ke Vegetarian Soba? Something like that la, tak ingat sudaaa. Tapi yang ni saya tak tolong habiskan. Errr... Saya makan salad je sebab dia tak suka salad tu. Hehe. Abisla bahaya la makan dengan orang yang tak habis makan ni, otometik terus jadik dbkl! Isk.


Begitula puratanya pemakanan saya sampai badan terus naik mendadak. Sebab seminggu sebelumnya saya adalah susut sikit akibat skip lunch dan dinner. Mungkin sebab hati senang ada 'boifren' tu yang makan pun tak lalu. Now single balik suda. Tu yang makan pun macam resakse. Amboi senang je kapel pastu single? Hehe. Tolong bagi saya sorang boifren pls?! Eh dua orang pun boleh je.. Ahaks ahaks.


Ok la uols, nak siapkan keje sikit pastu nak balik. Hari ni ada mission penting untuk diselesaikan. No no bukan pergi gym, bukan. Nak pergi jual emassssss, muahahahaha ok bye!




Friday, November 30, 2012

Metrojaya Sales!



Orang perempuan mesti tau pasal ni kot. Metrojaya buat sales kat Stadium Melawati Shah Alam Seksyen 13. Rasanya memang kerap metrojaya buat sales kat sini. Cumanya saya pernah pegi sekali je sebab tak berapa nak minat shopping rebut-rebut ramai-ramai ni. Tapi kali ni diorang cakap orang dah tak seramai macam dulu. Kalau dulu sampai nak berjalan pun payah. So saya singgah la lunch tadi.


Mula-mula memang nak singgah tengok-tengok je. Kalau ada eyeliner yang murah je nak beli. Sekali masuk je depan sekali dah teruja tengok comforter set untuk queen bed RM69.90 je. Color semua soft-soft sangat girly tau. Haruslah mata terpikat kat kaler soft pink yang satu tu. Dah pegang takmau lepas. Terfikir jugak last time beli comforter set adalah 2-3 tahun lepas kot? Tapi kuatkan semangat dan lepaskan comforter tu. Pergi ke tempat kosmetik. Nampak pulak eyeline in2it RM9 je! Kat luar harga dia RM19.90 okeh! Memang kebetulan dah habis eyeliner saya, hari tu cari kat guardian dah habis kaler hitam. Lepas tu excited bagitau ofismet eyeliner sangat murah nak beli! nak beli! Makanya terpaksa la amik jugak comforter set yang fink karer tu sebab dah alang2 beratur kat cashier kan..


Bila dah masuk area kosmetik nak ambik eyeliner, saya dah terjebak dengan bedak la, pencuci muka la, mascara la. Semua tu memang saya tengah cari pun. Dan semua pun murah. Hasilnyaaa....






Eyeliner ambik 2, bedak 1, mascara 1, pencuci muka 1, dan comforter set 1. Total RM117.00. Tak pasal-pasal je lebur.. Tapi saya sangat puas hati sebab semua pun murah je dan memang dah sampai masa nak beli pun. Saya bukan jenis kuat shoping. Setahun ada la sekali kot? Takpun dua tahun sekali je. Tapi sebenarnya hati dah meronta-ronta nak amik handbag Guess tadi. Murah ok semua 50% diskaun! Tapi takpe, mungkin petang karang kalau ada yang mengajak, kita singgah lagi. Ahaks ahaks.


Dan untuk lunch, saya makan Arabic Set kat kedai D' Arab Cafe. Harga RM13.90. Dah naik okeh. Dulu kalau tak silap RM10.90 je harga dia.. Nasib baik la ada humus, maka terpaksa saya order jugak. Tekak sangat rasa nak makan humus hari ni. Alhamdulillah kenyang! =)





Sedap tau. Pinggan besar dulang. Hehe. Beras panjang-panjang. Tapi yang tak bestnya, pekerja dia Bangla. Memang takde dah ke orang melayu nak kerja-kerja macam tu? Hmph.


Ok tu aje nak bebel petang ni. Happy weekend uols! =)


Tuesday, November 27, 2012

Bekalan Dari Abah



Wah tajuk macam serius je. Macam insaf sekejap baca. Ahaks. 

Ahad hari tu kami adik beradik tiba-tiba kempunan durian. Sebab asik sebut-sebut durian tapi takda pun depan mata. Pastu malamnya tu lepas dinner abah pergi beli sebab anak pompuan beliau dah buat ayat sedih, "esok nak balik Shah Alam dah... tak dapat la makan durian....". Terus mama cakap dengan abah, "Pergi la beli durian bang.." Ahaks. Gedik sungguh la, nasib baik ada orang melayan. Kalau tak, boleh jadi sentap nanti. Gedik sentap namanya.


