Tuesday, December 22, 2015

Kembang Seperti Tuannya


Hari ni nak share sikit la cerita pagi tadi. Mengantuk punya pasal, mari kita bebel kejap.

Sejak dapat pokok dalam pasu aritu, tiap kali orang masuk ofis mesti tegur pasal pokok yang cantik tu.

Maklumla sebelum saya masuk sini, ofis ni macam rupa stor je, bersepah sebab baru pindah. Baru tak baru la, setahun jugak kot? Tapi biasala lelaki kan, mana nak ambik port sangat. Slow2 saya arrangekan, kemas2, simpan dalam stor mana yang patut, now adalah rupa ofis. Siap ada pokok lagi atas meja. Ahaks.


Panjang nau mukadimah. Sebenanrnya nak cerita pagi tadi akak seketeri masuk ofis, dia cakap,

"Mak oi suburnya pokok! Kembang elok!"

Lantas bos saya cakap, "Tengok la siapa yang bela. Tangan subur."

"Hahaha yela, tengok la tuannya, kembang jugak sama macam pokok!"

T____T




Kesian kau pokok. Tetibe dapat tempias tuan kau. 


Ok tu je.

Bye.

Thursday, December 10, 2015

Ayat Penyedap Rasa



Hari ni nak luah perasaan sikit. Semalam masa tengah bincang pasal wedding adik tahun depan, tiba2 saya mencelah, 

" Sampai hati korang berdua ni kawin tak tunggu Keklin dulu.. "


Pastu adik cakap, 

" Nak tunggu Keklin taktau bila, lambat sangat. Calon pun takde".

Ok sentap. 


Pastu saya pun luah la perasaan yang mungkin badan saya besar sangat kot, lelaki tak suka. Lelaki sekarang nak yang cantik, kurus, kaya. Walaupun muka dia sendiri macam mat rempit je. Mungkin la kot kan?


Adik saya cakap jodoh belum sampai lagi. Pastu saya mencelah lagi, 
"Masalahnya bukan je takda orang ajak kawin, takda orang nak ngorat pun. Eh adalah yang ngorat, semua laki orang. Keklin ni gemok sangat sampai lelaki bujang takut. Lengan je dah besar peha dia gaknya."


Pastu adik saya dua orang tu berebut2 nak sangkal apa yang kakak dia cakap.

" Takda maknanya, bukan sebab gemok. Keklin bukannya gemok sangat pun. Bukannya scary pun, bukan takda rupa. Kat ofis adik tu lagi la.. isteri dia gemok gila tahap buruk, kawin je. Bukan sorang dua, ramai pulak tu. Isteri diorang memang tahap tak selera la tengok, camne boleh kawin tah. Ada jugak orang nak. So ni memang soal jodoh la, bukan pasal gemok ke kurus ke. Keklin sabar la ada la tu nanti, banyak2 doa". 


Huhu terharu. Tapi kongasam jugak dia gi kutuk bini kawan dia macam tu. Kesian. Tapi saya tak kenal pun sape. 


Pandai adik2 sedapkan hati kakak dia yang down sebab tak kawin2 lagi nih. Nak kata buruk, eh ada la comel sikit. Cuma lemak je berlebihan sikit. Takkan takut kot? Hmmm...


Okla tu je nak luah. Nak gi buat lompat bintang jap. Manatau esok boleh kurus..


Tuesday, December 8, 2015

No Appetite At All



Hari Ini Dalam Sejarah.

Taktau la kenapa.. tapi memang takda selera betul. Selama 30 tawun hidup, belum lagi ada perasaan taknak makan. Mulut pun malas nak bukak. Tekak sangat haus, pon malas nak bukak mulut untuk minum. Padahal makanan dengan air memang ada depan mata.
Nak kata moodswing memang tak la. Nak kata pregnant, belum kawin lagi. 


WHAT IS WRONG WITH ME??


Dalam pada tu, sempat jugak bergaduh merajuk bagai dengan Chef Kesayangan. Kesian la kat dia tak abih2 jadi mangsa keadaan. Silap sikittttt je, abis. 
Kena pujuk si debab yang kejenya asik nak merajuk tak kira masa ni. 


Lunch tadi orang makan nasik, saya makan hati. Padan muka.


Tapi... masa tengah membizi kat ofis kul 3 tadi, ada orang hantar ini..



Ciskek dua ketul. Belum tahu ciskek apa sebab tak makan lagi. 


Alalala sweet pulak Encik Chef ni.. padahal tengah berwasap merajuk2, kau salahkan aku, aku salahkan kau. Tup2 ada kek delivery by his staff. Lempang nak?


Pas keje nanti nak gi makan dengan beliau. Harap mood ni dah ok balik la. Dan boleh makan something. Jangan nak mengada sangat la Elyn oii takda sapa nak layan kerenah kau macam ni tiap masa!

Ok bye.

Monday, December 7, 2015

Toowoomba Deli & Meats @ PV128



Weekend lepas kami celebrate birthday Mama kat Toowoomba Deli & Meats, located at PV 128 Setapak.

First time makan kat sini. Kitorang pergi awal pukul 1 dah ada kat sana. Diorang baru je bukak rasanya so orang tak ramai sangat. Ada 3 or 4 family je. Bagusla tak ramai sebab kami pun dah 10 orang. Hehe.

Macam biasa la saya kalau pergi kedai steak memang tak order steak. Sebab saya tak suka daging sangat. Saya lagi suka ayam dan ikan. Seafood pun tak berapa. 



Jadi, saya order ini. Grilled Chicken Chop. Adik kata makanan saya boring. Haha. Harga RM18.90.
Puas hati dengan plate saya ni. Semua sedap. Cantik dan sedap. Cantik sebab nampak kesan grill tu =)




Ni mama punya, Striploin Steak. Harga RM22.90.
Okla sedap jugak. Mama ada bagi rasa sikit. 



Adik beradik lain dan abah, order Special Mixed Grill dengan Lamb Chop. Saya tak sempat nak ambik gambar sebab tengah sibuk layan anak buah. Non stop suap dia fries. Huhu.
Rata2 semua puji makanan kat sini sedap dan tak mengecewakan. Harga pun berbaloi, dah tak payah pergi Me Nate lagik. Hikhik.




Anak buah saya yang dah besar tetiba dah macam anak dara pulak. Sebenarnya nak tunjuk chef kat belakang tu tengah masak makanan kami. Ye, dapur dia boleh nampak dari luar, dipisahkan dengan cermin. 



Overall memang puas hati, siapa belum cuba boleh pergi la. Kalau nak tau lebih detail boleh tengok Fb diorang ni Toowoomba Deli & Meats. Tata!


Saturday, December 5, 2015

Cerita KFC dan Kereta



Phew~ 

Sekarang mood dah ok. Susah jadi perempuan ni. Tak boleh nak control mood yang berubah ubah ikut musim! Nasib la orang sekeliling yang terpaksa hadap weols ni.. hikhik.

Minggu lepas tetiba duk craving KFC. Sebabnya ialah terpengaruh dengan iklan Hot Cheesy dia tu la. Macam teringin sangat nak rasa hebat ke diorang tu.
Hari selasa balik rumah ajak mama pergi KFC. Tapi takda jawapan. Bunyi cengkerik je. Ok takpe, kita makan nasik pastu deting dengan Tuan Anas Mikael. Lupa pasal KFC kejap.

Esoknya mengadu kat Chef kesayangan perihal kempunan KFC. Nasib baikkkkk la masih ada yang sayang, beliau ajak pergi makan KFC pas abis keje. Yippie! Sayang awak ketat2!

Sampai sana harusla pilih menu Hot & Cheesy yang macam best sangat diorang iklankan tu. End up makan dengan perasaan tak puas hati dan menyesal. TAK BEST PON!
Spicy chicken biasa jek, pastu dia bagi cheese buat cicah2 T__T
Tapi takpelah. Hilang kempunan. Walaupun rasa macam kena tipu. Haha.

Dan.. yang lagi best..

Balik rumah tengok ada 1 bucket KFC Hot & Cheesy atas meja. 
At least saya tahu rupanya ramai yang sayang saya dalam diam. Hahaha. 
Makan KFC sampai muntah, Elyn. Sila jangan mintak2 lagi!


Panjangnya mukadimah pasal KFC dia.. Sebenarnya nak ceita pasal kereta. Sabtu lepas masa tengah basuh kereta kat kedai, baru perasan antenna dah jadik macam ni.


Taktau la bila jadi tu. Kesian tengok dia terkulai macam tu. Ambik gambar dan mengadu kat Chef kesayangan lagik. (Kesian dia asik jadi mangsa aduan jek). Dia suruh rilek je dulu nanti dia fikirkan. Tapi si debab ni kan tengah mood tak betul minggu lepas, dia terus pergi workshop dan tanya pasal brake pad and antenna. Lalu kena marah dengan Chef. Haha padan muka aku.


Dan semalam saya dah dapat antenna baru, wiper baru dan brake pad baru. Takde dah bunyi macam lori kalau brek tengah jalan waktu jem. Hikhik. Macam mana la tak sayang macam ni? Tell me?
Semoga Allah rahmati Chef kesayangan saya, berikan dia rezeki yang melimpah ruah, kaya raya, pastu boleh kawin dengan saya, amin! Korang aminkan jugak tau? Mana tau Allah makbulkan kalau ramai yang mendoakan sama. Hikhik.


Ok la tu je nak share. Tata korang!

Thursday, November 26, 2015

Demam + Moody + Mushy


Minggu ni rasa terpaling teruk dalam sejarah tahun ni.
Walaupun awal tahun ada banyak episod sedih, tak tertanding dengan episod sekarang ni. Mungkin jugak sebab saya dah buang semua memori sedih tu kot kan? Ntah la.


Agak susah nak adapt dengan kenyataan yang abam korea no longer with us. Eh bukan dia meninggal, no no no. Dia berhenti keje je. Ada offer tempat lain kat hometown dia. Dah 12 tahun dia keje sini. Kenapa baru sekarang nak resign? Walaupun kami takda pape, tapi macam rasa kehilangan yang mengejut sesangat.


Mana taknya, hari ni dia bagi resign letter, tetiba next week dah last day dia. Sebab cuti dia teramatla banyak. Pastu tetiba saya kena kerja tanpa dia di sisi. (Ok ni sangat poyo :P)
Kalau la dia terbaca blog ni, naya jek. Hahaha.


Tapi seriously, saya rasa macam suram je minggu ni. Rasa macam takda semangat. Buat apa2 pun macam tak bersungguh. Nak masak untuk bekal pun takda mood. Hari2 makan kat cafe. Sampai akak tu tanya, "Tak bawak bekal ke arini?". Dia pun perasan rupanya.


Dan tetiba semalam demam. Nak kata kena hujan, takde. Maybe jugak tak cukup rest or badan penat kot kan? Tapi takda la melampau penat pun. Bukan ada buat apa. Mungkin jugak badan tak cukup rest la rasanya. Sebab sebelum ni asik baring je, santai je kat rumah kalau tak keje. Tapi weekend lepas saya amatla bz nonstop sampai semalam. Tu yang badan tunjuk protes kot?


Whatever it is, harap takmo la berpanjangan macam ni. Tak best tau! :(
Makan pun tak feel. Rasa cam teruk sangat je life ni..


