Tuesday, January 31, 2012

31% Off on Baskin Robbins Handpack




Hari ni hari apa? Berapa haribulan? Ya, 31 January! Saya nak ini!





Jom? Nyums~



Friday, January 27, 2012

It's Flyday!



Kejap je dah Jumaat kan? Suka! =)



Saya baru lepas makan roti bawang telur. Ok sebenarnya sandwich telur tapi bawang dia sangat banyak sampai mulut saya ni berbau bawang macam baru lepas ratah bawang mentah sebiji. Yang BESAR. T__T



Oh tadi masa beli sandwich kat kedai sebelah, saya jumpa lagi mamat comel putih gebu idaman kalbu yang aritu tengah breakfast ramai2. Dia pandang saya, dia senyum, saya pandang bawah. (Ai pemalu okeh). Masa tengah potong2 cucur bawang kat meja sebelah meja dia, saya perasan dari ekor mata, dia duk pandang. Pastu kawan sebelah dia heran tengok dia pandang apa, kawan dia pun pandang saya. Alalala comelnya. Adakah saya kelihatan comel hari ni?? Ok sila lempang diri sendiri, Elyn! :P



Sebenarnya hari ni pakai dress labuh. Mungkin la telah berjaya sembunyikan selulit2 peha yang menggerunkan tu. Maka kelihatan TERcomel la kot. Kot la. Siapa la agaknya mamat putih gebu tu kan? Jarang2 nampak dia. Oh putih gebu tu means memang dia kulit putih la dan menggebu-gebu macam saya jugak. Tembam. Ahaks. Jangan tak tahu, saya suka lelaki putih, tinggi dan gebu. Macam saya jugak. Siapa kata perempuan gemuk tak sedar diri nak lelaki kurus je? Saya tidak ye. Saya tak bernafsu tengok lelaki kurus. Kecuali Anuar Zain. Haha okbye!




Hari ni saya ada date dengan Maru kat IKEA. Ala bukan date pun. Saya teringin nak makan meatballs. Dari last week plan tak berjaya lagi. So hari ni ajak Maru teman. Yay tak sabar!



Oh, saya sangat bz sebenarnya hari ni. Nak hantar gaji kat bank dan setelkan beberapa payment. Tapi sebabkan bos takde kat ofis, saya curik2 la update blog. Ahaks. Harap2 bos tak baca entry ni. Eh jap. Harap2 bos tak tau saya ada blog! Ok sambung keje. Tata korang! =)


Wednesday, January 25, 2012

Antara Azam 2012



Nak share ngan korang, salah satu azam baru saya ialah untuk mendisiplinkan diri bersenam secara rutin seharian. Tak dapat lama, kejap pun jadi la. Tapi kene consistent. Bukan apa, tengok badan makin lama makin burok menggelebeh. Dulu saya rajin buat sit up or apa2 je la before tido dan lepas bangun tido. Buat atas katil je. Memang dulu saya takde perut. Orang semua heran, badan chubby, perut leper, pinggang ramping gitu.. Sekarang ni? Cutting body pun dah samar samar je..


So untuk permulaan, saya cuba yang ni dulu.





Nampak senang je kan? Mula2 buat tu lenguh2 kaki okeh. Lama2 nanti dah biasa tak rasa apa dah. Ingat dulu nak jogging atau swimming. Tapi takda kawan la pulak. Bahaya kalau gi sorang sekarang ni, ramai orang gila kat Malaysia ni dah. Ni je cara yang selamat, boleh buat kat dalam bilik je.


So apa lagi? Jom kita sama2 disiplinkan diri jom?


Thursday, January 19, 2012

Tempias Tahun Baru Cina



Next week tahun baru cina dah kan? Semalam kami 1 ofis dapat angpow sorang RM50 dengan berkotak-kotak limau! Contractor kami bagi. Indahnya duniaaaa~ Heee.





Pakat bawak balik umah la sorang sekotak. Sape je nak makan kat ofis ni? Sape nak? Meh2 datang ofis saya meh. Heee =)



Wednesday, January 18, 2012

Sakura Kristal





Weekend aritu kami 1 family pegi makan kat Sakura Kristal kat Taman Melawati. Adik nak belanja. Tak pernah pegi sana, saja nak try.