Jadi abah pun beli la kat pasar malam berdekatan. Dapat dalam 9 biji kot. Alhamdulillah rezeki. Tapi tak fresh and dah bergas dah. Dalam pada tak fresh pun kurang sejam setel semua. Ok tipu, takde la setel semua, ada beberapa ulas yang tak manis kami ketepikan untuk buat kuah durian. Pastu anak perempuan yang gedik keluarkan ayat sedih lagi.. "Bilanya nak buat kuah durian tu? Confirm la elyn tak dapat rasa... esok nak balik Shah Alam dah... sedapnya kuah durian.............". Gitu. Tapi takda sape layan. Tapi instinct saya kuat mengatakan esok pagi mesti abah buat kuah durian. Hikhik.


Dan pagi tadi masa nak bersiap gi kerja, dengar abah bukak dapur gas. Sedang mengerjakan sesuatu di dapur. Mula-mula tak pasti adakah abah buat breakfast atau apa? Sebelum keluar gi kerja saya jenguk la atas dapur gas tu. Ada periuk sederhana besar kelihatan dari jauh. Terus senyum sampai ke telinga. Hikhik.




Ye, abah gigih buat kuah durian ok. Sedap. Just the way i loike. Mana la beli santan tu agaknya pepagi subuh. Hehe. Kesian abah kena layan anak perempuan yang gedik. Mujur ada sorang je. :P Jadi saya letak kuah durian dalam bekas untuk di bawa ke Shah Alam. Letak dalam fridge dan makan sejuk-sejuk. Sungguh heaven! Mana la nak dapat abah macam ni? Ya Allah ya Tuhanku, kau rahmatilah orang tua ku, murahkan rezeki mereka, lindungilah mereka sepertimana mereka menjagaku sewaktu aku kecil, jauhkan mereka dari api neraka dan tempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman, AMIN!


Tu aje uols. Jom balik jom? =)


Friday, November 23, 2012

Happy Birthday Mummy!



13 November 2012 adalah harijadi mama saya yang ke-56 tahun! Eh mama ke mummy? Ha adik beradik lain semua panggil mama, tapi saya sorang je panggil mummy. Hikhik. Kata gegirl sorang, harusla gedik tahap maksima :P


Sepertimana yang semua tahu, 13 November hari tu kan public holiday.. Jadinya kami celebrate dengan seronok sekali bersenang senang kat rumah. Abah tetiba buat perangai sweet beli suprise cake untuk mama. Keluar dendiam pastu tahu2 je bawak balik sebiji kek. Atas kek tu tulis 'Selamat Hari Lahir SAYANG'. Gitulahhh.. Walaupun kek tu tak grand, yang penting chocolate moist cake sedap yang dibeli di kedai melayu Islam okeh. Dijamin dan diyakini halal. Sesuci cinta abah terhadap mama. Gitulah ayat novel sesekali terkeluar tak semena-mena :P


Mama kata nak makan ramai2 je kat rumah. Tapi kena tunggu family abang balik dulu la. So hari tu saya belanja mama Sushi King je dulu. Kami makan bertiga dengan adik saya.





Ni dia besdey girl kesayangan! Dah alang2 bersiap tu kan, harusla posing di dapur bersama kek yang telah dipotong. Mama nak buat kenangan katanya. Jadiklah. Hehe.






On the way balik, teringin pulak makan putu piring dekat dengan rumah saya. Ni memang famous dari dulu sampai sekarang. Terpaling sedap yang saya penah rasa la. Biasanya takde la ramai sangat sebab makcik tu dah buat awal2, simpan dalam bekas. Tapi kali ni bukan main ramai dan lama kami tunggu. Setengah jam kot? Ke lebih? Sedap punya pasal, lama pun lama lah.






So, hari Khamis family abang datang, kami pun kenduri Dominos aje. Senang. Tak payah makan kat luar la, leceh jugak dengan budak kecik dua orang tu nanti. Dahlah masing2 takmau tido siang. petang karang sure mengamuk akibat mengantuk. Nampak macam banyak, tapi sebenarnya cukup2 je makanan tu. Oh barbeku wing dan roasted chicken takde dalam gambar. Pi mana taktau.


Cake birthday yang betul2 punya belum beli lagi. Taktau la bila nak beli. Mama dah awal2 cakap nak secret resipi white choc macadamia. Favourite mama dari dulu. Harap2 esok mama suruh beli la cake tu.. boleh kenduri cake pulak weekend ni. Hikhik.