Harap ada orang belanja kepsi untuk boost up my mood. Hikhik.

Wednesday, November 25, 2015

Perut Kenyang, Senang Hati~


Lama tak update. Terbizi pulak tiba2. 

Apa nak share eh? Tak lain tak bukan, pasal makan je la kot yang sesuai. Hikhik
Kan saya ada cerita pasal cafe baru bukak tu? Memang kalau tetiba rasa macam poyo taknak makan nasi campur, saya pegi situ la. Tapi kena ada orang sanggup teman. Makan sorang2 pelik pulak nampaknya kang. 



Time ni spaghetti takda. Kena tunggu lambat, lebih kurang 20 minit macam tu. Mana boleh kan? Jadi terpaksa la makan nasik je. Ayam sweetsour dia tak la berapa sedap sangat. Tapi boleh la. Salad dia terbaik! Nasi biasa2 aja la kan.




Ni masa celebrate birthday member. Belah kanan atas tu ada nampak kek sipi2 kan? Tu la kek yang saya belikan untuk dia. Hikhik. Kali ni lunch menu dia ada Spaghetti with sosej. Walaupun takda la suka sangat sosej, belasah je la. Kalau beli lunch set ni jimat, air dapat free :)


Ok tu je la kot. 
Kat luar hujan tengah lebat. mesti jalan jem kan? KL ni kalau hujan gerimis pun jalan jadi jem teruk, apetah lagi kalau hujan lebat. 

Tata!

Monday, November 9, 2015

Roti Telur Cheese Ala Muffin


Nampak tak sesuka hati bagi nama makanan? Ahaks.

Saya taktahu la apa nama sebenar dia ni. Tapi selalu la tengok orang buat beliau ni.


Sorry ade rentung sket. Maklumla first time buat. Dah la first time, pastu oven merajuk, pastu terpaksa gamble je tinggal dia dan bersiap nak gi keje. Dah bakar 10 minit tapi tak masak sebab oven tak berapa panas. Off dan on semula, tapi set api atas jek. Dan ni la hasilnya. Rentung belah atas, bawah tak garing. Huhu.

Bahan-bahannya : (Untuk tray 6 lubang)
Roti 6 keping *saya guna wholemeal sebab tu kaler gelap sket
Telur 3 biji
Susu segar 1/2 cawan
Tomato 1 biji 
Cili besar 1 biji (cincang halus) * tak letak pun takpe
Sosej (hiris nipis)
Daun bawang/sup
Cheese *saya guna cheddar 

Susun roti dalam tray. Saya rasa base roti tu kena tekan2 sikit supaya dia jadi nipis.
Pukul telur, letak garam sikit bagi perasa, pastu masukkan susu, kacau.
Tuangkan telur dalam tray.
Tabur cili,sosej kemudian tomato.*saya suka tomato kat atas bukan dalam acuan
Last sekali tabur cheese dan daun bawang. (saya takde daun bawang masa ni)
Pastu bakar dengan suhu 180c selama 10 minit api atas bawah. *depends pada oven memasing ok?

Pastu siap, boleh ngap panas2. Nak lagi sedap boleh makan dengan mayonis dan cili sos.

Ok sekarang dah terliur. 
Selamat mencuba! 
Bye.

Thursday, November 5, 2015

Dressing Terpaling Best Buatan Sendiri


Hi korang.

Hari ni saya nak eksyen sikit pasal dressing salad yang baru belajar dari cik abang saya. 
Maklumla sekarang kan kena jadi kamben, banyak makan salad.
Saya memang tak reti btol buat dressing. 
Pernah la google, tapi merepek mintaknya. Benda2 mat salleh tu mana la ada kat dapur melayu saya.

Dan hari tu tetiba je chef kesayangan tanya, "Awak tau buat dressing caesar salad?"
Lepas tu dia bagi resepi. 
Bahan2 dia semua ada kat rumah je. So balik tu saya excited la nak cuba!

Dan hasilnyaaaaa~



Taktau la menjadik ke tak. Tunjuk gambar kat chef kesayangan, dia kata nampak cantik. Hikhik. Tuan dia cantik ke tak? :P

Saya share resepi ye? Mana tau ada yang nak cuba buat. Kalau taknak cuba jangan tengok resepi, skip perenggan bawah terus. Haha.


Bahan2:
Mayonis - 5 sudu besar
Bawang putih - 1 biji (ditumbuk)
Air lemon - dalam 1/2 biji (terpulang pada kemasaman ikut tekak memasing ok?)
Iklan bilis - 10 ekor (digoreng dulu then tumbuk)
Garam secubit
* saya letak sikit dry herbs untuk nampak effect mahal :P


Gaul je semua bahan tu ok? Korang rasa dulu pastu adjust la ikut sesuai tekak kita. Pastu siap la. Rasa dia masam2 manis. Saya sukaaaaa sangat! Saya buat banyak2 simpan dalam fridge. Nanti nak makan senang, cedok je. 

Boleh makan dengan salad atau sandwich atau ayam atau eh apa2 je la kalau rasa nak cicah, silakan je. Gerenti sedap. Macam sandwich kat bawah ni, letak salad, letak dressing dan susun ayam grill yang dah dicarik-carik. SEDAP HOKEY.


Terpaksa la makan makanan sihat2 je sekarang. Dalam percubaan nak turunkan berat ni. Mana boleh jadi makin tambah usia makin tambah gak berat badan. No No No!


Tapi kan, dalam tengah diet tu la muncul pulak beliau yang kat bawah ni.


