Tuesday, January 10, 2012

Tabita Day 4




Semalam teringin plak nak try Red Velvet cake kat Coffee Planet. So beli la. Tapi rasa dia hampeh la pulak. Pahit. Sangat pahit. Kenapa? Why?? Why me??? Eceh over plak. Seriously kenapa pahit? Bukankah dia sepatutnya berasa sedap? Mahal okeh beli. RM 14.90. Bukan bende 4.90 punya cerita ni. Hish.




Ni la rupa bentuk cake yang pahit tu. Nampak cam menarik je kan, tak nampak pahit pun? Haha. Takpela, anggap je bukan rezeki saya. Bagi kat orang lain makan, sebab dia rasa tak berapa pahit sangat. Fine, lidah saya terlalu sensitif kot? Hurmph.



Berbalik pada cerita tabita. Semalam balik keje, saya cuci muka untuk pakai night cream, woooooooo pedih siot kulit ni. Melompat2 dibuatnya. Tapi nasib baik la kejap je. Beberapa saat je hilang. Kulit menggelupas 1 muka secara teruk. Tapi masa pakai cream siang tu dia takde la nampak menggelupas. Dah cuci muka baru nampak. Pergh. Takpe, nak chantek punya pasal, ku tahan jebat!


Pagi ni kulit ada menggelupas lagi la. Nampak ketara. Risau dah jangan la pegi ofis muka camni. Malu woo. Pas cuci muka, tak rasa pedih pun. Pakai toner, rasa pedih sikit2 lite2 la.. Pastu pakai day cream. Pastu terus pegi keje. Wahhhh. Jimat masa setengah jam untuk bersolek. Hehe. Lantak ah orang nak kata apa. Janji pasni kulit ai jelita, u jangan jeles okeh? :P


Sesampai kat ofis, budak ofis tegur, "Napa muka pucat arini?" . Semalam dia tanya napa muka gelap + merah. Arini napa muka pucat? Pelik. Ambik cermin, cerminkan diri.. Amboi terperanjat tengok kulit muka sendiri! Haha. Kulit sangat licin gebu dan cerah. Lain la nak compare ngan semalam. Pergh, tak perasan pun pagi tadi? Yela, bilik saya kan takde pengcahayaan dari luar, mana nak nampak. Terus senyum2 belek muka sendiri. Dengan takde mekap, muka adalah sangat molek. Haha matikla puji kulit sendiri. :P


Tak sabar nak tunggu esok2 pulak camne hasilnye. Heee.


2 comments:

sweethOneY said...

aaaa jelesnya kita.. pleaseeee letak gambar pleaseeee

-eLyNhere- said...

ala takde gambar lagiiii... nanti2 ye? heee :D