Friday, November 30, 2012

Metrojaya Sales!



Orang perempuan mesti tau pasal ni kot. Metrojaya buat sales kat Stadium Melawati Shah Alam Seksyen 13. Rasanya memang kerap metrojaya buat sales kat sini. Cumanya saya pernah pegi sekali je sebab tak berapa nak minat shopping rebut-rebut ramai-ramai ni. Tapi kali ni diorang cakap orang dah tak seramai macam dulu. Kalau dulu sampai nak berjalan pun payah. So saya singgah la lunch tadi.


Mula-mula memang nak singgah tengok-tengok je. Kalau ada eyeliner yang murah je nak beli. Sekali masuk je depan sekali dah teruja tengok comforter set untuk queen bed RM69.90 je. Color semua soft-soft sangat girly tau. Haruslah mata terpikat kat kaler soft pink yang satu tu. Dah pegang takmau lepas. Terfikir jugak last time beli comforter set adalah 2-3 tahun lepas kot? Tapi kuatkan semangat dan lepaskan comforter tu. Pergi ke tempat kosmetik. Nampak pulak eyeline in2it RM9 je! Kat luar harga dia RM19.90 okeh! Memang kebetulan dah habis eyeliner saya, hari tu cari kat guardian dah habis kaler hitam. Lepas tu excited bagitau ofismet eyeliner sangat murah nak beli! nak beli! Makanya terpaksa la amik jugak comforter set yang fink karer tu sebab dah alang2 beratur kat cashier kan..


Bila dah masuk area kosmetik nak ambik eyeliner, saya dah terjebak dengan bedak la, pencuci muka la, mascara la. Semua tu memang saya tengah cari pun. Dan semua pun murah. Hasilnyaaa....






Eyeliner ambik 2, bedak 1, mascara 1, pencuci muka 1, dan comforter set 1. Total RM117.00. Tak pasal-pasal je lebur.. Tapi saya sangat puas hati sebab semua pun murah je dan memang dah sampai masa nak beli pun. Saya bukan jenis kuat shoping. Setahun ada la sekali kot? Takpun dua tahun sekali je. Tapi sebenarnya hati dah meronta-ronta nak amik handbag Guess tadi. Murah ok semua 50% diskaun! Tapi takpe, mungkin petang karang kalau ada yang mengajak, kita singgah lagi. Ahaks ahaks.


Dan untuk lunch, saya makan Arabic Set kat kedai D' Arab Cafe. Harga RM13.90. Dah naik okeh. Dulu kalau tak silap RM10.90 je harga dia.. Nasib baik la ada humus, maka terpaksa saya order jugak. Tekak sangat rasa nak makan humus hari ni. Alhamdulillah kenyang! =)





Sedap tau. Pinggan besar dulang. Hehe. Beras panjang-panjang. Tapi yang tak bestnya, pekerja dia Bangla. Memang takde dah ke orang melayu nak kerja-kerja macam tu? Hmph.


Ok tu aje nak bebel petang ni. Happy weekend uols! =)


Tuesday, November 27, 2012

Bekalan Dari Abah



Wah tajuk macam serius je. Macam insaf sekejap baca. Ahaks. 

Ahad hari tu kami adik beradik tiba-tiba kempunan durian. Sebab asik sebut-sebut durian tapi takda pun depan mata. Pastu malamnya tu lepas dinner abah pergi beli sebab anak pompuan beliau dah buat ayat sedih, "esok nak balik Shah Alam dah... tak dapat la makan durian....". Terus mama cakap dengan abah, "Pergi la beli durian bang.." Ahaks. Gedik sungguh la, nasib baik ada orang melayan. Kalau tak, boleh jadi sentap nanti. Gedik sentap namanya.


Jadi abah pun beli la kat pasar malam berdekatan. Dapat dalam 9 biji kot. Alhamdulillah rezeki. Tapi tak fresh and dah bergas dah. Dalam pada tak fresh pun kurang sejam setel semua. Ok tipu, takde la setel semua, ada beberapa ulas yang tak manis kami ketepikan untuk buat kuah durian. Pastu anak perempuan yang gedik keluarkan ayat sedih lagi.. "Bilanya nak buat kuah durian tu? Confirm la elyn tak dapat rasa... esok nak balik Shah Alam dah... sedapnya kuah durian.............". Gitu. Tapi takda sape layan. Tapi instinct saya kuat mengatakan esok pagi mesti abah buat kuah durian. Hikhik.


