Monday, October 26, 2015

Dapat Cheesecake Lagi, YAY!


Saya syak cik abang baca blog ni la.. 
Baru je berniat tak baik pagi Jumaat lepas, tuptup petang tu dia bagi cheesecake siap dengan warning.

"Lepas ni boleh makan seminggu sekali je. Tu pun biar saya yang bagi. Jangan beli, jangan buat sendiri. Ok?" 
Dengan muka serious.

See? Dia tau je saya berniat nak beli kek di luar pengetahuan beliau. Huhu.
Eh tapi seminggu sekali tu adalah melampau jugak. Kalau sebulan sekali logik la jugak. Kata suruh dietttt..? Hehe.

Saya syak beliau tak sampai hati tengok saya kempunan macam mengandung 3 bulan. Tapi dalam masa yang sama beliau nak saya jaga makan biar kurus sikit dari sekarang ni. Kan kan? 

Ni la kek yang dia bagi. Saya tanya kek apa pun kene jeling, so tak berani cakap banyak. Ngap je la. 
Tapi macam biasa, mesti ada pesanan. 
Makan 1 slice je jangan nak perabih semua sorang2. Haha.


Thank you awk! Love you forever and ever! #Muahciked 


No comments: