Hi uols. Sihat hari ni? Lunch apa tadi? Saya baru nak makan. Beli nasi ayam je. Lapar tahap gigil2 dah ni. Huhu.
Macam yang saya bagitahu sebelum ni, start bulan May saya dah menyewa kat Shah Alam. Dah lebih kurang 2 minggu la saya duk sini. Dari hari pertama memang saya tak boleh tidur. Walaupun mata sangat mengantuk, lelap je mata, terus cepat cepat tersedar. Frust btul situasi macam tu. Sudahnya kat ofis saya sakit kepala sebab kurang tidur. Hmph!
Dalam rumah tu ada 3 orang termasuk saya. Rumahnya cantik tau sebab dah renovate cun cun. Mungkin later lepas owner tu kawin, dia nak duduk situ. Harusla renovate lawa lawa kan. Owner pun duk situ jugak. Sepanjang ada kat sana, saya takda masalah apa la. Sangat selesa. Cuma masalah tidur je.
Tapi minggu ni, sorang housemate balik rumah parents dia, so tinggal kami berdua je. Yang sorang lagi tu pulak selalu keluar. Balik malam jugak la lebih kurang. Maknanya saya banyak habiskan masa sorang2 la kat rumah tu. Yang lagi bestnya, bangunan tu baru naik. Dan belum ramai lagi penghuni. Dalam level kami, 1 unit je dah ada orang, iaitu rumah saya duduk tu la. Kalau duduk kat beranda tu, boleh nampak la rumah keliling kosong dan gelap je, kat belah2 bawah je yang terang. Saya tak kisah sangat pun. Takda fikir apa pun la. Cuma kawasan tu sunyi la kan kalau dah takda orang. Later dah ada orang pindah, barulah bising sikit kot.
Yang saya nak cerita ni pasal semalam. Macam biasa saya duk sorang2 tengok tv je lah apa lagi nak buat kan. Dekat kul 12 malam, saya masuk bilik. Tutup lampu dan ready untuk tidur la. Tengah baring2 sambil belek handphone, saya macam nampak objek putih kat sebelah tilam, membelakangkan phone. Saya pandang, takde pape. Belek handphone lagi, nampak lagi objek putih, rendah je kat belakang hp saya tu la. Dalam keadaan samar2 dah gelap tu, memang tak nampak jelas la apa benda tu. So saya assume tu adalah silau sebab saya pandang phone je. Baca doa sikit2, saya pun tidur.
Dalam kul 2 lebih saya terjaga sekejap. Maknanya saya dah terlelap la tadi. Bagus. Saya pun sambung la tidur. Tiba2 saya terjaga lagi. Bukak je mata macam ada dengar orang bisik2. Pastu makin dekat, suara tu betul2 kat telinga. Lepas tu terus kena himpap kow kow punya sakit betul badan. Siap dengar soksek soksek dibisiknya kat telinga saya. Lepas dah lawan baca macam2, benda tu lepas. Tapi saya macam rasa dia ada kat sebelah lagi. Meremang je. Tengok jam, tepat kul 3 pagi. Tengok lampu hall belum padam. Ingat housemate belum balik. Ke tak balik? Dah risau dah. Tapi malas nak fikir sangat. Tetiba lampu hall padam, dengar bunyi pintu ditutup. Maknanya dia dah balik la. Saya capai yasin bawah bantal, pegang sambil tidur. Dan saya tertidur sampai pagi dengan surah Yasin masih ditangan.
Macam ni ke kena tindih? Obviously saya tak tidur macam tu lah kan. Hehe.
Masa tengah bersiap nak pergi kerja, tetibe terfikir. Objek apa yang saya nampak semalam yang samar2 tu? Tetiba terlintas dalam fikiran, Batu Nisan! Ye, memang sebijik batu nisan! Ya Allah, terus saya pack semua barang dan nekad nak balik rumah parents je malam ni. Sebab malam ni malam Jumaat. Tak kelakar saya duk sorang2 dan tunggu untuk diganggu lagi. Huhu. Bahagian yang kena tindih semalam, sakit berdenyut2. Dari bahu sampai pinggang. Paling kuat kat rusuk kanan. Pergh.
Ada orang tak percaya fenomena ditindih ni kan? Diorang anggap ia adalah Sleep Paralysis. Tak kisah la apa pun, yang penting saya dari kecik dah ditentukan boleh nampak certain2 makhluk Allah yang bukan semua orang nampak. Mungkin sebab tu la kot saya berani sikit. Sikiiiiiiiiiiiiiit je la. Huhu.Walau macam mana pun, pengalaman ditindih ni bukanlah sesuatu yang menarik. Saya pernah menangis meraung2 dalam keadaan separuh sedar sampai ayah masuk bilik bukak lampu. Huhu. Time tu rasa memang akan arwah dah. Nasib baik la umur panjang lagi.
Oklah banyaknye bebel. Tekak rasa macam nak makan benda2 manis. Jom cari kek jom! Hikhik!
2 comments:
dulu sy pun selalu kena masa kat matrix. bila dah kena tindih tu memang baca mcm2 nak lawan benda tu. kita mcm separuh sedar. kdng2 smpai menjerit2 dan menangis2 minta d lepaskan. ada friends yg perasan me tido tp muka mcm menangis, thn sakit tp frust sbb dia org blh tak kejutkan.. Tp Alhamdulillah now tak de lagi.
Sebelum tidur, tadah tngn and baca al-fatihah, 3 Qul,ayat kursi, doa tidur, hembuskan ke tapak tangan, sapu terus ke muka, tngan, badan terus ke kaki dan hujung jari kaki, last skli di ibu jari kaki, terus gengam tngn dan campak ke bawah or mana2. mcm kita buang something la dr badan kita.
oh yeke? baiklah lepas ni kena amalkan sebelum tidur. tq for sharing Riri-Fatieha =)
Post a Comment