Tuesday, October 25, 2016

Rindu Mau Repeat Again and Again





Korang suka makan boat noodle tak? Saya sekali makan mungkin 3 bowl jek. Tambah dengan sangkaya pastu bayam goreng. Settle la. Makan ni tiap minggu pun takde hal la. 

Now mengidammmm. Nanti dah keje jauh lagi susah nak makan ni. Hukhuk.

Nanti saya update pasal tempat keje baru saya ye? Hehe. Alhamdulillah dapat rezeki tukar tempat keje yang lebih baik hopefully. 

Saturday, October 22, 2016

Sailor's Rest Resort @ Janda Baik


Minggu lepas kami berglamping di Janda Baik. Apa itu Glamping? Glamour Camping ye adik-adik. Hehe. 


Setelah berbulan2 planning untuk ke sini akhirnya berjaya jugak. Dari ahli asal 11 orang, jadi 9 orang jek. Alhamdulillah jadik jugak. Bukan senang tau nak kumpulkan ahli2 sebab diorang ni semua jadual packed ngalahkan menteri.


Kami pilih untuk beraktiviti di Sailor's Rest Resort. Alhamdulillah pilihan kami tak salah. Sangat puas hati. Meh tengok gambar.

Ni khemah untuk girls. Ada 4 katil dan kipas. 


Ni khemah married couple. 2 katil dan kipas.


Ni toilet kitorang. Best gila! Mandi sambil feeling2 sebab shower dia guna rainshower, besar. Pastu ada pulak small garden kat tepi tu. Pastu ada matahari pulak masuk kat atas garden tu.. Haaa.. Tak ke feel tu? Toilet pun bersih. 9.5/10 saya bagi. 


Ni rupa khemah kitorang time malam. Superrrrrr cantik kan? Serious rasa taknak balik. Tak cukup satu malam je kat sini.


Khemah kitorang berderet tiga. Depan sekali ni khemah lelaki. Tengah untuk couple. Tepi sana khemah pompuan.


Betul2 depan khemah kitorang adalah sungai ye. Air dah la super sejuk. Tido malam dengar bunyi air sungai mengalir. Ishhhh heaven sungguh la.


Ni depan khemah pompuan. Kuar pintu khemah terus turun tangga masuk dalam air. Terus feeling puteri bunian mandi sungai sambil nyanyi2.


 Ni apa yang cantik sangat ni? Ni surau ye kawan2. Surau dia besar. Laki dan perempuan di asingkan dengan tirai. Telekung pung ada. Takda alasan tak boleh solat ye? Awas!


 Surau floating tau.. jangan main2. Haaa. Belah kanan tu boleh nampak tempat ambik wuduk. Eh memang cantik la surau dia. Tak boleh terima betul! Siap ada bunga teratai.. Huwaaaaaa~


Ni bekalan kitorang. Member bake malam sebelum bertolak tu. Sedap gilaaa brownies nih. Haih. Makan tepi sungai sambil tengok ikan2.


 Ha ni memang tepi2 sungai tu je tau? Memang penuhhhhh dengan ikan2. Geram je tengok!



Sesampai je kat sana kami check in dan terus hiking ke Waterfall Lata Tampit. Kitorang dan makan siap2 kat luar sebelum sampai sini.


Pendakian tu taklah susah mana. Ambik masa dalam 45 minit untuk sampai ke atas. Abang Jeffry kitorang punya guide. Sesambil naik tu kitorang dikenalkan dengan pokok2 yang ada di sekeliling. Tambah ilmu pengetahuan jugak tau!


 Ni kat area penuh dengan buluh. Cantik kan? Masa ni baru half perjalanan. 


Ok dah sampai waterfall. Air dia sangatttttt sejuk! Dan time ni air cetek sikit sebab mungkin musim panas? Ntah kurang pasti.


Kitorang mandi dalam sejam lepas tu turun bawah balik. Perjalanan turun ke bawah kurang 30 minit sebab masing2 excited agaknya. Kemain laju turun.


Sampai ke khemah, kami rehat dan mandi. 7.30 ada BBQ dinner. Makanan dia memang superb la. Siap ada kambing ok. Saya ni tak makan kambing tau? Tapi tak tahan dengar diorang puji2, saya rasa la jugak. Amazingly kambing dia takda bau hamis dan lembuttttt sangat. Makan rasa nak nangis terharu. Hehe. Hospitality pun sangat puas hati. Owner dia baik dan peramah. Abis dia tegur setiap meja macam kenduri kawin anak pulak gayanya. Hehe. Thumbs up!