Ok tu aje kot cerita pasal birthday mama saya. Takda apa yang special pun. Spend time dengan family adalah benda yang paling membahagiakan =)


Oh lupa nak share. Hari tu kami 1 family tengok cerita Dumb and Dumber kat tv. Pastu adalah ayat "I'm sick and tired of having no one to love" something like that la.. Saya terus sahut, "me too" sambil tengah main game. Pastu mama cepat2 jawap, "elyn ada mama kan.." dengan mata penuh mengharap. Alaaaaaa terus saya senyum sambil tahan nangis. Serius rasa nak nangis sangat2. Ni tengah type pun sebak lagi. Kesian mama kan.. mesti mama penat tunggu elyn berpunya. Single mingle dari dulu tak berubah. Takpela mama, elyn pasrah je kalau dah ini ketentuan Allah untuk elyn :')


Oklah, takmo sedih2. Happy weekend uols! Tata!


Tuesday, November 20, 2012

Sembang-sembang Sebelum Lunch



Rasa macam dah lama sangat tak luah perasaan kat sini. Lately life sangat interesting sampai takda masa nak syer kat blog. (ayat belagak? :P) Life interesting kunun... pui!


Apa yang menarik dalam hidup saya lately? Hurmmm.. banyak benda sebenarnya. Tapi bukan semua benda boleh syer kat sini tau. Tu yang sepi je si debab sorang ni. Sekejap je dah bulan November. Sebulan lagi habis lah tahun 2012 ni. Azam tahun baru uols hari tu macam mana? Saya punya rasanya 80% done. Harap baki sebulan lebih ni boleh setel la semua. Eh apa azam saya hari tu eh? *PANG!!!* Ahaks.


Oh ye, hari tu saya kena jaga booth Casa Impian kat OU promotion area sempena Deepavali. Jumaat 9 November 2012. Ala lupa nak bagitau kat sini. Kalau tak, boleh la uols intai si debab ni. Haha. Perasan sungguh sape nak intai dia ntah. Nak dijadikan cerita pendek, masa tengah bosan duduk kat booth tu, saya cakap la dengan ofismet saya si Arop, 

" Bosannya.. takda ke orang datang nak ngorat aku ke apa..."

Bukan main lagi ayat kan. Cakap tanpa rasa bersalah. Tiba2 Maru bagitau dia nak datang singgah makan sama petang tu. Wah at least ada jugak la orang ajak 'dating' kannn.. Hehe. Bukan main happy lagi saya. Bosan kot duduk je kat situ membesarkan montot. Terhiburla kejap dengan kehadiran si Maru tu. Lepas makan2, jenjalan sikit, dia pun balik. 


Malam tu dalam pukul 9, saya jalan nak buang sampah. Lalu terserempak dengan jejaka tampan taste sangat! Dalam hati terdetik, "amboi eloknya.." sambil mata menjeling ke arah beliau. Hehe. Tiba2 dia masuk booth kitorang. Belek2 barang. Saya dah tercuit2 si Arop dah. Signal kami bila nampak benda2 menarik. Haha. Dan lepas tu mamat tu terus pergi ke arah saya tanya, 

" Ada name card tak? "

" Err.. takde.. kenapa eh? "

" Saya berminat nak... blablabla.."

" Oh boleh contact bos saya la. Saya bagi contact number and email k?"

Pastu sembang sakan potpetpotpet macam orang dah lama kenal. Dalam hati berdebar weh. Saya kan pemalu? Hikhik. Pastu dia cakap laju + slang sabah memang la saya susah nak tangkap. Asik ter "sorry sorry apa dia?". Pastu dua2 gelak. Alaaaaa so suweeet...  Sebelum dia balik tu, dia sempat toleh, tanya nama saya dan senyum. Berbunga sungguh la hati ni.. Hiks!


Hari isnin masa ofismet saya jaga booth kat sana, mamat tu datang lagi. Dia cari saya. Ofismet pun bagitau la saya kat ofis. Lepas tu dia mintak no fon saya. Wahhhhh semua terkejut. Siot betul dorang. Mamat tu boleh tahan good looking la sebenarnya. Tapi sampai sekarang dia tak call pun? Ke ofismet saya bagi nombor lain? Ke dia tak minat nak call langsung? Hampa... motip nak hampa?? :P Oh ye, hari Sabtu tu Adam AF lalu kat depan booth kami! Ofismet saya sempat bergambar dengan dia. Alaaaaa abang Adam.. masa saya jaga seharian awak tak lalu pun.. Bila la dapat jumpa awak life depan2 ek? Tak tertanggung dah windu ni. Ahaks. Tapi kalau dia lalu pun, memang saya takkan bergambar la. Cukup je senyum depan muka dia pastu lari nyuruk bawah meja. Tu pun kalau muat la meja tu. Kalau tak muat, duduk tepi meja pun jadilaaa..


