Friday, December 30, 2011

Yay Cuti Panjang Lagi!




Salam Jumaat kawan kawan =)



Esok start cuti panjang lagi sekali. Baru je 3 hari keje dah cuti lagi. Suke! Hiks. Takda plan apa2 kot. Mama tak cakap pape pun. Mungkin jalan jalan gi shopping or makan makan je kot nanti. Tengok la macam mana.



Sehari je lagi sebelum nak masuk tahun baru. Hurm seronok jugak la. Tapi yang tak seronoknya, makin tua la jadinya nanti. Takut la. Pulak tu tak kawin2 lagi. Bertambah la takut. Kesian kat mama and abah nak mengadap orang ramai nanti. (bajet artis keh? :P)



Untuk pertama kalinya dalam hidup ni, tahun 2012 ni saya ada azam. Azam yang yakin dan nekad untuk capai. No no bukan azam nak kawin, tu keje Tuhan, saya takde kuasa nak merealisasikannya. Hehe. Nanti saya bagitau ye apa azam saya tu. Sekarang nak sambung buat keje. Sementara tu, sila tengok gambar di bawah.






Putu Bambu ye kawan kawan. Ni kegemaran dari kecik ni. Nyums~




Wednesday, December 28, 2011

Nan Cheese Maveles




Saya baru start keje hari ni. 3 hari je keje. Best btol! Hehe.


Cuti panjang hari tu saya pegi PD ada, family gathering kat sana. Erm, gambar takde la nak tunjuk. Sebab orang lain yang ambik gambar semua. Takpe, nanti dah ada gambar, saya tepek kat sini okeh.


Kat ofis arini semua merungut sebab gaji blom dapat lagi. Dorang salahkan saya sebab cuti semalam. Haha. Jangan la begitu kawan2, saya juga tengah sengkek ni. Nanti kita gi kutip pasir ngan batu belakang ofis sama2 ye.. :P


Sementara tunggu lunch tu, sudila kiranya korang tengok nan cheese kat bawah ni. Memang terpaling sedap yang pernah saya makan la. Kedai lain tak jumpa macam ni. Kat Shah Alam je ada okeh.




Cheese yang melimpah ruah, roti yang teramat lembut dan gebu. Makan sorang kompem takkan habis. Memang kene syer 2 orang. Cayola cakap den.


Ok mari sambung wat keje. Naik juling dah mata ni tengok nombor. @_@


Thursday, December 22, 2011

Jodoh atau Kebetulan?



Tajuk gempak kan? Poyo semacam jek. Haha.



Semalam saya pegi jumpa kawan kat Damansara . Aritu pegi kan saya sesat mesat dan di bantu oleh incik Hafiz look-a-like atau memang Hafiz sendiri ke pun tak berapa nak pasti. Yang penting, rupa bentuk fizikal dan suara dan rambut dan topi dalam kete beliau adalah sama.




Adakah anda yang tolong saya aritu? Ahaks.



Abis keje je terus saya gerak. Kul 7 sampai sana. Memang jem teruk la tambah2 ujan lebat. Buruk betul perangai sampai rumah orang time azan maghrib. Tapi nak buat macam mana, kitorang pun singgah la masjid dekat dengan IKEA tu. Incik kawan masuk dalam, saya tumpang toilet restoran sebelah. Dah terkepit2 jalan. Lalu tepi kedai tu nampak macam kelibat laki yang sangat familiar. Sekali toleh, Awi Rafael daaa. Nak tau rahsia? Saya minat kot dia ni. Sebab lagu Pulanglah tu ada kenangan ngan incik kawan saya tu. Eh berbelit la pulak. Tapi pendek kata memang saya minat Awi sebabkan muka dia lebih kurang kawan saya sorang tu. Hiks. Lagipun lagu dia best je. Suara pun sedap. Saya pun follow Awi on twitter. Nampak cam dia appreciate fans dia. Molek la tu.



Incik Awi Rafael



Oh sebenarnye, saya tergedik menggelitis dalam toilet fikir nak senyum kat dia ke tak, nak pandang ke tak, nak lambai ke tak, nak amik gambar ke tak. Haha! Ai pemalu ok. Last2 kuar toilet, lalu sebelah, tak pandang pun. Cis. Sebab kawan dia dah pandang saya dulu. Malu weh. Terus jalan menonong masuk kete. Dalam kete terus call kawan excited giler sampai terjerit2. Sebab apa excited saya pun tak pasti la. Pelik kot. Jakunkah kau Elyn? Kesian btol.