Dan pagi tadi masa nak bersiap gi kerja, dengar abah bukak dapur gas. Sedang mengerjakan sesuatu di dapur. Mula-mula tak pasti adakah abah buat breakfast atau apa? Sebelum keluar gi kerja saya jenguk la atas dapur gas tu. Ada periuk sederhana besar kelihatan dari jauh. Terus senyum sampai ke telinga. Hikhik.




Ye, abah gigih buat kuah durian ok. Sedap. Just the way i loike. Mana la beli santan tu agaknya pepagi subuh. Hehe. Kesian abah kena layan anak perempuan yang gedik. Mujur ada sorang je. :P Jadi saya letak kuah durian dalam bekas untuk di bawa ke Shah Alam. Letak dalam fridge dan makan sejuk-sejuk. Sungguh heaven! Mana la nak dapat abah macam ni? Ya Allah ya Tuhanku, kau rahmatilah orang tua ku, murahkan rezeki mereka, lindungilah mereka sepertimana mereka menjagaku sewaktu aku kecil, jauhkan mereka dari api neraka dan tempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman, AMIN!


Tu aje uols. Jom balik jom? =)


Friday, November 23, 2012

Happy Birthday Mummy!



13 November 2012 adalah harijadi mama saya yang ke-56 tahun! Eh mama ke mummy? Ha adik beradik lain semua panggil mama, tapi saya sorang je panggil mummy. Hikhik. Kata gegirl sorang, harusla gedik tahap maksima :P


Sepertimana yang semua tahu, 13 November hari tu kan public holiday.. Jadinya kami celebrate dengan seronok sekali bersenang senang kat rumah. Abah tetiba buat perangai sweet beli suprise cake untuk mama. Keluar dendiam pastu tahu2 je bawak balik sebiji kek. Atas kek tu tulis 'Selamat Hari Lahir SAYANG'. Gitulahhh.. Walaupun kek tu tak grand, yang penting chocolate moist cake sedap yang dibeli di kedai melayu Islam okeh. Dijamin dan diyakini halal. Sesuci cinta abah terhadap mama. Gitulah ayat novel sesekali terkeluar tak semena-mena :P


Mama kata nak makan ramai2 je kat rumah. Tapi kena tunggu family abang balik dulu la. So hari tu saya belanja mama Sushi King je dulu. Kami makan bertiga dengan adik saya.





Ni dia besdey girl kesayangan! Dah alang2 bersiap tu kan, harusla posing di dapur bersama kek yang telah dipotong. Mama nak buat kenangan katanya. Jadiklah. Hehe.






On the way balik, teringin pulak makan putu piring dekat dengan rumah saya. Ni memang famous dari dulu sampai sekarang. Terpaling sedap yang saya penah rasa la. Biasanya takde la ramai sangat sebab makcik tu dah buat awal2, simpan dalam bekas. Tapi kali ni bukan main ramai dan lama kami tunggu. Setengah jam kot? Ke lebih? Sedap punya pasal, lama pun lama lah.






So, hari Khamis family abang datang, kami pun kenduri Dominos aje. Senang. Tak payah makan kat luar la, leceh jugak dengan budak kecik dua orang tu nanti. Dahlah masing2 takmau tido siang. petang karang sure mengamuk akibat mengantuk. Nampak macam banyak, tapi sebenarnya cukup2 je makanan tu. Oh barbeku wing dan roasted chicken takde dalam gambar. Pi mana taktau.


Cake birthday yang betul2 punya belum beli lagi. Taktau la bila nak beli. Mama dah awal2 cakap nak secret resipi white choc macadamia. Favourite mama dari dulu. Harap2 esok mama suruh beli la cake tu.. boleh kenduri cake pulak weekend ni. Hikhik.