Lepas abis dinner, kami round satu resort. Besttttt sangat. Resort ni cantik. Macam2 jenis pokok ada. Untuk pencinta alam macam saya memang seronok la. Kat sini takda masalah kene gigit nyamuk. Maybe sebab pakai baju bertutup semua kot? Tapi dalam bilik ada disediakan ubat nyamuk sekali. Kitorang tak pasang pun. 


Saya tengah tak sihat datang sini. Tengah malam bangun banyak kali pegi toilet. Setakat 1 2 pagi tu ramai lagi belum tido, tak takut mana la. Tapi masa pukul 4 pagi saya terjaga nak g toilet, waswas jugak. Nak kejut diorang teman ke nak redah je? Memikirkan semua khemah penuh dengan orang, saya gamble je la redah gi toilet sorang. Hehe. Alhamdulillah takda apa la.


So kalau korang nak pegi sini, boleh tengok website diorang ok? Seriously memang recommended. Ni bukan iklan berbayar and saya bukanlah sedara mara owner pun. Ni entry ikhlas yang memang puas hati dengan layanan dan servis kat sini. Owner dia, pekerja dia semua friendly!

Website diorang kat sini ok? Sailor's Rest Resort.

Tata korang! 

Monday, October 10, 2016

Happy Birthday To Me!


Tengok dalam draft ada satu entry ditinggalkan tak berupdate. So marilah kita habiskan. Hehe.

Sebenarnya birthday saya dah lepas dah. Tapi alang2 dah ada gambar ni kan, saya tepek je la ye dalam blog.

Pepagi gi keje macam biasa. Tak rasa happy pun sebab hari ini officially bertambah tua. So nothing to be proud of. 

Masuk ofis, tengok ada box atas meja. I cant think of anything. Dalam otak duk terfikir sape la yang bagi aku hadiah ni? Mungkin ke cik abang? Tapi tak mungkin cik abang begitu sweet. Haha.

Rupanya bos saya ok! Adus sweetnya beliau.. Letak kotak pink dengan envelope pink. Ish. Dia tau favorite kaler kitaaaa. T___T


Ni la yang ada dalam kotak tu. Bos saya ni indian lady. Sweet kan dia belikan banyak gilaaaa brooch beraneka jenis bentuk dan kaler. Hehe. Comels.


Cik abang pepagi dah wish birthday. Pastu dia bagi kek.

Marble ciskek dua ketul Macam biasa dengan ucapan, 'Jangan makan dedua'.


Pastu ingatkan takde hadiah dah from him. Rasa cam nak tacing gak la kejap. Alih2 dapat hadiah ok!

Tada!!! Yang bestnya.... dia macam tau lak saya memang pakai Flora Gucci pun. Ishhh pandainye pilih rasa nak peluk kuat2! Oopss.. hikhik.


Ok tu je cerita birthday saya. Eh family saya pun ada belanja makan Stimbot kat taman dagang ampang. Tapi saya takde gambar... Hehe.

Alhamdulillah, blessed with beautiful family and friends!

Friday, October 7, 2016

D'Pallet Place


Semalam gi jumpa member kat langat. Lokasi perjumpaan haruslah berdekatan dengan rumah dia je kan, senang. Maka dia suggest ke D'Pallet Place sebab banyak choice makanan. Pilih je la mana yang berkenan di hati.

Dia jenis macam foodcourt yang besar pastu ada banyak booth. Pilih je nak makan apa, western ke, nasi campur ke, ayam penyet, nasi arab, bihun sup, bakso ke eh macam2 la tak ingat dah saya sebab mata dah terpikat kat booth western. Hehe.

Maka saya yang tak boleh lari dari western ni, order la Chicken Chop. 

Begini rupabentuk beliau. Okla sedap. Ayam tu rangup sangat! Sos sedap. Harga tak ingat, sorry. Tapi tak mahal pun, semua makanan kat sini berpatutan. Kalau tak, tak ramai la kan? 


Pastu saya order meatballs sebagai side dish. Melampau tak? Haha. Harga kalau tak silap RM10.
Awatla kaler hitam sangat taktau. Reality dia tak la sehitam tu.. Huhu.


Member saya order tako untuk anak dia. Tako adalah sangat sedap please! Serious. Tak menyesal cuba. Harga tak ingat.. mungkin RM4.90? Mungkin la tapi memang berbaloi. 


Ok tu je nak update. Sementara ada masa and gambar pun dah transfer siap2 ni kan. 

