Friday, June 1, 2012

Tabita - Lepas 5 Bulan


Salam Jumaat korang. =)


Saje nak update pasal Tabita ni. Diam tak diam dah 5 bulan saya pakai. Masa mula2 dulu disiplin la jugak. Lama2 kadang skip krim malam sebab letih sangat tak larat nak angkat tangan apply cream. Terus hempas badan atas katil je. Wah hempas tau! Mana tak lendut katil tu. Hahahaha.


Yang saya perasan, tiap kali lepas cuci mekap kat ofis, kulit saya jadi bersih je. Tak kusam. Pink2 gitu. Tak payah apply mekap lagi dah. Kadang tersenyum sorang masa pakai tudung sebab dah jimat masa tak payah nak conteng2 muka, dah nampak senonoh muka saya. Kalau sebelum ni, lepas solat je at least kene la letak bedak sebab kulit tak cantik. Malu kalau orang tengok kulit kusam saya. 


Kalau keluar dekat2 or pergi hospital pun saya tak mekap. Just letak bedak kalau nak feeling kulit gebu. Kawan pun tegur, muka saya dah putih bersih. Walaupun takde mekap. Memang puas hati sangat la. Tak sia2 merana muka merah masa awal2 pakai tabita dulu. Huhu.


Sekarang ni saya dah tak pakai night cream sebab dah habis. Ada lebih kurang sebulan tak pakai night cream. Ingat macam taknak sambung la. Sebab saya dah puas hati dengan hasil sekarang ni. Krim malam tu macam menghakis kulit saya kot sebab asyik mengelupas je tak henti2. Bila stop cream malam, takde dah menggelupas. So takmo sambung dah la. Nak try guna produk biasa dulu. Nanti kalau nampak cam kusam balik, baru la guna tabita balik. Harapnya biarla kekal kulit saya macam ni. Sebab tak suka la menggelupas tak tentu pasal. Tak hensem jadinya.


Ala sorry tau takde gambar nak tunjuk. Saya memang takde ambik gambar latest pun. Nanti la kalau terrrrajin ada gambar baru saya tepek kat sini okeh? 


Itu aje nak bebel. Happy weekend korang! =)

1 comment:

sha jeff said...

skrg awk pakai tabita lg ?