Friday, May 17, 2013

Bersantai di Le Chateau de Puah



Salam Jumaat semua! Sihat tak? Sekejap je dah Jumaat kan? Syiok wooo.. Huhu.


Korang pernah dengar tak restoran Le Chateau de Puah? Yang mana tak pernah dengar boleh click SINI. Check it out ye. Memang menarik tempat ni. Very cozy sesuai untuk melepak bersama family dan kawan-kawan yang ramaaaai. =)


Alkisahnya kami sekeluarga makan kat sini weekend lepas. Adik saya yang suggest tempat ni. Dia dah makan few times. Saya tak pernah dengar pun nama tempat ni. So kami pilih duduk dalam bilik ada aircond, macam style kedai arab. Siap carpet and kusyen. Macam makan kat rumah la kaedahnya.




Ni gambar menu yang saya capture. Tapi blur sebab masa tengah nak snap ni ada orang panggil. Maka terparkinson sebentar. Nak tengok yang jelas click kat link yang saya bagi kat atas tu ye. Gambar menu siap dengan harga semua. 



Kami order banyaaaaak sangat makanan hari tu. Tapi saya tak sempat nak ambik gambar semua. Sebab meja besar sangat. Yang mana sempat je ada gambar. 




Yang ni starter. Gratinated Mushroom Cheese Mussel. Adik la teringin sangat nak makan mussels dengan cheese. Tekak saya tak dapat terima la. Saya tak suka seafood sangat. Nak2 yang ada shell macam ni. Huhu. Hanyir terok! :P Tapi diorang kata sedap je. 





Ni Potato Boat Beef. Appetizer jugak. Sedaaaap sekali. Memang recommended. Ada 1 lagi side dish adik order, Meatballs with Mashed Potato. Sedaaaap juga. Baru makan appetizer semua dah sedap. Main course blum sampai lagi tu. Huhu.





Jangan taktahu, Beef Lasagna ni pun antara side dishes kami. Muahahaha. Seronok masing2 makan. Habis semua pinggan round meja besar tu. Semua pakat rasa sorang sikit. Sharing is caring kan? :) Rasa nya sedap. Tak mengecewakan.





Ni saya punya makanan. Beef Meatball With Pasta. Hari tu teringin nak makan meatball pulak taktau kenapa. Ingat nak order humus sekali, tapi chef arab sakit pulak. Takpe, maybe next time. Hikhik. Oh ye, harusla sedaaaaap beliau ni. Sukaa sangat ada tomato chunk yang masam dan lazat. Nyums~






Saya minum ini. Chocolate Cinnamon Ice Blended. Siap ada whipped cream lagi. Special request okay. Dalam air chocolate tu ada kayu manis. Haha. Sedap ajer, tapi tak rasa sangat kayu manisnya. Just nice.





Ni adik saya punya hidangan. Braised Lamb Shank. Hakak tak makan kambing la. Hakak taktau la sedap ke idok. Tapi adikku makan habis licin la kan.. Huhu.





Ni pun kambing jugeks. Grilled Lamb Chop abah punya. Punya laaa banyak portionnya. Berkeping2 kambingnya. Oh ye, kakak ipar saya pun makan ni jugak. Macam biasa, habis jugak. Eh keluarga saya ni makan semua habis la. Tak pernah tak habis. Hehe.


Ok tu aje nak bebel. Pendek kata, korang jangan lupa try ok? Tempat ni menarik. Kawasannya adalah rumah banglo sebijik yang diolah menjadi restoran dan spa. Ok la, that's all folks. Babai! Happy weekend semua! Take care okeh? <3 p="">


4 comments:

cryclown said...

minngu ni kita nak pergi carl jr.. ada awek nak blanje..kihkihkih

-eLyNhere- said...

wah untunglahh ade org nak banje.. haha

Unknown said...

mahai x??mcm nk ajak una blnja mama dtg snila..

-eLyNhere- said...

standard harga la pijot. takde la mahai bebenor. tapi yg penting tempat dia cozy. pilih yg dalam bilik tu ye. heee =)