Wednesday, August 28, 2013

Laman Grill Ramadhan Buffet



Hi semua. Aci tak nak update pasal cerita bulan puasa hari tu? Hehe. Kena update jugak ni sebab tahun ni, ni la satu2 nya saya berbuka buffet yang sangat menarik. Yang lain biasa2 je. (Sebenarnya malas nak buat entry yang lain2 tu. Huhu)


Oklah, saya dengan kawan2 plan berbuka ramai2 di Laman Grill Laman Seri, Shah Alam. Mengikut pada harga di Fb, harga adalah RM55+ untuk adult. Setelah di kira termasuk tax dan sebagainya, sorang kena bayar RM60.50 :)


Kalau nak tahu selanjutnya pasal menu boleh refer Fb diorang kat SINI.


Dia ada macam2 salad, dessert dan hanya boleh pilih 1 je main course. Saya pilih Grilled Australian Sirloin Steak. Kawan2 lain ada yang makan lamb dan chicken. Jom tengok gambar je lah eh? 




Salads



Desserts


Braised Lamb Shank Marsala


Grilled Australian Sirloin Steak



Charbroiled Marinated Boneless Chicken



For me, memang semuanya sedap. Ada orang kata biasa je. Selera adalah ikut tekak masing2 okeh. Dengan harga RM60 kira berbaloi jugak kot. Dann saya takda repeat2 makanan pun memang kenyang makan yang dalam gambar ni je. Dan curik kawan2 punya sikit. Hehe.


So next year kalau Laman Grill buat buffet lagi, mungkin saya nak try jugak =)



Friday, August 23, 2013

Cerita Pra Hari Raya




Nampak tak tajuk entry saya ni merepek tunggang langgang? Tapi belasah je la eh. Nak update sikit je pasal sehari sebelum raya hari tu. Bos saya bagi cuti dari Isnin. So saya ada banyak kelapangan menjelang Hari Raya. Tapi takde buat apa sangat pun. Kemas2 ala kadar je.


Abah dapat handphone baru hadiah dari family sempena birthday yang ke-64. Dah lama sangat mengidam fon baru. So kami bagi abah pilih nak beli fon apa within bajet la kan.




Bukan main tau abah pakai Note 2. Happy sangat beraya dengan fon baru. Kami beli ni petang menjelang raya. Memang senyum sampai ke hari ni manehhh je muka abah. Hehe.






Dan ni pulak hasil saya malam raya tu. Adik adik lelaki memang liatttt nak lipat baju sendiri. Diorang boleh basuh dan sidai baju. Tapi dah kering longgok dalam bakul je. Saya tengok bakul tu dah melimpah ruah mintak ampun dah. Sakit mata tahu! Tak semena mena mood nak melipat baju datang.. Jadi saya pun setelkan sebakul penuh. Puas hati. 


Tapi yang sadisnya, semalam saya tengok bakul tu, dah nak penuh semula. Siapa nak lipat balik semua tu? Hurm..

Wednesday, August 21, 2013

Masak Masak Raya




Ni antara menu yang kami masak sepanjang minggu pertama raya. 



Hari Raya Pertama, Nasi Dagang dan Rendang Ayam.





Nasi Ayam Bakar





Medium Rare Steak with mashed potato and coleslaw




Ok tu aje. Entry amik mood Wordless Wednesday, tapi kena type few words so takda la wordless sangat tapi jadi pendek je macam ni sebab taknak korang baca merepek panjang2. Hehe. 

Okbye.



Wednesday, August 14, 2013

Ikan Siakap Masak Stim via Pemanggang Ajaib



Amik kau panjang betul tajuknya. Hehe. 


Time bulan puasa mesti masing2 kering idea nak masak apa dah kan. Saya tiba2 je teringat nak stim ikan je untuk berbuka, tak lalu dah makan lauk yang bersantan dan heavy dengan masin pedas semua. Oh ye, ni masak masa bulan puasa haritu. Hikhik.


Saya saje nak try stim ikan guna pemanggang ajaib. Malas nak ambil pengukus yang duduk dalam cabinet mana pun taktau la. Leceh la dengan bertingkat2 lagi kan. Jadi mari kita try masuk dalam ni aje. 





Basuh ikan siakap bersih2. Letak air. Masukkan tomato, cili merah, halia, bawang putih, serai dan bawang merah yang telah dihiris. Masukkan air limau kasturi dalam 10 biji ke. Air je tau takmau biji. Nanti pahit. Last sekali masukkan sos tiram 1 sudu. Oh ye jangan lupa perasakan dengan garam. Pastu jadi la macam gambar kat atas ni. Masak atas api sederhana besar dalam 10 - 15 minit ikut size ikan ye. Saya masak 2 ekor besar pulak tu, 15 minit tutup api.





Tadaaa! Lepas dah masak, salin dalam bekas elok2. Tuang kuah dan bahan2 tadi. Tabur daun sup atau daun bawang untuk jadi wangi. Hasilnya memang tak sangka sedap la. Ayah makan bertambah nasi sebab sedap. Adik2 pun puji. Yang tak makan ikan pun boleh jadi suka. Ada yang cakap, "Nape Keklin tak pernah masak macam ni pun? Sedapla". Hikhik. Baguslah sedap. Boleh masak lagi. Sonang yo. Memang berguna betul la pemanggang ajaib ni. =)


So siapa yang ada pemanggang ni boleh la try. Masakan sihat ni tau. Takda minyak melainkan minyak ikan tu sendiri. Sesuai untuk orang berdiet. Hehe. Oklah tu aje. Selamat mencuba! =)


Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri





Selamat hari raya korang! Raya kat mana tu? Saya kat Ampang je. Nothing special pun, tengoklah 1st raya boleh update blog lagi. Huhu.


Malam tadi masak rendang ayam dan daging, gulai ikan tongkol dan pagi tadi masak nasi dagang. Lepas sembahyang raya, kami makan anak beranak. Lepas makan pergi kubur adik Iman. Dan lepas tu sesi salam salam dan kami semua tukar baju biasa lepak dalam rumah je. Huhu.


Ingat esok nak keluar shoping kejap. Dengar cerita KL lengang time raya ni kan? Lets check it out tomorrow. 


Ok la tu aje for now. Sebagai penutup, gambar kubur adik Wan Iman Zahra bt Wan Mohd Fakhzan, anak buah saya yang meninggal sebelum puasa hari tu.





Al fatihah.




Friday, August 2, 2013

Yay Minggu Depan Dah Raya!



Amboi seronoknya nak raya? Nak balik kampung ke Elyn? Raya kat Ampang je pun. Huhu.


Hari ni nak show off gambar makanan yang tak seberapa lagi. Alang2 dah amik gambar, sayang pulak nak delete. Baik letak kat dalam ni sebagai kenangan gitu.. Hehe.


So weekend lepas saya request kat mama nak masak nasi lemak je untuk berbuka. Semua orang terdiam masa saya suggest, dan diorang laju2 bersetuju. Haha. Mesti dah lama tak makan nasi lemak kannnnn, haruslah terliur! Hiks. 





So kami masak nasi lemak Sabtu lepas. Mama masak nasinya, saya buat sambal sotong. Masa tengah masak tu adik masuk dapur, dia tengok saya tengah masak sambal. Dengan nada risau dia tanya mak, "Sape masak sambal ni? Mama ke Keklin? Bukan mama eh? Keklin masak sedap2 tau!". Amboiiii apa kau ingat Keklin kau ni tak pandai masak sambal kah? Teruji tau tercabar dengan statement mu. Haha. Hasilnya? Haruslah sedap.. *tiup kuku :P


Dan hari Isnin haritu berbuka di rumah sewa, kami masak spaghetti aglio olio remix. Haha. Asalnya diorang suruh saya masak aglio olio, tapi semua benda nak dimasukkan, memang dah lain la jadinya. Dah macam spagetti goreng je kesudahannya. 





Tapi still sedap! Dan pedas! Huhu. Dan diorang cakap kurang masin. Ish. Saya rasa dah just nice. Ke diorang ni kuat masin? Tak elok la dikkkk, darah tinggi ko nanti. 


Oh ye, semalam saya berbuka di Laman Grill yaw! Ada banyaaaaak gambar. Hari ni pun berbuka buffet jugak. Kat pusat belia sek 7. Nanti saya buat entry lain la ye? Hikhik.


Ok tata uols!