Monday, April 18, 2011

Weekend = Bela Badan




Bela badan tu ade 2 maksud. Mencantikkan badan atau men'jahanam'kan badan. Haha.



Seperti biasa, weekend adelah mase untuk family. Mama pulak mula la nak request itu ini. Blom campur adik2 lagi kan. =__='


Mama demam je seminggu dua ni. Kesian sangat. Hari Jumaat tu sebelum babai nak pegi keje (mama mc) sempat lagi pesan esoknye nak makan spageti. So saye pun mintak la belikan bahan2, saye masak.


Pagi Sabtu bangun dengan niat suci nak masak spageti for lunch nanti. So kuarkan bahan siap2. Tetibe abang call abah bagitau nak makan nasi arab. Mintak abah masak for lunch. Pulaakkk. Harusla abah terus gi beli bahan2 untuk masak nasi arab pulak. So, spageti postponed esok.


Esoknye, lunch saye masak ni.





Tapi abang tak puas hati. Dia kate asik masam2 je. Dia nak manis lemak2. Dia nak carborana cheese. Fine, buat sendiri. Penat ah masak. Haha. Lalu dia pun pegi beli bahan2 dan terus masak carbonara sos pulak. T____T





Oh dan bende ni sorang sebotol.





Ni la hasilnye. Rase? Bole tahan. Sedap. Ngeee~ Ini la dinner kami. Carbonara chicken n cheese dan barbican peach. Ganas tak? Masing2 teguk dalam botol gitu je kat atas meja makan. Haha dasar!


Eh blom habis lagi. Dah malam sikit, adik request nak cendawan goreng tepung. Dan cekodok pisang. Bole? Nasib la ade 2 orang adik je. Kalau lapanblas? Kuat makan semuanya? *Pitams*


Mane la badan tak gebu. makan bukan main lagi, tak macam pempuan. Pempuan sane sini sibuk diet la sekat makan la. Tapi pempuan gebu yang sorang ni laaaaaaaaangsung tak ambik peduli tu semua. Hahahaha. Patutla takde sape nak kau elyn, padan muke.


1 comment:

Izzatul Azma said...

hehee. elyn comel apaaaaa..

sedapnyaaaa, kita lapar la tgk pagi2 ni T___________________T