Ok tu aje kot cerita pasal birthday mama saya. Takda apa yang special pun. Spend time dengan family adalah benda yang paling membahagiakan =)


Oh lupa nak share. Hari tu kami 1 family tengok cerita Dumb and Dumber kat tv. Pastu adalah ayat "I'm sick and tired of having no one to love" something like that la.. Saya terus sahut, "me too" sambil tengah main game. Pastu mama cepat2 jawap, "elyn ada mama kan.." dengan mata penuh mengharap. Alaaaaaa terus saya senyum sambil tahan nangis. Serius rasa nak nangis sangat2. Ni tengah type pun sebak lagi. Kesian mama kan.. mesti mama penat tunggu elyn berpunya. Single mingle dari dulu tak berubah. Takpela mama, elyn pasrah je kalau dah ini ketentuan Allah untuk elyn :')


Oklah, takmo sedih2. Happy weekend uols! Tata!


Tuesday, November 20, 2012

Sembang-sembang Sebelum Lunch



Rasa macam dah lama sangat tak luah perasaan kat sini. Lately life sangat interesting sampai takda masa nak syer kat blog. (ayat belagak? :P) Life interesting kunun... pui!


Apa yang menarik dalam hidup saya lately? Hurmmm.. banyak benda sebenarnya. Tapi bukan semua benda boleh syer kat sini tau. Tu yang sepi je si debab sorang ni. Sekejap je dah bulan November. Sebulan lagi habis lah tahun 2012 ni. Azam tahun baru uols hari tu macam mana? Saya punya rasanya 80% done. Harap baki sebulan lebih ni boleh setel la semua. Eh apa azam saya hari tu eh? *PANG!!!* Ahaks.


Oh ye, hari tu saya kena jaga booth Casa Impian kat OU promotion area sempena Deepavali. Jumaat 9 November 2012. Ala lupa nak bagitau kat sini. Kalau tak, boleh la uols intai si debab ni. Haha. Perasan sungguh sape nak intai dia ntah. Nak dijadikan cerita pendek, masa tengah bosan duduk kat booth tu, saya cakap la dengan ofismet saya si Arop, 

" Bosannya.. takda ke orang datang nak ngorat aku ke apa..."

Bukan main lagi ayat kan. Cakap tanpa rasa bersalah. Tiba2 Maru bagitau dia nak datang singgah makan sama petang tu. Wah at least ada jugak la orang ajak 'dating' kannn.. Hehe. Bukan main happy lagi saya. Bosan kot duduk je kat situ membesarkan montot. Terhiburla kejap dengan kehadiran si Maru tu. Lepas makan2, jenjalan sikit, dia pun balik. 


Malam tu dalam pukul 9, saya jalan nak buang sampah. Lalu terserempak dengan jejaka tampan taste sangat! Dalam hati terdetik, "amboi eloknya.." sambil mata menjeling ke arah beliau. Hehe. Tiba2 dia masuk booth kitorang. Belek2 barang. Saya dah tercuit2 si Arop dah. Signal kami bila nampak benda2 menarik. Haha. Dan lepas tu mamat tu terus pergi ke arah saya tanya, 

" Ada name card tak? "

" Err.. takde.. kenapa eh? "

" Saya berminat nak... blablabla.."

" Oh boleh contact bos saya la. Saya bagi contact number and email k?"

Pastu sembang sakan potpetpotpet macam orang dah lama kenal. Dalam hati berdebar weh. Saya kan pemalu? Hikhik. Pastu dia cakap laju + slang sabah memang la saya susah nak tangkap. Asik ter "sorry sorry apa dia?". Pastu dua2 gelak. Alaaaaa so suweeet...  Sebelum dia balik tu, dia sempat toleh, tanya nama saya dan senyum. Berbunga sungguh la hati ni.. Hiks!


Hari isnin masa ofismet saya jaga booth kat sana, mamat tu datang lagi. Dia cari saya. Ofismet pun bagitau la saya kat ofis. Lepas tu dia mintak no fon saya. Wahhhhh semua terkejut. Siot betul dorang. Mamat tu boleh tahan good looking la sebenarnya. Tapi sampai sekarang dia tak call pun? Ke ofismet saya bagi nombor lain? Ke dia tak minat nak call langsung? Hampa... motip nak hampa?? :P Oh ye, hari Sabtu tu Adam AF lalu kat depan booth kami! Ofismet saya sempat bergambar dengan dia. Alaaaaa abang Adam.. masa saya jaga seharian awak tak lalu pun.. Bila la dapat jumpa awak life depan2 ek? Tak tertanggung dah windu ni. Ahaks. Tapi kalau dia lalu pun, memang saya takkan bergambar la. Cukup je senyum depan muka dia pastu lari nyuruk bawah meja. Tu pun kalau muat la meja tu. Kalau tak muat, duduk tepi meja pun jadilaaa..


