Monday, June 18, 2012

Terasa nak bebel panjang-panjang!




Hi korang. Hari ni sangat la membizi. Dari masuk ofis sampai la habis waktu kerja, tak cukup nafas rasanya buat kerja. Tapi tak nampak pulak perbezaan kat meja ni. Cuma in-tray je dah tak tinggi. Biasa kalau time orang takda, memang meja bersepah bertindih dengan kerja. Tapi elok je setel, baru la semua orang nak masuk dan pandang ke arah meja yang bling bling macam orang takde kerja. Korang selalu tak macam tu? Ke saya sorang je? Dah la saya jenis tak suka sepah meja. Lepas setelkan kerja make sure meja pun kemas. Alamak ada banyak ayat ulang2 la, kalau masuk ON AIR sure dah kena buang. Ahaks.


Weekend saya, macam biasa spend dengan family je. Hari Khamis dan Jumaat saya tidur dengan mama sebab abah takda, balik Kelantan. Seronok betul dapat tidur sekatil dengan mak, rasa special. Tetibe. Hikhik. Disebabkan abah takda kat rumah, sabtu pagi saya kena bangun pagi dan teman mama pergi pasar. Balik dari pasar terus masak. Lepas masak, bawak bekal semua ke rumah abang, melawat 2 orang budak kenit tu. Petang tu ambik abah kat PWTC. Oh saya dengan mama gotong royong bersihkan hall atas siap alih furniture dan mop lantai segala. Sakit pinggang iols okay. Tapi rasa terharu la, bukan senang nak tengok budak debab ni mop lantai. Setahun mungkin sekali. Ahaks. Bukan sebab malas tau, sebab selalunya abah dah buat dulu sebelum saya buat. (Alasan terbaik :P)


Hari Ahad pulak takda buat apa2 sangat. Just basuh baju 2 trip dan tengok tv dan tidur je la. Sambil tengok tv, kunyah coklat macam makan nasi. Pastu heran kenapa badan makin naik. Pelik kan budak debab ni? Haha.





Ini coklatnya. Beli kat langkawi. Sedap woo. Sila la try kalau tak percaya. Lemak gajus tu dicampur dengan lemak manis coklat, kombinasi yang sangat menarik. Rasa sekali pasti nak lagi! Hikhik.


Oh ye, minggu lepas sebenarnya ayah saya tetibe je tanya, 

"Kamu takda kawan dengan orang luar negara ke Elyn? "

"Er.. kenapa?"

"Yela, kalau ada bolehla kita melawat negara orang.. Cari la sorang.."


Boleh tak? Kawan tu bukan kawan friend friend ok. Kawan di situ maksudnya boipren. Amboi abah.. Dulu lelaki nak kawan ngan Elyn abah marah kaw kaw. Laaa ni siap suruh cari boipren omputih. Hebattt naaaa! Semalam tengok nona pun ada siarkan Nurul kawin dengan lelaki perancis tu kan? Abah pun sambung lagi drama hari tu, 

"Tengok tu. Nurul yang gelap tu pun dapat kawin dengan omputih, lyn. "


Amboiiiiii.. Nurul yang gelap ye? Elyn ni memang la cerah sikit kot, tapi lemak elyn ni 2 orang punya lemak berkumpul dalam 1 badan ni. Siapa yang nak? Omputih tengok pun tak sudi pandang sebelah mata kot. Besar sangat impian abah tu. Isk. 


Boipren melayu pun payah nak carik, ni kan pulak la boipren omputih. Elyn tak kisah sangat abah, janji sedap mata memandang, macam Anuar Zain tu pun jadilah. Ahaks. *Larikkk*





4 comments:

cryclown said...

suport abah..blum cuba blum tau:)

-eLyNhere- said...

alamak. nak cuba camne ni? pls advice! :P

cryclown said...

huhuhu...cmne yerk..sini rmai org pribumi jer..huhuh

-eLyNhere- said...

hahahah tau takpe. KIV dulu la kirenye :P