Friday, November 30, 2012

Metrojaya Sales!



Orang perempuan mesti tau pasal ni kot. Metrojaya buat sales kat Stadium Melawati Shah Alam Seksyen 13. Rasanya memang kerap metrojaya buat sales kat sini. Cumanya saya pernah pegi sekali je sebab tak berapa nak minat shopping rebut-rebut ramai-ramai ni. Tapi kali ni diorang cakap orang dah tak seramai macam dulu. Kalau dulu sampai nak berjalan pun payah. So saya singgah la lunch tadi.


Mula-mula memang nak singgah tengok-tengok je. Kalau ada eyeliner yang murah je nak beli. Sekali masuk je depan sekali dah teruja tengok comforter set untuk queen bed RM69.90 je. Color semua soft-soft sangat girly tau. Haruslah mata terpikat kat kaler soft pink yang satu tu. Dah pegang takmau lepas. Terfikir jugak last time beli comforter set adalah 2-3 tahun lepas kot? Tapi kuatkan semangat dan lepaskan comforter tu. Pergi ke tempat kosmetik. Nampak pulak eyeline in2it RM9 je! Kat luar harga dia RM19.90 okeh! Memang kebetulan dah habis eyeliner saya, hari tu cari kat guardian dah habis kaler hitam. Lepas tu excited bagitau ofismet eyeliner sangat murah nak beli! nak beli! Makanya terpaksa la amik jugak comforter set yang fink karer tu sebab dah alang2 beratur kat cashier kan..


Bila dah masuk area kosmetik nak ambik eyeliner, saya dah terjebak dengan bedak la, pencuci muka la, mascara la. Semua tu memang saya tengah cari pun. Dan semua pun murah. Hasilnyaaa....






Eyeliner ambik 2, bedak 1, mascara 1, pencuci muka 1, dan comforter set 1. Total RM117.00. Tak pasal-pasal je lebur.. Tapi saya sangat puas hati sebab semua pun murah je dan memang dah sampai masa nak beli pun. Saya bukan jenis kuat shoping. Setahun ada la sekali kot? Takpun dua tahun sekali je. Tapi sebenarnya hati dah meronta-ronta nak amik handbag Guess tadi. Murah ok semua 50% diskaun! Tapi takpe, mungkin petang karang kalau ada yang mengajak, kita singgah lagi. Ahaks ahaks.


Dan untuk lunch, saya makan Arabic Set kat kedai D' Arab Cafe. Harga RM13.90. Dah naik okeh. Dulu kalau tak silap RM10.90 je harga dia.. Nasib baik la ada humus, maka terpaksa saya order jugak. Tekak sangat rasa nak makan humus hari ni. Alhamdulillah kenyang! =)





Sedap tau. Pinggan besar dulang. Hehe. Beras panjang-panjang. Tapi yang tak bestnya, pekerja dia Bangla. Memang takde dah ke orang melayu nak kerja-kerja macam tu? Hmph.


Ok tu aje nak bebel petang ni. Happy weekend uols! =)


2 comments:

sweethOneY said...

Eeee kita pakai eyeliner sama ! Hihi best gila kan eyeliner tu rasa kemas je tak smudge pun pakai. Sep sep !!

Eh elyn, d arab cafe ni yg dekat anjung tu ke? Ke ada lain kat seksyen 13 ?

-eLyNhere- said...

Kann... Senang apply, senang cuci. Best sgt!

Cafe tu yg kat ttdi jaya. Lg 1 branch kat sek 7 giant tu kan? Tu je kite tau. Anjung tu taktau pulak. Hehe.