Bila incik kawan tadi abis solat, saya cerita la kat dia. Bagitau muka dia sama macam awi. Kene marah balik ade la. Haha. Dia kata tak sama langsung. Pastu tak layan pun saya tergedik gedik kat sebelah ni. Pastu lalu depan kedai tu, saya senyum dan lambai awi. Ahaks. Ahaks. Ahaks. Puas hati kat situ. Aritu jumpe Hafiz, ni jumpe Awi Rafael lak. Damansara memang best.



Kitorang ingat nak gi OU, sebab incik kawan tu nak makan Carls Jr. Tapi memandangkan jalan sangat jem sampai tak bergerak, kitorag terus pegi Midvalley je. Tengah jalan2 menuju ke Carls Jr, saya terselisih dengan lelaki ini.





Ye, Rizal Jaafar. Harusla excited jugak. Sebab sabtu lepas baru tengok drama dia. Adoi pelik la, apasal excited sangat jumpe retis ni??? Ape ke jakun bebenor? Dah tersampuk jin mana la agaknya. Haih. Dulu takde la camni. Jumpa Anuar Zain pun boleh rileks je. Takde pun tergedik gedik menggeletis cam ni. Ke sebab hormon gedik terlebih sebab jumpa incik kawan yang bertambah ensem tu? Ahaks. Ye, dia bertambah ensem kot. Rambut dah panjang. Help Help!



Dah setel makan borak2 mengadu nasib segala, kami pun balik la. Saya sampai umah kul 11.30 malam. Mama redha je. Sebab kuar ngan incik kawan tu. Dah dapat restu kot. Walaupun blom jumpa. "Nampak macam budak baik dia ni. " kate mama. Ahaks. Kira restu la tu kan? Ok awak, boleh la masuk meminang saya. Hiks. Berangan!



Sekian cerita gedik untuk arini :P





Thursday, December 15, 2011

Addicted



Dulu tak faham dengan bebudak yang obses dengan patung2 dari Korea ni. Tapi ape kes sekarang tengah ketagih layan lagu ni?





Duk ulang2 lagu ni dari semalam sampai ke arini. Abis la..



Khamis Punya Cerita




Pagi ni bangun2 celik mata je terus sakit perut. Ahh sudah. Dah la banyak benda nak kena setelkan kat ofis ni. Nak MC memang tak dapat la. Kang bebudak tu tak dapat pulak gaji, kesian pulak dorang. Maka terpaksa la saya pegi ofis jugak dalam keadaan sakit perut teramat tu. Sesekali dia tarik tu, terjerit dalam kete macam orang kene r****l. Nasib baik takda orang. Haha.




Dalam pada sakit perut tak sedar diri tu, breakfast bukan main hebat lagi. Saya makan ini.




Ye, Laksam. Abis kalau abah dah belikan letak atas meja siap2, pastu masa salam siap pesan, "Ada laksam tu atas meja", sampai hati ke nak kata "Elyn tak boleh makan la abah, sakit perut." Sampai hati ke?? Mesti la tak kan... Jadi, kerana sayangkan abah, ku telan jugak laksam ni. Pedih2 perut saya menjerit. Bagi rasuah dengan air teh o panas, lega sikit. Sekarang pun ada saki baki je lagi.



Eh lupe pulak. Dalam pada sakit perut muka berkerut kerut tu, lunch tadi saya bedal Prosperity Burger ye kawan kawan. Teruk kan perangai? Abis, kawan dah ajak. Tak sampai hati pulak nak cakap, "Aku sakit perut la ko pegi la sorang". Tak sampai hati... mana boleh... (Padahal bole je order benda lain, kan? ). Kalau semua tak sampai hati, sampai bebila pun ko tak kurus la Elyn. Hiks.



Dan kejap lagi kawan ajak try kedai baru bukak. NASI LEMAK CINTA SAYANG. Main course mestila nasi lemak dengan SAMBAL kan. Awak sakit perut kan? Jadi? Mesti tak sampai hati nak tolak ajakan kawan tu kan? Kan? Mesti pegi je tu karang. Kan? Dah tau dah.