Alamak panjang lebar bercerita pasal benda ni pulak. Banyak lagi la sebenarnya kejadian macam ni. Memang sejak 'berubat' banyak benda menarik jadi kat saya. Alhamdulillah. 


Tapi saya noticed 1 benda la.. Saya tertarik dengan lelaki lelaki muda!! Kalau tengok lelaki muda2 ni terus berdebar uols! Tengok lelaki sebaya atau lebih tua, tak bernafsu pula. Bagaimanakah ini?? Ofismet cakap saya ni macam haruan makan anak. Taste anak-anak ikan. Muluttttt kauuuu..! :P


Ok tu je nak merepek. Nanti saya update resepi spaghetti bolognese my style, okeh? Till then, tata uols. Jangan skip lunch tau. Skip dinner takpe. Heee. Bye!

Monday, November 12, 2012

Resepi Nasi Ayam Elyn Style



Saya sangat suka buat nasi ayam tau. Adik2 pun suka makan. Dah la senang je nak buat. Meh saya syerkan cara saya buat nasi ayam ye?





Resepi Nasi Ayam (6 orang makan)

a) Bahan untuk Sup :

1 ekor ayam
1 batang carrot (potong dadu)
1 batang celery (potong dadu)
1 inci halia (ketuk)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 ulas bawang merah (hiris)

Cara : Rebuskan ayam dalam periuk berisi air. Masukkan carrot, celery dan halia. Bila ayam dah masak, angkat dan toskan. Goreng bawang merah dan bawang putih dalam kuali, dan curah dalam air rebusan tadi. Perisakan. Simpankan sedikit air rebusan untuk masak nasi.


b) Bahan untuk Ayam :

1 ekor ayam yang telah direbus
4 camca kicap manis kipas udang

Cara : Gaulkan ayam dengan kicap manis sampai sekata. Kalau kurang boleh tambah kicap lagi. Biarkan dalam 10 minit. Bakar dalam oven untuk 5 minit dengan suhu 180 celcius untuk bagi dia garing. Tapi jangan lama sangat nanti ayam tu kering dan keras, hilang jusnya. Lebihan kicap tadi boleh letak dalam mangkuk berasingan dan tambah sedikit sup untuk cairkan tekstur nya.


c) Bahan untuk Nasi :

2 camca besar butter
2 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
2 ulas bawang merah (hiris)
2 helai daun pandan
1 kiub ayam

Cara : Panaskan butter dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng sampai garing. Masukkan beras dan gaulkan hingga sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi secukupnya. Masukkan daun pandan yang telah disimpul. Perisakan dengan garam dan letak 1 kiub ayam untuk lebih rasa sedap.


d) Bahan untuk Cili

2 biji tomato
1 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1 camca sos cili

Cara : Masukkan semua bahan dalam blender dan blend sampai hancur. Tak payah letak air sebab tomato tu dah berair. Kalau nak pedas lagi boleh lebihkan cili atau letak cili api. Saya tak suka letak bawang putih banyak sangat sebab rasa dia kuat.



Dah siap. Boleh la hidang dan makan dengan salad atau tomato atau timun, ikut selera masing2 ye. Ini cara saya buat nasi ayam. Takda sedap mana tapi so far family makan dengan berselera. Olah ikut citarasa masing2 la ye tak? Sekian! =)


Thursday, November 1, 2012

Langkawi With Family



Akhirnya keluar jugak entry ni. Sekian lama memendam rasa berusaha gigih cari masa dan mood yang sesuai. Huhu.


Kami pergi ke Langkawi 3-6 October 2012 naik Air Asia. Tiket tu dah ditempah setahun yang lepas melalui tambang murah. Takda la murah sangat kot, pergi balik 5 orang termasuk insurance dan sebagainya total RM705.


Mula-mula dah booked bilik dekat Malibest untuk 3 malam. Dan dah bayar deposit untuk 1 malam. Tetiba last minit kawan bagitau ada contact untuk dapat rumah sewa + kereta murah. Jadinya kami duduk semalam je kat Malibest. 2 malam lagi kami tido di rumah sewa tu. Orang tu bagi rumah + kereta avanza baru RM200 sehari. Murah la kot sebab rumah tu teres dua tingkat, fully furnished, ada 2 aircond siap dengan mesin basuh. Kami buat macam rumah sendiri siap basuh baju jemur kat ampaian rumah sebelum keluar memana. Haha. So seronok.


Hari pertama sampai tu dah petang. Alhamdulillah cuaca elok, panas terik mencucuk cucuk. So ambik kereta, pegi makan dan terus check in je. Lepak kat bilik kejap, mandi dan solat segala la. Dalam pukul 9 macam tu kami keluar jenjalan kat kedai kakilima pantai Chenang tu. Round sampai berpeluh-peluh. Disebabkan tadi makan pun dah lewat, kami beli roti BreadTalk je makan dalam bilik as a supper la kunun. Boleh dikatakan hari-hari kami beli roti tu. Sebab bila dekat nak closing, dia bagi diskaun 30%. Nyums $!


Hari kedua kami plan nak ke Cable Car dan UnderwaterWorld. Malangnya pagi-pagi lagi dah gerimis dan mendung. Nak taknak kami teruskan jugak plan tu. Memang hujan sampai ke tengah hari rupanya. Dan tak boleh naik pun jambatan gantung tu. Diorang tutup. Tak pasti renovation atau sebab cuaca. Jadinya kami bayar RM15 sorang untuk naik cable car semata je la. Punah harapan nak naik jambatan gantung.






Cuaca macam ni je kat atas tu setiap masa. Gerimis dan angin kuat. Tak rasa macam kat Langkawi pulak. Rasa macam ada kat Genting. Hehe.


Turun je dari cable car, terus cari tempat makan untuk lunch. Kami pergi kat kedai tepi jalan je. Lepas tu terus ke underwater world melawat penguin dan ikan comel-comel. Bayaran masuk harga biasa adult RM38. Kalau tunjuk IC dapat RM28. Warga emas dan government servant RM22. So saya guna kad mak saya, dapat la semua merasa tiket RM22 sorang, yay! Gambar tak ambik sebab masing2 teruja tengok binatang kat dalam tu. Tambahan pulak budak skolah berlari-lari memang annoying sungguh la, tak selera langsung nak bergambar. 


Part yang paling best, kami ternampak 1 kedai makan tepi jalan on the way ke kawasan perumahan tempat kami tinggal tu. Tiap kali lalu mesti terbaca. Dia tulis kat papan tanda depan kedai besar2, 'Chicken Chop RM4.50'. Haruslah mata terpaku kat nombor tu kan. Ingat saya sorang je, rupanya semua orang pun terpandang benda yang sama dan tak percaya la ada chicken chop rm4.50 kan. Mana nak jumpa kat KL ni? Makanya malam tu kami nekad nak try rasa chicken chop kat kedai tu. Dia ada set chicken chop, fish and chips dengan beef steak. Semua pun RM4.50.




Kami order 5 chicken chop dan extra 1 fish and chips. In case memasing tak kenyang kan. Dengan harga rm4.50 tu kami bayangkan portionnya mungkin menyedihkan la kan. Haha. Sekali sampai, nah! Siap ada sosej okeh. Kat KL hado?? Siapa tak kenyang boleh tampar muka sendiri laju-laju. Yang extra fish and chips tu pun masing2 cuit sorang sikit, lama-lama licin. Hehe. Kami order limau ais pun dia hantar yang special punya. Siap ada asam boi 3 ketui kat dalam tu. Harga? Singgit je. Menakjubkan bukan? Memang tak putus2 kami puji kedai tu la. Tapi yang tak bestnya cepat sangat habis. Orang tak putus-putus datang. Ada pak lebai pakai kopiah, ada geng makcik2 veteren 1 group hang out agaknya. Memang variety okeh customer dia. Respek habis la. Sure kedai tu famous among orang2 sana kan? Kami orang luar je yang bertuah sebab ternampak signboard dorang tu. Hiks. Lepas makan, kami round ke chenang lagi. Memang tetiap malam akan pegi sana la. Ada je benda nak cari. Saya yakin tu alasan adik2 je nak berjalan. Bosan lettew duk rumah memalam~ 






Hari ke-3, kami bermandi manda di Pantai Tengkorak. Serious lawa sangat pantainya. Airnya pun cantik. Orang pun tak ramai. Tu yang paling penting. Hehe. Ada la 2 family je kot selain kami kat situ.



