Thursday, December 15, 2011

Khamis Punya Cerita




Pagi ni bangun2 celik mata je terus sakit perut. Ahh sudah. Dah la banyak benda nak kena setelkan kat ofis ni. Nak MC memang tak dapat la. Kang bebudak tu tak dapat pulak gaji, kesian pulak dorang. Maka terpaksa la saya pegi ofis jugak dalam keadaan sakit perut teramat tu. Sesekali dia tarik tu, terjerit dalam kete macam orang kene r****l. Nasib baik takda orang. Haha.




Dalam pada sakit perut tak sedar diri tu, breakfast bukan main hebat lagi. Saya makan ini.




Ye, Laksam. Abis kalau abah dah belikan letak atas meja siap2, pastu masa salam siap pesan, "Ada laksam tu atas meja", sampai hati ke nak kata "Elyn tak boleh makan la abah, sakit perut." Sampai hati ke?? Mesti la tak kan... Jadi, kerana sayangkan abah, ku telan jugak laksam ni. Pedih2 perut saya menjerit. Bagi rasuah dengan air teh o panas, lega sikit. Sekarang pun ada saki baki je lagi.



Eh lupe pulak. Dalam pada sakit perut muka berkerut kerut tu, lunch tadi saya bedal Prosperity Burger ye kawan kawan. Teruk kan perangai? Abis, kawan dah ajak. Tak sampai hati pulak nak cakap, "Aku sakit perut la ko pegi la sorang". Tak sampai hati... mana boleh... (Padahal bole je order benda lain, kan? ). Kalau semua tak sampai hati, sampai bebila pun ko tak kurus la Elyn. Hiks.



Dan kejap lagi kawan ajak try kedai baru bukak. NASI LEMAK CINTA SAYANG. Main course mestila nasi lemak dengan SAMBAL kan. Awak sakit perut kan? Jadi? Mesti tak sampai hati nak tolak ajakan kawan tu kan? Kan? Mesti pegi je tu karang. Kan? Dah tau dah.



Malam karang tak boleh tido sakit perut jangan nak bagitau semua orang pulak. Diri sendiri yang tak sayang perut tu, masuk benda2 tak patut2 jek. Isk!



Oh lupa pulak. Tadi saya pegi bank 2 kali okeh. Sekali tu kene buat bankers chq. Akak yang kat kauter tu kerek giler kot. Eh bukan akak la, makcik kot. Kita ni bukan keje bank, mana la tau semua procedure kan? Dia boleh bantai marah, "Ni dah lebih 6 bulan dah tak boleh cash out ni, kene masuk account ni. Mana no accountnya? Ni Casa Impian ada banyak account ni mana satu nak masuk ni? Pegi call ofis dulu ke apa tanya nombor account confirmkan bebetul. Hey bagai2 la perangai."



Boleh?? Eh eh makcik ni. Nak menopos ke? Mana la orang tau kalau dah 6 bulan tak boleh cash out. Kene masuk account, fine la masuk je la. Mana la orang ingat nak bawak no account sama, sebab ingat boleh cash out. Lagi 1, chill la, boleh usaha dapat no account tu, 2 menet je rilex tak boleh? Dah la muka tak penahnye senyum. Masam dari 3 tahun lepas. Camane la boleh duduk kat kaunter gaknye. Orang lain boleh je senyum, cakap elok2. Hey makcik ni! Tapi nasib baik la saya cool je rilex je tak melawan la tadi. Siap cakap terima kasih kuat2 bila dah bagi no account tu. Tunggu ye makcik, esok kita jumpa lagi. Muahahahaha!


Fuh panjang nye bebel. Dah kul 5 ni. Nak siapkan keje sket lagi. Tata! =)



2 comments:

Izzatul Azma said...

Mencikkkkk kalau orang bank kerek. Rasa nak tunjal-tunjal je pale dia. HAha

-eLyNhere- said...

kan... kekwat sangat. lupe mkn ubat penenang kot.