Monday, January 9, 2012

Minggu Lepas Punya Cerita




Haaa minggu lepas punya cerita baru nak cerita arini. Hehe. Tu la sejak kebelakangan ni membizi je tak habis2.


Jumaat aritu celebrate birthday one of my gfs. Kat Shah Alam je. Kami belikan birthday girl kek Baskin & Robin. Cookies and cream flavour! Wuuuuu setap gileh! Dah la comel je kek tu.





Comel kan? Siap ada ice cream cone kat atas tu. Alalalala.. Bukak je terus melting kek tu. Kene makan cecepat. Nak amik gambar pun tak sempat. Meleleh je terus haa.. Sebab tempat tu panas. Kalau duk tempat ber'air-cond' lambat la sikit cairnye kot kan?


Lepas makan, kami berkopi plak kat Coffee Planet kat Laman Seri. Penuh orang. Sebab tempat tu sejuk kot? Mostly macam student la tengah wat assignment or ape kot. Senyap je. Behave sungguh dorang tu.


Ingat lepas balik nak la pegi amik barang kat Setiawangsa. Tak sempat la pulak. Nak jumpe ehem ehem pun tak sempat sebab dah lewat sangat. Sampai umah kul 12 lebih. Phew~


Tapi sangat seronok la jumpa gfs! Update mana yang patut. Lama dah rasanya tak kumpul macam ni. Sayangggggg dorang semua! =)



No comments: