Tuesday, February 28, 2012
Abah Admitted
Saya kat PPUM ni. Hari ni abah buat operation sikit. Takda apa2 sangat la tapi still operation tu membimbangkan. Harap2 semua berjalan lancar and abah cepat2 sihat lepas ni. Amin!
Abah dah masuk dalam OT dah. Lagi 3 jam baru abis. Taktau nak buat apa 3 jam ni. Ingat nak gi melawat klinik Ortho sebab dulu pernah keje sana. Tapi staff sama lagi ke kat situ? Kang semua tak kenal, buat malu je. Hiks. Jalan2 tadi pun rata2 semua muka tak kenal. Dulu keje sini semua saya cam. Yela, dah lame kot. 5-6 tahun lepas agaknya.
Oklah, nak pejam mata jap. Ngantuk pulak rasanya pas brekfast tadi. Hehe. Tata uols. Take care okay?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, February 27, 2012
Kene Tindih ke Mimpi?
Dalam kul 2.30 camtu saya terjaga kejap sebab dengar mak jawap fon nak pegi hospital. Tengok sapa pun taktau, mak macam nak cepat je terus keluar. Kalau penting, mesti mak kejut saya. So, saya anggap tak penting la. Pastu saya jugak tau abah pegi surau. So tinggal saya dengan adik je kat umah.
Tibe tibe, dalam keadaan separa sedar tu, saya rase macam ada henyakkan foot step kat ujung katil menuju ke arah saya. Dalam hati, "ah sudah sapa pulak naik katil aku ni?!". Memang tak logik la sebab pintu kat depan saya. Mana ada orang masuk! Dannnn terus saya ditindih dengan lembaga yang besarrrrrrr berat giler! Masa tengah lawan dia saya sempat tengok, macam susuk tubuh lelaki! Demit btol! Binatang ape pulak tindih aku nih?!
Saya terus lawan baca apa yang patut tapi tak boleh. Biasanya lawan kejap je dia hilang. Ni macam susah nak hilang. Makin kuat dia tekan saya rasa macam nak mati dah,siyes! Dah penat lawan tu, tetiba dia hilang kejap. Saya sempat pandang atas siling, nampak 1 petak terbukak! Tetibe dia datang lagi himpap giler giler! Saya menangis menjerit panggil adik. Tapi suara tak keluar. Pastu saya nekad jerit je apa2 jenis suara pun asalkan adik dengar.
Tengah lawan ngan makhluk tu tiba2 nampak kelibat orang masuk bilik saya intai2. Saya pun jerit lagi,"Faizzz! Faizz!!!". Ingatkan adik saya. Rupanya ayah masuk bilik. Terus dia bukak lampu. Dannnn terus benda tu hilang dannnnn saya terus menangis meraung2..! Ayah pun panik tanya," kenapa? Kenapa?? Kamu mengigau ke??" Saya cakap la saya kene tindih kot..
Persoalannya, betul ke kene tindih? Ataupun saya mengigau? Kalau mengigau kenapa sampai menangis beriya2? Kalau kene tindih pun, kenapa nangis? Bukan 1st time kene. Banyak kali dah kot.. Sampai sekarang saya masih fikir sebenanrnya.. Mimpi ke betul2 tadi?
Sampai saya takut nak tido sorang2 malam ni.. Harap2 takde pape la kan.. InsyaAllah..
Jom tido jom. Selamat malam!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, February 24, 2012
Bubur Untuk Orang Sakit
Tuesday, February 21, 2012
Update Sikit
Monday, February 20, 2012
Unwell~
Thursday, February 16, 2012
Cerita Hari Ini
Wednesday, February 15, 2012
Happy Birthday Anuar Zain!
Tuesday, February 14, 2012
Ikan Masak Taucu
Ye, ini la Chee Cheong Fun. Ala kueteow yang dalam Yong Tau Foo tu. Kuah dia pun sama. Memang sedap la bagi sapa yang suka kueteow dan Yong Tau Foo. Hiks.
Oh malam tadi kan, saya sangat teringin nak masak taucu. Sangat2 teringin. Bukan nak makan pun. Memang saya masak je. Kul 9 malam setel masak. Masuk dalam fridge. Motif?? Kononnya nak bawak bekal pergi ofis hari ni. Tapi dek kerana bangun lambat, terus je pergi keje, tak sempat nak panaskan lauk tu. Huhu sedih.
Monday, February 13, 2012
New Perfume! Yay!
Nampak kelazzz sangat botol dan warna dia kan? Ececeh. Masa bayar tu mama ada sekali. Mama bulatkan mata tengok saya kuarkan duit berkeping2. Pastu geleng kepala. Haha. Ala 2 tahun sekali je ma, pejam mata je la.. Hiks.
Thursday, February 9, 2012
Tiramisu Homemade!
Tadaaaa! Rasa terharu sebab dapat buat cake yang sedap macam ni. *puji diri sendiri*. Cream cheese dia tu macam yang kat Red Velvet cake tu. Pergh sangat addicted makan tak boleh berhenti! Oh sorry la gambar blur. Hp murah ok. Camera canggih takde. Nampak samar2 pun jadilah kan? Hikhik.
Friday, February 3, 2012
Hasil Selepas Sebulan
Ececeh tajuk bikin gempak je kan. Ahaks.
Tapi saya belum puas hati lagi. Sebab blom dapat macam kulit sebelum ni. Kat bawah ni gambar 3 tahun lepas.
Teringin nak jadi macam ni balik. Gebu2 je halus mulus kulitku. Hukhuk. Eh tapi kan yang ni pakai foundation segala la. Siap elok. Blusher je tak pakai. Tak pandai la, takut jadi cam badut. Hehe.
Ok tu je nak update. Sesape berkenan boleh email saya ye, kita berkenalan. Hahaha larik~!
Wednesday, February 1, 2012
Jus Buah Delima
Oleh sebab sangat lah lancar, mari kita google apa khasiat Jus Delima ni.
Kelebihan Jus Delima
Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.
Antara khasiat-khasiat lain:
Delima Mengurangkan Berat Badan *
Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan menginkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima” kata penyelidik
Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.
Delima Melawan Kanser Payudara
Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.
Delima Melawan Penyakit Jantung
Jus Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol
Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.
Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Jus Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
So lepas ni nak amalkan lah minum jus delima ni. Dapat turunkan berat badan! Ahaks :P