Pejam celik tiba-tiba je dah tinggal 10 hari je sebelum Syawal. Ish. Tahun ni saya seronok berpuasa sebab sihal walafiat, alhamdulillah. Tak puas pulak rasanya. Kalau tak puas, sila puasa enam ye nanti Elyn. Huhu.
Berpuasa kat rumah sewa ni biase la kan, memang kena masak la. Housemate pulak dah bertambah jadi 4 orang semuanya. Memang meriah la. Kami beli barang dapur sama-sama dan masak pun sama-sama. Biasanya sahur tak masak. Saya yang rajin bangun sahur sebab takut gastrik. Sahur minum nestum je pun. Jadi la untuk alas perut. Huhu. Masa berbuka memang dapur kelang kelibut la sikit. Yela masing-masing ada ilmu masing-masing. Semua pun nak masak. Benda simple je tapi bila 4 orang masuk dapur, memang macam kapal pecah la jugak.
Ni masa minggu pertama puasa. Saya masak lemak telur ayam. Ada yang buat sayur goreng. Ada yang goreng tempe. Dan belen lauk semalam. Oh saya beli cucur ikan bilis jugak, saje je terliur. Padahal boleh je buat. Hikhik.
Masuk minggu kedua, kami dah start ada menu tetap. Hari-hari mesti ada jelly dan custard. Cuba sekali, rasa menarik, harusla cuba berkali2. Memang stok jelly dan custard tak putus la dalam fridge tu.
Ni menu minggu ketiga. Rasanya selalu sangat saya makan makanan berunsurkan cili kat rumah ni. Semuanya merah. Tak merah, hitam. Kuat betul guna cili budak2 ni. Sampai dah macam muak pun ada. Haha. Teringin nak makan simple sup je. Clear sup with noodles. Amboi siap bagi nama menu. Hikhik.
Oh ye, menu kat atas ni adalah sardin goreng dan sayur goreng je bersama dengan jelly dan custard yang nampak sipi2 tu. Oh dan bersama mangga. makan sorang sebijik macam tu je baru la gangster. Hehe. Nampak dek mama sure kena bebel :P
Berbuka kat Ampang pulak memang la best. Best sampai tak ambik gambar pun. Haha. Sebab takut kena marah dengan adik beradik, semua nak ambik gambar. Diorang ni tak memahami jiwa seorang blogger. Saya perlu tepekkan di sini walaupun bukan ada orang heran pun. Sedihnya ayat :P
Minggu pertama abah masak ayam percik kuah putih. Memang maveles. Huhu. Minggu kedua abah buat nasi arab! Dabel the joy! Sampai tak cukup la kan sampai ada episod sedih di pagi hari sebab kempunan tak dapat sahur dengan nasi arab. Dan minggu ketiga, abah tak masak. Padan muka semua orang. Saya dengan mama la ambik alih. Hehe.
2 minggu lepas saya cuba masak asam pedas. Seumur hidup tak pernah masak masakan susah2 macam ni. Setakat ayam kicap ke ayam sambal tu memang sap sap soi je la. Ni mama bagi task masak asam pedas kepala ikan. Haaaaaa amk!
Dan ini hasilnya. Hikhik. Terkejut jugak dengan hasilnya okeh. Dahla tengah puasa, tak boleh rasa. Memang sesedap rasa cuma kurang garam sikiiiit je kot? Yang paling menyentuh jiwa bila adik pun suka dan makan bertambah2. Huhu. Faham tak situasi sekarang ni? Saya terharu sebab benda tak pernah masak, 1st time masak, tak boleh rasa, dan hasilnya menarik! Haaa u with me now? No? K fine.
Semalam saya masak ayam paprik. 1st time jugak. Ye, saya tak pernah masak paprik. Haha. Masak tengok resepi okeh. Kau hado? :P
Dan hasilnya? Mmmmmm macam ada yang kurang, tapi taktau apa. Takpe, cuba lain kali ye Elyn. Practise makes perfect. Macam biasala, gambar takdok.
And last but not least, saya nak share benda alah kat bawah ni.
Saaaaangaaaaaat la sedap okeh! Makan sambil pejam2 mata! Apa benda ni? Nampak cam menakutkan kan? Ni tapai ubi + roti + telur + santan + bunga cengkih. Abah memang rajin buat ni kalau beli tapai ubi. Dari kecik saya memang rajin jumpa. Taktahu la ni memang makanan orang Kelantan or abah sorang je cipta? Sebab saya tak pernah tengok n jumpa tempat lain selain kat rumah saya. Hehe.
Ok tu je nak cerita. Fuh panjangnya bebel! Actually banyakkkk benda nak share tapi malaaas nak type. Ahaks.
Korang berbuka apa hari ni? Saya taktahu lagi. Mood masak memang takda langsung. Tengok la camna karang. Selamat berbuka ye korang semua! =)
No comments:
Post a Comment