Friday, February 3, 2012

Hasil Selepas Sebulan



Ececeh tajuk bikin gempak je kan. Ahaks.



Saya nak cerita la sikit. Cerita perasan cantik. Sikit je tak banyak pun. Boleh kan? Hehe. Sekarang ni kan, ramai dah orang tegur muka saya nampak lain. Berseri-seri, cantik. Dorang kata ye bukan saya. Ramai tanya pakai apa. Ahaks. Bagi saya kan, takde la cantik mana pun. Cumanya kalau dulu saya beriya-iya la pakai moisturizer la, foundation la, bedak 3 inci sebagainya, tapi sekarang ni takyah pakai apa2 pun tiba2 je muka dah cantik, pipi merah2 gitu.. Awwwwww maluuuuu tawww~ :P



Baiklah, kali ni saya kasi la tengok muka saya yang tak seberapa ni. Takdela chantek pun. Biasa2 aje. Tapi better la dari kulit sebelum ni. Hehe.






Tadaaa! Ni semalam punya. Kulit merah2 sebab duduk tengah panas. Ok fine memang dalam kete tapi adalah sangat panas. Saya pakai bedak dengan eye liner je. Dah lama betul rasanya tak bersiap. Semalam tergerak hati nak bersiap pastu apa lagi, harus la amik gambar kan? Hiks. Biasanya kan, saya kene pakai moisturizer, kalau tak nanti kulit menggelupas langsung tak boleh nak pakai bedak. Lepas tu pakai lak foundation. Lepas tu baru pakai bedak and eye liner. Tu pun tahan la 2-3 jam je, nanti muka berminyak, foundation berkerak dan nampak sangat tak senonoh langsung. Kene lap2 dengan tisu T____T



Sekarang dah tak payah dah harung tu semua. Lepas mandi dah boleh terus keluar siap2. Laju je. Kalau nak nampak berseri sikit boleh lah mekap sikit2. Senang betul rasa. Takde dah kene marah dengan mak sebab selalu jadi orang paling last siap. Haha.



Tapi saya belum puas hati lagi. Sebab blom dapat macam kulit sebelum ni. Kat bawah ni gambar 3 tahun lepas.





Teringin nak jadi macam ni balik. Gebu2 je halus mulus kulitku. Hukhuk. Eh tapi kan yang ni pakai foundation segala la. Siap elok. Blusher je tak pakai. Tak pandai la, takut jadi cam badut. Hehe.

Ok tu je nak update. Sesape berkenan boleh email saya ye, kita berkenalan. Hahaha larik~!



3 comments:

Izzatul Azma said...

aaa cantiknya kulit Elyn !

Afraliza Yusof said...

kulit comey..bila boleh i dpt kulit mcm u?

-eLyNhere- said...

iza,

haha yang 3 tahun lepas ke yang sekarang :P
anyway, tq! <3


Afraliza Yusof,

kulit comey? ke orgnye? haha perasan!
u pakai product yg same ke? kalau same, insyaAllah dalam sebulan kalau disiplin pakai, bole jadi camtu kot. depends on kulit memasing jugak rasanya.. sesuai ke tak ke.. kan? :)