Si debab bz sangat lately.. banyak sangat benda jadi. Haha. Ade masa saya update lagi ye. Tata korang!

Tuesday, June 21, 2016

Berbuka Bersama Chapter 1


Chapter 2 datang dulu sebelum Chapter 1, camne tu? Hikhik.

Alkisahnya, ada orang sambut birthday dalam bulan puasa. So, kita nak bagi special la konon walau tak special mana. Balik kerja terus jumpa dia. Tapau kek siap2 dulu. Dah la taktahu dia suka kek ape, belasah aje la beli kek chocolate.

Dengan hujan lebatnya, jalan jemnya, sudahnya kami bertemu dekat nak berbuka sangat. Pastu masing2 bijak tak sediakan makanan awal2 in case of emergency. Tu pun nasib baik abang tol bagi air kotak masa saya topup touch n go jap tadi. Hikhik.

Lepas baca doa lebih kurang, bukak air kotak, memasing minum sesedut dua je. 

Pastu saya suruh dia pejam mata. Saya keluarkan cake, cucuk lilin dan nyalakan lilin. Jangan taktau, dah siap bawak mancis sekotak hokey. Ahaha!

Dia bukak mata je tersengih2 malu. Hahaha. Awak jangan malu, sebab saya pun malu ni. Tak pernah buat kot!!


Lepas tu kami menuju ke kedai satay kegemaran.

Unfortunately, satay tutup. As expected. Sebab kedai satay kecik je pun. Saya dah cakap dah mesti pakcik makcik tu tak berniaga. Pergi teraweh lagi baik. Tapi beliau ni degils, saya ikutkan je la. Sudahnya makan makanan biasa je la. Tu yang dedua craving satay tu, sampai ke tanjung karang perginya lepas tu. Huhu.


Lepas dah makan, dia cakap nak beli bulb lampu. Dia call housemate, tanya pasal bulb. Tetiba housemate dia cakap tengah teman Khai Bahar beli somting. Saya dengar Khai Bahar terus teruja.
Dia tanya la, nak jumpa Khai Bahar ke?
NAKKK LA WEH! APA JENIS SOALAN NI??
Hahahaha. Si debab ni dok repeat video Khai Bahar on daily basis kot. Lagi mau tanya mau jumpe ke tak? Duhhh~


Pastu, sampai di lokasi yang dijanjikan, kawan2 beliau panggil Khai Bahar,
"Khai, ada peminat nak ambik gambar ni".
HOI! Malu la! Diam je boleh tak??
Hahaha!


Khai Bahar pun datang la, "boleh boleh". Dengan senyum simpulnya. Sopan betul budak ni.


Saya ni pemalu. Khai pun pemalu. Dua2 tersipu2 weh. Dah kenapa?? Rasa cam awkward sebab orang tak kenal ambikkan gambar. Pastu kerumun dengan kawan2 dia. Semua lelaki. Kau rasa?? Harus saya kejung kat situ.

Dan ini hasilnya. Gambar kejung. Tapi....ehem....pose kami sama. Markah penuh kat situ! Hahaha!


Pendek kata baik la Khai Bahar tu. Sopan je. Memang jenis pemalu kot? Asik tunduk je. Sengih tunduk sengih tunduk gelak. Awww melting. Nasib budak lagi. *Tetibe


Lepas tu kami pun balik. Saya balik dengan senyum sampai telinga. Macam tak percaya dengan apa yang baru terjadi. Saya bukan jenis jumpa artis nak ambik gambar tau? Selalu jumpa artis saya buat bodoh je (kecuali Anuar Zain). Tapi ni bukan artis pun aku menggelabah semacam. Apahal kau elyn?


Sampai rumah kita isi perut lagi. Hasil dari pembelanjaan cik abang saya. Best betul rasa pilih2 masuk bakul, orang lain bayar. Ahaks.


Ok tu je nak bebel. Tata!

Monday, June 20, 2016

Berbuka Bersama Chapter 2


Ni kali kedua berbuka dengan ehem ehem. Kali pertama masa birthday dia 14hb hari tu.

Plannya nak tengok Conjuring 2. Tetiba jadi lain. Kami terus deal nak pergi Tanjung Karang. Buat apa? Makan satay! Weeehuu~



Dari Ampang ke Tanjung Karang with Love : Tajuk Album


Kenapa jauh sangat la? Dari dulu sebenarnya dia duk sebut2 nak makan kat sini. Dah berbulan gamaknya. Saya tak pernah lagi makan kat sini. Dulu pernah lalu je. Memang terkenal jugak tempat ni.

So semalam kami ke sini lepas asar. Sampai sana dalam pukul 6. Terus reserve dan order satay sekali. Dia ada lauk dan nasi campur, ada nasi goreng budget, mee goreng budget dan mee bandung. Saya makan satay je. Cik abang makan nasi campur dengan sambal sotong dan gulai kulit lembu. Erk. First time dengar please gulai kulit lembu. Huhu.

Yang best kat sini, dia ada sediakan satu table FOC. Atas table tu ada ais kosong, bubur pulut hitam dan tembikai. Ambik la berpada2, takmo tamak. Bubur dia sangat la sedap, tolonglahh...
Saya tak sempat nak tambah, sebab dah kene jeling. Fine.



Kami ambik satay besar. Secucuk RM1.60. Dalam gambar nampak kecik. Padahal besar ya ampun. Lidi dia pun pakai yg jenis besar tu. Bukan lidi satay biasa. Untuk orang debab macam saya ni, makan dua cucuk dah rasa penuh perut. Acaner tu??

Oh ye semua satay ayam saje tau? Satay lain takde. Tak payah nak berangan order satay perut bagai.


 Belanja gambar si debab tengah pandang kiri kanan tunggu waktu berbuka.


Ok tu je setakat ni. Pas berbuka kami terus balik. Hujan sepanjang jalan. MRR2 pun jem. Jem tanpa sebab. Org KL memang jakun kalau hujan turun kot? Semua pakat bawak 20kmj je. 

Akhir kata, memang tak rugi datang jauh2. Puas hati dan sedap sataynye. Kami ambik lauk sambal sotong tu RM2.00 je semangkuk kecik. Banyak jugak portion dia. Murah la kan? Next time boleh datang lagi.

Selamat berpuasa korang!

Tuesday, May 3, 2016

Walnut Pie and some bebelan



Hari ni rasa sangat lah lemau. Sebab bz sangat dari pagi terkejar2 buat keje.
Maklumla awal bulan. Nak sediakan semua yang patut, pass kat accounts.


Dah la pagi tadi masa tengah kelam kabut menyetelkan staff baru, ada sorang staff baru mamat india ni duduk depan mata saya dan tenung macam nak makan. Eh kau dah kenapa?!
Sampai saya kena sorokkan muka di sebalik monitor. Seram noks!


Nasib baik la lepas lunch dah ok skit. Banyak keje dah setel, tinggal beberapa benda je belum buat. 


Esok last keje untuk minggu ni. Esok nak bercuti ke Kelantan pulok. Badan belum habis penat travel ke Changlun aritu. Huhu. Lenguh2 habis kaki ni.


Petang tadi saya ternampak pie. Pastu mengadu domba kat Cik Abang. Hasiilnya, dapat la Walnut Pie ni ha.



Rasa dia ok la kot? Ntah la. Bedal je. Biasa la nafsu besar, nampak apa pun semua nak. Jangan heran la kalau badan naik mendadak tetiba kan. Memang tak payah heran. Dah 20 tahun dah tak penah heran. Hikhik.


Cik Abang bz naunau arini. Lepas bagi pie, terus dia balik. Rushing nak ambik orang.

Tapi kan, saya nak share satu benda sweet la. Hee.



Ni ha. Gambar tombol pintu. 
Apa yang sweetnya? 
Sweet sebab before Cik Abang balik, dia lock pintu ofis saya supaya takda orang masuk ofis kacau saya. Hehe. 
Penjeles kot? Agaknye la kot? Ntah.

Tapi memang agak semak la kalau orang masuk lepas waktu keje. Sebabnya time ni la saya nak siapkan keje tertangguh, so saya perlukan ketenangan dan ruang. Gitu.


Ok la, nak balik dah. Arini memang rasa penatttttttt lain macam. Dah la malam tadi tak dapat tido lena. Teringatkan someone. :/


Friday, April 15, 2016

Dating & Makan Sedap!



Hari tu pegi jumpa kawan kat Gombak. Sebabkan kawasan rumah dia sempit, parking la kejap kat tepi padang. Tepi padang tu pulak memang laluan nak masuk ke lorong tu, so kene park tengah2 supaya kereta muat lalu.


So disebabkan saya memang nak park kejap je, kawan dah nak sampai, saya park je la tengah2 tu. Yang penting kereta boleh lalu.