Budak ni pun ada. Gedik tau dia ni. Nak duduk kat umi je. Taknak kat orang lain dah. Nak amik gambar dia pun kemain susah. Takmo bekerjasama. Tapi lepas snap je nak tengok.. eleh pandai pulak kan? Sabar je la.





Saya makan ni je. Tak berasa nak makan ayam atau daging. Not bad la rasa dia tapi erm.. takde la sedap mana pun. Overal makanan dia adalah tak sedap. Wah selambe komen gitu. Haha. Kenyataan whattt? Total bill RM 206 untuk 6 orang. Padahal takde makan apa sangat pun. Nasi goreng 2 pinggan yang lain tu western biase je. Ape ke mahal benor yop?? Dah la tak ber aircond. Huh. Takmo pegi dah.



Update sikit pasal Tabita ni. Hari ni hari ke berapa dah eh? Erm, hari ke-12 dah. So far saya makin senang hati tengok muka sendiri. Dah tak kisah dah takde mekap ke apa. Hikhik. Pedih n gatal pun kurang dah. Cuma ada sisa2 pengelupasan tu blom abis lagi. Tapi takpe, harap2 cepat la habis. Rindu dah rase nak letak moisturizer, foundation, bedak, mekap2 segala la. Rindu nak keluar dalam keadaan siap. Huhu.


Tu je kot. Hari ni agak bz sket la. Terkejar2 buat keje. Ni pun curi2 masa kejap. Babai! =)



Friday, January 13, 2012

Tabita Day 7




Sebelum apa2, nak cite sket. Aritu saya buat puding caramel tengah2 malam kul 12 pagi. (Eh pagi ke malam sebenarnye ni?) Walaupun badan sangat letih balik keje kul 10, saya gigih jugak la buat sebab mama dah mintak. Nak tunggu esoknye, pun blom tentu lagi saya boleh balik awal, baik buat je terus senang.


Nak dijadikan cite lagi best, dah siap pack2 semua tinggal nak kukus je, tibe2 gas dapur habis. Alamak. Dugaan btol. Dah la tong spare pun kosong. Maka terpaksa la kukus esok aje.




Yang ni terus simpan dalam fridge je la. Esoknya abah beli gas, suruh mama tolong kukus. Hiks. Sebab budak debab sorang ni keje dia balik lambat je hari2. Berdating katanye. Bila nak insaf pun taktahu la :P


Ok berbalik kepada tajuk asal entry. Hari ni hari ke-7 saya pakai Tabita. So far memang kulit makin cantik, licin, lembut. Hari ke-4, dan 5 memang agak teruk sikit. Kulit nampak menggelupas secara rakus kat pipi dan dagu dan area mulut. Tapi under control lagi la. Takda la horror. Dan kulit merah2 terbakar gitu. Ikut orang jugak kot. Mak saya ok je, takda pulak menggelupas macam tu. Cuma pedih2 gatal2 je la. Ye, PEDIH dan GATAL time cuci and letak toner. Tapi kejap je la.


Masuk hari ke-6, muka saya dah tak merah terbakar lagi. Kawan pun tegur, muka dah tak merah, kulit makin licin, eye bag kurang. Walaupun tanpa mekap. Kalau dulu? Tak berani kuar umah tak mekap. At least kena jugak letak bedak sket. Huhu.


Dan hari ni, sama jugak. Tak merah terbakar. Gatal light2 je. Makin licin lembut tu of course la kan. Hiks. Tapi sorry la, takda gambar. Bukan apa, bila saya kata chantek tu, means better la dari kulit sebelum ni. Bukanla chantek sangat pun. Malu laaa nak tunjuk kat orang.. Nanti dah senonoh baru saya tepek kat sini ok? =)


Ok tu je kot. Nak siapkan keje sket pastu boleh balik! Jumpa 'kawan'! Hiks. Dalam pada kulit menggelupas pun hari2 berdating ni. Nasib la dia memahami, tak complain apa2. Sayangggg dia! Eh? Okbye! :P



Tuesday, January 10, 2012

Tabita Day 4




Semalam teringin plak nak try Red Velvet cake kat Coffee Planet. So beli la. Tapi rasa dia hampeh la pulak. Pahit. Sangat pahit. Kenapa? Why?? Why me??? Eceh over plak. Seriously kenapa pahit? Bukankah dia sepatutnya berasa sedap? Mahal okeh beli. RM 14.90. Bukan bende 4.90 punya cerita ni. Hish.




Ni la rupa bentuk cake yang pahit tu. Nampak cam menarik je kan, tak nampak pahit pun? Haha. Takpela, anggap je bukan rezeki saya. Bagi kat orang lain makan, sebab dia rasa tak berapa pahit sangat. Fine, lidah saya terlalu sensitif kot? Hurmph.



Berbalik pada cerita tabita. Semalam balik keje, saya cuci muka untuk pakai night cream, woooooooo pedih siot kulit ni. Melompat2 dibuatnya. Tapi nasib baik la kejap je. Beberapa saat je hilang. Kulit menggelupas 1 muka secara teruk. Tapi masa pakai cream siang tu dia takde la nampak menggelupas. Dah cuci muka baru nampak. Pergh. Takpe, nak chantek punya pasal, ku tahan jebat!


Pagi ni kulit ada menggelupas lagi la. Nampak ketara. Risau dah jangan la pegi ofis muka camni. Malu woo. Pas cuci muka, tak rasa pedih pun. Pakai toner, rasa pedih sikit2 lite2 la.. Pastu pakai day cream. Pastu terus pegi keje. Wahhhh. Jimat masa setengah jam untuk bersolek. Hehe. Lantak ah orang nak kata apa. Janji pasni kulit ai jelita, u jangan jeles okeh? :P


Sesampai kat ofis, budak ofis tegur, "Napa muka pucat arini?" . Semalam dia tanya napa muka gelap + merah. Arini napa muka pucat? Pelik. Ambik cermin, cerminkan diri.. Amboi terperanjat tengok kulit muka sendiri! Haha. Kulit sangat licin gebu dan cerah. Lain la nak compare ngan semalam. Pergh, tak perasan pun pagi tadi? Yela, bilik saya kan takde pengcahayaan dari luar, mana nak nampak. Terus senyum2 belek muka sendiri. Dengan takde mekap, muka adalah sangat molek. Haha matikla puji kulit sendiri. :P


Tak sabar nak tunggu esok2 pulak camne hasilnye. Heee.


Monday, January 9, 2012

Tabita Day 3




Alkisahnya saya teringin jugak nak cuba produk yang peejburhan pakai tu. Hehe. Sebab apa, lately kulit kering menggelupas secara marathon takmau baik2. Ape ke masalahnye pun tak tahu la. Dah tepek moisturizer secara rakus pun takde effect. Pastu kulit semakin kusam, tak gebu dah. Frust tengok kulit sendiri kat cermin ok. Tepek foundation banyak2 karang berkerak pulak. Haih.



Jadi last week saya beli la Tabita tu. Sabtu pagi pegi collect kat umah Peej. Nasib baik ada ehem2, senang je cari. Tak sesat langsung. Macam balik umah sendiri je terus2 sampai depan umah Peej. Huhu. Comel je orangnye, kecik je la takde la besar macam dalam gambar tu. Cantik je dia. Tapi obvious dia penyegan kot. Saye je sengih tak henti2 ramah tak tentu pasal. Sebenarnye happy. Tak sabar mau try. Ahaks.



So malam tu terus pakai. Masuk hari ni, hari ke-3 la. So far kulit saya pedih2 dan gatal secara manja2 je. Tapi harini jadi merah. Merah menyala. Semua orang tegur napa kulit merah. Huhu. Penat menjawap. Saya bagi alasan sunburn je. Abis cite. Nak explain lebih2 tak lalu la. Walaupun kulit merah2, tapi nampak cantik dan halus je. Yang penting, kesan pegi PD aritu menggelupas macam ular nak bertukar kulit pun dah hilang. Amazing!



