Monday, July 29, 2013

Mengasah Bakat



Pejam celik tiba-tiba je dah tinggal 10 hari je sebelum Syawal. Ish. Tahun ni saya seronok berpuasa sebab sihal walafiat, alhamdulillah. Tak puas pulak rasanya. Kalau tak puas, sila puasa enam ye nanti Elyn. Huhu.


Berpuasa kat rumah sewa ni biase la kan, memang kena masak la. Housemate pulak dah bertambah jadi 4 orang semuanya. Memang meriah la. Kami beli barang dapur sama-sama dan masak pun sama-sama. Biasanya sahur tak masak. Saya yang rajin bangun sahur sebab takut gastrik. Sahur minum nestum je pun. Jadi la untuk alas perut. Huhu. Masa berbuka memang dapur kelang kelibut la sikit. Yela masing-masing ada ilmu masing-masing. Semua pun nak masak. Benda simple je tapi bila 4 orang masuk dapur, memang macam kapal pecah la jugak.




Ni masa minggu pertama puasa. Saya masak lemak telur ayam. Ada yang buat sayur goreng. Ada yang goreng tempe. Dan belen lauk semalam. Oh saya beli cucur ikan bilis jugak, saje je terliur. Padahal boleh je buat. Hikhik.


Masuk minggu kedua, kami dah start ada menu tetap. Hari-hari mesti ada jelly dan custard. Cuba sekali, rasa menarik, harusla cuba berkali2. Memang stok jelly dan custard tak putus la dalam fridge tu. 




Ni menu minggu ketiga. Rasanya selalu sangat saya makan makanan berunsurkan cili kat rumah ni. Semuanya merah. Tak merah, hitam. Kuat betul guna cili budak2 ni. Sampai dah macam muak pun ada. Haha. Teringin nak makan simple sup je. Clear sup with noodles. Amboi siap bagi nama menu. Hikhik.
Oh ye, menu kat atas ni adalah sardin goreng dan sayur goreng je bersama dengan jelly dan custard yang nampak sipi2 tu. Oh dan bersama mangga. makan sorang sebijik macam tu je baru la gangster. Hehe. Nampak dek mama sure kena bebel :P


Berbuka kat Ampang pulak memang la best. Best sampai tak ambik gambar pun. Haha. Sebab takut kena marah dengan adik beradik, semua nak ambik gambar. Diorang ni tak memahami jiwa seorang blogger. Saya perlu tepekkan di sini walaupun bukan ada orang heran pun. Sedihnya ayat :P


Minggu pertama abah masak ayam percik kuah putih. Memang maveles. Huhu. Minggu kedua abah buat nasi arab! Dabel the joy! Sampai tak cukup la kan sampai ada episod sedih di pagi hari sebab kempunan tak dapat sahur dengan nasi arab. Dan minggu ketiga, abah tak masak. Padan muka semua orang. Saya dengan mama la ambik alih. Hehe.


2 minggu lepas saya cuba masak asam pedas. Seumur hidup tak pernah masak masakan susah2 macam ni. Setakat ayam kicap ke ayam sambal tu memang sap sap soi je la. Ni mama bagi task masak asam pedas kepala ikan. Haaaaaa amk!




Dan ini hasilnya. Hikhik. Terkejut jugak dengan hasilnya okeh. Dahla tengah puasa, tak boleh rasa. Memang sesedap rasa cuma kurang garam sikiiiit je kot? Yang paling menyentuh jiwa bila adik pun suka dan makan bertambah2. Huhu. Faham tak situasi sekarang ni? Saya terharu sebab benda tak pernah masak, 1st time masak, tak boleh rasa, dan hasilnya menarik! Haaa u with me now? No? K fine.


Semalam saya masak ayam paprik. 1st time jugak. Ye, saya tak pernah masak paprik. Haha. Masak tengok resepi okeh. Kau hado? :P 
Dan hasilnya? Mmmmmm macam ada yang kurang, tapi taktau apa. Takpe, cuba lain kali ye Elyn. Practise makes perfect. Macam biasala, gambar takdok.


And last but not least, saya nak share benda alah kat bawah ni.




Saaaaangaaaaaat la sedap okeh! Makan sambil pejam2 mata! Apa benda ni? Nampak cam menakutkan kan? Ni tapai ubi + roti + telur + santan + bunga cengkih. Abah memang rajin buat ni kalau beli tapai ubi. Dari kecik saya memang rajin jumpa. Taktahu la ni memang makanan orang Kelantan or abah sorang je cipta? Sebab saya tak pernah tengok n jumpa tempat lain selain kat rumah saya. Hehe.


Ok tu je nak cerita. Fuh panjangnya bebel! Actually banyakkkk benda nak share tapi malaaas nak type. Ahaks.


Korang berbuka apa hari ni? Saya taktahu lagi. Mood masak memang takda langsung. Tengok la camna karang. Selamat berbuka ye korang semua! =)




Thursday, July 18, 2013

Wall MakeOver By Na, please choose me!




Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana rumah saya betul2 memerlukannya! 


Kenapa rumah saya memerlukannya? Ceritanya begini..


Sebelum puasa hari tu mama suruh adik lelaki dan abah cat rumah bahagian luar sebab cat lama dah luntur. Adik pun beli la cat kaler grey dan operasi mengecat bahagian luar rumah 2 tingkat pun selesai sebelum masuk bulan puasa hari tu.


Tapi...