Tetiba ada sorang makcik (umur 40-an) lalu tepi kete saya, Saya buat tak tau je lah kan sambil sambung tengok WhatsApp.


Tetiba kereta saya kene ketuk. Terkejut saya. Rupanya makcik tadi ketuk body kereta saya dengan tangan dia. Bila saya pandang, sambil berkerut muka, dia bagitau jangan halang laluan pejalan kaki.



Ni la laluan pejalan kaki tu. Bila dia dah marah tu, saya jenguk kat luar dan sambung tengok phone balik. Bukan tak boleh lalu pun. Kira kalau nak lalu kat situ kena pijak rumput sikit la. Malas nak layan dia. Akibat tak puas hati, saya snap la gambar lepas dia dah blah. Hahaha.


Yelaaaa memang la terhalang sikit, tapi kejap je kot. Tak sampai 5 minit. Lagipun boleh je lalu, bukanlah tak boleh lalu ponnnn. Cuma kene pijak rumput sikit la tepi tu. Alah takkan tu pun nak berkira? Kawasan rumah kau ni sempit la. Ish!


Lepas kawan saya sampai, kami pun pergi makan. Saya request nak makan western, dia pun bawak kat satu kedai ni.


Duduk je, ada orang datang ambik order. Dia tak bagi menu. Saya pulak 1st time datang, taktau apa dia jual. Saya tanya la,

"Sini ada apa ye?"

"Western ada nasi lemak ada, mee bandung ada blablabla" Laju nak mampus. Hahaha.

"Grilled Chicken Chop ada?"

"Haaa ni saya nak bagitahu. Sebenarnya semua chicken chop tu adalah grill. Kalau pegi kedai yang goreng ayam tu, tu bukan chicken chop. Diorang salah. Ada yang marryland chicken chop la, ayam salut breadcrumb pastu goreng, tu salah tu. Tu bukan chicken chop. Saya cakap betul ni, saya keje hotel dulu blablablabla..."

"Ok bagi saya chicken chop 1" T____T

Lepas tu dia suggest air jagung special. Sedap katanya. Tempat lain takda. So saya pun cuba la. Saja teringin nak minum air jagung.


Ni la rupa air jagung special tu. Bawah dia sweetcorn. Air susu cair + susu pekat kot. Pastu ais kepal tu flavor jagung. Haa gitu. Sedap la.




Ni la rupa CHICKEN CHOP saya tu. Hehe. Oklaaa boleh tahan. Tapi takda sedap sangat sampai terigau2 di malam hari, tapi habis la saya makan. Bila pulak ko makan tak habis, Elyn? Khennnnn.


Lepas makan kami pun balik la. Air jagung tu buat berat saya naik 2kg esoknya. Sekian. 
(Nak jugak salahkan benda lain..) :P


Monday, April 11, 2016

Neighbours Cafe Ampang



Lepas habis majlis kahwin adik, dia nak belanja family makan. Fikir kat mana nak makan pun boleh stress tau? Pastu nak fikir tekak semua orang lagi. Bukanlah satu benda yang mudah. Hahaha.


Dipendekkan cerita, lepas dah survey secara serious oleh ahli keluarga semua, lepas dah suggest beberapa nama tempat dan keje reject, akhirnya abang kata, " Ok dah ada tempat. Confirm pergi sini. Jom siap semua!"


Abang is our survivor!!! Suggested by his friend katanya. Dekat pun dekat. Apa lagi? Jom siap semua! Kita pergi mana? 


Neighbours Cafe, Bukit Indah Ampang. 
Nah click SINI untuk ke page diorang.



Dia shoplot biasa je tapi tetiba cafe ni menonjol, nampak lain dari yang lain. Cafe hipster la macam tu kot? Kot la, kalau salah mintak ampun saya bukan hijabister, tak up to date. Ahaks.



Kami duduk kat belah dalam, sebab ada air cond (dan ada bawak diva tak boleh panas) dan bebas dari asap rokok. Gitu. 



Mintak maaf la gambar tak banyak. Yang ada pun cik tuan blog punya gambar selfie bersama anak buah beliau. Hikhik. 
Dak kecik ni rasa cam nak kunyah2 dia. Geram btol!!!




Damia dan Nayli bersama makngah kesayangan. Ahaks Ahaks.



Finally gambar makanan. Tapi seketul ni je la. Ni pun sebab saya punya. Saya makan Grilled Chicken Chop. Saya nak ambik gambar makanan orang lain tapi kena marah. 
Diorang cakap tak payah ambik gambar, makan je!
Ok fine. MAKAN LA.