Tapi mama cakap mama takde plak rasa gatal or pedih. Kulit tak sama jenis la tu kot. Harap2 takde menggelupas teruk2. Kang susah pulak nak gi keje. Dah la kene pegi bank bagai, mau semua orang lari tengok muke saya nanti. Hehe. Oh, hari ni saya gi keje tak mekap langsung. Budak ofis tegur,



" Kak elyn napa muka lain je? Macam gelap merah, macam baru pas nangis."


" Akak tak mekap arini kot"


" Oh jadi selama ni plastik la?? Tepek foundation tebal2 ye??"



Kuang ajar sungguh. Haha. Tu yang malas nak jawap tu. Jawap sikit2 pun kite kene balik. Takpe, nanti dah putih gebu muka ni korang sile jangan jeles! Ahaks.



Tu je. Nanti saya update lagi pasal ni k? =)


Minggu Lepas Punya Cerita




Haaa minggu lepas punya cerita baru nak cerita arini. Hehe. Tu la sejak kebelakangan ni membizi je tak habis2.


Jumaat aritu celebrate birthday one of my gfs. Kat Shah Alam je. Kami belikan birthday girl kek Baskin & Robin. Cookies and cream flavour! Wuuuuu setap gileh! Dah la comel je kek tu.





Comel kan? Siap ada ice cream cone kat atas tu. Alalalala.. Bukak je terus melting kek tu. Kene makan cecepat. Nak amik gambar pun tak sempat. Meleleh je terus haa.. Sebab tempat tu panas. Kalau duk tempat ber'air-cond' lambat la sikit cairnye kot kan?


Lepas makan, kami berkopi plak kat Coffee Planet kat Laman Seri. Penuh orang. Sebab tempat tu sejuk kot? Mostly macam student la tengah wat assignment or ape kot. Senyap je. Behave sungguh dorang tu.


Ingat lepas balik nak la pegi amik barang kat Setiawangsa. Tak sempat la pulak. Nak jumpe ehem ehem pun tak sempat sebab dah lewat sangat. Sampai umah kul 12 lebih. Phew~


Tapi sangat seronok la jumpa gfs! Update mana yang patut. Lama dah rasanya tak kumpul macam ni. Sayangggggg dorang semua! =)



Tuesday, January 3, 2012

Welcome 2012!



Selamat Tahun 2012! 1st entry untuk tahun ni =)


Banyaknya kenangan 2011. Ada pahit ada manis. Penutup 2011 pun ada yang manis ada yang pahit. Pahitnya bila 4 orang kawan baik kat ofis berhenti kerja. Kenapa perlu serentak? Kenapa perlu buat penutup 2011 amat menyedihkan? Haih.
Manakala yang manis pulak, erm.. hati ada sikit berbunga2 la. Hehe tu je :P


Oh, kami makan kat Laman Grill lunch terakhir dengan Kaklong on Friday. Sapa yang taktahu, Laman Grill ni owner dia Chef Zubir (Masterchef Malaysia) . Sapa dah tau, anda memang hebat. Hee.




Presentation menarik la kan? For me menarik la sebab saya jarang makan tempat mahal2 nih. Hehe. Rasa dia... not bad. Tapi ayam tu kering sikit la tak berasa sangat. Salad tu sangat refreshing dan sedap. Paling best pie tu la. Maveles. Harga? RM 24.90. Ok la kan. Bole la datang cuba. Dengar cerita Danial Masterchef tu keje kat sini? Adik saya la bagitau. Tapi aritu tak nampak plak Danial. Ntah btol ntah tidak adik saya tu. Huhu.


Eh saya cakap nak wat entry pasal azam tahun baru kan? Alamak. Lupa plak. Camne ni? Sempat lagi ke? Hurm... ni dah nak balik dah. Erm.. Malam ni insyaAllah kalau sempat la ye? Bukan ape pun, just nak rekod azam sendiri kat blog sendiri. Mana tau nanti terlupa ke boleh refer balik entry tu. Hehe.


K la, nak siap2 balik sudah. Tata uols.