Alamak panjang lebar bercerita pasal benda ni pulak. Banyak lagi la sebenarnya kejadian macam ni. Memang sejak 'berubat' banyak benda menarik jadi kat saya. Alhamdulillah. 


Tapi saya noticed 1 benda la.. Saya tertarik dengan lelaki lelaki muda!! Kalau tengok lelaki muda2 ni terus berdebar uols! Tengok lelaki sebaya atau lebih tua, tak bernafsu pula. Bagaimanakah ini?? Ofismet cakap saya ni macam haruan makan anak. Taste anak-anak ikan. Muluttttt kauuuu..! :P


Ok tu je nak merepek. Nanti saya update resepi spaghetti bolognese my style, okeh? Till then, tata uols. Jangan skip lunch tau. Skip dinner takpe. Heee. Bye!

Monday, November 12, 2012

Resepi Nasi Ayam Elyn Style



Saya sangat suka buat nasi ayam tau. Adik2 pun suka makan. Dah la senang je nak buat. Meh saya syerkan cara saya buat nasi ayam ye?





Resepi Nasi Ayam (6 orang makan)

a) Bahan untuk Sup :

1 ekor ayam
1 batang carrot (potong dadu)
1 batang celery (potong dadu)
1 inci halia (ketuk)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 ulas bawang merah (hiris)

Cara : Rebuskan ayam dalam periuk berisi air. Masukkan carrot, celery dan halia. Bila ayam dah masak, angkat dan toskan. Goreng bawang merah dan bawang putih dalam kuali, dan curah dalam air rebusan tadi. Perisakan. Simpankan sedikit air rebusan untuk masak nasi.


b) Bahan untuk Ayam :

1 ekor ayam yang telah direbus
4 camca kicap manis kipas udang

Cara : Gaulkan ayam dengan kicap manis sampai sekata. Kalau kurang boleh tambah kicap lagi. Biarkan dalam 10 minit. Bakar dalam oven untuk 5 minit dengan suhu 180 celcius untuk bagi dia garing. Tapi jangan lama sangat nanti ayam tu kering dan keras, hilang jusnya. Lebihan kicap tadi boleh letak dalam mangkuk berasingan dan tambah sedikit sup untuk cairkan tekstur nya.


c) Bahan untuk Nasi :

2 camca besar butter
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
2 ulas bawang merah (hiris)
2 helai daun pandan
1 kiub ayam

Cara : Panaskan butter dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng sampai garing. Masukkan beras dan gaulkan hingga sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi secukupnya. Masukkan daun pandan yang telah disimpul. Perisakan dengan garam dan letak 1 kiub ayam untuk lebih rasa sedap.


d) Bahan untuk Cili

2 biji tomato
1 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1 camca sos cili

Cara : Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sampai hancur. Tak payah letak air sebab tomato tu dah berair. Kalau nak pedas lagi boleh lebihkan cili atau letak cili api. Saya tak suka letak bawang putih banyak sangat sebab rasa dia kuat.



Dah siap. Boleh la hidang dan makan dengan salad atau tomato atau timun, ikut selera masing2 ye. Ini cara saya buat nasi ayam. Takda sedap mana tapi so far family makan dengan berselera. Olah ikut citarasa masing2 la ye tak? Sekian! =)


Thursday, November 1, 2012

Langkawi With Family



Akhirnya keluar jugak entry ni. Sekian lama memendam rasa berusaha gigih cari masa dan mood yang sesuai. Huhu.


Kami pergi ke Langkawi 3-6 October 2012 naik Air Asia. Tiket tu dah ditempah setahun yang lepas melalui tambang murah. Takda la murah sangat kot, pergi balik 5 orang termasuk insurance dan sebagainya total RM705.


Mula-mula dah booked bilik dekat Malibest untuk 3 malam. Dan dah bayar deposit untuk 1 malam. Tetiba last minit kawan bagitau ada contact untuk dapat rumah sewa + kereta murah. Jadinya kami duduk semalam je kat Malibest. 2 malam lagi kami tido di rumah sewa tu. Orang tu bagi rumah + kereta avanza baru RM200 sehari. Murah la kot sebab rumah tu teres dua tingkat, fully furnished, ada 2 aircond siap dengan mesin basuh. Kami buat macam rumah sendiri siap basuh baju jemur kat ampaian rumah sebelum keluar memana. Haha. So seronok.


