Hi korang!
How was your Monday so far?
Hari ni saya adalah sakit perut dari Jumaat lagi sebenarnya tak hilang2. Dia macam penuh dengan gas. Kang tetiba dia bunyi 'brrrrr.. brrrr'. Macam ada rasaksa tengah growling kat dalam peyut ni. Hukhuk.
Pagi tadi masa tengah bersiap terpandang la Larome yang dah lama tak pakai. Picit la banyak2 kali sebab dalam otak dah set benda ni dah nak habis + nak letak banyak biar hilang sakit perut. End up ada la 6 kali picit kot. Picit laju2 mana nak perasan tetiba je dah 6 kali. Pastu sapu je la kat seluruh perut pastu keluar pegi keje.
Masa tengah drive tu sumpah rasa perut macam terbakar. HELP~
Siap sempat selak baju nak tengok perut yang comel tu, mana tau tetiba dah melecur je dia kan. Kulit jadi kemerah merahan. Sepanjang nak sampai ofis memang hazab Allah je yang tahu T__T
Tapi masa tengah drive dapat text from cik abang. Dia bagitahu dia parking kat sekian2 sebab penuh, then suruh saya park sebelah dia. Alaaa comel... terus hilang kejap rasa panas kat perut tadi :P
Ofis saya sekarang berseri ada pokok ni. Dari dulu sebenarnya nak letak pokok dalam ofis. Cuba cari pasu yang kecik yang takda lubang. Pergi kedai DIY, semua berlubang. Pergi Daiso, berlubang jugak. Sudahnya malas la nak cari. Yang ni Housekeeper saya yang buatkan. Hikhik baiknya hati beliau.
Si debab selain dapat makanan, dapat pokok pun boleh buat dia happy tau?
Oh ye saya nak cerita sikit. Hari tu cik abang bawak gi makan kat Sukhumvit Kampung Baru. Memang tak pernah dengar la kan nama kedai ni. Taktau pulak ade kedai ni kat Kg. Baru. Bila di google baru saya tau Sukhumvit tu nama tempat kat Thailand. Hee.
So dah tau la apa yang menarik kat sini kan. Thai food of course.
Saya takut nak makan pelik2. Satu, takda cash, segan la kalau cik abang bayar mahal2. Dua, dah malam kot, takyah nak beriya sangat makan nanti kena jeling dengan beliau :P
Jadi saya order Tomyam Putih dengan nasi putih je. Cik abang order Nasi Goreng Belacan. Tapi pelik la sebab tak nampak macam nasi goreng belacan. Ada ayam sekali dia bagi. SANGAT SEDAP ok ayam tu tak tau la masak apa. Dan malu nak ambik gambar. Hikhik.
Tomyam saya? Sedap jugak. Yang buat lagi sedap ialah bila cik abang kopekkan ketam. Si debab tinggal nak ngap je. Sweet kan? Mencik taw~
Pendek kata tempat ni cantik, makanan sedap, harga ok, siap ada orang nyanyi lagi. Dan yang paling penting, makan dengan orang yang disayangi. I is happy.
Ok lah nak pegi beli gula2. Sakit tekak la. Jerebu punya pasal la ni.
K bye!
No comments:
Post a Comment