Monday, December 24, 2012

New Product For My Tembam Cheeks!



Selamat Hari Isnin semua! Takmo lemau-lemau ye. Sila cargas. Ke ramai cuti hari ni? Untunglaaa~


Saya nak share sikit produk baru yang saya guna baru-baru ni. Before ni saya ada cerita, saya guna moisturizer Garnier kan? Tapi bila lama-lama guna naik menyampah pulak sebab kulit ada juga yang menggelupas kat area sekitar mulut ni. Kebetulan Garnier tu dah habis, saya pun pergi la farmasi konon nak beli Garnier lagi la. Tetiba staff dia datang tanya cari apa. Dia pun suggest guna Safi Balqis. Dia sapukan krim tu sikit kat tangan saya. 




Ni krim nya. Mula-mula saya curiga jugaklah, ni promote barang sendiri ke apa. Tengok dia pakai baju Carrefour, bukanlah wakil dari Safi, so ok la. Dia kata krim ni bagus, kulit jadi lembut dan supple. Harga dalam RM18 kalau tak silap. Malas nak fikir panjang, saya ambik je. 



Dia tanya ada pakai krim malam tak? Saya memang tak pernah pakai krim malam, selain tabita dulu. Hehe. Akak tu terkejut dengar jawapan saya, terus dia pegang tangan, "Dik, kena pakai krim malam ni dik, awak muda lagi.. krim malam ni penting." Wah gitu. Sangat serius muka dia time tu. Dia pun suggest pakai krim malam Safi Balqis ni jugak. Puas hati dengan teksture krim tu, saya pun ambik je la. Memang betul pun, saya dah kena pakai krim malam la, umur dah makin tua. Nanti tak lama lagi berkedut sana sini boleh mendatangkan amarah.


Jadi, selama lebih kurang sebulan saya pakai, saya sangat berpuas hati dan jatuh cinta dengan kedua-dua produk ni! Krim pelembap siang tu lepas sapu kat seluruh muka, rasa macam sejuk dan fresh je. Baunya pun wangi. Bedak pun tahan lama, kulit jadi lembut dan supple. Memang best. Even lepas cuci muka untuk solat, saya boleh pakai bedak macam tu je. Kulit tak menggelupas pun. Kalau dulu, kena pakai jugak moisturizer before pakai bedak. Leceh betul. 


Krim pelembap malam tu pun wangi. Lepas sapu, rasa macam ada 1 lapisan mask kat muka untuk lindung kulit saya dari terus kering sebab saya kan tido dalam aircond. So not good for my skin. Huhu. Bangun pagi masa ambik wudhuk pun terasa kulit ni lembut je. Memang best la. Lepas ni saya nak beli pencuci muka dia pulak. Memang jatuh cinta tahap serius dengan dua krim pelembap yang saya beli ni.


Mungkin produk ni sesuai dengan kulit saya, sebab tu serasi je kan? Sebagai penutup, meh saya tepek sikit gambar budak tembam fefeeling muka suci.




Dark circle yang ketara sebab tak boleh tido malam tu. Jerawat sana sini yang naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Lantaklah situ. Haha. Ok tu je untuk hari ni. Tata! =)




Thursday, December 20, 2012

Spaghetti Bolognese



Kali ni nak share macam mana saya buat spaghetti bolognese saya. Dulu memang tak suka sungguh makan bolognese ni sebab pernah rasa kat kedai, macam rasa ubat antibiotik. Sejak tu pangkah terus, sampai la dah besar. Bila ada potluck kat ofis, sorang kakak tu masak kuah bolognese sendiri, saya try la sebab nampak menarik je kaler dia merah menawan. Ha time tu la terus jatuh cinta. Sedap rupanya bolognese ni, takde pun rasa antibiotik ke apa ke. Maka terus saya google resepi dan bikin sendiri kat rumah =)





Ni yang latest saya buat. Sebenarnya bahan tak cukup dan agak cair jugak hasilnya. Tapi saya nak tunjuk jugak sebab dia ada bawak kawan datang bersama, iaitu meatballs! Kami guna daging korban untuk buat meatballs dan kuah bolognese tu. * Haaaa nampak tak berapa lama punya gambar simpan ni? TIme raya haji aritu ye kawan-kawan.. hikhik*





Ni meatballs yang di bakar di dalam oven. Nampak lebih real dan menarik. Oh ye, saya letak cheese kat dalam meatballs tu. Nyums.





Yang ni pulak meatballs yang sama tapi di goreng deep fry. Dek kerana adik saya tak sabar nak tunggu yang dalam oven, dia nak cepat masak, dia goreng je. Sabar je la. Rupabentuk agak lari sikit la, macam anak angkat meatballs je rupa dia. Tapi rasa sedap je la kan. Ala apa lagi nak rasa, mestila rasa daging + cheese + masin sikit. 

Baiklah, mari kita mulakan dengan resepinya.



Spaghetti Bolognese (6 orang makan)

Bahan:

500 gram spaghetti (sepaket)
500 gram daging lembu cincang (sepaket)
200 ml susu
1 labu bawang besar Holland
1 ulas bawang putih
1 tin tomato puri (besar)
5 biji tomato segar
1 batang carrot
2 batang celery
1 tin cendawan butang (terpulang nak guna cendawan apa pun, ikut selera masing2)
1/2 sudu besar oregano kering
2 sudu besar butter
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa.


Cara:

- Rebus spaghetti macam biasa. Campurkan minyak dan garam untuk perasa. Toskan.
- Panaskan butter dalam periuk besar dan dalam, masukkan minyak dan tumis bawang sehingga layu.
- Masukkan daging dan hancurkan sampai sekata. Masak hingga keperangan.
- Masukkan susu dan biar sampai meresap dalam daging.
- Masukkan tomato puri dan tomato segar (potong dadu)
- Masukkan 2 tin air (guna tin tomato puri)
- Masukkan daun oregano dan perasakan.
- Masak dengan api perlahan sampai pekat. Lebih kurang dalam masa sejam. Ikut citarasa sendiri ye.



Selamat mencuba ye. Saya suka sebab rasa dia masam manis. Tengah type ni pun kecur air liur dibuatnya. Slurp~


Friday, December 14, 2012

Menjadi Babysitter



Asyik post entry makanan je, rasa bersalah pulak. Hari ni nak share benda lain selain makan makan makan. 


Semalam saya tercuti secara tidak sengaja. Sebab kena jaga anak buah si Damia ni. 




Ingat nak bawa gi ofis je sebab kat ofis pun takda orang kan, saya je sengsorang biasanya. Tetiba kontena dari Bali nak datang pulak dah.. Terpaksa la standby kat rumah je. Bos kata tak payah pegi ofis, nanti kalau kontena sampai baru saya datang. Jadinya duduk la kat rumah melayan beliau. Nasib baik tak buat perangai. Suruh mandi, mandi. Suap makan, nganga. Sebab dah disogok dengan tab, macam tu la baiknya. Budak2 sekarang ni.. baru 2-3 tahun dah pandai mintak tab/i pad.. Makngah dulu umur 2 tahun paling gangster pun mintak bear je tau?


Tapi hari ni saya tak dapat jaga dia. Sebab bos kata kontena nak datang lagi. Tak boleh bekerja kalau ada dak kecik kat sini. Terpaksa la tinggalkan dia kat rumah dengan paksunya dan atoknya. Boleh ke diorang jaga? Terpaksa la pesan macam2 tadi. Sebelum pergi kerja, saya dah suapkan makan, mandikan wangi2, pastu buat susu dan on tv channel CERIA. Elok la dia diam mengadap tv. Pastu makan tengah hari taktau la siapa suap agaknya. Kejap2 saya call adik tanya perkembangan. Dah makan ke belum, dah kencing ke belum (tak pakai pampers dah, takut dia tahan sampai terbocor). Dah rupa macam mak orang dah. Mujur takde keluar pergi mana-mana. Kalau tak, dah jatuh saham orang ingat call maid tanya khabar anak kat rumah T____T


Ni pun badan macam sakit2 pastu sakit kepala pun ada, mata pun berat je. Nak kata mengantuk, semalam dah cukup je tidurnya. Penat sangat ke jaga Damia semalam? Takde la kot. Cuma kengkadang turun tangga dia mintak dukung, rasa nak terkeluar jugak isi perut dukung dia turun tangga. Berat dah berapa tah budak tu gaknya, 20kg ada kot? Dah nak masuk 5 tahun dah.. Phew~


Ok tu aje nak membebel. Sebenarnya sangat mengantuk sebab tak pasang lagu. Lagu semua dalam tab, tab dah diloan oleh Damia kat rumah. Isk. Nak bukak youtube menyampah pulak dengan iklan. Dalam pc ni takda lagu, dah delete semua! Huwaaaa~ 


Oih dalam pada nak buat ayat penutup sempat terbebel lagi. Oklah nak bangun basuh muka lagi elok kot. Korang take care ok? Happy weekend uols! =)






Tuesday, December 11, 2012

Ginger Candy Yang Lazat


Siapa suka makan halia? Wooo mesti ramai tak suka kan? Hehe. Dalam family saya je ramai tak suka kalau tergigit halia. Kena potong besar-besar supaya diorang boleh asingkan before masuk mulut. Tapi sebenarnya halia bagus untuk buang angin kan? Sepupu saya cakap kalau nak kurus, rebus halia dalam 2 inci, lepas tu minum airnya tiap-tiap malam. Memang TAK la kan! Tak boleh la minum air halia macam tu je. Hehe. 


Tapi kalau makan asam halia, tekak saya boleh terima lagi. Hari tu tertengok kat tv omputih dia ajar buat ginger candy. Terliur la pulak. Senang pulak tu. Kan lately ni kan semangat nak kurus membuak2 kan.. Haruslah feeling makan halia, dapat buang lemak dalam badan. Ahaks. Maka saya pun try la kat rumah.





Ni hasilnya. Nampak selekeh sebab hiris guna pisau je. Sepatutnya guna alat tu lagi kemas potongannya. 
Senang je nak buat tau. 

Mula-mula, potong halia ikut kehendak sendiri la banyak mana. 
Pastu hiriskan halus-halus. 
Pastu rebus dalam air lebih kurang 5-10 minit. 
Lepas tu toskan airnya, simpan suku cawan air tu. 
Masukkan halia dalam periuk balik, campurkan air tadi dan masukkan gula sama banyak dengan kuantiti halia tadi. 
Masak sampai air gula kering. 
Kemudian keringkan dalam bekas / tray. 
Nanti dia akan jadi macam dalam gambarajah di atas =)


Kawan saya cakap macam halwa. Taktau la saya tak suka la halwa tu. Yang ni sedap lagi. Dan yang penting dia fresh, sebab kita sendiri yang buat, takde letak apa-apa bahan pengawet ke apa. 


Khasiatnya apa? Lepas makan dalam 4-5 slice, automatic perut memulas dan terus ke tandas! Hehe. Lepas tu badan rasa ringan. Ada orang sampai 2-3 kali ke tandas, ada orang sekali je. Dinasihatkan untuk permulaan, jangan makan banyak-banyak. Hikhik. 


Ok tu aje nak share hari ni. Blog ni dah jadi macam blog makanan la pulak. Tapi makanan je yang dapat menghiburkan hatiku, nak buek camno? Heee. Oklah korang, nak sambung tido. Hari ni kan Selangor cuti? Jangan jeles~ :P

Monday, December 10, 2012

Resepi Muffin Vanilla ala Kenny Rogers!



So, weekend hari tu as requested by my mom, saya telah mengadun 2 dozen muffin vanilla. Disebabkan tekak berasa nak makan cinnamon jugak, maka saya bahagikan muffin vanilla tu sebahagiannya ada letak cinnamon topping. Nyums~





Ni masa di dalam oven. See, saya pakai oven butterfly bulat yang tak boleh control suhu tu je. Sekali masak boleh letak 1 tray je. Tapi sangat puas hati dengan hasilnya. =)





Ni hasilnya lepas masak. Elok je naik membulat tau. Dalam gambar nampak kecik, tapi sebenarnya dia adalah besar jugak la. Puas la sekali hadap sebiji tu. Hikhik. 


So, saya share resepi la ye? Sebab senang sangat2 membuatnya. Harap korang dapat try buat juga nanti k?


Resepi Muffin Vanilla Ala Kenny Rogers (24 biji)

8 sudu besar butter (dicairkan)
2 biji telur
2 cawan gula (saya guna brown sugar untuk rasa yang lebih sedap)
2 cawan susu segar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar esen vanilla
4 sudu besar baking powder
4 cawan tepung (saya guna all purpose flour)

Caranya :-

Pukul telur dengan gula dulu. Masukkan bahan basah yang lain. Dan di ikuti dengan bahan kering. Gaul sehingga sebati. Masukkan dalam bekas muffin dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 celcius.


Cinnamon topping (optional)

1/3 cawan brown sugar
1/3 cawan rolled oats (taknak letak pun takpe, i love oats!)
1 1/2 sudu besar cinnamon powder (serbuk kulit kayu manis)
3 sudu besar butter
1/2 cawan tepung

Caranya:-

Gaulkan semua bahan sampai sebati, dan letakkan di atas acuan muffin sebelum bakar. Teksturenya akan jadi macam sticky2 sebab ada butter dan gula. So sedap! =)


Senang kan? Tak payah guna hand mixer ke apa ke. Kat rumah saya bukan ada benda tu semua. Rasanya sebijik macam muffin Kenny Rogers tau. Sedap sangat! Kalau taknak buat banyak sangat, kurangkan half resepi kat atas tu ye.  Jangan lupa cuba tau? =)



Friday, December 7, 2012

Kenduri Express!



Salam Jumaat kengkawan! OMG today is the day. The day yang mama suruh saya kurus. Habislah habislah saya tak kurus pun.. how?? Petang ni jumpa mama harap-harap tak kena jeling hendaknya. Ya Allah ya Tuhanku, semoga mamaku terima lemak-lemakku seadanya, amin! 


Baiklah. Mari kita teruskan. Semalam lepas habis kerja, saya dengan bangganya telah menghadirkan diri ke gym. Terima kasih atas sokongan kawan-kawan yang sudi menemani saya lantas membanteras lemak-lemak yang ada di badan kami semua. Hikhik. Masa sampai gym skodeng dulu kat glass window nak tengok ramai orang ke tak. Terus tak pasal-pasal terblush tak semena-mena sebab ada 2 orang arab mana tah sangat comel lotey itik gembo-gembo plus ada 2 orang 'anak ikan' yang comel jugak sedang bersenam. Alalala comel sangat tau lari kat treadmill bagai. Nak kene cubit ke? Haha ok sila behave elyn. Ehem.


Lepas kami masuk je pintu gym, mereka yang comel-comel berundur beri laluan pada kami. Adakah mereka gerun melihat lemak-lemak saya? Isk. Rupanya mereka masuk kat dalam bilik aerobik sebelah main bola dengan budak kecik, adik si arab tadi tu kot. Alalalala comelnya bergurau gelak tawa dalam bilik tu pulak.. Saya nyaris dah nak join tau.. nasib baik masih berfikiran waras. Haha. 


Sempat la saya hiking guna alat apa tah nama dia selama 15 minit. Terasa macam tengah hike bukit broga pulak rasanya. Peluh jangan cakap la, macam ada orang simbah air dari atas jatuh kebawah. Isk. Pastu lupa bawak towel. Ish ish ish.. Tapi tu je la yang sempat pun. Tetiba member dah buat suprise kata dah sampai depan rumah. Terpaksa la kami balik  ke rumah. Dan mereka juga kata lapar, nak makan. Dan request saya masak spaghetti. 





Maka inilah hasilnya masak-masak secara express semalam. Simple sesangat. Saya masak spaghetti olio dengan baby carrot dan brocolli rebus aje. Taktahu la sedap ke tak. Nervous okeh kalau masak untuk orang ni. Masak untuk family tak nervous sangat sebab tak kisah pun sedap ke tak sedap ke. Hehe. Alhamdulillah habis diorang makan. Maknanya sedap la tu kot? Ke habis sebab lapar sangat? Haha.


Ok tu aje untuk hari ni. Petang ni kami nak makan buffet beramai-ramai. Nanti saya update kat sini okeh? Bye korang, happy weekend! 








Tuesday, December 4, 2012

"Sila Kurus Hari Jumaat Ni !" - Mama



Begitu lah dialog yang saya terima sesampainya saya ke rumah family pada hari Jumaat lepas. Sedih wok! Mama kata badan saya naik bagai dipam pam. Pelik jugak saya takde pulak pegi pam angin dalam badan seingat saya.. Hmmm..


Alkisahnya Jumaat ni ada gathering budak ofis mama merangkap ex ofismet saya jugak la dulu sebenarnya. Pastu mama memang 'famous' kat sana, so nak la anak dia pun nampak senonoh di hari kejadian...gittew. Tapi kelakar jugak la permintaan mama tu. Selama hidup dah dua puluh ehem ehem tahun ni tak pernahnya kurus, tetiba mama suruh kurus dalam masa 5 hari je? Kelakar tau mama ni.. Mission impossible sangat tau. Masa kita nampak kurus / susut sikit takda pulak nak bagitahu atau puji kee... So kita ingat kita perasan je la kan.. Bila dah debab balik baru nak marah. Tak suka taw... Sentap gegirl!


Sebenarnya last week memang makan tak hingat donia jugak la. Kata tengah down dan sedih, haruslah melayan nafsu makan. (Happy pun makan, sedih pun makan, dahtu bila yang kau tak selera makan cik elyn oi?). Baiklah mari kita saksikan makanan apa yang dah masuk dalam perut saya lantas menjadi lelemak comel yang melekat di seluruh tubuh badan yang munggil ini. Wah munggil tawww... ahaks ahaks :P






Saya makan di Ahlaa Cafe Seksyen 7 Shah Alam. Macaroni bakar la ni sebenarnya tapi nama dalam menu adalah lain. Harga RM 8.90. Sedap melampau ok.





Ni close-up beliau. Kuahnya tu macam bolognese sos je rasanya. Tapi memang sedap la. Ni dah terkecur-kecur air liur dah ha.. isk.





Masih di tempat yang sama, saya makan bubur nasi. Tekak tetiba nak makan yang bersup gini.. Eh saya bukan order dua dish tau. Macaroni tu kawan saya punya, tapi dia tetiba diet lepas makan 3 sudu. Terpaksa la saya habiskan, kalau tak membazir nanti.. Pembaziran tu kan amalan syaitan kan? (kalau macam ni alasan sampai bebila kau tak kurus, elyn.) :P





Ni pulak saya makan kat secret resepi time lunch. Chicken Parmigiana namanya. Salad tu dia letak sos orange memang sedap okeh. Kentang tu pun sedap rangup lagi. Dan yang paling penting, ayam tu memang la sedap. Lembut dan penuh dengan cheese. Harga RM 13.90. 






Dan yang ni kawan saya makan Japanese Soba. Eh ke Vegetarian Soba? Something like that la, tak ingat sudaaa. Tapi yang ni saya tak tolong habiskan. Errr... Saya makan salad je sebab dia tak suka salad tu. Hehe. Abisla bahaya la makan dengan orang yang tak habis makan ni, otometik terus jadik dbkl! Isk.


Begitula puratanya pemakanan saya sampai badan terus naik mendadak. Sebab seminggu sebelumnya saya adalah susut sikit akibat skip lunch dan dinner. Mungkin sebab hati senang ada 'boifren' tu yang makan pun tak lalu. Now single balik suda. Tu yang makan pun macam resakse. Amboi senang je kapel pastu single? Hehe. Tolong bagi saya sorang boifren pls?! Eh dua orang pun boleh je.. Ahaks ahaks.


Ok la uols, nak siapkan keje sikit pastu nak balik. Hari ni ada mission penting untuk diselesaikan. No no bukan pergi gym, bukan. Nak pergi jual emassssss, muahahahaha ok bye!