Tapi serious talk la kan, SEMUA makanan yang kami order, semuanya sedap. Takde pun dengar orang complain tak sedap ke keras ke apa ke.


Kami order Chicken Chop, Fish & Chips, Creamy Mushroom Spaghetti, Lamb Chop, Meatballs dan tak ingat lagi ape tah. Hikhik.


Chicken Chop sedap giler. Side dish dia bagi broccoli which is my favorite, dengan carrot. Pastu mashed potato dia sedap. Gravy sedap. Coleslaw ok la sebab saya tak suka sangat but sedap la. Yang penting sos chicken chop tu sedap. Saya pilih Mushroom sos.

Fish & Chips dia sedap giler. Rangup, garing, crunchy. Puas hati makan. Serious.

Creamy Mushroom Spaghetti sedaaaaapppppp! Tolongggg! Hahaha. Creamy dan pedas sebab ada cilipadi. Kau rasa? Sedaplah!

Paling penting dalam dunia ni, Lamb Chop dia sedap sangat sangat sangat. Sila take note, saya tak makan kambing ye. Sebab kambing ada bau hamis. Tekak takleh masuk. Tapi Lamb Chop kat sini takda bau hamis please!!! Lembut je masuk dalam mulut saya sambil muka berseri2 sebab sedap. Ha, nampak? Sedap oi!

Meatballs dia macam ikea. Eh mesti la sedap. Duh~

Apa lagi? Haa air pun sedap lah. 

Eh dari atas sampai bawah duk sedap sedap. 
Dah memang sedap. Nak cakap apa lagi? Tapi sayang takde gambar. 
Takpe next time saya harus pergi lagi dan lagi dan lagi. 


Oh ye saya makan brownies Choc with Ice cream jugak. RM 5 jek. Komen? MESTILAH SEDAP OI~
Dah la malas nak type sedap lagi. Sorry la saya tak pandai nak describe kelazatan makanan, saya tau makan jek. Hehe.


Harga? Berpatutan. Bila kau makan lepas tu kau puas hati, mesti kau cakap berpatutan kan? Kalau kau makan lepas tu kau komplen itu ini, tu maknanya harga tu tak patut. Kan?


Kalau nak tau boleh tengok website diorang untuk lebih details. Nak lagi best datang je terus. Mesti tak menyesal. Waiter diorang akan sambut and layan dengan mesra sekali. Serious. Suka!


Lepas tu saya repeat datang dengan buah hati.

Teka saya makan apa? 
Erm.. niat nak makan benda lain la kan, nak tukar2 kononnya.
Fikir punya fikir punya fikir... 
Dari segi healthynya terpaksa lah ambik Chicken Chop lagi. Hehe. 



Sebab ayamnya digrill, ada sayur fav lagi. Dan carbo sikit. Tu la sebabnya. 
Maklumlah orang tengah cuba berdiet ni. Kena ambik kira apa yang masuk dalam mulut jugak.


Dan kesayangan saya order Sirloin Steak Medium Well. 
Kesayangan saya tu Chef tau kat hotel. Hehe. 
Saya berdebar jugak nak tau komen dia.
Saya tengok je dia makan. Dia diammmmm je muka tak pernah tak serious.
Dah tak sabar tunggu saya tanya la, 
"Camne? Ok tak?"
Sambil potong daging tu, dia cakap, 
"Daging dia lembut, memang medium well, dia pakai daging ada kualiti. Even dah sejuk pun tak liat. Ok, not bad"


Haaaa nampak??
Beliau adalah memang tak senang nak puji makanan sesape ye. Bila dia puji tu aku yang happy. Macamkan tu kedai aku pulak. Hampeh. Hahahaha.


So korang, sila la cuba ye. Saya ikhlas ni bagi komen. Ni bukan entry berbayar tau? Saya komen mengikut tekak saya dan family saya. 
Nak tau betul ke tak kesedapannya, korang try sendiri ok?

Tata~



Friday, April 8, 2016

Adik Kawin! (Kenduri Belah Lelaki)



Alhamdulillah majlis kawin adik saya berjalan dengan lancar tanpa ada masalah. 
Walaupun kakak dia yang macam bermasalah sepanjang minggu. Ahaks.


Sedih btul kitorang takde ambik gambar pun. Semua masing2 bz dengan tugas masing2. Sebab semuanya nak buat sendiri.


