Monday, June 25, 2012

Aktiviti Hujung Minggu



Hi semua! Camne Monday? So far so good? Haha gedik sangat kan :P


Saya sangat seronok sejak hari Jumaat lagi rasa teruja nak balik rumah. Tak sabar nak jumpa mama, jumpa abah. Rasa macam rindu sangat! Hehe. Padahal 5 hari je tak jumpa. Sebabnya minggu lepas saya takda balik Ampang pun, straight dari Isnin sampai Khamis saya tidur Shah Alam. So Jumaat lepas balik ofis terus balik Ampang.


Memang happy sesangat la, mama pun mood happy je, positif je. Saya suka! Cuma hari Ahad tu hati mama tersentuh la teringatkan something. Saya pun nyaris nak menangis, tapi tahan dan terpaksa buat buat happy. Huhu. 


Abah dah bagitau awal2 nak buat nasi minyak hari Ahad. So saya dengan mama goyang kaki tengok tv anak beranak. Sampai time, terus makan je. Hikhik. Sukeeeee betul dapat abah macam ni tau. Tapi tak boleh nak suka sangat la, lepas abah masak, dapur memang horror sikit. Saya siap basuh dapur, berus sinki, tiles segala la before makan. Baru la senang hati nak makan. 






Ini la lebih kurang rupa bentuk nasi minyak abah. Ada letak kismis. Tapi abah letak ayam skali dalam nasi, kira macam masak nasi arab la. Haha. Tu la abah saya, memang ikut rasa je nak masak macam mana pun. Kami anak beranak makan je, janji sedap. =)


Jadinya, untuk berlaku adil, petang Ahad tu saya dan mama buat popiah goreng. Letak carrot dengan sengkuang, tambah ayam sikit je. Very the simple tapi very the sedap i tell u. Dah la hasilnya lepas goreng, gemuk2 besar2 macam tuan nya jugak. Ahaks.




Sorry la ni gambar curik je. Saya takda gambar sebab lupa nak ambik. Dan handphone pun sibuk nak buat hal, tak dapat la nak tunjuk bukti :(





Dapat buat 30 biji semuanya. Goreng 15 biji, lebihnya masuk dalam fridge. Ala-ala frozen popiah la kan, bila nak makan nanti goreng je. Seronok sungguh! Hiks.


Fuh penatnya bebel dalam hati. Er dalam hati la kan sebab tak keluar kat mulut, terus zahirkan kat dalam blog je. Eh dalam blog tu kira zahir ke? Alamak saya dah peningkan diri sendiri. Sebelum cikgu BM datang, baik saya larikkkk..! :P





2 comments:

cryclown said...

hujung mggu y sibuk gak..hingga tak sedar diri ini demam pada hari isnin..huhuhu

-eLyNhere- said...

alamak cikgu datang! hehe.
macam mana demam tapi tak sedar ni? isk. have a good rest cikgu!