 


Cantik kan? Kan? Suka sangat! Kalau la kulit saya jenis tak cepat hitam, memang saya mandi tak naik2 dah. Sebab sedar diri tu yang rendam lebih kurang je tu. 


Petangnya, kami ber island hopping pulak. RM25 sorang untuk 3 pit stop. Pulau beras basah, Tasik Dayang Bunting dan eagle feeding. Helang2 kat situ kolestrol mesti terok kot, diorang hari2 makan kulit ayam. So not good. Tapi serious banyak sangat helang. Comel!





Ini Pulau Beras Basah. Saya dengan mama tak mandi. Abah dengan adik lelaki 2 orang tu je mandi. 
Rasa macam takda apa yang special kot kat sini. Boring je.





Ini kat tasik dayang bunting. Macam mana kat pulau ada tasik? Ye, bukan tepi laut je ye. Kene daki dan turun bukit yang curam baru sampai tasik tu. Saya adalah mengah! Memalukan. Padahal masa tu kan macam tengah aktif jogging siap hiking Broga Hills lagi. Cis. 


Tasiknya memang sangat dalam. 14 meter kalau tak silap. Saya tak mandi sebab tak bawak baju. Ikutkan memang nak sangat mandi. Berahi tengok air tasik tu tau! *motip?? :P*  Yang tengah menyelam tu adalah abah saya. Orang lain semua pakai safety jaket, kami anak beranak terjun dalam air selambe tak pakai jaket. Gangster btul. Nasib baik dalam badan banyak angin, bolehla terapung. Haha. Tapi saya dah tau semua tu turun dari mana......dari abah la. Mama confirm tak suka berendam :P





Untuk siapa2 nak naik boat ni pun boleh. Bayarannya nggak tahu donk. Bisa tanya sama pekerja di kaunter. Hee.




Ni confirm bukan kaki saya. Dah kenapa bulu banyak sangat? Ni kaki adik saya yang sedang bermanja dengan ikan keli. Perlu ke guna keli untuk fish spa?? Tak sesuai okeh. Kang dah kena gigitan cinta baru nak insaf. Banyak pulak tu ikan tu. Yang besar peha pun ada, tapi belah bawah2 sikit. Scary!


Dan inilah part yang paling baik! Asal pasal makan je semua yang paling baik kan elyn? Haish. Ok serious balik. Ni adalah pengumuman penting! Sesiapa datang Langkawi wajib try makan kat Restoran Nelayan ni! Wajib okeh! Tapi ni wajib kalau tak buat tak berdosa, buat pun tak dapat pahala. Dosa pahala tu kan kerja Allah? Eh apa ko merepek ni elyn?!





Di sini jety tempat nelayan bawak naik hasil tangkapan mereka. So makanan laut semua adalah fresh dan murah. Kita pilih sendiri apa yang kita nak makan, nak masak macam mana, timbang dan tunggu hidangan sampai. Lepas makan boleh bayar dengan senang hati. Environment pun cantik. Di kelilingi paya bakau yang comel. Ahhhhh i love the smell of paya bakau. *poyo*





Kami pilih siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng butter, lala masak tomyam dan kailan ikan masin. Makan untuk 5 orang. Total resit adalah RM111.40, dapat diskaun 0.40 sen. Terbaik! Memang puas hati dan lepas makan masing-masing tersandar. So not good. Huhu.


Rasanya tu aje yang penting2 nak diceritakan. Kami balik hari Sabtu, 6 October  flight pukul 4 petang. Cecah kaki kat LCCT je terus terasa kesesakan ibukota. Perjalanan nak balik rumah pun masing2 stress dengan hingar bingar kotaraya ni. Ewah ayat. Ahaks. Eh tapi serious tau terasa. Langkawi sangat aman damai lapang minda. Airport dia pun lengang, rileks, takyah kecoh2 nak cek in awal. Oh ye jangan lupa CASA IMPIAN pun ada kat Airport Langkawi. Sudi sudikanlah singgah sekiranya ke sana ya? Hikhik. 


Baiklah, sekian saja bebelan saya untuk kali ni. Salam malam jumaat kawan-kawan semua! =)