Saya buat candybooth.
Abah buat lakso.
Adik setup photobooth.
Tiga2 ni semua buat masa hari kenduri. 
Preparation malam sebelum nya, esok pagi masak.
Sampaikan saya yang tak sihat ni rasa nak collapse la malam sebelum kenduri. Huhu.
Bz sebab tak cukup rest dengan tak cuti nya. 
Dia punya bz tu dah terasa 2 minggu sebelum majlis lagi.
Saya dengan program saya sendiri, dengan keje lagi, dengan macam2 nak fikir lagi.
Mama sibuk dengan doorgift 1000 balang dan goodie bag yang bertambah tambah beliau tu.
Kalau type macam ni memang tak terbayang keadaan kitorang yang tunggang langgang tu la pendek kata.


End up candybooth dekat pukul 1 baru beroperasi. Hahaha.
Sebab person in charge 12.30 tak nampak batang hidung lagi. 
Mana taknya, pukul 10.30 pagi baru nak mandi dan gosok baju.
Syabbas betey!


Jom tengok gambar mana yang ada. Memang menyedihkan. Candybooth punya gambar pun takdak. Nice.


Balang untuk doorgift dalam proses pengeringan. 
Ye, kami basuh ye balang ni sebab kotor. Benda nak letak makanan haruslah kene bersih kan?
Murah je beli kat nilai jatuh rm0.90 sebalang. Gittew~


Kad kahwin


 The Pengantins


 Kakak pengantin dengan saudara sepupu. Kami sebaya. 
Single and available. 
Ahaks.


Kakak pengantin dengan bestfren beliau.
Beliau tak available ok. Married with 1 daughter. Gitu.
Motip? Ahaks.


Ok tu je gambar yang saya ada. Wuuu sedih la macam ni. Kita tunggu gambar dari cameraman je la. Taktau tahun bila boleh dapat... kan....


Tapi yang pasti hari tu memang teramat bz sampai taktau apa benda yang aku bzkan. Hahaha.


Lepas ni kenduri kakak pengantin pulak, insyaAllah. 
Taktahu bila la, dengan siapa.
Iols kan single and available?
Kan?
Tau kan?

*Motip ulang banyak2 kali?*


Ok la tu je nak bebel.
Have a great weekend uols! 
Tata!

Friday, March 4, 2016

Quick Updates!


Wah bajet artis sangat nak berquick updates bagai. Ahaks.

Saya adalah sedang memakan megi goreng sambil menjenguk blog.


 Mohon terliur


Lamaaaa tak update blog, tolonggg! Bz melampau plus penat sangat lately. Bz sebab apa pun taktau la, keje sama je. Pastu bila tak bz, otak dan badan terlalu letih untuk bukak blog, apetah lagi nak update. Memang dahulukan yang penting2 je.

Apa yang saya bz kan tu? Ok meh tengok gambar kat bawah.




Bz menyetelkan perihal adik kawin. Yang ni belah perempuan. Belah lelaki belum lagi ye... Ada 1000 balang doorgift untuk dikerjakan! *pitam*
Oh ye adik saya lelaki. Yang tengah tu kalau siapa tanya memang sentap la. Tengah tu kakak dia yang comel, ok? (tuan belog, ehem).


Lagi? Bz apa lagi? 

Bz dengan wedding kawan baik. Dia lantik jadi bridesmaid, so banyak benda nak kene buat jugak. Lebih kurang macam adik nak kawin jugak la, banyak benda nak diuruskan, gitu. Dari mengerjakan kad kawin, buat hantaran, tempah baju, eh macam2 la pendek kata.

Alhamdulillah majlis dah setel dengan jayanya walaupun banyak drama slot akasia. Standard la tu dok? Pengalaman yang tak ternilai harganya =)

Bridesmaid yang tomei

Tuan belog feeling bollywood ke apa pun taktau la. Nak merasa pakai inai. Nak tunggu sendiri punya kawin taktau bila kan? So meh kita melaram sama henna di tangan. Hikhik. Cantik ke tidak?? Semua kena cakap cantik ok?? (Paksa)


Lagi bz apa lagi Cik Elyn?


Haa ni paling best. Start dari hujung bulan 1, saya dah join 1 program exercise ni. Komitmen dia kena workout tiap Isnin dan Rabu. Jadi tiap Isnin dan Rabu jugak la saya akan sampai rumah lewat dan setel semua, ready untuk tido jam 12 lebih macam tu. Esoknya kena bangun jam 6 pagi. Jadi memang tak cukup tido. Dah la tak cukup rest, workout tu sendiri ada masanya meninggalkan muscle sore yang teramat dasyat sampai nak berjalan, nak bergerak, apetah lagi nak naik tangga sangat hazab! Tapi bukan selalu. Walaupun bukan selalu kadang2 ambik masa seminggu untuk lega T__T

Jadi, masa rehat saya, saya akan isikan dengan tido petang. Hahaha. Sebab tu la takda masa nak jenguk blog.


Dalam bulan February je tiap minggu ada kenduri dan majlis. Ni dah masuk bulan March kan? Kenduri adik belah pihak lelaki pulak bakal menyusul. 

Macam biasa Cik Elyn akan menjadi orang penting yang zupzap ke sana ke sini tak cukup rehat nak memenuhi kehendak masyarakat. 

Ok tu je kot nak cerita. Nanti dah setel majlis belah lelaki, saya belanja gambar lagi ok?

Tata korang! Nak balik dah~

Friday, January 22, 2016

Dapat Present, Yay!



Amboi lamanya tak update. 
Bukan la bz sesangat cuma bos sekarang suka duduk sebelah saya. Sebab kat sini tersorok sikit, so dia jadikan port tido dia! Chait!
Makanyaaaa... tak boleh la sebarangan bersenang senang hapdet blog dah. Even lunch time ke apa, sibuk nak duduk sini jugak. Haish.

Takda apa sangat nak cerita, tapi ada satu cerita best minggu lepas. 
Serious sangat best.

Cik abang saya ni orangnya garang. Muka pun ganas (tapi chumils). Rasanya ramai takut dengan dia. Hahaha. Ntah macam mana la ko boleh terkenan, Elyn?

Minggu lepas saya bergurau dengan dia. Dapat bonus nanti boleh la belanja purse untuk saya, sebab dah tahap malu nak keluarkan purse dari handbag. Dah koyak rabak dan tertanggal kulit bagai. Mungkin sepudar cinta pada ex jugak la kot? (Purse lama ni ex belikan, huhu).

Esoknya..

Tiba2 pepagi dia masuk ofis kelam kabut. Laju je menonong ambik selotape dari meja saya pastu dengan muka serious dia seal satu kotak ni. 
Saya perati je dia..
Muka serious tak boleh blah..
Dalam hati tertanya2 apa benda la dalam kotak tu sampai beriya nak seal..
Kotak cream cheese ok!

Bila dah siap dah puas hati dia selotape kotak tu, dia kata "tumpang sini jap eh", sambil letak kotak tu kat belakang workstation saya. 

Pastu lajuuuuuuu je dia keluar. Sampai saya kena panggil dia, 
"Eh jap jap! Nak pegi mana tu? Amboi tak tegur saya langsung eh?"
Berkerut muka dia masa saya panggil. Hahaha..
Saya tengok bibir dia pucat sket. Pastu taknak pandang muka saya sangat.
Cuba elak dari buat eye contact.
Dalam hati dah pelik, apa kena laki aku ni. Ada masalah ke kat atas. Nampak tak terurus betul pepagi ni.

"Saya bz ni. Banyak keje kat atas".

"Apa dalam kotak ni?"

"Bukak lah". Sambil laju2 keluar ofis.

Eh eh dia ni?

Pastu saya buat sardin je la, sambung buat keje dan teruskan hidup seperti biasa.
Setengah jam lepas tu, dia wasap.

"Tak bukak lagi ke kotak tu?"

"Laa, suruh saya bukak ke? Apa dalam tu?"

"Bukak la, kan dah suruh bukak tadi"

"Untuk saya ke?"

"Ye laa......"

Hahaha mana tahu betul2 dia suruh bukak. Adeh...

Lantas saya pun berkobar2 la potong selotape sambil tersengih2. Terkenangkan betapa seriousnya dia selotape kotak tu tadi pastu rupanya dia nak suruh kite bukak kotak tu T___T

Dan...

Rupanya ada ini dalam kotak tersebut...



Dia belikan purse rupanya.. Haha!

Serious saya tergelak masa tengok purse tu. 1st, tak sangka dia betul2 beli. 2nd, KENAPA WARNA OREN? Hahaha.

Dia tanya ok ke tak? Suka ke tak?

Ok sayang.. Sukaaaaaaaa..

Sampai sekarang tak abis lagi saya sengih kalau teringat benda ni. 
My super garang BF trying his hard to be sweet! Dan ia menjadik! 
Syabbas betey!

Sebagai penutup, saya lampirkan muka happy saya sebagai bukti.




Sekian, tata!