Jahat tau dia ni? Sedap yang amek! Pastu jenis selagi tak habis selagi tu takleh stop. Camne tu? Ni dah balang yang kedua ni. Coming soon ada lagi sebalang akan sampai minggu depan. Matiklaaa!
Hari tu dah nyaris kena rampas dengan chef kesayangan. Ahaks. Dia marah lettew. Kata nak diet tapi duk makan jajan dengan takde rasa bersalah. Hikhik. Sorry awak.


Ok tu je nak bebel. Tata!

Thursday, October 29, 2015

Dapat Lagi Kek! (Nangis Terharu)


Ada orang tunaikan janji nampaknya?

Minggu lepas dia cakap boleh makan kek seminggu sekali je. Tu pun dia yang bagi, tak boleh beli or buat. 

So semalam saya dapat muffin 4 ketui! Yay!




Dalam gambar nampak tecik, tapi takde la tecik sangat. Kenyang jugak makan weh. Yang ni flavor coklat. Makan panas2 sangat la nikmatnya. Cinta hati bagi dua coklat dua vanila. Seketul vanila dah kene rembat dengan adik. Lagi dua ketul balance bagi mama dan abah. Wah bagus eh dia bagi cukup kuota. Semua orang dapat merasa! Aduh ni yang makin sayang ni! Ahaks.




p/s: Pandai tau ambik hati. Hari ni dia off, tak dapat jumpa. Tapi sejuk la hati sebab pagi2 dah makan muffin. Yay! #muahciked

Monday, October 26, 2015

Dapat Cheesecake Lagi, YAY!


Saya syak cik abang baca blog ni la.. 
Baru je berniat tak baik pagi Jumaat lepas, tuptup petang tu dia bagi cheesecake siap dengan warning.

"Lepas ni boleh makan seminggu sekali je. Tu pun biar saya yang bagi. Jangan beli, jangan buat sendiri. Ok?" 
Dengan muka serious.

See? Dia tau je saya berniat nak beli kek di luar pengetahuan beliau. Huhu.
Eh tapi seminggu sekali tu adalah melampau jugak. Kalau sebulan sekali logik la jugak. Kata suruh dietttt..? Hehe.

Saya syak beliau tak sampai hati tengok saya kempunan macam mengandung 3 bulan. Tapi dalam masa yang sama beliau nak saya jaga makan biar kurus sikit dari sekarang ni. Kan kan? 

Ni la kek yang dia bagi. Saya tanya kek apa pun kene jeling, so tak berani cakap banyak. Ngap je la. 
Tapi macam biasa, mesti ada pesanan. 
Makan 1 slice je jangan nak perabih semua sorang2. Haha.


Thank you awk! Love you forever and ever! #Muahciked 


Friday, October 23, 2015

Tempat Makan Sedap Baru



Hari ni nak share tempat makan yang menarik.
Baru je bukak bulan lepas kalau tak silap. Tapi baru2 ni je saya pegi cuba. 
Maklumla makanan kat cafe tu kadang2 oldtimer sangat. Budak mengada ni mana biasa makan lauk2 kampung macam keladi masak asam la, rebung la. 
Buat telur dadar makan dengan kicap pun saya ok je.


So semalam saya lunch kat tempat baru. Dia ada set lunch sekali dengan air RM15.90. Ok la tu kan?



Yang saya makan ni Spaghetti Carbonara with Chicken. Air Rossele tadek dalam gambar, dia malu. 
Saya suka salad dia. Ada gravy tapi tak pasti dibuat dari apa. Maklumla saya bukan chef hotel. Masak kat rumah mana ada guna benda fancy2. Hikhik.


Lepas tu semalam saya ajak cinta hati minum petang kat sana. Saja la nak try sesambil ngedate gitu.



Saya makan Chicken Slice Sandwich dengan Blueberry Yogurt. Yieehaaa~ 
Dah nama pun air yogurt harusla sedap. Sandwich share dengan cik abang. Cukup la setakat nak alas perut. Balik rumah boleh makan lagi. Hahaha.


Dah ada tempat makan baru ni nafsu makan lagi menjadik2 la. Ni pun nasib baik dia tak jual kek. Mintak kek dengan cik abang, tak lulus dah. Memang kena cari sumber lain la maknanya kan? Hehe. 
Matiklaa kalau dia terbaca. Harap2 dia tak jumpa blog ni, fuh!


Ok tu je. Bye!


Tuesday, October 13, 2015

Oreo Cheesecake, I Love You~


Hi korang.

Saya nak eksyen sikit la hari ni boleh kan?
Jumaat lepas saya berjaya bodek cik abang untuk bagi kebenaran nak makan cheesecake. Mula2 berdebar jugak, tapi gamble je mintak izin dia siap buat muka terpaling sedih.

"Awak.. saya nak cake bole tak?"

Beliau pandang saya dengan muka serious..

" Bole tak? Saya dah lama tak makan cake.."

" Balik nanti workout. Nak cake apa?"

YIEEEHAAAAAA~

Tadek hal la workout2 ni. Small matter. Janji dapat makan sedap. Hikhik.
Jadi, saya dapat Oreo Cheesecake 2 ketul.



Sayang ke tak maksudnya? Mintak seketul dapat dua ketul ok? Tapi dengan pesanan 'Jangan habiskan semua'. Hahaha. Maksudnya kena share dengan orang lain. Geng makan cake kat rumah tu mama la sape lagi. 


Saya habiskan seketul tu depan mata dia. Dia pandanggggg je. Tengah bercerita pun tersekat2. Kejap2 dia pandang cake tu. Haha comel sangat. Ye, saya tak habiskan la jangan risau. Sedap giler kot cake tu tolonglaahhhh~


Tapi, jangan bitau dia tau? Petang tu saya dapat cake lagi, ada orang kasik. Heee.. Tapi saya tak makan tau? Saya bagi mama and adik makan :P


Hari Sabtu saya join Zumba kat Shah Alam. Lepas habis Zumba gi makan nasik kat Upin Ipin Sek 13 Shah Alam. Pastu balik rumah mandi dan tido!


