Friday, August 2, 2013

Yay Minggu Depan Dah Raya!



Amboi seronoknya nak raya? Nak balik kampung ke Elyn? Raya kat Ampang je pun. Huhu.


Hari ni nak show off gambar makanan yang tak seberapa lagi. Alang2 dah amik gambar, sayang pulak nak delete. Baik letak kat dalam ni sebagai kenangan gitu.. Hehe.


So weekend lepas saya request kat mama nak masak nasi lemak je untuk berbuka. Semua orang terdiam masa saya suggest, dan diorang laju2 bersetuju. Haha. Mesti dah lama tak makan nasi lemak kannnnn, haruslah terliur! Hiks. 





So kami masak nasi lemak Sabtu lepas. Mama masak nasinya, saya buat sambal sotong. Masa tengah masak tu adik masuk dapur, dia tengok saya tengah masak sambal. Dengan nada risau dia tanya mak, "Sape masak sambal ni? Mama ke Keklin? Bukan mama eh? Keklin masak sedap2 tau!". Amboiiii apa kau ingat Keklin kau ni tak pandai masak sambal kah? Teruji tau tercabar dengan statement mu. Haha. Hasilnya? Haruslah sedap.. *tiup kuku :P


Dan hari Isnin haritu berbuka di rumah sewa, kami masak spaghetti aglio olio remix. Haha. Asalnya diorang suruh saya masak aglio olio, tapi semua benda nak dimasukkan, memang dah lain la jadinya. Dah macam spagetti goreng je kesudahannya. 





Tapi still sedap! Dan pedas! Huhu. Dan diorang cakap kurang masin. Ish. Saya rasa dah just nice. Ke diorang ni kuat masin? Tak elok la dikkkk, darah tinggi ko nanti. 


Oh ye, semalam saya berbuka di Laman Grill yaw! Ada banyaaaaak gambar. Hari ni pun berbuka buffet jugak. Kat pusat belia sek 7. Nanti saya buat entry lain la ye? Hikhik.


Ok tata uols!

No comments: