Hi korang! =)
Saya kan tengah berdiet kononnya sekarang ni. Takdela serius sangat pun. Diet ala kadar gitu je. Sebabkan tahan2 nafsu supaya tak makan benda2 mengarut, tetibe je tekak saya mengidam cupcake! Ni tahap mengidam sungguh kene cari dan dan tu jugak! Bukan teringin sikit2 je ni. Macam orang peknen punya mengidam. Haha. Dari Jumaat saya cari yang sedap dan yang senang jumpa. Last2 Sabtu haritu saya ajak mama pergi Wangsa walk. Kat sana ada orang cakap cuppy dia sedap. Kami pun pusing 1 round cari kedai nama Wrapstarzz. Rupanya depan Cold Storage je, sabar je la. Penat pusing sampai terbeli handbag. Ahaks.
Saya beli 4 ketul. Taknak beli banyak2 nanti makan banyak. Amik Red Velvet, Rainbow, Cheese Oreo dengan Walnut Mocha kalau tak silap. Rasa dia? Red Velvet and Cheese Oreo memang sedap! Yang lain tu biase2 je. Seketul RM4. Bagi saya yang tak pernah beli cupcake ni, harga tu macam mahal kot. Sebab tengok harga online dalam range RM2.50 - RM 3.50 je. Nama pun online kan. Overhead tak besar. Hehe.
Sebelum balik rumah, sempat je saya tapau Tutti Fruiti. Saja nak belanja mama. Baikkan budak debab ni? Padahal dia teringin nak makan froyo jugak.. Ahaks.
Sampai rumah, mama makan segigit, saya segigit each cuppy. Yang lebih tu bagi adik. Ye, mama saya pun jaga badan. Takmo makan yang menggemukkan. Untunglaa dari muda sampai sekarang badan bergetah. Tak macam anaknye ni haa.. Hehe.
Ahad pulak, saya bagitau teringin nak makan nasi ayam mama. Dan terus mama masak nasi ayam for lunch. Yay! Budak debab ni makan dengan seronoknya sampai terlupa tengah berdiet. Haha. Sebenanrnya buat2 lupa. Oh lupa nak bagitau. Jumaat malam tu sebenarnya dah makan nasi ayam dah. Nasi Ayam Lemon kat Pakli Sek 7. Hehe. Teringin jugak la tu sebenarnya. So saya isytiharkan Jumaat, Sabtu dan Ahad, diet saya fail!
Walaupun begituuuuuu, Jumaat malam masa saya balik dari keje, mama tegur saya tau. Mama cakap muka nampak kecik kenapa? Diet ke? Awww malu taww.. kecik kew mukew kittew? Hakhakhak! Sebab mama taktahu saya minum susu untuk diet tu. Saya rahsiakan. Suprise suprise! Maksudnya berkesan la kot kan? Dan saya bahagia tak berlapar tak sengsara tak gastrik tak migrain. Harus tambah lagi stok lepas ni. Hikhik.
Sedap woo Nasi Ayam Lemon ni. Terbaik! Dan semalam diet saya start balik macam biasa. Tak makan nasi, makan lauk2 je. Tapi esok nak pergi Kelantan 5 hari. How la? Di khuatiri diet akan rosak dek kerana makan sedap2. Hurm takpe, kawal nafsu! (Konon) :P