Di sebabkan heaven tido sorang2 kat rumah, bangun pun dah lewat. Bangun2 je terus lapar, elok sangat la tu kan. Apa lagi terus grill ayam, buat scramble egg dan makan dengan baked beans. Tu pun sebenarnya ikut nafsu serakah nak makan yong tau foo tapi malas nak gi beli. 


Ni taktau la nak kata diet meal ke tak. Macam tak pun ada. Macam ye pun ada. Kita belasah je la eh?


Lepas tu pukul 10 mama abah pun balik. Mata pun dan ngantuk, tido la apa lagi kan? ZzzZZzzz..

Friday, October 9, 2015

Sakit-Sakit Badan


Hi korang!


Lately asik la sakit badan macam orang tua. Rasa nak tercabut lengan pun ada. Kadang2 bahu rasa macam perittt je nak je tarik urat2 kat dalam tu.
Kenapa eh? Takkan sebab workout kot? Ala senaman ringan je pun bukan hardcore sangat.
Kalau ada orang urut best ni.. 


Barang dapur dah nak kena restock la banyak dah habis. Eceh bajet macam duk sendiri jek hikhik. 
Yela saya duk dengan parents, barang dapur sure la diorang dah sediakan. Maksud saya barang untuk berdiet. Macam roti wholemeal ke, salad ke, tortila ke, gitu. 


Nak menyinggah kedai cukup bercinta la. Taktau la kenapa. Memikirkan nanti kene hangkut sorang2 masuk dalam kete lagi la tak sanggup. Nak mintak tolong laki, belum berlaki lagi. Susah btul.


Okla nak share apa saya makan lunch tadi.

Ayam bakar tu sedap okeh. Cantik kaler tomato duk atas salad tu kan? Hehe. Makan nasik dengan kicap paling nikmat. Tolonglah.




Semalam saya makan kenny rogers. Apa? Orang diet tak boleh makan fastfood? Anda silap. Tengok pinggan saya ni.
Healthy sangat side dish saya kan? 



Member saya yang kononnye beratkin, dia amik side dish mashed potato, mac & cheese dan nasi T__T
Diet atkin takleh makan karbo tapi dia order semua karbo kecuali ayam tu la protein. Sabo je la.


Ok tu je nak share hari ni. Nak mintak tolong orang urutkan bahu kejap la.

Tata!

Monday, October 5, 2015

Bebelan Petang


Hi korang!

How was your Monday so far? 
Hari ni saya adalah sakit perut dari Jumaat lagi sebenarnya tak hilang2. Dia macam penuh dengan gas. Kang tetiba dia bunyi 'brrrrr.. brrrr'. Macam ada rasaksa tengah growling kat dalam peyut ni. Hukhuk.

Pagi tadi masa tengah bersiap terpandang la Larome yang dah lama tak pakai. Picit la banyak2 kali sebab dalam otak dah set benda ni dah nak habis + nak letak banyak biar hilang sakit perut. End up ada la 6 kali picit kot. Picit laju2 mana nak perasan tetiba je dah 6 kali. Pastu sapu je la kat seluruh perut pastu keluar pegi keje.

Masa tengah drive tu sumpah rasa perut macam terbakar. HELP~
Siap sempat selak baju nak tengok perut yang comel tu, mana tau tetiba dah melecur je dia kan. Kulit jadi kemerah merahan. Sepanjang nak sampai ofis memang hazab Allah je yang tahu T__T

Tapi masa tengah drive dapat text from cik abang. Dia bagitahu dia parking kat sekian2 sebab penuh, then suruh saya park sebelah dia. Alaaa comel... terus hilang kejap rasa panas kat perut tadi :P



Ofis saya sekarang berseri ada pokok ni. Dari dulu sebenarnya nak letak pokok dalam ofis. Cuba cari pasu yang kecik yang takda lubang. Pergi kedai DIY, semua berlubang. Pergi Daiso, berlubang jugak. Sudahnya malas la nak cari. Yang ni Housekeeper saya yang buatkan. Hikhik baiknya hati beliau. 
Si debab selain dapat makanan, dapat pokok pun boleh buat dia happy tau?


Oh ye saya nak cerita sikit. Hari tu cik abang bawak gi makan kat Sukhumvit Kampung Baru. Memang tak pernah dengar la kan nama kedai ni. Taktau pulak ade kedai ni kat Kg. Baru. Bila di google baru saya tau Sukhumvit tu nama tempat kat Thailand. Hee. 
So dah tau la apa yang menarik kat sini kan. Thai food of course.



Saya takut nak makan pelik2. Satu, takda cash, segan la kalau cik abang bayar mahal2. Dua, dah malam kot, takyah nak beriya sangat makan nanti kena jeling dengan beliau :P
Jadi saya order Tomyam Putih dengan nasi putih je. Cik abang order Nasi Goreng Belacan. Tapi pelik la sebab tak nampak macam nasi goreng belacan. Ada ayam sekali dia bagi. SANGAT SEDAP ok ayam tu tak tau la masak apa. Dan malu nak ambik gambar. Hikhik.

Tomyam saya? Sedap jugak. Yang buat lagi sedap ialah bila cik abang kopekkan ketam. Si debab tinggal nak ngap je. Sweet kan? Mencik taw~

Pendek kata tempat ni cantik, makanan sedap, harga ok, siap ada orang nyanyi lagi. Dan yang paling penting, makan dengan orang yang disayangi. I is happy.

Ok lah nak pegi beli gula2. Sakit tekak la. Jerebu punya pasal la ni.


K bye!


Saturday, October 3, 2015

Unhealthy Weekend Ahead!


Hi korang.


Teruk kan jerebu pagi ni? Makin lama makin teruk. Bila jerebu ni nak habis? Haih.
Mata dah pedih, asik bersin-bersin. Baru je baik dari demam selsema minggu lepas. Kalau makin teruk nanti sakit lagi pulak. Minum air masak banyak2 ok korang? Elakkan duduk kat luar lama2. Tutup pintu tingkap rumah semua. Spray air dalam rumah supaya air tu boleh kurangkan asap kat dalam. 


Jerebu pun, makan tetap makan. Semalam jerebu tak berapa nak teruk macam hari ni lagi. 
Saya balik kelaparan lepas tu kaki sakit2 penangan squat semalamnya. Jadi, terbaring la dalam bilik.
Dalam kelaparan tu adik ajak makan kat Fiske. Kitorang belum pernah pegi sana lagi. Jadi haruslah teruja kan?


Maka pukul 10 baru kami keluar. Ye lambat sebab dak debab ni belum mandi lagi time tu. Lagipun mungkin kalau pegi lambat, orang tak ramai la.


Sampai je kat sana, dari jauh dah nampak sesaknya. Kereta penuh kiri kanan jalan. Kat perumahan tu pun dah padat. Adeh, diorang ni tak baik taw makan lewat malam. Nape penuh lagi kul 10 nih??


Adik turunkan kami dan dia pergi cari parking. Saya masuk je terus takde mood. Penuh padat. Meja semua jenis rapat2 macam ade gathering 30 orang punya meja, bersambung. Pusing keliling, takda tempat kosong. Muka jangan cerita la, dah macam nak nangis pon ada. Orang2 kat sana pandang je kami. Mungkin diorang perasan apasal la budak debab tu monyok macam nak nangis je. SAYA LAPAR OKAY?!


Pastu Alhamdulillah ada couple bangun. Cepat2 saya berlari pegi meja tu, macamkan ada orang cuba nak rampas meja tu dari saya. Padahal takda sape pun tengah cari meja. (imaginasi)


Panggil orang kemas meja and ambik order. Kena panggil la ok, kalau tunggu je takde sape perasan ko. Dah la meja rapat2 macam kenduri memang tak perasan la ko dah habis makan ke baru sampai.


Masa tengok menu, muka ada senyum. Harga dia murah! Jadi saya order Roasted Chicken (RM 14.90) (kononnya healthy la compared to goreng).



Side dish dia adalah (Mac n Cheese + Kentang + Cauliflower + Green Bean) dan Coleslaw. Sos blackpepper + red bean. Sedap dan worth your money. Makan rasa nak nangis sebab terharu la ada jugak makanan sedap yang murah. Tapi nangis jugak nak dapat meja kosong, dah pukul 11 pun still penuh lagi dan orang pun tak putus datang.




Ni adalah set meatballs (tak hingat harga sorry). Adik order as side order. Dalam mangkuk tu ada meatball berapa biji lupa nk kira, sorry. Bawah dia mashed potato, pastu ade kuah tomato dan mushroom soup. Sebab tu kaler dia merah dan putih. Eh sebenarnya saya teka je gravy tu, kalau salah sorry tau? Dihidangkan bersama nasi butter. Nasi tu guna beras mahal sebab panjang2. Pastu rasa masin n daun bawang memang lazat la. Lagi sekali, saya teka je nasi butter sebab chef kesayangan saya cakap nasi butter. Padahal dia takde di tempat kejadian. Haha. Saya tunjuk gambar je.



Mama makan Spaghetti Olio (RM 9.90)  dan mushroom soup (RM 3.90). Sedap, dua2 sedap. Betul. Dan murah kan? Adik order air tembikai laici (RM 6). Sangat tak kedekut. Terasa air tembikai, pekat. Biasa kat tempat lain order air tembikai rasa macam dia bahagi 2 gelas tu dengan orang lain, pastu tambah air bagi penuh. Gitu. Tapi kat Friske, sedap. Amboi kemain aku puji. Belanja saya makan pelis owner Friske. Penat dah puji ni. Ahaks. Ok gurau je.


Setel makan pukul 11.30 malam. Apa lagi, balik tido la. Lepas tu badan naik lepas tu komplen. Biasa la tu kan.


Oh ye semalam saya sempat capture ni.


Rasa poyo sebab nombor dia cantik. Bukan senang nak dapat nombor genap macam ni. Mujur ngam2 sampai rumah baru perasan. kalau la tengah jalan, kompem senget2 kete kiri kanan peginya nak ambik gambar punya pasal. Gelojoh la katakan takut nombor lari. T___T



Okla banyak sangat dah membebel ni. Lately rajin pulak update blog. Pekes? 

Korang take care ok? Please minum air banyak2, air kosong tau? Bukan air bergas. Kalori banyak tu. 

Tata!


Tuesday, September 29, 2015

Garang-Garang Manja.. Aww~


Hi Selamat tengah hari. 

Sekarang saya adalah teramat mengantuk. Malam tadi tidur pukul 1 lebih, padan muka. Bangun pukul 6 pagi. Dah minum nescafe pun macam tak jalan je nampak gayanya. Susah jugak nak dapatkan tidur 7 jam sehari sejak hati berbunga ni.. Ihik ihik (gelak gatal :P)

Semalam ada orang merajuk dengan saya. Reasonnya adalah sebab saya melayan lelaki berbual. Hurm, walaupun bukanla saya yang mulakan. Walaupun memula cakap pasal hal kerja tapi meleret sampai hal bukan keje. Walaupun takda apa pun nak dijeleskan sebenarnya. Tapi beliau kata lelaki tu ada niat disebaliknya. Haha comel la cik abang sorang ni. Dengan si debab ni pun nak jeles ke? Bukannya cun melecun pong. Lagipun berborak je sesama rakan sekerja. Takda apa lah. 

Lepas je kejadian, dia taknak text saya taknak jumpa saya. Tu pun sebelum balik dia tanya balik pukul berapa, padahal dah janji nak jumpa. Haha. Merajuk lettew~
Sebelum dia balik, suruh turun bawah jumpa kat kereta. Tu pun taknak pandang muka. Masam je muka. Marah. Bodek2 sikit, mintak maaf bagai, gedik2 sikit, baru dia okay. 
Aduh aduh sayang.. manjanya laaaah cik abang yang garang sorang ni.. Nape saya cakap dia garang? Sebab dengan orang lain dia memang garang la muka pun garang. Tapi dengan saya takde la garang. Buat salah baru dia marah. Dia pandang je terus insaf okay. Takyah cakap pape dah. Punya la cuak. Haha.

Comel jugak la dapat cik abang kuat jeles ni. Tak boleh borak dengan lelaki yang berniat nak mengorat. Tak boleh lepak dengan lelaki kat smoking area (si debab ni kadang ramah tak bertempat). Tak boleh apa lagi eh? Eh taktau la tapi rasanya ada kaitan dengan lelaki mesti tak boleh. Haha comel la. Dia takut orang nak amik si debab ni kot? Berat okay, takda sapa larat nak ambik T_T


Okla sekarang nak cerita pasal makanan plak. Pagi tadi saya makan ni.




Untuk lunch nanti saya makan ni.



Dah dua minggu makan macam ni. Hari ni dah mula rasa muak. Tak lalu tengok tortilla dah. Maknanya kena buat menu lain pulak. Susahnya nak kurus.. Jeles dengan orang kurus sebab boleh makan apa2 je tak payah diet bagai. 

Wuwuwu~

Tuesday, September 22, 2015

Mengantuknya Tolong!



Kenapalah lemau sangat rasa hari ni. Takkan la sebab cintahati off, mood pun nak off? Eh mengada sangat la tu.

Bangun pagi je terus rasa hidung macam ala2 block manja. Petanda awal nak selsema.
Pastu sampai ofis je terus rasa badan panas. Alahai, ni terlebih workout semalam ke atau memang mengada kena tinggal sorang hari ni?  Tolong jangan manja sangat please badan. 

Pagi tadi saya breakfast roti cheese dan tortilla untuk lunch. Ayam dah perap siap2 satu bekas. Tiap pagi grill sekejap pastu wrap kan aje.


Sihat sangat makanan ai kan? Hikhik. 

Tengah rajin boleh la dapat hasil makanan macam ni. Cuba kalau malas? Makan je la apa ada kat cafe tu. Malas tu maksudnya malas nak pegi kedai beli bahan. Yela balik dah penat, pastu nak kena masuk mall pulak, nak beratur panjang lagi, nak angkut barang berat2 sorang2. Eh memang tak kuasa rasanya. Takpe, kita doa je la moga2 rajin ni berterusan, aminn!


Ahad lepas saya pergi teman cintahati belikan tab untuk budak2. Plan awal memang taknak tengok wayang sebab takut tak sempat, nanti rushing pulak. Maklumla anak dara duduk dengan parents tak boleh balik lambat okeh.

Tapi tetibe mood ada baik pulak beliau, dia suruh tengok showtime cite BRAVO 5. Ye, cerita tu la yang dia nak sangat tengok, asik sebut2 je. Ajak tengok cite lain takmau. Takpela kita layankan.

Punyala susah nak cari tempat yang ada cite tu. Amboi ramai tak support kenapa ye? Akhirnya kami ke Festival City Mall, situ je yang paling dekat.


Excited la beliau nak tengok cite perang2 ni. Sepanjang dalam wayang tu, saya tengok dia diammmm je. Fokus je. Tak pandang pun kat kite ni. Mulut dia tak benti kunyah popcorn. Siap ambik kotak popcorn tu dari tangan saya. Keluar je dari situ saya tanya la dia, "Camne? Puas hati ke?". Haaaa tu dia, sekali dia komen pungpang pungpang, rupanya diam tu tanda tak puas hati. Patut la ada sesekali saya tengok dia jeling2 je screen tu macam pandang sinis. Haha macam2 la kan. Bagi saya, ok je la kot sebab saya bukan tau sangat perihal askar2 ni. Mungkin dia banyak yang dia tahu, banyak la dia tak puas hati. Gitu..

Lepas habis wayang kami makan kat Pandan Indah. Main serang je kedai yang agak2 ramai orang, cuba nasib. Turned out memang sedap la makanan kat situ. Puas hati kitorang makan. Hehe.

Ok la tu je nak bebel. Mengantuk pun dah kurang ni, boleh la sambung buat kerja. Tata korang!


Tuesday, September 15, 2015

Hi Tea With Family at Sunflowers Brasserie



Dua minggu lepas kami sekeluarga berkumpul kat The Royale Bintang Kuala Lumpur untuk Hi-tea. Tujuannya sebab nak celebrate birthday August babies, Abah, Abang dan Damia. Selalunya tiap kali birthday kami akan celebrate dengan makan kat luar 1 family. Tapi kali ni kita lumpsum kan aje la 3 orang ni sebab August kan jatuh bulan puasa. 

