Friday, August 23, 2013

Cerita Pra Hari Raya




Nampak tak tajuk entry saya ni merepek tunggang langgang? Tapi belasah je la eh. Nak update sikit je pasal sehari sebelum raya hari tu. Bos saya bagi cuti dari Isnin. So saya ada banyak kelapangan menjelang Hari Raya. Tapi takde buat apa sangat pun. Kemas2 ala kadar je.


Abah dapat handphone baru hadiah dari family sempena birthday yang ke-64. Dah lama sangat mengidam fon baru. So kami bagi abah pilih nak beli fon apa within bajet la kan.




Bukan main tau abah pakai Note 2. Happy sangat beraya dengan fon baru. Kami beli ni petang menjelang raya. Memang senyum sampai ke hari ni manehhh je muka abah. Hehe.






Dan ni pulak hasil saya malam raya tu. Adik adik lelaki memang liatttt nak lipat baju sendiri. Diorang boleh basuh dan sidai baju. Tapi dah kering longgok dalam bakul je. Saya tengok bakul tu dah melimpah ruah mintak ampun dah. Sakit mata tahu! Tak semena mena mood nak melipat baju datang.. Jadi saya pun setelkan sebakul penuh. Puas hati. 


Tapi yang sadisnya, semalam saya tengok bakul tu, dah nak penuh semula. Siapa nak lipat balik semua tu? Hurm..

No comments: