Tuesday, January 10, 2012

Tabita Day 4




Semalam teringin plak nak try Red Velvet cake kat Coffee Planet. So beli la. Tapi rasa dia hampeh la pulak. Pahit. Sangat pahit. Kenapa? Why?? Why me??? Eceh over plak. Seriously kenapa pahit? Bukankah dia sepatutnya berasa sedap? Mahal okeh beli. RM 14.90. Bukan bende 4.90 punya cerita ni. Hish.




Ni la rupa bentuk cake yang pahit tu. Nampak cam menarik je kan, tak nampak pahit pun? Haha. Takpela, anggap je bukan rezeki saya. Bagi kat orang lain makan, sebab dia rasa tak berapa pahit sangat. Fine, lidah saya terlalu sensitif kot? Hurmph.



Berbalik pada cerita tabita. Semalam balik keje, saya cuci muka untuk pakai night cream, woooooooo pedih siot kulit ni. Melompat2 dibuatnya. Tapi nasib baik la kejap je. Beberapa saat je hilang. Kulit menggelupas 1 muka secara teruk. Tapi masa pakai cream siang tu dia takde la nampak menggelupas. Dah cuci muka baru nampak. Pergh. Takpe, nak chantek punya pasal, ku tahan jebat!


Pagi ni kulit ada menggelupas lagi la. Nampak ketara. Risau dah jangan la pegi ofis muka camni. Malu woo. Pas cuci muka, tak rasa pedih pun. Pakai toner, rasa pedih sikit2 lite2 la.. Pastu pakai day cream. Pastu terus pegi keje. Wahhhh. Jimat masa setengah jam untuk bersolek. Hehe. Lantak ah orang nak kata apa. Janji pasni kulit ai jelita, u jangan jeles okeh? :P


Sesampai kat ofis, budak ofis tegur, "Napa muka pucat arini?" . Semalam dia tanya napa muka gelap + merah. Arini napa muka pucat? Pelik. Ambik cermin, cerminkan diri.. Amboi terperanjat tengok kulit muka sendiri! Haha. Kulit sangat licin gebu dan cerah. Lain la nak compare ngan semalam. Pergh, tak perasan pun pagi tadi? Yela, bilik saya kan takde pengcahayaan dari luar, mana nak nampak. Terus senyum2 belek muka sendiri. Dengan takde mekap, muka adalah sangat molek. Haha matikla puji kulit sendiri. :P


Tak sabar nak tunggu esok2 pulak camne hasilnye. Heee.


Monday, January 9, 2012

Tabita Day 3




Alkisahnya saya teringin jugak nak cuba produk yang peejburhan pakai tu. Hehe. Sebab apa, lately kulit kering menggelupas secara marathon takmau baik2. Ape ke masalahnye pun tak tahu la. Dah tepek moisturizer secara rakus pun takde effect. Pastu kulit semakin kusam, tak gebu dah. Frust tengok kulit sendiri kat cermin ok. Tepek foundation banyak2 karang berkerak pulak. Haih.



Jadi last week saya beli la Tabita tu. Sabtu pagi pegi collect kat umah Peej. Nasib baik ada ehem2, senang je cari. Tak sesat langsung. Macam balik umah sendiri je terus2 sampai depan umah Peej. Huhu. Comel je orangnye, kecik je la takde la besar macam dalam gambar tu. Cantik je dia. Tapi obvious dia penyegan kot. Saye je sengih tak henti2 ramah tak tentu pasal. Sebenarnye happy. Tak sabar mau try. Ahaks.



So malam tu terus pakai. Masuk hari ni, hari ke-3 la. So far kulit saya pedih2 dan gatal secara manja2 je. Tapi harini jadi merah. Merah menyala. Semua orang tegur napa kulit merah. Huhu. Penat menjawap. Saya bagi alasan sunburn je. Abis cite. Nak explain lebih2 tak lalu la. Walaupun kulit merah2, tapi nampak cantik dan halus je. Yang penting, kesan pegi PD aritu menggelupas macam ular nak bertukar kulit pun dah hilang. Amazing!