Hari pertama sampai tu dah petang. Alhamdulillah cuaca elok, panas terik mencucuk cucuk. So ambik kereta, pegi makan dan terus check in je. Lepak kat bilik kejap, mandi dan solat segala la. Dalam pukul 9 macam tu kami keluar jenjalan kat kedai kakilima pantai Chenang tu. Round sampai berpeluh-peluh. Disebabkan tadi makan pun dah lewat, kami beli roti BreadTalk je makan dalam bilik as a supper la kunun. Boleh dikatakan hari-hari kami beli roti tu. Sebab bila dekat nak closing, dia bagi diskaun 30%. Nyums $!


Hari kedua kami plan nak ke Cable Car dan UnderwaterWorld. Malangnya pagi-pagi lagi dah gerimis dan mendung. Nak taknak kami teruskan jugak plan tu. Memang hujan sampai ke tengah hari rupanya. Dan tak boleh naik pun jambatan gantung tu. Diorang tutup. Tak pasti renovation atau sebab cuaca. Jadinya kami bayar RM15 sorang untuk naik cable car semata je la. Punah harapan nak naik jambatan gantung.






Cuaca macam ni je kat atas tu setiap masa. Gerimis dan angin kuat. Tak rasa macam kat Langkawi pulak. Rasa macam ada kat Genting. Hehe.


Turun je dari cable car, terus cari tempat makan untuk lunch. Kami pergi kat kedai tepi jalan je. Lepas tu terus ke underwater world melawat penguin dan ikan comel-comel. Bayaran masuk harga biasa adult RM38. Kalau tunjuk IC dapat RM28. Warga emas dan government servant RM22. So saya guna kad mak saya, dapat la semua merasa tiket RM22 sorang, yay! Gambar tak ambik sebab masing2 teruja tengok binatang kat dalam tu. Tambahan pulak budak skolah berlari-lari memang annoying sungguh la, tak selera langsung nak bergambar. 


Part yang paling best, kami ternampak 1 kedai makan tepi jalan on the way ke kawasan perumahan tempat kami tinggal tu. Tiap kali lalu mesti terbaca. Dia tulis kat papan tanda depan kedai besar2, 'Chicken Chop RM4.50'. Haruslah mata terpaku kat nombor tu kan. Ingat saya sorang je, rupanya semua orang pun terpandang benda yang sama dan tak percaya la ada chicken chop rm4.50 kan. Mana nak jumpa kat KL ni? Makanya malam tu kami nekad nak try rasa chicken chop kat kedai tu. Dia ada set chicken chop, fish and chips dengan beef steak. Semua pun RM4.50.




Kami order 5 chicken chop dan extra 1 fish and chips. In case memasing tak kenyang kan. Dengan harga rm4.50 tu kami bayangkan portionnya mungkin menyedihkan la kan. Haha. Sekali sampai, nah! Siap ada sosej okeh. Kat KL hado?? Siapa tak kenyang boleh tampar muka sendiri laju-laju. Yang extra fish and chips tu pun masing2 cuit sorang sikit, lama-lama licin. Hehe. Kami order limau ais pun dia hantar yang special punya. Siap ada asam boi 3 ketui kat dalam tu. Harga? Singgit je. Menakjubkan bukan? Memang tak putus2 kami puji kedai tu la. Tapi yang tak bestnya cepat sangat habis. Orang tak putus-putus datang. Ada pak lebai pakai kopiah, ada geng makcik2 veteren 1 group hang out agaknya. Memang variety okeh customer dia. Respek habis la. Sure kedai tu famous among orang2 sana kan? Kami orang luar je yang bertuah sebab ternampak signboard dorang tu. Hiks. Lepas makan, kami round ke chenang lagi. Memang tetiap malam akan pegi sana la. Ada je benda nak cari. Saya yakin tu alasan adik2 je nak berjalan. Bosan lettew duk rumah memalam~ 






Hari ke-3, kami bermandi manda di Pantai Tengkorak. Serious lawa sangat pantainya. Airnya pun cantik. Orang pun tak ramai. Tu yang paling penting. Hehe. Ada la 2 family je kot selain kami kat situ.



 


Cantik kan? Kan? Suka sangat! Kalau la kulit saya jenis tak cepat hitam, memang saya mandi tak naik2 dah. Sebab sedar diri tu yang rendam lebih kurang je tu. 


Petangnya, kami ber island hopping pulak. RM25 sorang untuk 3 pit stop. Pulau beras basah, Tasik Dayang Bunting dan eagle feeding. Helang2 kat situ kolestrol mesti terok kot, diorang hari2 makan kulit ayam. So not good. Tapi serious banyak sangat helang. Comel!





Ini Pulau Beras Basah. Saya dengan mama tak mandi. Abah dengan adik lelaki 2 orang tu je mandi. 
Rasa macam takda apa yang special kot kat sini. Boring je.





Ini kat tasik dayang bunting. Macam mana kat pulau ada tasik? Ye, bukan tepi laut je ye. Kene daki dan turun bukit yang curam baru sampai tasik tu. Saya adalah mengah! Memalukan. Padahal masa tu kan macam tengah aktif jogging siap hiking Broga Hills lagi. Cis. 


Tasiknya memang sangat dalam. 14 meter kalau tak silap. Saya tak mandi sebab tak bawak baju. Ikutkan memang nak sangat mandi. Berahi tengok air tasik tu tau! *motip?? :P*  Yang tengah menyelam tu adalah abah saya. Orang lain semua pakai safety jaket, kami anak beranak terjun dalam air selambe tak pakai jaket. Gangster btul. Nasib baik dalam badan banyak angin, bolehla terapung. Haha. Tapi saya dah tau semua tu turun dari mana......dari abah la. Mama confirm tak suka berendam :P





Untuk siapa2 nak naik boat ni pun boleh. Bayarannya nggak tahu donk. Bisa tanya sama pekerja di kaunter. Hee.




Ni confirm bukan kaki saya. Dah kenapa bulu banyak sangat? Ni kaki adik saya yang sedang bermanja dengan ikan keli. Perlu ke guna keli untuk fish spa?? Tak sesuai okeh. Kang dah kena gigitan cinta baru nak insaf. Banyak pulak tu ikan tu. Yang besar peha pun ada, tapi belah bawah2 sikit. Scary!


Dan inilah part yang paling baik! Asal pasal makan je semua yang paling baik kan elyn? Haish. Ok serious balik. Ni adalah pengumuman penting! Sesiapa datang Langkawi wajib try makan kat Restoran Nelayan ni! Wajib okeh! Tapi ni wajib kalau tak buat tak berdosa, buat pun tak dapat pahala. Dosa pahala tu kan kerja Allah? Eh apa ko merepek ni elyn?!





Di sini jety tempat nelayan bawak naik hasil tangkapan mereka. So makanan laut semua adalah fresh dan murah. Kita pilih sendiri apa yang kita nak makan, nak masak macam mana, timbang dan tunggu hidangan sampai. Lepas makan boleh bayar dengan senang hati. Environment pun cantik. Di kelilingi paya bakau yang comel. Ahhhhh i love the smell of paya bakau. *poyo*





Kami pilih siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng butter, lala masak tomyam dan kailan ikan masin. Makan untuk 5 orang. Total resit adalah RM111.40, dapat diskaun 0.40 sen. Terbaik! Memang puas hati dan lepas makan masing-masing tersandar. So not good. Huhu.


Rasanya tu aje yang penting2 nak diceritakan. Kami balik hari Sabtu, 6 October  flight pukul 4 petang. Cecah kaki kat LCCT je terus terasa kesesakan ibukota. Perjalanan nak balik rumah pun masing2 stress dengan hingar bingar kotaraya ni. Ewah ayat. Ahaks. Eh tapi serious tau terasa. Langkawi sangat aman damai lapang minda. Airport dia pun lengang, rileks, takyah kecoh2 nak cek in awal. Oh ye jangan lupa CASA IMPIAN pun ada kat Airport Langkawi. Sudi sudikanlah singgah sekiranya ke sana ya? Hikhik. 


Baiklah, sekian saja bebelan saya untuk kali ni. Salam malam jumaat kawan-kawan semua! =)










Wednesday, October 31, 2012

Door Knob Hanger Yang Comel!








Comel tak? Saya dapat ni free from http://blackribboncloset.blogspot.com. Teruja sangat masa bukak envelope. Tak sangka besar dan keras rupanya. Sukaaaa! Tq Yana! =) 

Thursday, October 18, 2012

Makan Lagi!



Lately badan macam dah mengembang. Ke sebab hormon ek? Dah salahkan hormon pulak.. ahaks! mana tak mengembangnya.. makan macam orang pregnant. Itu terinign, ini teringin. Pastu memanjang lapaaaaaar je. Ntah apa-apa la perangai. Jogging belum buat lagi ni sejak balik dari Langkawi. Harap dalam minggu ni mesti dapat sehari atau dua hari at least.