Memula adik bagi menu buffet dia, semua teruja sebab banyaknyaaaaa makanan. Dah macam bukan hi-tea, dah macam all day long punya buffet. Haha. Masing2 dah aim favorite masing2. Saya aim dimsum and scones! Yum~

Tapi sesampai2 je, tak nampak batang hidung scones. Ape tah lagi Dim Sum. Aduh sungguh keciwa. Tapi makanan memang banyakla, jangan nak complain banyak sangat. Dah la makan free sebab guna voucher yang adik dapat. Hikhik.

Ni yang saya sempat ambik gambar. Nasib baik la tak ramai orang lagi masa ni, berani la snap2. Bila orang dah ramai, simpan phone, MAKAN!


 Salad 


 Bread and Soup


 Cakes and kuih muih


 Betapa takda orang masa kitorang sampai tu


 Yang ni pun sedap


 Ni adalah kambing ye. Saya tak makan. Tapi nampak sedap.


 Yang ni paling win. Blackpepper beef with potato and mushroom. SANGAT SEDAP PLEASE.


 Puding Roti ni sumpah sedap, tolonglaaa.. eh semuanya sedap dia ni.


 Kek dia tak sedap. Katanya Encik Cep, tu dinamakan French pastry so kek memang kek span je la. Jangan berangan dia serve ciskek. No.


 Ni plate kedua saya. Plate pertama ambik blackpepper beef, salad, brokoli dengan udang tak sedap.


Banana Split ni takde dalam buffet, kitorang order asing sebab voucher tu ada lebih banyak lagi. Bagus btul dorang ni kan. So dapat la 2 mangkuk banana split. 
Sedap ke tidak? Si debab kalau bab aiskrim memang jarang dia komplen tak sedap :P


Last sekali saya tepek kan gambar si debab yang sedang kacau budak kecik ni makan. Budak kecik tu pun tak kuasa nak layan makngah dia. Keje asik nak selfie je bajet cun sangat gaknye. 


Ok la sekian saja cerita saya. Pendek kata memang berbaloi la makan kat sini sebab free! Yeay!
Lain kali bagi la voucher banyak2 lagi ok? 
Tata~
Muahciked!

Monday, September 7, 2015

R.I.N.D.U.


I miss him so much..

:'(







Saturday, August 22, 2015

Roti Lasagna Simple


Masa bulan puasa aritu ramai la yang share macam macam resepi kan. Termasuklah Roti Lasagna ni.
Maka haruslah si debab ni terliur lantas nekad meng-try.

Bahan-bahan :

1 paket daging cincang
1 labu bawang besar
2 biji tomato
Sos tomato
Sos cili
Garam dan Gula

Susu segar
Telur
Roti
Cheese

Sebenarnya saya tak cukup bahan tapi teringin sangat nak buat. Korang boleh tambah bahan ikut selera masing2 ok?


 Mula-mula tumiskan bawang sampai wangi dan masukkan daging. Lepas seketika masukkan tomato yang dipotong dadu. Lepas daging dah berair dan agak masak, masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula. Boleh tambah daun saderi, carrot atau mixed veggie kalau ada.


 Pukul dua biji telur dengan 1 cawan susu segar. Ni untuk celupkan roti. Kalau tak cukup boleh tambah kemudian.

 Butterkan loyang dulu. Lepas tu celup roti dalam telur tadi (dua-dua belah) dan susun dalam loyang.
Kemudian letakkan separuh dari daging tadi. Kemudian letakkan cheese di atasnya. Cheese ni boleh guna cheddar slice macam saya sebab terdesak. Nak lagi sedap letak mozarella + cheddar parut ok?


Dah jadi macam ni, buat sekali lagi. Kiranya ada dua lapis la lasagna ni. Lepas dah siap, boleh bakar dalam oven dengan suhu 170 C selama 20 minit. Bergantung pada oven dan loyang tau? Jangan lama sangat nanti overcooked dia jadi keras, tak sedap. Kalau tak masak boleh tambah masa 5 - 10 minit lagi.

Ni hasilnya lepas dah dipotong. nampak kurang menyelerekan sebab tak cukup bahan. Kalau guna mozarella cheese parut mesti meleleh2. 

Ni versi saya yang tak cukup bahan + emergency + tak tahan nak buat jugak. 
Korang buat lagi sedap dari ni tau? ;)

Wednesday, July 29, 2015

Tips Terbaik Menggayakan Topi



Siapa ada boyfriend / tunang / suami yang suka pakai topi, angkat tangan!

Dalam dunia fesyen, aksesori adalah fashion item yang sangat penting. Ia mampu menyerlahkan penampilan seseorang untuk kelihatan lebih menarik. Topi adalah antara aksesori yang sering menjadi pilihan lelaki untuk bergaya.










  
Kenapa saya cakap macam tu? Kerana, berbanding aksesori lain, topi amat mudah untuk digayakan dan dipadankan dengan bermacam persalinan / outfit.
Meh saya kongsikan beberapa tips mudah menggayakan koleksi topi lelaki.







 1.   When it comes to choosing the beanie, try to consider getting a neutral colour. Bright colours and vivid prints may look somehow 'childish' and make your style look less stylish. Black, white, grey and brown work best and are more versatile.


2.   A simple knit beanie always looks more classic and stylish. Men have to know to stay away from styles with zippers, pompoms, bead work, decorations and embellishments.


3.   Opt towards loose-fit style beanies because beanies with elastic in them usually tend to tighten around your forehead. I found it uncomfortable and it would leave a red line across the skin and not to mention that a tight-fitting beanie looks less fashionable sometimes.


4.   For a fun little twist on your everyday look, try to add a little twist in the back. Wear it over your forehead and give it a slight fold in the back. Some called it the Peter Pan style but it works well and look stylish too.


Menarik kan? Jom tengok koleksi topi lelaki yang sangat affordable dan mengancam! 
Confirm boyfriend / tunang / suami korang akan jadi bertambah handsome.