Thursday, November 5, 2015

Dressing Terpaling Best Buatan Sendiri


Hi korang.

Hari ni saya nak eksyen sikit pasal dressing salad yang baru belajar dari cik abang saya. 
Maklumla sekarang kan kena jadi kamben, banyak makan salad.
Saya memang tak reti btol buat dressing. 
Pernah la google, tapi merepek mintaknya. Benda2 mat salleh tu mana la ada kat dapur melayu saya.

Dan hari tu tetiba je chef kesayangan tanya, "Awak tau buat dressing caesar salad?"
Lepas tu dia bagi resepi. 
Bahan2 dia semua ada kat rumah je. So balik tu saya excited la nak cuba!

Dan hasilnyaaaaa~



Taktau la menjadik ke tak. Tunjuk gambar kat chef kesayangan, dia kata nampak cantik. Hikhik. Tuan dia cantik ke tak? :P

Saya share resepi ye? Mana tau ada yang nak cuba buat. Kalau taknak cuba jangan tengok resepi, skip perenggan bawah terus. Haha.


Bahan2:
Mayonis - 5 sudu besar
Bawang putih - 1 biji (ditumbuk)
Air lemon - dalam 1/2 biji (terpulang pada kemasaman ikut tekak memasing ok?)
Iklan bilis - 10 ekor (digoreng dulu then tumbuk)
Garam secubit
* saya letak sikit dry herbs untuk nampak effect mahal :P


Gaul je semua bahan tu ok? Korang rasa dulu pastu adjust la ikut sesuai tekak kita. Pastu siap la. Rasa dia masam2 manis. Saya sukaaaaa sangat! Saya buat banyak2 simpan dalam fridge. Nanti nak makan senang, cedok je. 

Boleh makan dengan salad atau sandwich atau ayam atau eh apa2 je la kalau rasa nak cicah, silakan je. Gerenti sedap. Macam sandwich kat bawah ni, letak salad, letak dressing dan susun ayam grill yang dah dicarik-carik. SEDAP HOKEY.


Terpaksa la makan makanan sihat2 je sekarang. Dalam percubaan nak turunkan berat ni. Mana boleh jadi makin tambah usia makin tambah gak berat badan. No No No!


Tapi kan, dalam tengah diet tu la muncul pulak beliau yang kat bawah ni.


Jahat tau dia ni? Sedap yang amek! Pastu jenis selagi tak habis selagi tu takleh stop. Camne tu? Ni dah balang yang kedua ni. Coming soon ada lagi sebalang akan sampai minggu depan. Matiklaaa!
Hari tu dah nyaris kena rampas dengan chef kesayangan. Ahaks. Dia marah lettew. Kata nak diet tapi duk makan jajan dengan takde rasa bersalah. Hikhik. Sorry awak.


Ok tu je nak bebel. Tata!

2 comments:

Faris Amir said...

hehe macam sedop je. mesti try ni! :D

-eLyNhere- said...

mengikut tekak saya memang sedap!
try la ok?
adjust ikut selera masing2 =)