So, berbalik pada kisah makanan tadi. Weekend hari tu mama shopping burger, sosej, cheese dan segala makanan berkalori tinggi. Saya pun berniat nak masak burger je untuk dinner. Tengok atas meja ada pisang seikat. Kalau dah hari-hari mengadap masterchef, haruslah masak pun nak feeling masterchef kan? Saya belah burger tu, letak black pepper dengan lada sulah, garam, paprika. Pastu letak atas pan. masak belah dalam dulu, lepas tu letak cheese kat tengah2, dan masak belah luar pulak. Amboi cheese tu melt sangat mengiurkan. Lepas tu caramelized bawang. Kebetulan petang tu nampak ada chef masak pisang, tambah brown sugar, caramelize kan dia. Buat jugak. Pastu macam biasa la hias dengan salad dan roti terdesak. Haha. Roti burger takda, belasah je la apa yang ada kat dapur tu.




Ini la rupa dia lebih kurang. Pinggan comot lupa nak bersihkan sebelum present kat mama. Diorang pelik tengok ada pisang kat tepi. Haha. Tapi mama puji sedap semuanya, tu yang penting! ;) Oh sebut pasal puji ni, weekend hari tu kitorang masak nasi carrot lagi sebab adik mintak nak nasi sedap. So saya goreng ayam masak merah dengan sayur, mama masak nasi. Tetiba sampai time makan, abah hirup sayur yang saya masak tu ;


" Siapa masak sayur ni?"

" Anak dara awak la.. kenapa?"

" Sedap. Dapat bakat memasak abah dia la tu"


Boleh? Hahahaha macam-macam je abah ni. Yela saya memang sangat jarang nak nampak memasak kat dapur, tetiba masak je mesti sedap. (Alhamdulillah). Aci tak puji diri sendiri? Aci je la kan, blog sendiri kot. *PANGGGGG! :p






Yang ni pulak saya makan Baked rice kat PizzaHut hari Isnin. Okla rasa dia, takde la sedap sangat takde la tak sedap. Tapi macam kosong je la kot kena tambah cili sos baru ada rasa sikit. 







Last but not least, hero of the week.. Marble Cheesecake Secret Recipe Buy 1 free 1! Ye, saya gigih beratur kat SACC Mall kul 12.45pm, dapat nombor 157. So dapat la 2 biji kek, share dengan ofismet. Korang beli tak? Selama ni tak pernah rasa lagi marble cheesecake. Sekali dah rasa, makan sambil geleng2 kepala. Punya la menikmati kesedapan dia tu. Base dia kat bawah macam ada rasa oat, nestum, pastu ada walnut, pergh memang mengancam! Ni tengah type pun kecur air liur dibuatnya. Saya dah makan 3 slice++ sejak kelmarin ok! Pagi tadi pergi keje pun tengok ada suku je lagi dalam fridge. Hebat betul adik beradik saya! Hehe.


Tengok la makanan semuanya ada cheese, berkalori tinggi. Belum lagi sentuh bab air. Nak yang manis dan sedap aje. Eh wait, belum masuk bab belasah coklat hari-hari tak kenal erti jemu lagi tu. Pastu mengomel badan dah mengembang. Haish sekeh karang! Mulai kejap lagi, mari makan yang sihat-sihat je ye cik Elyn. Tolong insaf dan cermin diri tu kat cermin. Memalukan! -_____-'


Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday # 3










p/s : yes, she is fighting.. they are both fighting actually. Ya Allah ya Tuhanku, Kau sembuhkanlah penyakit anak buahku ini dan lindungilah mereka dunia dan akhirat, amin.


Thursday, October 11, 2012

LoveLove October!



Dah jadi penyakit pulak letak title macam tu. Haish macam-macam la si debab nih. Hehe. Saya nak share sikit barang yang saya beli baru-baru ni yang saya sukaaaaaaa sangat!







