Baru nak cerita pasal cuti Hari Pekerja.. ahaks. Okla tu bukan lama sangat pun kan? (sedapkan hati sendiri). :P
Baiklah.. Saya dan kawan-kawan memang rajin buat aktiviti bersama sebelum ke agenda besar next month. Motifnya adalah untuk tengok / latih stamina masing2 sebelum menempuh aktiviti yang lebih mencabar mental dan fizikal bulan depan ni nanti. Bulan lepas kami dah naik skytrek kat cerakah. Gayatttt wooo tinggi betul pokok2 kat situ. Dan si debab ni jatuh kat salah satu halangan kat sana. Memang memalukan! Hahaha. 1 hal orang nak kena rescue bagai. Nasib baik la sempat habis semua halangan dan tak jatuh dah sampai ke hujung. Hikhik.
Ok berbalik pada tajuk asal, kawan-kawan ajak panjat tangga kat Batu Caves. Saya tak tahu mana datang idea ni, siapa punya idea, saya main ikut je. Ikutkan family tak bagi naik atas tu, tapi takkan nak jadi kera sumbang kot. Kawan-kawan lain boleh je pergi. Maka saya pergi je la. Dah set dalam otak taknak masuk dalam gua tu. Just naik dan turun tangga aje. Huhu.
Kami bertolak jam 7 pagi dan sampai lebih kurang jam 8 pagi kat sini. Kami datang 4 buah kereta, dalam 10 orang.
Ni pemandangan sebelum nak naik tangga. Perasaan masa ni ok-ok aje. Tak cuak pun sebab nampak tangga dia tak panjang mana (belagak). Haha. Takdelah, sebab saya dah biasa naik tangga 12 tingkat kat rumah sewa. So takdela panik nampak ketinggian yang lebih kurang. Hikhik. Orang pun boleh tahan ramai. Ramai yang pakai baju macam nak buat acara lumba lari kat situ. Saya syak diorang ni naik turun tangga beberapa round kot. Gigih!
Boleh tahan penat jugak sebenarnya untuk si debab macam saya ni. Tak boleh naik sekaligus je. Kena rehat 2-3 kali jugak lah. Tapi kawan-kawan semua supportive. Sama-sama tunggu dan naik ramai-ramai. Cuaca pun redup je pagi tu. Takde lah nak dehidrated tak semena-mena kan.
Ni saya snap betul2 masa sampai kat pintu masuk gua. Saya duduk kat situ je. Yang lain semua pergi masuk dalam. Mak tak sanggup nak. Mak takut jumpa yang pelik2. Mak dah la fragile orangnya. :P
Dalam 15 minit je kot diorang masuk. Lepas tu diorang keluar. Ada yang cakap menyesal masuk. Huhu. Saya tak tanya pun sebab apa menyesal. Tak minat nak tahu. Lepas dah cukup korum kat depan gua, kami konvoi turun ke bawah pulak. Poyo kan konvoi bagai, padahal takdelah jauh mana pun. Hihi.
Sempat bergambar tau masa tengah turun tu. Tangga dia agak curam kan? Siapa yang gayat memang seksa sikit la. Dan banyak monyet dan burung merpati kat situ. Kalau sempat snap gambar di tengah2 kumpulan merpati masa diorang tengah terbang, memang boleh rasa feeling2 kat Paris dah. Motif Paris? Paris banyak merpati ke? :P
Lepas turun batu caves, kami pergi breakfast. Masa tengah breakfast tu la diadakan mesyuarat tingkap light light. Bila dah masing-masing nak bercakap, terkeluar la ajakan nak ke sana ke sini. Sudahnya kami terus ke sungai ulu yam. Saya tak mandi pun sebab tak bawak baju. Dahla tumpang kereta orang kan, takkan la nak naik basah lencun tu. Pandang je la air sungai tu sambil telan air liur..
Lepas dah mandi, diorang ajak pergi taman layang-layang pulak. Sempat main rollerblade la, galah panjang la. Memang aktiviti beriadah sungguh. Lepas dah main macam2 haruslah lapar kan. Kami pun pegi makan kat Murni. Dah makan kenyang2 baru la balik rumah. Sampai rumah pun dah pukul 4 petang. Amboi.. sakan betul. Saya sampai rumah je terus kemas bilik la, basuh baju la, cuci toilet la.. amboi.. Nak tidur petang pun tergendala sebab badan dah start sakit2. Huhu.
Tu saje la kot yang kitorang buat.. Tak berapa ingat dah. Masalah betul la, macam lama sangat. Padahal beberapa hari lepas je. T___T
Oklah uols. 1 entry dah selesai. Semalam saya janji apa lagi ye? Erm... Oh, acara makan2 di Puah. Baiklah, mari start transfer gambar! Hehe. Babai uols. Take care! =)
No comments:
Post a Comment