Thursday, July 18, 2013

Wall MakeOver By Na, please choose me!




Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana rumah saya betul2 memerlukannya! 


Kenapa rumah saya memerlukannya? Ceritanya begini..


Sebelum puasa hari tu mama suruh adik lelaki dan abah cat rumah bahagian luar sebab cat lama dah luntur. Adik pun beli la cat kaler grey dan operasi mengecat bahagian luar rumah 2 tingkat pun selesai sebelum masuk bulan puasa hari tu.


Tapi...


Ayah saya yang over 'kreatif' memang tak boleh duduk diam bila nampak ada cat lebih yang tak berapa nak banyak sangat tu. Abah ketuk dinding DALAM rumah yang ala-ala macam retak menggelembung tu. Dinding tu pulak kat tengah2 hall tu. Banyakkk pulak tu diketuknya. Pastu tampal dengan benda putih tu (taktahu nama, sorry). Huhu. Dinding kat hall saya warna beige. Sangatlah buruk jadinya tetiba ada berbelak-belak putih hasil tampalan abah. Dan yang paling sadis sekaliiii........... abah pergi cat bahagian putih tu dengan kaler kelabu cat lebihan hari tu! So bayangkan hall rumah saya dah macam apa dah ada beige ada KELABU ada hijau T____T


Jadi tolonglahhh Nadia bantulah kami sekeluarga. Abah memang tak larat la kalau nak suruh cat 1 rumah bahagian dalam dengan cat baru. Umur abah pun dah 65. Adik lelaki saya kerja balik malam, so memang tak dapat la nak cat. Saya taknak raya dengan dinding berbelak-belak! T___T






Ini corak pilihan saya. Cantik kan? Ada baaaaanyak sangat corak lain pening saya pilih sampai berpeluh-peluh. Kalau korang nak tengok contoh yang ada boleh tengok kat SINI.


Ok tu aje nak bebel. Semoga nasib menyebelahi saya, amin! =)



No comments: