Friday, January 27, 2012

It's Flyday!



Kejap je dah Jumaat kan? Suka! =)



Saya baru lepas makan roti bawang telur. Ok sebenarnya sandwich telur tapi bawang dia sangat banyak sampai mulut saya ni berbau bawang macam baru lepas ratah bawang mentah sebiji. Yang BESAR. T__T



Oh tadi masa beli sandwich kat kedai sebelah, saya jumpa lagi mamat comel putih gebu idaman kalbu yang aritu tengah breakfast ramai2. Dia pandang saya, dia senyum, saya pandang bawah. (Ai pemalu okeh). Masa tengah potong2 cucur bawang kat meja sebelah meja dia, saya perasan dari ekor mata, dia duk pandang. Pastu kawan sebelah dia heran tengok dia pandang apa, kawan dia pun pandang saya. Alalala comelnya. Adakah saya kelihatan comel hari ni?? Ok sila lempang diri sendiri, Elyn! :P



Sebenarnya hari ni pakai dress labuh. Mungkin la telah berjaya sembunyikan selulit2 peha yang menggerunkan tu. Maka kelihatan TERcomel la kot. Kot la. Siapa la agaknya mamat putih gebu tu kan? Jarang2 nampak dia. Oh putih gebu tu means memang dia kulit putih la dan menggebu-gebu macam saya jugak. Tembam. Ahaks. Jangan tak tahu, saya suka lelaki putih, tinggi dan gebu. Macam saya jugak. Siapa kata perempuan gemuk tak sedar diri nak lelaki kurus je? Saya tidak ye. Saya tak bernafsu tengok lelaki kurus. Kecuali Anuar Zain. Haha okbye!




Hari ni saya ada date dengan Maru kat IKEA. Ala bukan date pun. Saya teringin nak makan meatballs. Dari last week plan tak berjaya lagi. So hari ni ajak Maru teman. Yay tak sabar!



Oh, saya sangat bz sebenarnya hari ni. Nak hantar gaji kat bank dan setelkan beberapa payment. Tapi sebabkan bos takde kat ofis, saya curik2 la update blog. Ahaks. Harap2 bos tak baca entry ni. Eh jap. Harap2 bos tak tau saya ada blog! Ok sambung keje. Tata korang! =)


2 comments:

sweethOneY said...

hehehe lelaki ni la ni yg tny kak umur berapa dah kahwin ke belum ni yeeee ;p

-eLyNhere- said...

hehe bukan mamat ni la iza. ade mamat jual insurans tadi datang ofis. haha