Puasa tahun ni setakat ni adalah yang terbaik pernah saya rasa. Dari kecik lagi saya ada masalah dengan puasa. Perut tak tahan, bila dah tengah hari kepala pening nak muntah, badan lemah tak boleh buat apa. Baring je sampai waktu berbuka. Elok dah makan, semua tu hilang. Sabar je la.
Masa sekolah boleh la bantai tidur kalau tak larat kan? Katanya sekolah pun setengah hari je. Petang tu boleh la membuta kejap. Bila dah kerja ni memang takda harapan la ko nak feeling tidur petang ke tidur pagi ke tidur tengah hari ke. Macam tahun2 lepas, ada jugak beberapa hari saya tak tahan, terpaksa makan jugak. T___T
Orang kemain pesan makan itu makan ini baru tahan lapar. Takde maknenye, macam2 dah saya cuba. Rupe tu jugak. Yang saya perasan, tak boleh makan nasi masa sahur. Confirm kul 8 pagi perut dah lapar tak boleh blah sampai petang la menanggung sengsara. Apatah lagi kalau tak sahur? Lu pikir la sendiri.
Tahun ni, setakat ni dah 7 kali bersahur, saya adalah stabil sampai ke petang. Takda pening2 nak muntah terbaring je. Saya dah jadi macam orang lain. Harap kekal sampai tahun2 berikutnya. Semoga Allah permudahkan urusan saya berpuasa. Huhu. Sebelum masuk bulan puasa saya kemain risau.. kenapalah aku tak boleh jadi macam orang lain yang elok je berpuasa. Allah makbulkan doa saya kot kan? :')
Saya minum nestum je time sahur. 4 sudu besar nestum, 1 sudu besar susu pekat. Cecah dengan biskut serat dalam 4 keping. Setakat ni dengan makan macam tu badan saya tahan sampai ke petang.. Lapar dahaga lite2 je. Alhamdulillah.
Sebagai penutup, saya nak showoff hari tu masak spaghetti carbonara simple je untuk adik. Kenapa untuk adik? Sebab dia nak makan lepas balik teraweh. Huhu. Layankan aje. Besar pahalanya ok. Kalau la kita nampak pahala tu mesti berebut2 nak kejar dan berlumba2 nak dapat pahala banyak2 kan? Hikhik.
Korang berbuka apa petang ni? Ke beli kat bazaar je? Saya mestilah masak. Rumah dekat, sempat nak masak lagi sementara azan. Saya belum jejak kaki ke bazaar lagi. Belum datang mood. Tengok la minggu depan kot mungkin nak jenguk apa ada kat sana. Teringin bubur lambuk je sekarang ni. Belum ada rezeki lagi nak makan. Huhu.
K la korang. Gi sambung buat kerja ye. Saya tak banyak kerja dah. Boleh la kemas2 apa yang patut kot. Tata! =)
1 comment:
tengok spegeti tu bulan2 pose ni sangat menyelerakan la..hehe
http://joynhoney.blogspot.com.au
Post a Comment