Tapi mama cakap mama takde plak rasa gatal or pedih. Kulit tak sama jenis la tu kot. Harap2 takde menggelupas teruk2. Kang susah pulak nak gi keje. Dah la kene pegi bank bagai, mau semua orang lari tengok muke saya nanti. Hehe. Oh, hari ni saya gi keje tak mekap langsung. Budak ofis tegur,



" Kak elyn napa muka lain je? Macam gelap merah, macam baru pas nangis."


" Akak tak mekap arini kot"


" Oh jadi selama ni plastik la?? Tepek foundation tebal2 ye??"



Kuang ajar sungguh. Haha. Tu yang malas nak jawap tu. Jawap sikit2 pun kite kene balik. Takpe, nanti dah putih gebu muka ni korang sile jangan jeles! Ahaks.



Tu je. Nanti saya update lagi pasal ni k? =)


Minggu Lepas Punya Cerita




Haaa minggu lepas punya cerita baru nak cerita arini. Hehe. Tu la sejak kebelakangan ni membizi je tak habis2.


Jumaat aritu celebrate birthday one of my gfs. Kat Shah Alam je. Kami belikan birthday girl kek Baskin & Robin. Cookies and cream flavour! Wuuuuu setap gileh! Dah la comel je kek tu.





Comel kan? Siap ada ice cream cone kat atas tu. Alalalala.. Bukak je terus melting kek tu. Kene makan cecepat. Nak amik gambar pun tak sempat. Meleleh je terus haa.. Sebab tempat tu panas. Kalau duk tempat ber'air-cond' lambat la sikit cairnye kot kan?


Lepas makan, kami berkopi plak kat Coffee Planet kat Laman Seri. Penuh orang. Sebab tempat tu sejuk kot? Mostly macam student la tengah wat assignment or ape kot. Senyap je. Behave sungguh dorang tu.


Ingat lepas balik nak la pegi amik barang kat Setiawangsa. Tak sempat la pulak. Nak jumpe ehem ehem pun tak sempat sebab dah lewat sangat. Sampai umah kul 12 lebih. Phew~


Tapi sangat seronok la jumpa gfs! Update mana yang patut. Lama dah rasanya tak kumpul macam ni. Sayangggggg dorang semua! =)



Tuesday, January 3, 2012

Welcome 2012!



Selamat Tahun 2012! 1st entry untuk tahun ni =)


Banyaknya kenangan 2011. Ada pahit ada manis. Penutup 2011 pun ada yang manis ada yang pahit. Pahitnya bila 4 orang kawan baik kat ofis berhenti kerja. Kenapa perlu serentak? Kenapa perlu buat penutup 2011 amat menyedihkan? Haih.
Manakala yang manis pulak, erm.. hati ada sikit berbunga2 la. Hehe tu je :P


Oh, kami makan kat Laman Grill lunch terakhir dengan Kaklong on Friday. Sapa yang taktahu, Laman Grill ni owner dia Chef Zubir (Masterchef Malaysia) . Sapa dah tau, anda memang hebat. Hee.




Presentation menarik la kan? For me menarik la sebab saya jarang makan tempat mahal2 nih. Hehe. Rasa dia... not bad. Tapi ayam tu kering sikit la tak berasa sangat. Salad tu sangat refreshing dan sedap. Paling best pie tu la. Maveles. Harga? RM 24.90. Ok la kan. Bole la datang cuba. Dengar cerita Danial Masterchef tu keje kat sini? Adik saya la bagitau. Tapi aritu tak nampak plak Danial. Ntah btol ntah tidak adik saya tu. Huhu.


Eh saya cakap nak wat entry pasal azam tahun baru kan? Alamak. Lupa plak. Camne ni? Sempat lagi ke? Hurm... ni dah nak balik dah. Erm.. Malam ni insyaAllah kalau sempat la ye? Bukan ape pun, just nak rekod azam sendiri kat blog sendiri. Mana tau nanti terlupa ke boleh refer balik entry tu. Hehe.


K la, nak siap2 balik sudah. Tata uols.