Ayah saya yang over 'kreatif' memang tak boleh duduk diam bila nampak ada cat lebih yang tak berapa nak banyak sangat tu. Abah ketuk dinding DALAM rumah yang ala-ala macam retak menggelembung tu. Dinding tu pulak kat tengah2 hall tu. Banyakkk pulak tu diketuknya. Pastu tampal dengan benda putih tu (taktahu nama, sorry). Huhu. Dinding kat hall saya warna beige. Sangatlah buruk jadinya tetiba ada berbelak-belak putih hasil tampalan abah. Dan yang paling sadis sekaliiii........... abah pergi cat bahagian putih tu dengan kaler kelabu cat lebihan hari tu! So bayangkan hall rumah saya dah macam apa dah ada beige ada KELABU ada hijau T____T


Jadi tolonglahhh Nadia bantulah kami sekeluarga. Abah memang tak larat la kalau nak suruh cat 1 rumah bahagian dalam dengan cat baru. Umur abah pun dah 65. Adik lelaki saya kerja balik malam, so memang tak dapat la nak cat. Saya taknak raya dengan dinding berbelak-belak! T___T






Ini corak pilihan saya. Cantik kan? Ada baaaaanyak sangat corak lain pening saya pilih sampai berpeluh-peluh. Kalau korang nak tengok contoh yang ada boleh tengok kat SINI.


Ok tu aje nak bebel. Semoga nasib menyebelahi saya, amin! =)



Tuesday, July 16, 2013

Alhamdulillah =)



Puasa tahun ni setakat ni adalah yang terbaik pernah saya rasa. Dari kecik lagi saya ada masalah dengan puasa. Perut tak tahan, bila dah tengah hari kepala pening nak muntah, badan lemah tak boleh buat apa. Baring je sampai waktu berbuka. Elok dah makan, semua tu hilang. Sabar je la.


Masa sekolah boleh la bantai tidur kalau tak larat kan? Katanya sekolah pun setengah hari je. Petang tu boleh la membuta kejap. Bila dah kerja ni memang takda harapan la ko nak feeling tidur petang ke tidur pagi ke tidur tengah hari ke. Macam tahun2 lepas, ada jugak beberapa hari saya tak tahan, terpaksa makan  jugak. T___T


Orang kemain pesan makan itu makan ini baru tahan lapar. Takde maknenye, macam2 dah saya cuba. Rupe tu jugak. Yang saya perasan, tak boleh makan nasi masa sahur. Confirm kul 8 pagi perut dah lapar tak boleh blah sampai petang la menanggung sengsara. Apatah lagi kalau tak sahur? Lu pikir la sendiri.


Tahun ni, setakat ni dah 7 kali bersahur, saya adalah stabil sampai ke petang. Takda pening2 nak muntah terbaring je. Saya dah jadi macam orang lain. Harap kekal sampai tahun2 berikutnya. Semoga Allah permudahkan urusan saya berpuasa. Huhu. Sebelum masuk bulan puasa saya kemain risau.. kenapalah aku tak boleh jadi macam orang lain yang elok je berpuasa. Allah makbulkan doa saya kot kan? :')


Saya minum nestum je time sahur. 4 sudu besar nestum, 1 sudu besar susu pekat. Cecah dengan biskut serat dalam 4 keping. Setakat ni dengan makan macam tu badan saya tahan sampai ke petang.. Lapar dahaga lite2 je. Alhamdulillah.


Sebagai penutup, saya nak showoff hari tu masak spaghetti carbonara simple je untuk adik. Kenapa untuk adik? Sebab dia nak makan lepas balik teraweh. Huhu. Layankan aje. Besar pahalanya ok. Kalau la kita nampak pahala tu mesti berebut2 nak kejar dan berlumba2 nak dapat pahala banyak2 kan? Hikhik.




Korang berbuka apa petang ni? Ke beli kat bazaar je? Saya mestilah masak. Rumah dekat, sempat nak masak lagi sementara azan. Saya belum jejak kaki ke bazaar lagi. Belum datang mood. Tengok la minggu depan kot mungkin nak jenguk apa ada kat sana. Teringin bubur lambuk je sekarang ni. Belum ada rezeki lagi nak makan. Huhu.


K la korang. Gi sambung buat kerja ye. Saya tak banyak kerja dah. Boleh la kemas2 apa yang patut kot. Tata! =)





Thursday, July 11, 2013

Cuci Mata Yuk!



Selamat Berpuasa kawan2 semua! =)

Sementara tengah lapar ni saya nak bagi pahala kat korang. Bagi jamu mata dengan gambar makanan. Hikhik.

Sebenarnya ni saya makan kat Masalam sebelum puasa hari tu. Kat tingkat bawah sekali. Sebelah coolblog. Saja nak test makanan kat situ. 


Saya makan ini. Nama dia pun tak ingat dah. Apatah lagi nama kedai. Sorry ye uols. Huhu. Tapi sedap =)



Yang ni saya ingat. Namanya lasagna. Pun sedap jugak kira tak menyesal la order. Tapi bezanya, lasagna ni instant punya, dia panaskan kat oven je. Yang gambar atas tadi tu dia buat sendiri bila ada order.


Lepas makan pedas2 kena la ada ice cream ye tak? (alasan). Jadi kami order pancake siap ada ice cream lagi kat Paddington. Sedaaaaap. 



So macam mana? Terliur tak? Saya dah terliur dah ni. Sabar2. Berapa jam je lagi ni nak berbuka. 

Siapa belum solat lagi sila solat cepat dah nak masuk Asar dah ni. Selamat berbuka ye kawan2.