So, minggu lepas saya pergi ke Cameron. Ewah permulaan ayat dah berbaur kekwat. Lempang kekgi! Baiklah, saya ikut family kawan jenjalan di Cameron sempena cuti sekolah. Tajaan penuh, haruslah kan? Walaupun dah tahu mesti ramai orang. Walaupun orang bebel2 kat telinga bagitahu cuti sekolah mesti jalan jem. Eh suka hati la, yang nak redah jem awak ke saya? Kalau awak nasihat macam tu saya akan batalkan ke program ni? Tak kan? Jadi sila diam diam duduk rumah.
....Perenggan pertama dah marah2.. =____= '
So kami berlima naik 1 kereta. (mesti kene ada so ke kat setiap ayat? T__T). Kami ikut Simpang Pulai sebab Tapah dijangka jem tak hengat. Kat Simpang Pulai takda la jem mana.. ada jugak sangkut sikit2.. tapi still dalam kawalan emosi lagi.. Siap boleh main lambai2, main kejar2 dengan abam polis kat highway.. Mentang2 semua anak dara dalam kereta tu.. T___T
Kami bertolak jam 4 petang dan sampai lebih kurang 9 atau 10 malam. Yang jemnya kat Cameron tu sendiri. Tak bergerak siap boleh keluar kereta lari setempat lagik. Sampai homestay terus makan dan tido je. Hmmm tak tido sangat la sebenarnya sempat karok dalam sejam dua, kul 2 pagi baru tido. Huhu.
Esoknya pagi2 lepas subuh kami bertolak ke Ladang Teh Boh. Sempat la berpeluh2 bagai nak rak. Dah macam naik bukit Broga dah rasanya. Mujur tak pakai high heels.. Haha. Not bad pemandangan kat atas tu sangat cantik. Macam biasa, takda gambar sebab saya dah sempuit sampai atas tu. Haha.
Lepas tu kami singgah bee farm dan orkid park je. Takde beli apa2. Nak balik ke homestay je dah makan masa 2 jam sebeb jem melampau tak bergerak. Sampai homestay kami lunch dan petang sikit keluar pergi jenjalan kat pasar malam. Dan sempat main hujan bagai la. Haruslah bila dah balik rumah malam tu penat jadinya. Dengan tak cukup tido. Diorang lepak starbucks pun saya tak ikut. Duduk dalam bilik sorang2 buat2 berani. Huhu. Mujur takde apa2 jadik tawww.... Dan lepas diorang balik, saya pun tido dengan tenang sampai subuh esoknya.
Sementara tunggu semua orang ready to check out, saya sempat round2 kat sekitar homestay, dan terjumpa ini! Bunga ni sebijik macam yang Casa Impian jual. Sangaaaaaat teruja sebab jumpa yang real punya! Hehe. Comelll je rasa nak petik!
Lepas semua dah ready, kami turun breakfast kat Tanah Rata. Dan kemudian mulakan perjalan balik ke Kuala Lumpur.
Masa nak turun tu nampak kebun bunga yang besar, kami pun singgah beli bunga dan sayur untuk family. Saya beli bunga ni sepasu RM7 sahaja.
Suka sangat.. Merimbun bunga dia sampai sekarang segar lagi.. Hehe.
Lepas tu kami singgah di Lata Iskandar. Jalan2 tinjau kedai tepi jalan tu ternampak pulak biji teratai ni. Saya beli la. 1 bundle RM2. Seumur hidup tak pernah tengok apatah lagi makan biji teratai ni. Apa lah salahnya cuba beli kan.. Huhu. Rasa dia lemak sedap jugak. =)
Dan ini strawberry yang sempat saya beli last minit 2 kotak. Tu bukan kotak dia, tu kotak saya bawak dari rumah sebab tapau ke rumah sewa sikit. Hehe. Saya cairkan coklat coin dan feeling2 makan sorang. Mmmm dap! Memang nikmat!
Takde beli apa sangat pun. Oh ye saya ada belikan baju strawberry untuk anak buah. Tapi lupa nak snap gambar nya... Comel jugak baju tu kalau ada yang besar teringin jugak sebenarnya.. Haha.
Ok sebagai penutup saya sajikan gambar sidebab dengan si debab junior. Budak tu anak buah kawan saya. Umur dia 6 bulan kot? Muka masam sebab baru bangun tido memang takde mood lagi, blom warm up. Tapi ada orang tak menyempat nak jugak amik gambar. Hehe.
Ok itu saje nak share. Pendek kata, janganlah pergi Cameron di kala cuti sekolah jika ada pilihan. Jika takda pilihan, pergi je la nak buat macam mana... Hikhik.
K tata korang!
No comments:
Post a Comment