Yang pertama adalah bag ni. Saya beli kat Blog Yana. Memandangkan saya memang tengah cari bag baru yang besar dan comel dan murah, nampak je ni terus order. Dalam dua hari dah dapat. Suka sangat! Cantik dan comel. Kualiti pun elok, nampak macam bag mahal walaupun harga dia RM39.00 je. Ada banyak jugak compartment compared dengan bag yang saya beli kat Teetoo hari tu. Banyak lagi bag menarik, pergilah tengok kat blog tu. Serius banyak yang comels =)


Sebenarnya saya order bag ni sebelum pergi Langkawi hari tu. Esoknya terus saya cuti. Memang takda kat ofis seminggu. Masuk ofis Isnin lepas, tak nampak pun bag atas meja. Rupanya bag tu dekat courier service punya ofis. Diorang dah datang 2 kali tapi takda orang bukak pintu. Sabaaaaaaar je la. Tapi takpa, nasib baik la ofis dia dekat je dengan ofis saya. Saya pergi amik terus by hand. Tapi yang ralatnya, baca dalam blog hari tu Yana cakap nak bagi hairclip yang comel. Saya tak tau ada dapat ke tak, sebab bukak plastik, keluarkan bag, saya buang terus plastik tu. Sekarang baru teringat pasal hairclip. Harap2 memang takda laa... kalau tak, sayang je kot plastiknya dah sampai ke tempat pelupusan sampah! >____<




Yang kedua, saya beli ini lagi kat Langkawi hari tu. Plan nak beli perfume lain. Tapi tak boleh tolak la bau dia ni. Sebab dulu pernah beli sekali. Memang bau dia fresh comel comel je. Tak tahan punya pasal, saya beli jugak sebotol. Tak kira tak kira! Dah la color pink kan..haruslah si debab ni jatuh cinta lalu tak berdaya nak lepaskan beliau..hikhik :P






Dan yang terakhir.. yang paling klimaks sekali adalah ini! Ni dah tahan setahun lebih kot sejak dia baru-baru keluar saya dah jatuh cinta dengan bau dia. Tapi mengenangkan harga dia ya ampunnnn mahainyaaa... tu yang tak sanggup nak beli. Botol 30ml pun RM100++, apatah lagi yang 50ml dan 100ml kan... pitams! Tapi hari tu saya memang tak tahan sangat2 dah, nafsu dah menguasai minda. Terus grab sebotol sambil pejam mata bayar. Harga dia kan murah sikitttttt compare dengan kat KL ni.. So, takpala.. pejam mata bayar.. *sambil menangis makan maggi kari sedap*


Ok tu je CintaCinta Oktober. Harap takda lagi untuk bulan ni, tolonglah. Bulan depan pulak ye, cinta? Apa-apa pun, saya sangat happy dan sayanggg semua barang yang saya beli ni! Ganjaran kerja keras selama setahun! *katanyaaaaaa* :P



Tuesday, October 9, 2012

SedapSedap October!



Amboi tajuk taktahan kan? :P


Korang dah rasa burger samurai mcd? Saya dah rasa aritu and i'm loving it! Tak pernah lagi saya makan burger mcd dan jatuh cinta. Ni la 1st time. Kengkadang terasa rindu ingin bertemu sampai makan apa pun tak lalu. Teruk sangat dah cinta kami ni..




Malam tadi pukul 11 malam saya rasa rindu teramat sangat kat beliau dan terus ajak geng drive tru untuk 2 set. Dapat free sundae lime sebab ada sticker. Sukeeeee =) Siap beli set besar sebab nakkan shaker nya tuh. Sangat semangat berkobar2. Padahal air tak habis pun.





Before pergi Langkawi hari tu saya sangat la mengidam sushi. Lama sangat tak makan sushi sebab kawan2 baru sekeliling ni jenis tak suka sushi. Maka kami ke Setia City Mall untuk menikmatinya. Dan saya ambik set Mixed Bento bersama dengan sushi yang berlari atas belt tu. Total bil RM60 untuk 2 orang makan. Not bad, boleh repeat lagi dan lagi dan lagi  =)


Rasanya tu je kot sedapsedap untuk October so far. Selain dari dua di atas, makanan yang saya makan adalah biasa2 saja. Biasa tu maknanya saya makan dengan biasa je la takde la terlompat2 kegirangan macam masa makan sushi dan burger tu. Hikhik.


Ok tu je nak bebel. Pasal Langkawi blom sempat nak buat. Gambar dalam kamera adik. Pastu membizi tak agak2 kat ofis ni ha memang tak sempat nak buat apa2. Main Simcity pun laju2 je tak feel langsung. Eh?? okbye! :P



Wednesday, October 3, 2012

Off to Langkawi!



Hi korang! Selamat hari Rabu :)


Hari ni saya cuti sebab kejap lagi nak terbang ke Langkawi! Yay! First time pergi sana dengan family. Second time pergi ni ada idea jugak la nak jenjalan nanti.


Saya akan balik KL hari Sabtu insyaAllah. Will definitely update stories about this trip lepas tu. Harap tak malas. Hehe.


Oklah. Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat dan berjalan lancar ye? Tata korang! ;)



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 26, 2012