Monday, April 11, 2016

Neighbours Cafe Ampang



Lepas habis majlis kahwin adik, dia nak belanja family makan. Fikir kat mana nak makan pun boleh stress tau? Pastu nak fikir tekak semua orang lagi. Bukanlah satu benda yang mudah. Hahaha.


Dipendekkan cerita, lepas dah survey secara serious oleh ahli keluarga semua, lepas dah suggest beberapa nama tempat dan keje reject, akhirnya abang kata, " Ok dah ada tempat. Confirm pergi sini. Jom siap semua!"


Abang is our survivor!!! Suggested by his friend katanya. Dekat pun dekat. Apa lagi? Jom siap semua! Kita pergi mana? 


Neighbours Cafe, Bukit Indah Ampang. 
Nah click SINI untuk ke page diorang.



Dia shoplot biasa je tapi tetiba cafe ni menonjol, nampak lain dari yang lain. Cafe hipster la macam tu kot? Kot la, kalau salah mintak ampun saya bukan hijabister, tak up to date. Ahaks.



Kami duduk kat belah dalam, sebab ada air cond (dan ada bawak diva tak boleh panas) dan bebas dari asap rokok. Gitu. 



Mintak maaf la gambar tak banyak. Yang ada pun cik tuan blog punya gambar selfie bersama anak buah beliau. Hikhik. 
Dak kecik ni rasa cam nak kunyah2 dia. Geram btol!!!




Damia dan Nayli bersama makngah kesayangan. Ahaks Ahaks.



Finally gambar makanan. Tapi seketul ni je la. Ni pun sebab saya punya. Saya makan Grilled Chicken Chop. Saya nak ambik gambar makanan orang lain tapi kena marah. 
Diorang cakap tak payah ambik gambar, makan je!
Ok fine. MAKAN LA.


Tapi serious talk la kan, SEMUA makanan yang kami order, semuanya sedap. Takde pun dengar orang complain tak sedap ke keras ke apa ke.


Kami order Chicken Chop, Fish & Chips, Creamy Mushroom Spaghetti, Lamb Chop, Meatballs dan tak ingat lagi ape tah. Hikhik.


Chicken Chop sedap giler. Side dish dia bagi broccoli which is my favorite, dengan carrot. Pastu mashed potato dia sedap. Gravy sedap. Coleslaw ok la sebab saya tak suka sangat but sedap la. Yang penting sos chicken chop tu sedap. Saya pilih Mushroom sos.

Fish & Chips dia sedap giler. Rangup, garing, crunchy. Puas hati makan. Serious.

Creamy Mushroom Spaghetti sedaaaaapppppp! Tolongggg! Hahaha. Creamy dan pedas sebab ada cilipadi. Kau rasa? Sedaplah!

Paling penting dalam dunia ni, Lamb Chop dia sedap sangat sangat sangat. Sila take note, saya tak makan kambing ye. Sebab kambing ada bau hamis. Tekak takleh masuk. Tapi Lamb Chop kat sini takda bau hamis please!!! Lembut je masuk dalam mulut saya sambil muka berseri2 sebab sedap. Ha, nampak? Sedap oi!

Meatballs dia macam ikea. Eh mesti la sedap. Duh~

Apa lagi? Haa air pun sedap lah. 

Eh dari atas sampai bawah duk sedap sedap. 
Dah memang sedap. Nak cakap apa lagi? Tapi sayang takde gambar. 
Takpe next time saya harus pergi lagi dan lagi dan lagi. 


Oh ye saya makan brownies Choc with Ice cream jugak. RM 5 jek. Komen? MESTILAH SEDAP OI~
Dah la malas nak type sedap lagi. Sorry la saya tak pandai nak describe kelazatan makanan, saya tau makan jek. Hehe.


Harga? Berpatutan. Bila kau makan lepas tu kau puas hati, mesti kau cakap berpatutan kan? Kalau kau makan lepas tu kau komplen itu ini, tu maknanya harga tu tak patut. Kan?


Kalau nak tau boleh tengok website diorang untuk lebih details. Nak lagi best datang je terus. Mesti tak menyesal. Waiter diorang akan sambut and layan dengan mesra sekali. Serious. Suka!


Lepas tu saya repeat datang dengan buah hati.

Teka saya makan apa? 
Erm.. niat nak makan benda lain la kan, nak tukar2 kononnya.
Fikir punya fikir punya fikir... 
Dari segi healthynya terpaksa lah ambik Chicken Chop lagi. Hehe. 



Sebab ayamnya digrill, ada sayur fav lagi. Dan carbo sikit. Tu la sebabnya. 
Maklumlah orang tengah cuba berdiet ni. Kena ambik kira apa yang masuk dalam mulut jugak.


Dan kesayangan saya order Sirloin Steak Medium Well. 
Kesayangan saya tu Chef tau kat hotel. Hehe. 
Saya berdebar jugak nak tau komen dia.
Saya tengok je dia makan. Dia diammmmm je muka tak pernah tak serious.
Dah tak sabar tunggu saya tanya la, 
"Camne? Ok tak?"
Sambil potong daging tu, dia cakap, 
"Daging dia lembut, memang medium well, dia pakai daging ada kualiti. Even dah sejuk pun tak liat. Ok, not bad"


Haaaa nampak??
Beliau adalah memang tak senang nak puji makanan sesape ye. Bila dia puji tu aku yang happy. Macamkan tu kedai aku pulak. Hampeh. Hahahaha.


So korang, sila la cuba ye. Saya ikhlas ni bagi komen. Ni bukan entry berbayar tau? Saya komen mengikut tekak saya dan family saya. 
Nak tau betul ke tak kesedapannya, korang try sendiri ok?

Tata~



No comments: