Sila baca tajuk tu macam iklan TORA ye. Ihik.
Dalam masa sejam je lagi kita dah boleh bebas dari kerusi meja dan computer ofis ni. Tepat 5.30 nak tunggu depan pintu sambil on your mark get set GO! Haha huduh perangai si debab ni. Kata je nak balik awal, kul 6 ada lagi dia dalam bilik ntah buat apa ntah. Sigh.
Minggu ni saya banyak sakit kepala macam migrain. Nak kata panas, tak jugak. Cuaca elok je mendung dan banyak hujan lately. Nak kata bz, takda la bz mana pun minggu ni. MINGGU ni je tak bz mana ye. Start next week sampai middle of the month, memang membizi la cik kak akaun ni conteng2 cek dan sebagainya.
Haaa sebut pasal cek, hari tu saya ada la issue cek untuk pos malaysia. Elok je orang tu collect kat ofis semua. Alih2 esoknya dia call, dia cakap saya tulis tarikh tahun 2014, lama lagi la dia nak tunggu cek tu clear. Hahahahaha! Tergelak besar saya kat ofis ni. Tak percaya punya pasal, saya suruh dia email bukti. Nah dia terus email.
Bukti saya suka conteng cek. Hehe.
Confident je tulis tarikh 7 June 2014! Tak pernah lagi jadi camni. Jauh sangat tu oi. Mimpi apa ni? Baru balik dari mesin masa Doraemon ke apa? Apsal tak ingat apa apa pun? Ke Doraemon dah bagi makan ubat lupa before balik ke tahun 2012? *Pengaruh tv yang sangat teruk*
Ok, lupakan kejap hal ofis. Weekend ni saya plan nak gembirakan hati mama. Amboi mulianya niat dihati. Elok sungguh perangai, manis budi pekerti. Haha sebenarnya saya rindukan mama la. Minggu ni straight duduk Shah Alam tak balik Ampang pun. Dah la weekend lepas mama isi minyak full tank kereta saya. Tiap kali tengok minyak, teringat mama. Ala kalau tak tengok minyak pun ingat jugak. Tiap masa ingat okeh. So saya plan nak buat Cinnamon Muffin la weekend ni. Dan juga puding caramel, untuk mama bawak kat ofis sempena pot luck. Di samping itu juga, saya dengan berbesar hati dah book ke SPA untuk 2 orang minggu depan. Bawak mama urut badan, dan facial. Oh seronoknya! Saya seronok kalau tengok mama seronok. Ingat nak tapau burger YB untuk dorang la japgi. Tapi gaji belum masuk! Haish gaji lambat sehari pun bleh lari banyak program tau. Lain la orang kaya, tak kisah pun gaji awal ke lambat ke, silap2 gaji bulan lepas pun belum usik lagi. Sentap! :P