Monday, December 10, 2012

Resepi Muffin Vanilla ala Kenny Rogers!



So, weekend hari tu as requested by my mom, saya telah mengadun 2 dozen muffin vanilla. Disebabkan tekak berasa nak makan cinnamon jugak, maka saya bahagikan muffin vanilla tu sebahagiannya ada letak cinnamon topping. Nyums~





Ni masa di dalam oven. See, saya pakai oven butterfly bulat yang tak boleh control suhu tu je. Sekali masak boleh letak 1 tray je. Tapi sangat puas hati dengan hasilnya. =)





Ni hasilnya lepas masak. Elok je naik membulat tau. Dalam gambar nampak kecik, tapi sebenarnya dia adalah besar jugak la. Puas la sekali hadap sebiji tu. Hikhik. 


So, saya share resepi la ye? Sebab senang sangat2 membuatnya. Harap korang dapat try buat juga nanti k?


Resepi Muffin Vanilla Ala Kenny Rogers (24 biji)

8 sudu besar butter (dicairkan)
2 biji telur
2 cawan gula (saya guna brown sugar untuk rasa yang lebih sedap)
2 cawan susu segar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar esen vanilla
4 sudu besar baking powder
4 cawan tepung (saya guna all purpose flour)

Caranya :-

Pukul telur dengan gula dulu. Masukkan bahan basah yang lain. Dan di ikuti dengan bahan kering. Gaul sehingga sebati. Masukkan dalam bekas muffin dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 celcius.


Cinnamon topping (optional)

1/3 cawan brown sugar
1/3 cawan rolled oats (taknak letak pun takpe, i love oats!)
1 1/2 sudu besar cinnamon powder (serbuk kulit kayu manis)
3 sudu besar butter
1/2 cawan tepung

Caranya:-

Gaulkan semua bahan sampai sebati, dan letakkan di atas acuan muffin sebelum bakar. Teksturenya akan jadi macam sticky2 sebab ada butter dan gula. So sedap! =)


Senang kan? Tak payah guna hand mixer ke apa ke. Kat rumah saya bukan ada benda tu semua. Rasanya sebijik macam muffin Kenny Rogers tau. Sedap sangat! Kalau taknak buat banyak sangat, kurangkan half resepi kat atas tu ye.  Jangan lupa cuba tau? =)



2 comments:

sweethOneY said...

Thanks Elyn ! Nak try la weekend nanti, bolehla tunjuk skil buat muffin kt mertua kahkah. Tp kena beli tray muffin la kot ek.. lagi satu, mana nak cari cinnamon tu ek?

-eLyNhere- said...

Harus try okeh muffin ni. Tray tu beli dlm belas ringgit rasenye. Pastu sebenarnya cinnamon powder tu, lupa nak tambah powder! Isk. Serbuk kayu manis la kan yg dalam paket gantung2 kat market tu. Hehe. Selamat mencuba! :)