Malam karang tak boleh tido sakit perut jangan nak bagitau semua orang pulak. Diri sendiri yang tak sayang perut tu, masuk benda2 tak patut2 jek. Isk!



Oh lupa pulak. Tadi saya pegi bank 2 kali okeh. Sekali tu kene buat bankers chq. Akak yang kat kauter tu kerek giler kot. Eh bukan akak la, makcik kot. Kita ni bukan keje bank, mana la tau semua procedure kan? Dia boleh bantai marah, "Ni dah lebih 6 bulan dah tak boleh cash out ni, kene masuk account ni. Mana no accountnya? Ni Casa Impian ada banyak account ni mana satu nak masuk ni? Pegi call ofis dulu ke apa tanya nombor account confirmkan bebetul. Hey bagai2 la perangai."



Boleh?? Eh eh makcik ni. Nak menopos ke? Mana la orang tau kalau dah 6 bulan tak boleh cash out. Kene masuk account, fine la masuk je la. Mana la orang ingat nak bawak no account sama, sebab ingat boleh cash out. Lagi 1, chill la, boleh usaha dapat no account tu, 2 menet je rilex tak boleh? Dah la muka tak penahnye senyum. Masam dari 3 tahun lepas. Camane la boleh duduk kat kaunter gaknye. Orang lain boleh je senyum, cakap elok2. Hey makcik ni! Tapi nasib baik la saya cool je rilex je tak melawan la tadi. Siap cakap terima kasih kuat2 bila dah bagi no account tu. Tunggu ye makcik, esok kita jumpa lagi. Muahahahaha!


Fuh panjang nye bebel. Dah kul 5 ni. Nak siapkan keje sket lagi. Tata! =)



Tuesday, December 13, 2011

Melawat Ikea



Jumaat aritu saya pegi Ikea. Nak cari almari dan barang2 lain jugak. Kata dapat rezeki lebih bulan ni kan, haruslah make over sket bilik yang dah tak serupa bilik tu. Hiks.



Dah penat berjalan, mestilah lapar. Ape lagi aim meatballs la. Makanan wajib bila ke Ikea. Tapi masa tengah beratur tu ternampak plak promotion meals. RM 26 dapat Meatballs 25 ketul, Fries semangkuk, Pasta sepinggan, Chicken wings 5 ketul dan air untuk 2 orang. Murah kot....kan?





Meriah sungguh. Makan 2 orang je. Dah la dua2 tengah lapar tahap kronik tu. Tapi tak habis jugak tau. Ada yang terpaksa ditinggalkan. Takkan nak tapau dalam tisu plak? Member segan sebab meje depan penuh semeja budak lelaki. Haha. Sekarang ni bila tengok gambar rasa nak gi Ikea pulak. Haih nafsu serakah sangat tak bole blah!




Sunday, December 11, 2011

Pencapaian Terbaik Setakat Ini!


Ehem. Hiks.


Semalam kan.. saye beli bedsheet baru taw. Sebab yang ade ni dah pakai setahun ke dua tahun lebih dah. Sampai naik berbulu. Hep, bukan tak basuh2 tau. Maksudnya basuh pakai basuh pakai balik gitu..


Jadik sempena dapat gaji lebih sket bulan ni *ehem*, saya decide nak beli bedsheet baru la.. Dan hasilnya adalah..





Tada! Kelakar kan? ok, sebelum korang kutuk lebih2, baik saya bagitau dulu kenapa pilih yang ni. First, sebab taknak kaler PINK dan Striking. Second, sebab nak yang murah je (jimat selagi boleh,kan?). Third, dah malas nak pergi tempat lain, so amik je la. Hehe.



Sapa2 yang belom tahu, saya ni sebenarnya terlampau melampau-lampau terkenan kat kaler PINK. Padahal diri sendiri tak larat tengok bilik yang serba pink. Tapi asal masuk kedai pilih barang je, mesti bawak balik barang yang berwarna PINK. Dah tak boleh buat apa.



So masa pegi Jusco aritu, memang dah niat nak bawak balik bedsheet yang bukan PINK. So, carik kat tempat paling murah dan carik kaler2 yang menarik. Yang ada semua PINK, ORANGE, MERAH, BIRU yang teramat la terang. Jadi dengan selamba saya amik design yang ni. Hehe. Boleh la. Takde la buruk sangat pun. Murah je. Nanti2 boleh beli lain pulak. Kan? Orang kata dah niat tu, kene beli jugak. Ahaks. Lagipun design dia tu ada kaitan dengan lagu favorite sekarang - It Will Rain by Bruno Mars. Kira aci je la kan? Hiks.



Jadi, sebagai penutup 2011, saya sangat bangga dengan diri sendiri kerana berjaya beli bedsheet colour Grey + Hijau + Biru! Yay! =)


Wednesday, December 7, 2011

Migrain + Demam



Hi korang =)



Arini saya halfday la. Tak larat dah duk lama2 kat ofis. Ni pun datang ofis sebab ada benda nak kena setelkan.


Dari Isnin aritu saya migrain sakit kepala. Pastu malamnya demam. Semalam la paling teruk, badan sangat panas. Panasssssss sangat. Sampaikan tido dalam aircond tak berselimut. Ish ish ish. Bangun pagi tadi macam dah kebah sikit. Tapi still sakit kepala.


Kenapa eh tiba2 je? Pastu jenis demam yang tak berpeluh tu. Uish pelik btol. Saya syak sebab terlampau banyak nangis kot? Nangis tak henti2 bole buat kita demam ke? Pelik lah.


Ari ahad tu ada la kecik hati ngan someone. Then malam tu gaduh. Dari saya yang merajuk, terus dia pulak sentap lebih. Pastu berlarutan sampai Isnin. Tapi bila ada orang lain campurtangan, sampai arini dia senyap je. Msg tak jawap, call pun tak berjawap. Kenapa keras sangat hati? Tula susahnya kalau deal dengan lelaki tak cukup umur ni. Mengaku diri matang tapi tengokla apa dia buat sekarang? Macam budak2. Hish.


Saya baru pas makan nasik panas2 dengan telur dadar dan kicap. Best woo. Lama giler tak makan nasik rasanya. Hehe.


Oh, adik beli satay station semalam. Tau tak secucuk adalah RM1? Size pun kecik je. Eee mahal la! Satay tempat lain 70 sen pun lebih kurang je size and rasa lagi sedap kot. Takyah laa beli lagi. Beli kat jalan Peel tu lagi puas hati.


Alahai pening la pulak. Okla ye kawan2, saya nak sambung baring. Keje elok2 tau! :P


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 5, 2011

Weekend Yang Sangat Lama



Hi korang =)

Saye rase weekend aritu sangat la lame dan lambat nak habis. Rase cam dah tido banyak kali still blom malam lagi. Dah rase buat keje macam2 tapi setengah jam je berlalu. Nape ek? Sampai petang tu saye tak sabar tunggu Isnin untuk pegi keje! Ish ish ish. Tebiat ape Elyn oi?


Sabtu tu anak buah datang seawal 8 pagi sebab abang n kak Ita nak pegi interview kat Wangsa Maju. Pas dorang balik, saye kuar jap jumpe hanak hikan. Haha. Kul 5 dah ade kat umah. Sangat suci perangai sebelum maghrib dah ada kat umah. Ahaks. *padahal hanak hikan keje kul 6, lalalala~*


Pastu kan asik ujan je kan. Takde la aktiviti luar rumah. Sumenye duk dalam rumah je. Bergumpal dengan anak buah. Ish saye nak masukkan gambar dorang la, tapi tak bole upload gambar! Nape ek? Dah gune mozila, tak boleh. Gune Chrome tak boleh. What's ur problem man?? Haha.


Lepas tu Ahad pun takde aktiviti ape. Sangat lemau kat umah. Mood lak tak menentu. Petang tu je dihiburkan dengan angin yang sangat kuat sampai pokok belakang umah tumbang. Pastu takde ape dah. Malam tu tengok Masterchef dan terus siap nak tido. Sebab tak sabar nak tunggu Monday. Mau pegi keje! Huhu pelikkkkkk sunggguh.


Dan arini.... saye sangat lemau kat ofis. Mood takdak. Tengok semua orang rase mau marah. Tambah2 bila ada orang tengking2 kita for no reason. Eh? Cakap elok2 tak bole ye? Mau kene tampar laju2 kah? Haha. Tu je. Nanti dah boleh upload gambar saye bebel lagi ye? Babai! =)